Vasai Rollout Series 3…

Kali ini ‘entry’ blog saya semuanya berkisar tentang projek saya. Bukan ingin menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah salah satu inisiatif saya merekodkan apa yang saya lalui sebagai rujukan di masa hadapan. Pada masa ini, projek saya sedang berada di dalam tempoh yang amat kritikal. ‘Loadout’ proses adalah salah satu event terbesar dan setiap proses ‘loadout’ adalh unik dan mempunyai cara dan masalahnya yang tersendiri. Saya rasakan adalah perlu untuk saya rekodkan secara hitam putih, almaklumlah kita sebagai manusia ni memang cepat lupa. Mungkin satu masa nanti bila saya menghadapi masalah yang seakan-akan sama, saya boleh buka kembali ‘entry-entry’ ini untuk dijadikan rujukan dan panduan.

26 Oct 2007 - Jam 0800, seperti biasa hari dimulakan dengan ‘toolbox meeting’ antara PMT. PMT diberi penerangan tentang aktiviti yang akan dilakukan. Kemudian pergi ke Eng. Dept untuk ‘follow-up ballasting analysis’. Jawapan yang diterima dari Lead Engineer, ‘ballast calculation’ hanya dapat disiapkan pada jam 1000. Kecewa dan stress lagi. Tanpa ballast calculation susahlah orang di atas barge untuk buat pump arrangement, pre-ballast condition dan initial ballast condition. Pre-ballast adalah penting untuk melihat prestasi ballast pump. Jika berlaku kerosakan, repair dapat dibuat sebelum proses loadout. Ballast to initial condition pula penting untuk memastikan posisi barge berada dalam keaadaan ‘trim’ dan bersedia untuk loadout.

Selepas itu pergi ke tepi wharf untuk melihat persediaan orang-orang saya dan melihat samaada kerja yang dirancangkan semalam telah selesai atau belum. Malangnya masih banyak kerja yang belum selesai. ‘Mudmat’ masih belum siap ‘welding’nya, U-bolt pada ‘grout line masih belum dipasang walaupun barangnya telah sampai seawal pagi, ‘Hydraulic jack’ masih belum dipasang di hadapan ‘launch cradle’ untuk proses initial push dan ‘grout line tag’ masih belum lagi dipasang . Saya berbincang dengan Project Manager samaada proses ini boleh ditangguhkan bagi membolehkan kerja-kerja diselesaikan. tapi beliau mengatakan loadout adalah event besar. Kerja-kerja yang masih outstanding itu semua adalah kecil jika dibandingkan dengan loadout. Segala kerja boleh dilakukan selepas ‘jacket’ berada di atas barge. Pening lagi kepala kerana saya tahu selepas ini kerja akan menjadi lebih sukar kerana tiada access way untuk kren. Bila terlihat Construction Manager dan Superitenden Sumandak berada di rest area kerana melihat proses loadout kami, saya ambil kesempatan tersebut untuk menanyakan pendapat mereka. jawapan yang diterima agak bercanggah dengan jawapan Project Manager saya. Macamanapun saya kena ikutlah apa yang dikata oleh PM saya kerana dia yang berkuasa membuat keputusan. yang menjadi kerisauan saya adalah impak kos yang akan ditangggung oleh syarikat jika kerja-kerja fabrikasi dilakukan di ‘offshore’ kerana kosnya pasti berkali-kali ganda mahalnya. Sya ambil keputusan untuk memerhati sahaja persediaan yang dilakukan dengan harapan bolehlah belajar sesuatu. Pukul 1130 timbul pula masalah. Tow rope masih lagi tidak dipasang pada bahagian mudmat. Saya terlupa untuk monitor perkara ini sebelumnya. Inilah akibatnya jika tidak membaca drawing dan memhaminya dengan betul. Terpaksalah Superitendent saya Ah Kong bekejar mendapatkan drawing dari ‘Eng. Dept’ untuk diberikan kepada budak-budak rigger supaya mereka bole pasang tali tersebut.

Jam 1500 selepas sembahyang, saya terus ke tepi wharf. Sesampainya di sana Loadout Manager (LM) Mr Gobi sedang bagi briefing kepada orang-orang yang terlibat dalam proses menarik jacket ke tepi wharf. Untuk makluman ‘jacket’ tidak boleh ditarik terus ke atas barge. Mesti tunggu air laut untuk mula pasang barulalah loadout boleh dilakukan. Arahan dan tugas masing-masing diberi dengan jelas oleh LM. Saya diarah untuk memrhatikan jika ‘launch cradle’ tersasar dari ’skid beam’ semasa jacket ditarik ke tepi wharf. Untuk makluman, ketika ditarik jacket akan bergerak seperti pergerakan ular kerana daya tarik antara kedua-dua ‘winch’ tidak sama. Amat sukar untuk menyamakan daya tarik kedua-dua winch ini.

Proses menarik dimulakan jam 1530 dan mestilah tamat sebelum jam 1700 kerana mengejar air pasang yang dijadualkan bermula pada jam 1800. Ballast calculation baru diterima. Saya jangkakan pasti ada masalh akan berlaku selepas ini. Ketika proses menarik ingin dimulakan, timbul satu masalah. Prosedur loadout yang terkini tidak dikeluarkan oleh pihak Engineering. HSE Engineer enggan sign release note. Terpaksalah menunggu orang Engineering mendapat dan menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada HSE. Kemudian masalah kedua timbul. Temporary support didapati bertembung dengan struktur jacket. Terpaksalah proses menarik diberhentikan bagi mengalihkan segala temporary support tersebut.

Jam 1730 proses menarik jacket ke tepi wharf selesai. Sementara menunggu untuk memulakan loadout, PM saya menyuarakan di mana ’stanby tug boat’. ‘Tug boat’ ini diperlukan untuk menghimpit barge ke arah wharf ketika proses loadout. Kemudian ada lagi masalah yang besar timbul. ‘Ballast to initial cindition’ process masih belum dibuat. Barge didapati condong ke arah ‘Bow’ pada degree 25 darjah. Pihak MWS yang bertanggungjawab ke atas insuran kapal tidak membenarkan loadout di buat selagi barge tidak berada pada ‘trim position’. Terhenti lagi proses sebentar. Terpaksalah buat ‘ballast to initial condition’ dengan keadaan tergesa-gesa untuk mengejar ‘tide’. Selesai ballast mengikut table yang disediakan oleh pihak Engineering’, barge masih lagi berada pada kedudukan condong. Dan external pump tambahan tidak boleh dihulurkan ‘hose’nya ke dalam tangki ballast kerana diameter yang agak besar. Untuk makluman setiap tangki ballast memerlukan dua pump untuk proses ballast dan de-ballast. Disebabkan oleh situasu ini kerja loadout terpaksa di tangguhkan keesokan harinya.
Nota kaki:
Perkara utama yang perlu ada sebelum loadout (pelajaran untuk hari ini):
  1. Ballast calculation and pump arrangement must be prepared earlier (at least 2 days before) and the calculation shall be covered for 2 tide cycles since one day have 2 periods of tide cycle.
  2. Tug boat shall be prepared and in stanby mode.
  3. All temp supports must be removed to avoid any obstacles during loadout process.
  4. Barge must be trim first before pull any structure on it.
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>