Who Build Our World
Oleh aeropama pada May 5, 2008 motivasi
“Our world was built by the people who did more, not the people who knew more“
-Perthpal
Cuba fikirkan kebenaran kata-kata di atas. Aku ter’kesima’ bila kata-kata ini dilontarkan oleh fasilitator aku Mr. Perthpal sebentar tadi. Buatkan aku terfikir akan kebenarannya. Dunia kita memang mempunyai ramai orang-orang yang bijak pandai, tahu tentang banyak perkara (bukan sekadar tahu, tapi gila-gila punya G.E.N.I.U.S) dan yang pastinya dunia kita bukanlah dibina dan dicorakkan oleh dia orang ni semua, tetapi orang yang pengetahuannya sekadar cukup-cukup makan saja tetapi berani bertindak berdasarkan pengetahuan yang mereka ada.
Kita ambil saja contoh paling mudah. Raja SMS Mawi. Siapa tak kenal Mawi. Juara AF3. Di mana-mana saja orang mengenali Mawi sampaikan orang asli di tengah hutan belantara pun kenal siapa Mawi. Aku ingin bertanya kepada kalian semua. Suara Mawi sedapkah? Adakah kualiti suaranya setanding dengan penyanyi dan penghibur tersohor negara kita seperti Allahyarham P.Ramlee atau Sudirman? Berapa ramai kenalan anda yang anda tahu mereka boleh menyanyi lebih bagus dari Mawi? Berapa ramai dari anda yang tahu anda boleh menyanyi jauh lebih baik dari Mawi?
Walaupun anda tahu, tetapi… Mawi berani untuk mengisi borang audition AF3. Anda TIDAK! Mawi sanggup beratur panjang menunggu giliran untuk dinilai oleh para juri AF3. Anda TIDAK! Mawi sanggup memperbodohkan dirinya di hadapan para juri dengan melakukan aksi robot dan ditonton hampir seluruh Malaysia. Anda TIDAK! Mawi berani untuk menyanyi di atas pentas AF3 walaupun dikritik teruk oleh para juri dan wartawan hiburan. Anda TIDAK! Mawi berjaya menjuarai pertandingan AF3. Anda TIDAK! Mawi sekarang hidup kaya-raya dan membuat jutaan ringgit. Anda TIDAK!
Kenapa itu semua terjadi? Apakah perbezaan antara Mawi dan anda? Mawi tahu dia boleh menyanyi dan berani bertindak dengan menyertai AF3. Anda tahu anda boleh menyanyi jauh lebih bagus dari Mawi tetapi anda tidak ada keberanian untuk membuat perkara seperti Mawi buat. Akhirnya, sekarang Mawi sudah kaya-raya, mampu memakai barangan berjenama dan melancong hampir ke seluruh dunia tetapi anda hanya duduk di depan monitor komputer anda, membaca aku punya blog dan memikirkan kenapa aku tak buat macam mana Mawi buat. Renung-renungkan petikan kata-kata di atas dan lakukan apa yang patut anda lakukan untuk berjaya!
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.






May 15th, 2008 at 7:46 pm
Betullah apa yang ko tulis ni..
Kita selalu memandang lekeh apa yang orang buat..
Dulu orang kutuk orang ternak cacing sekarang berebut..
Thanks 4 motivasi..
Aku akan tunjukkan pada orang yang hina aku 3 tahun aku kan berada di landasannya
[Balas Komen Ini]
May 16th, 2008 at 8:24 am
zool:pedulikkan ape yg org kt. biasalah manusia. sblm berjaya dan miskin, dicaci dan dihina. slps berjaya dan kaya raya, diampu dan di’sembah’
[Balas Komen Ini]