Weekend Children
Oleh aeropama pada Apr 17, 2007 Personal
Hujung minggu baru-baru ini barulah saya berpeluang balik ke rumah menjenguk orang tua saya. Puasnya hati melihat wajah mereka setelah hampir 2 bulan tidak pulang ke rumah mereka. Nak dikata rumah sewa saya dengan rumah orang tua saya jauh, tidaklah jauh sangat. Shah Alam dan Ampang. Hanya 40 minit perjalanan sahaja. Kesibukan sebagai pelajar tahun akhir membataskan masa saya untuk pulang menjenguk mereka. Sabtu lalu, saya akhirnya bebas dari rantaian assignment dan projek yang perlu disiapkan dan dihantar. Peluang ini digunakan untuk saya pulang ke rumah orang tua saya di Ampang. Cadangan asal nak balik pagi Sabtu, tetapi SMS dari seorang teman meminta bantuan saya dan akhirnya terjebak menemani beliau sehingga ke petang membuatkan saya sampai ke Ampang sedikit lewat.
Alhamdulillah syukur dan gembira. Melihat wajah ibu-bapa saya serta merta ketenangan menusuk di jiwa. Hilang segala kekusutan, kegelisahan dan tekanan pelajaran yang berpusar-pusar di benak minda saya. Memang itulah tujuan saya pulang sebenarnya. Untuk mencari ketenangan yang tidak boleh saya perolehi dari rakan-rakan dan teman-teman.
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.






Tuliskan Komen Kau