UiTM untuk Non-Bumi’s. Apa Pandangan Aku?
Oleh aeropama pada Aug 16, 2008 Community, politik
Jam menunjukkan pukul 0130 waktu Malaysia. Aku baru saja bangun dari tidur. Pukul 2045 aku sudah tidur. Awal beb. Semua gara-gara penat rempuh traffic jam dan bosan melihat berita tentang cadangan membuka UiTM kepada bukan bumiputera. Media arus perdana (pro-pemerintah) buat cover tentang isu ini dengan hebat sekali hanya kerana ia dicadangkan oleh tokoh dari pihak pembangkang.
Aku malu melihat pelajar UiTM berarak beramai-ramai, kemudian minta Menteri Besar Selangor mohon maaf secara terbuka. Kenapa perlu buat begitu? Pertahankan hak Melayu? Come on beb. Kau takut untuk bersaing dengan kaum lain sebenarnya. Sekarang kita di era globalisasi. Kau takut persaingan dan lambat, kau akan ketinggalan. Ya! Aku adalah bekas pelajar UiTM. Kau boleh kata aku pengkhianat dan tak kenal jasa. Itu hak kau. Tapi aku kata aku dan Tan Sri Abdul Khalid adalah pencinta bangsa paling hebat.
Sebab aku pernah habiskan masa aku belajar di sana selama 6 tahun. 6 tahun abang dan akak oi! Bukan kejap. Aku dah masak dengan perangai mereka (pelajar) di sana. Macam-macam perkara yang menyedihkan dan tidak memuaskan hati aku berlaku di sana. Aku tak mahu tulis tentang itu. Apa yang aku nak tulis, apa yang kau (pelajar UiTM) boleh buat untuk pastikan diri kau masih relevan ketika kau masuk ke dalam dunia pekerjaan sebenar.
Perbaiki penggunaan Bahasa Inggeris (BI) kau.
Di sana kau kau belajar dalam BI. Nota dalam BI. Jawab periksa pun dalam BI. Tapi keupayaan kau bertutur dalam bahasa tersebut lemah. Sebab apa? Kau hanya bergaul dengan komuniti kau saja jadi kau rasa bertutur dalam BI tak penting. Kau mahu bagus dalam BI, kau kena selau bertutur. Itu cara yang paling berkesan. Dan ingat, keperluan utama dalam dunia pekerjaan sekarang adalah kebolehan bertutur dalam BI.
Aku pernah tulis tentang ini dan aku berikan sekali kelebihannya. Tapi suka aku ingatkan, kau buat kerja part-time kau dah dedahkan diri kau dengan dunia pekerjaan sebenar. Kau tahu apa kehendak industri dan kau boleh rancang perjalanan karier kau di masa kau belajar lagi.
Tingkatkan pengetahuan am
Ini bukan saja masalah pelajar UiTM. Aku boleh kata graduan-graduan dari hampir semua universiti punya masalah sebegini. Sebabnya malas membaca. Suruh beri pendapat tentang isu semasa kau gagal. Apatah lagi mengharapkan argument yang positif dari kau, mimpilah. Hinggakan faktor harga minyak dunia naik kau kata di sebabkan US serang Syria. Apa kes ni? Ini adalah realiti. Aku sendiri jumpa masa aku diminta buat penilaian calon untuk mengisi jawatan pelatih pengurusan. Calon tersebut punya ijazah kelas pertama. Sayang. Gred kau tinggi tapi pengetahuan am kau lemah. Kau adalah hasil gagal sistem pendidikan negara kita.
Buangkan Mentaliti Subsidi
Owh kawan. Aku bukan nak mengata. Tapi ni realiti. Kau belajar di sana, hampir semuanya dibantu. Subsidi berleluasa. Yuran kolej murah, bantuan makanan di beri sampaikan jawapan untuk ujian akan datang pun pensyarah kau boleh sediakan. Bro… bagi aku begini hanya buatkan kau semakin hanyut dan selesa. Makin selesa kau makin malaslah kau. Ingat! Peoples learn best when they are uncomfortable.
ps: Untuk pandangan yang lebih sinis tapi relevan, kau boleh baca entri dari Noktah Hitam.
pss: Aku ingatkan kau supaya berhati-hati dalam mengomen! Jangan kerana aku menasihati bangsa aku, kau membuat provokasi dengan menghina dan mengutuk. Jangan menunjukkan satu kaum lebih superior dari kaum yang lain. Aku percaya kepada Malaysia untuk Malaysian…
pss: Selamat Hari Lahir untuk Nora di UTM. Marilah ke Kuala Lumpur. Aku tunggu kau…
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Jika Aku Pemimpin Malaysia…
- Belajar Untuk Berjaya. Fahami Prosesnya!
- Malam Pra-Graduan 2007
- change in character
- Meniti hari-hari terakhir di IPT
- 9 Tips Untuk Berjaya Dalam Temuduga
- 5+1 Tips Untuk Berjaya Sebagai Mahasiswa
- Menghadiri Temuduga
- Fast Update! Surat untuk Kawan-kawan
- Kenapa Kau Harus Buat Kerja Part-Time? Khusus untuk mahasiswa/siswi.







August 16th, 2008 at 3:43 am
biasa la john..aku memula takut gak pasal bersaing2 ni..tp bila aku masuk kije…nak tak nak..ko kena bersaing gak..lebih2 lg kalau company multinational besar…bukan setakat chinese and indian..tp macam2 lagi orang ko kena bersaing…
well…diamonds came out from pressure..right ?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 16th, 2008 jam 4:24 am
tu la pasal. nape takut utk bersaing? lagi berani kita bersaing lagi bagus kita kan…
ps: aku suka ngan ko. banyak ayat yang ko quote aku tak biasa dengar. mungkin aku kurang membaca banding dgn ko ni.
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
August 16th, 2008 jam 4:55 am
ko suka ngan aku…isk..takut aku dengar ayat ko..haha… :P
yaaaaa..aku akui aku suka membaca..aku suka baca komik…
xde la beb..quote tuh semua bukan dr aku..byk source aku jumpa..movie, buku, komik, tv series n stuff..aku rasa ko lg banyak membaca dr aku…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 1:20 am
huhuhu…aku bkn GAY la.
kire ko banyak membaca la beb… bagus2. aku taklah rajin sangat tp boleh lah sikit2 membaca. habiskan masa lapang aku…
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
August 17th, 2008 jam 12:34 pm
isk..bila masa lak aku cakap ko gay ni? hehe…
aku xde masa nak membaca..last time aku baca novel..time aku ikut member aku gi cherating..sbb first time aku gi trip jejauh aku x drive n sbb hujan lebat kt sana..aku ada byk time utk dihabiskan utk novel..dan juga xde internet time tuh
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 11:03 pm
tak sangka aku ko pun baca novel gak. novel cinta ke? he3
|1f34|-|1r3
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:07 am
haah..time tuh member aku dok melayan novel cinta jer..aku pon pinjam la satu…nak tgk apa sangat yg best nyer novel cinta melayu ni..buku ahadiat akashah ke sapa ntah tulis…dulu2 suka baca buku budak setan time skolah rendah dulu…aku pn xingat ape yg best sangat buku tuh…tp semua orang minat baca buku tuh..entah laaaa
bongkersz
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:49 am
aku pun suka baca komik. novel pun aku baca. ahadiat akashah punya novel banyak dah aku baca, zaman sekolah dulu :P
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
August 18th, 2008 jam 9:05 am
cis bong..nantikan cerita fitnah ko kt blog aku…aku tgh mengarang lg nii…hehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:20 pm
wow! bong pun baca novel gak. sama la kita bertiga ni rupanya. wahahaha
life4hire: aku tak sabo nak baca cerita fitnah ko terhadap bongkerz. cepat siapkan…
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 3:43 am
Agreed. Kenapa mesti tergugat dengan 10% kuota terhadap non-bumis…ambillah yang jernih buang yang keruh. Banyak manfaat kalau kita bercampur dgn orang2 lain dari selesa sesama bangsa sendiri.
Anyhow…MB Selangor baru saja cadangkan idea ni. Yang berkuasa nak bagi green-light tetap kerajaan persekutuan. Baru peringkat proposal dah havoc macam ni….
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 16th, 2008 jam 4:27 am
tu la pasal… apa la diorang nak takut. 200 000 pelajar… 10% baru 20ribu pastu bahagi ke beberapa cawangan. banyak mana pun? itu pun nak melenting. ceit…
[Balas Komen Ini]
bongkersz
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:52 am
kalau ko ada tengok pemimpin pelajar uitm punya hujah pasal 10% = 20 ribu pelajar non-bumi akan mengambil tempat pelajar bumi kat tv hari tu, ko nak menangis pun ada, geram pun ada.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:21 pm
aku dh nengok… menyampah siot aku ngk mamat tuh. gila kuasa ke ape? pasni aku cadangkan dia masuk politik la. leh join khairy jamaluddin…
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 4:37 am
cantek la bro.. ko memang sama pikir la cam aku.. aku baru jer nak letak pasal mende nie kat blog aku.. bagus ar ko dah wat.. senang keje aku.. haha..
senang citer.. penakut la korang!!
er… cam domain baru je? aduss.. tak pasan lak? ek?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 16th, 2008 jam 1:11 pm
huhuhu…aku ingat kau nak hentam aku tadi sebab komen kau masuk kat spam. sorry la. aku dh de-spam td.
ko ni kejam la menteil. dah lama aku tuukar g wordpress dan pakai domain sendiri. kau baru nak jenguk aku. apa kes ko menghilang lama sgt?
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 5:43 am
setuju. pada mulanya aku nak komen pasal kes ini juga tapi aku batalkan sebab aku bukan dari kalangan pelajar disana.
apa yang aku nak huraikan ialah apabila berada pada zaman realiti mereka mencari makan, mencari duit sendiri. jangan dok harap nak dapat keje kerajaan!
dunia sebenar dalam syarikat yg besar apabila terpaksa bersaing dengan pelbagai bangsa malah ada dari luar negeri.
aku tak heran klu ianya masih orang tempatan spt cina dan india. tapi pernahkah mereka terfikir akan bersaing dengan bangsa spt philipine, amerika, korea dan australia!?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 16th, 2008 jam 1:14 pm
cun! komen kau mmg best megat.
pasal cari duit sendiri aku sangat tak puas hati dgn sistem pendidikan sekarang. menghasilkan ramai pekerja berbanding usahawan. tu psl kes siswazah menganggur itu tinggi…
[Balas Komen Ini]
megat
membalas pada
August 16th, 2008 jam 4:53 pm
ya masih menekankan kerja makan gaji dari cabaran menjadi usahawan.
siswazah seperti hilang arah apabila mereka tidak ditawarkan sebarang kerja selepas graduasi.
ramai yg masih belum terbuka mindanya bahawa kerja tidak menunggu mereka!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 1:22 am
nak buat macam mana. aku adalah contoh hasil gagal sistem pendidikan kita…
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 8:59 am
Salam.
Lagu Warisan banyak memberi peringatan kepada bangsa kita. Hal-hal sebegini, bila bangsa lain cuba untuk menyentuh hal-hal sensitif bangsa Melayu seolah-olah mencabar kita semua.
Apabila hal begini berlaku, perasaan marah dan dendam bukanlah suatu yang patut dipupuk dengan apa yang berlaku. Penyebabnya yang perlu dicari. Kenapa?
Tak sedarkah kita perpecahan bangsa kita sekarang, bak dari segi parti orang Melayu UMNO atau lain-lain inilah yang menyebabkan bangsa kita sekarang dipandang enteng?
Masalah utama adalah dari situ. Apabila perpecahan bangsa Melayu terjadi, bangsa-bangsa lain akan cuba mengambil kesempatan cuba memperlecehkan kita, agama kita. Mereka menjadi kurang sensitif.
Apa yang penting sekarang ialah kita perlu kembali bersatu. Jgn gara-gara pergaduhan kita, maruah kita tergadai, negeri kita jadi milik orang.
Kalau kata kerajaan sekarang lemah, ayo bantulah kita memperkuatkan kerajaan dengan kembali membersihkan parti memerintah atau UMNO yang sudah banyak berjasa pada kita.
Bukan kita buang bila benda dah jadi sakit. Kita cuba rawat kembali.
Tak relevan, tak sokong Pak Lah, itu bukan alasan. Pak Lah bukan UMNO. Kalau Pak Lah rosakkan UMNO, bersatu ktia untuk merawat kembali parti keramat ini, bersatu jernihkan apa yang dah keruh.
Jgn biar negeri kita tergadai akibat perpecahan bangsa kita Melayu sendiri. Sedar tentang apa yg UMNO sudah pertahankan sekian lama, hak istimewa dan sebagainya.
Marah keterlaluan kalau orang cuba pertikai hak bukan jalan yang baik, guna peluang yang sementara ada untuk terus majukan diri ke tahap maksimal buat kemajuan bangsa sejagat.
Pemimpin Pelajar Kelab UMNO.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 16th, 2008 jam 1:19 pm
saiful,
terima kasih mengomen. kau punya hak untuk pertahankan fahaman kau. aku hormat kau di situ.
cuma aku bukanlah rakyat malaysia yang bermentaliti hang tuah. aku rakyat malaysia bermentaliti hang jebat. aku tidak pro pada mana-mana parti bahkan sebenarnya aku jijik dgn politik kita yang rendah tahapnya. janji lebih buat takdak…
aku melihat pada performance sesuatu parti. jika parti ini memerintah dgn tidak bagus, kebajikan rakyat di abaikan (aku mahu kebajikan semua bangsa) aku tak agak-agak untuk undi parti lain pd pilihanraya akan dtg….
pasal mentaliti bangsa kita yang suka berpecah belah, aku mmg sedih. kita tahu apa punca sebenarnya tapi kita tak ambil tindakan pun…
[Balas Komen Ini]
taukey
membalas pada
August 16th, 2008 jam 9:58 pm
hmmm aku ingat saiful bukhari tu ko tadi syam. Org lain ke? ha ha ha sebab aku tgk dia nyer link ke blog ko.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 1:23 am
aduss… takdelah bro. tak kan la aku nk komen entri aku sendiri. baik aku tulis entri baru.
aku setkan kalau sesiapa mengomen tapi takde website atau blog, automatik dia akan link kepada blog aku. biar aku dapat backlink dari blog sendiri. wahahahaha….
[Balas Komen Ini]
taukey
membalas pada
August 18th, 2008 jam 4:02 pm
hahaha :D tupasal aku konfius jap tadi. ekekeke
[Balas Komen Ini]
bongkersz
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:58 am
“Apabila perpecahan bangsa Melayu terjadi, bangsa-bangsa lain akan cuba mengambil kesempatan cuba memperlecehkan kita, agama kita.”
Inilah yang dinamakan paranoia. Sudah 50 tahun hidup bersama, masih ada pemikiran sebegini, terutamanya di kalangan “UMNO-ists.” Hidup dalam ‘ketakutan’ yang dibuat-buat, sampai bila hendak bangun dari mimpi ’seram’ buatan sendiri? Sekiranya Melayu cukup kuat daya saing, teguh pemikiran, tinggi keyakinan diri, apa yang hendak dirisaukan?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:23 pm
aku sokong kata-kata kau ni bong!
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 11:00 am
entah apa apa la kau ni anti mamak. Aku takkan faham kewujudan orang cam kau di Malaysia.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 16th, 2008 jam 12:21 pm
komen dia aku dah delete. sebab ada unsur perkauman sangat ketara di situ. cuba menunjukkan satu kaum lebih superior dari kaum yang lain. aku tak suka itu. aku lebih percaya malaysia untuk semua bangsa. kita hidup sama-sama dlm aman harmoni…
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 12:31 pm
maaf syam..aku kurang setuju.tapi tidak seganas antimamak atau sefanatik parti seperti saiful diatas.tapi aku tak setuju dengan cadangan itu…ahhaa..bab persaingan bukan datang dari apa bangsa kau itu..ia datang dari jati diri kau..aku sekolah rendah hampir 99.9% adalah orang melayu.tetap wujud persaingan.bahkan sekolah aku lagi baik dari sekolah yang ada multirace ini.sebab apa?sebab persaingan.Aku masuk sekolah itu darjah 5 sebab pindah.aku masuk kelas ke-3 pandai.tapi aku nak bersaing,maka aku berjaya masuk kelas paling pandai dalam sekolah itu.dalam kelas itu,dikalangan mereka yang pandai sedikit,aku bersaing jugak.
owh..aku part time student OUM syam..dimana semua bangsa ada.Majoriti persaingan dalam kelas-kelas yang aku hadir,kaum melayu lebih bersaing antara satu sama lain.Dan mereka lebih baik dari kaum lain.
so,pada aku,persaingan tidak melibatkan bangsa.Ia datang dari didikan awal kau,dari jati diri kau, dari kesedaran kau sebagai manusia.Sekarang aku dalam proses untuk bekerja sendiri.Persaingan aku adalah kaum aku sendiri.Pesaing terdekat aku adalah mereka-mereka yang aku anggap sifu aku.Tapi mereka mengalu-alukan persaingan dari aku.
UITM adalah satu-satunya platform untuk bumiputera.Mereka mahu maju,mereka perlu terapkan semangat bersaing itu.Melayu lemah sebab cepat putus asa dan cepat berasa puas dengan apa yang ada.Aku pernah rasa,dan aku bangkit dari rasa putus asa itu.Jangan pikir sekarang,masa kini,masa kita ada…Pikir bila kita sudah tiada.Apa jadi pada bangsa kita?Melayu singapura?Hanya nama,tiada entiti lagi.Melayu tidak akan hilang didunia.Entiti melayu,semangat melayu serta bangga diri sebagai melayu boleh hilang.
Pada aku,kita tak perlu ada persaingan secara fizikal.Mentaliti itu yang penting.Tanamkan dalam diri,kita mahu hebat seperti mereka.Tak perlu ada depan mata.Kuatkan semangat,teruskan usaha.Jangan sentiasa selesa berada di zon selamat.
Aku nak tulis banyak lagi,tapi dah macam satu entri.Tapi aku malas nak buat entri pasal nie.So,inilah pendapat aku syam..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 16th, 2008 jam 1:10 pm
cun. kau ada point kau. aku boleh terima pendapat kau. tapi aku still dgn pendapat aku sbb aku belajar di sana dan aku tahu apa yang aku lihat…
walaupun kita berbeza pendapat, matlamat kita tetap sama kan bro. mahu lihat anak bangsa kita berjaya. mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn bangsa lain…
[Balas Komen Ini]
xmindfreakx
membalas pada
August 16th, 2008 jam 2:19 pm
aku ni lebih kearah kapitalisme sikit syam..kalau boleh aku mahu lebih tinggi,xnak duduk sama rendah..biar orang lihat aku tinggi..harap aku tidak mendongak ke langit..sabar..tgk perancangan aku lagi 10tahun jadi ke x..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 1:25 am
wahahah…dulu aku adalah pendokong kapitalisme. serius masa aku buat kerja sendiri. tapi semakin jauh aku melangkah, semakin aku sedar duit banyak2 kalau tak tolong orang lain pun macam takde nilai… tu yang aku rasa lah. sebab kapitalisme ni impaknya yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin.
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 1:10 pm
beb.. aku sebenarnya taknak komen sangat… tapi pada aku.. kenapa tidak bukak pada non bumi.. diorang bg 10% pun macam diabaikan dan tak diwar2kan.. so siapa kat sini yang tak pernah masuk uitm tahu 10% dibenarkan… tak tahu pun kenapa? kemudian persoalkan kenapa yang 10% tak diisi.. sebab orang tatahu..
so pada aku sesiapa pun boleh belajar.. kalau kau lemah.. kau duduk tepi… hanya yang bagus saja boleh masuk u.. @least uitm akan capai satu tahap yang membanggakan bila semua student dia nak score pointer bukan student yang datang u untuk carik awek, kerja parttime, campur geng senegeri… for what pastu keputusan cukup2 makan..
baik dengan non bumi, sebab diorang ni lagi pandai, lagi “sedar diri” yang diorang ni tiada hak istimewa, jadi mereka perlu berusaha betul2.. kita pelajar kita jadik camtu..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 16th, 2008 jam 1:23 pm
yup! apa yang kau ceritakan tu mmg betul. student datang u untuk cari awek, campur geng senegri pastu dapat keputusan cukup-cukup makan adalah realiti di sana. tu yang aku sedih…
[Balas Komen Ini]
xmindfreakx
membalas pada
August 16th, 2008 jam 2:22 pm
UITM perlu buat sesuatu..jangan pentingkan kuantiti..pentingkan kualiti.yer,memang utk bumi..yang kurang sikit kualiti dia,hantar ke POLI..yang kurang lagi,hantar ke Kolej Uniti..bukan UITM amek semua masuk..janji masyuk…owh,aku bekas POLI..aku tolak form6 and aku tolak Matriks..hahaha..
Utk point kau Am,satu jer..”MELAYU MUDAH LUPA”..lupa tujuan asal kau masuk U.Lupa janji kau kepada parent kau..(kepada mereka yang kau sebutkan diatas
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 2:43 pm
Ya ya.. aku setuju ngan pendapat ko… buat apa nak takut bersaing… ish ish ish… ni era globalisasi.. mesti kena belajar bersaing…
Mmmm aku tak faham bila ko cakap dalam komen ko napa tak transfer entri lama ke dalam domain.. apa seo tu?? sori bab tak masuk tajuk .. hehehe ble explain skit…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 1:29 am
yup. takut gagal…itu mentaliti kebanyakan rakyat kita.
ermm..rugi beb kalau tak bawak entri lama ke blog baru ko tu. sebab mana tahu ada salah satu entri kau yang sangat mesra search engine tapi masih di blog lama. yang dapat trafik adalah blog lama kau. kalau ko pindah ke blog baru, kebarangkalian pelawat mendarat pada entri kau yang mesra search enjin dan diletakan di blog baru kau tu lebih tinggi. secara tak langsung ko dpt trafik untuk blog baru ko
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 4:57 pm
[tengok pada gambar]
seronok kalau mereka sedang berarak maulud nabi kan!? he3
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 1:29 am
tu la pasal. alangkah bagus kalau berarak untuk maulud nabi sambil berselawat ramai2…
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 5:15 pm
mengenai isu di atas itu..
sebenarnye aku setuju jika 10% itu utk non-bumis. Hiks, jgn salah sangka, bukan aku nie non-bumis, aku still tergolong dalam bumis. Tp sepanjang aku blajo, aku bersaing hebat ngan non-bumis. Aku bersaing hebat ngan bumis esp yg malays dari segi scholarship/biasiswa. If i dun perform, i get nuthin. Ada paham ke?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 1:30 am
sangat paham. point kau sangat clear…
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 5:55 pm
honestly, saya tak rs pun salah atau silap with idea nak bagi non bumi belajar kat uitm.. melayu, kenapa nak bangkang…? keluar from uni pun akan campur dgn macam macam bangsa jugak.. kenapa mesti buat issue? kesal la jugak sbb ada yang tak bersetuju.. tapi nak tau jugak hujah diorang…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 1:35 am
bila saya fikir balik, 10% tu tak beri kesan pun pada kedudukan diorang. 200000 pelajar hanya 20000 pelajar non bumi’s. pastu 20000 dibahagikan kepada berbelas2 cawangan uitm tu. banyak manapun setiap cawangan ada…
so rasanya perkara sebegini tak perlulah dipolitikkan besar-besaran. muak la sis…
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 8:25 pm
satu je aku mampu cakap.
melayu kalau bersatu. mana2 bangsa tak leh kalahkan.
Cuba tengok tv semalam. Aku lihat ramai pemuda dan pemudi berbangsa melayu berarak. Tapi, gi masjid 5 hari pun kantoi. Apa barang…
Pasal Uitm ni. Ada pro dan con dia. Yang aku bengang, bila budak2 dah masuk kolej atau universiti. 80% akan main, dating, cari awek, merasa kebebasan dunia, kebebasan pergaulan, tak gi kuliah, ponteng, mula kenal dadah dan wat benda2 tak elok. Tak kira la laki pempuan. Bukan uitm je. U lain pun sama. So, sendiri mau ingatla kalau mahu bangkang sana sini.
Lagi satu. Bagi aku, hal uitm ini hanya dipopularkan oleh parti pemerintah. Diorang saje nak bagi calar sikit imej bagi parti pembangkang Jika korang perasan, tv mana yg wat isu ini?
Beriya-iya sungguh aku nengok MPP Uitm semalam. Berapa pointer ko sem lepas haa?? Sejarah membuktikan 60%++ pointer MPP under 3.0..
Ps: Hanya luahan sahaja. Tak suka, korang punye pasal la..
[Balas Komen Ini]
taukey
membalas pada
August 16th, 2008 jam 10:02 pm
POfirst time aku tgk ko komen ttg perkara cam ni titan. Biasanya ko tak komen. Mesti hati ko tu geram sangat dah. hehehehe.
[Balas Komen Ini]
titan
membalas pada
August 17th, 2008 jam 6:26 am
tidaklah. tapi kene fikirla. Asal ada pilihanraya, macam2 isu bangkit. Bosan aku dibuatnya..baik cite pasal chong wei. Even dia dengan misbun lain bangsa, agama dan budaya. Diorang ngam.
Misbun dah lahirkan pemain terbaik dunia. Dulu, Hafiz. Sekarang, Chong wei. SO, tak leh ke kita jadikan diorang contoh?
Huh..merepek dah aku nih. Macam aku cakap, kalau rakyat malaysia ni bersatu padu. Singapore dengan Bush. Mana berani lawan kita maa. Diorang dok bawah kerusi je..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 1:39 am
titan bagi komen yang agak agresif. kool! aku hormat pada pandangan kau. ada point!
tulah yg selalu berlaku. spm resultnya sgt bagus. masuk U jadi hampeh. sebabnya hanyut dalam keseronokan dan kemegahan. Fikirnya masuk U dah kompom akan berjaya dalam hidup. Jadah apa pemikiran begini?
pasal berita ni, aku memang muak beb. apa kes sampai hari2 masuk berita perdana. cukup2 lah tu. muak aku. dulu masa pemerintah bagi usul kurangkan kuasa raja-raja melayu dan siap diluluskan wlpn bukan sepenuhnya takde pulak orang melayu semalaysia berarak…sendiri fikirlah.
[Balas Komen Ini]
titan
membalas pada
August 17th, 2008 jam 6:28 am
yang aku pasti, diorang buang masa. KOrang leh tanya kat berapa ratus yang gi konvoi dan berarak tak puas hati.
berapa ramai yang tak cukup 5 waktu pada hari kejadian tu?
berapa ramai yang tak siap lagi keje sekolah yg lecturer bagi?
kan buang masa je tu..bende tak wajib buat. benda wajib. cukup liat gila..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 6:41 pm
setuju… baik habiskan masa tu menelaah buku. ada gak pekdahnya
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 9:13 pm
Errmm…isu panas…isu sensitif..Maaf kalau komen saya menentang arus topik yang dipersembahkan kali ni..
Well..bagi saya,ianya bukan tentang takut bersaing atas kuota 10% tu.Ianya tentang hak mutlak orang melayu.Hak anak cucu kita pada masa depan.Betul…bangsa kita lemah,lemah berbahasa,lemah kepandaiannya berbanding dengan bangsa lain.Tapi ini tanah kita.Kita wajar dapat hak yang kita berhak.
Dan lagi, kita haruslah ingat semula,atas dasar apa kaum lain bertapak di negara kita.Semua tu ada kronologinya tersendiri.Salah satu syaratnya,kaum lain tak berhak mempersoalkan hak melayu.Tapi sekarang,kaum lain dah berlumba-lumba nak hak sama rata…dan dah terbukti mereka lebih hebat.Kalau kita tak berhati2 dari segi hak kita selama ni,maka akan datang,tanah ni mungkin bukan kita yang monopoli lagi…
Bagi saya hak tetap hak…dan parti tetap parti.Tidak ada masuk campurnya dalam hal sebegini..
(saya tahu Syam punya pendapat yang bercanggah-maafkan saya)
Tapi itu pandangan saya.Walaupun saya tak pernah belajar di Uitm, saya mahu universiti berjenama MARA itu tidak dipersoalkan atau disempitkan kuotanya untuk Bumiputera.Kerana inilah satu-satunya Universiti yang ditubuhkan pada awalnya untuk kaum kita.Dan saya rasa gejala pelajar melayu yg ambil dadah,ponteng kuliah tu di mana-mana Universiti pun berlaku.Bukan setakat di Uitm je..
Ok,Syam…nice topic.At least ramai yang boleh tukar pendapat dan alasan masing-masing berhubung masalah ni.
Selamat menjalani kehidupan :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 1:46 am
akak punya pandangan dan point akak sendiri wlpn bercanggah dgn saya. saya hormati akak.
saya juga amat ambil berat tentang anak cucu kita. saya juga tahu apa itu hak bangsa kita di tanah air. saya cuma sedikit kecewa lihat anak bangsa kita ni terlalu dibelai hingga jadi alpa. paling ketara sifat mudah selesa kita yang buatkan kita tak mahu terus-terusan majukan diri.
salah satu cara untuk buatkan mereka terjaga adalah dengan letakkan sedikit elemen ketidakselesaan. sebab sejarah membuktikan bangsa kita bila tak rasa selesa baru mereka akan bangkit.
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 9:50 pm
hrmm… saya xsure nak fikir hal ni macam mana
pasal bagi saya, ni kan jugak pasal hak orang melayu (no offence to other races)
bukan ke UiTM tu ditubuhkan utk kepentingan orang melayu? (sori saya xwat revision pasal hal ni, amik ape yg berita tu cakap sebijik2 je hehe)
orang melayu ramai yang agak ketinggalan sikit (no offence, orang melayu memang pandai, cuma kena push sikit)
so kalau UiTM open utk semua, hrmm.. macam mana ye?
personally.. dah dok kat negara sendiri, nak la jugak “dimanjakan” kan? takkan la dok kat negara sendiri nak suffer?
so in a sense, sama la dalam hal ni
Perbaiki penggunaan Bahasa Inggeris (BI) kau.
Tapi keupayaan kau bertutur dalam bahasa tersebut lemah. Sebab apa? Kau hanya bergaul dengan komuniti kau saja jadi kau rasa bertutur dalam BI tak penting. Kau mahu bagus dalam BI, kau kena selau bertutur
hrmm.. saya agak nak salahkan sekolah jugak dalam bab ni
time saya sekolah dulu, english memang top (walaupun grammar agak hancur haha) tapi xpenah pun nak guna spoken english
kenapa? pasal tak tau bila nak guna
kat skolah time english pun cakap melayu je. cikgu tak push betul2. saya ada kejap pegi SBP
time english, cakap mlayu cikgu tu suruh cakap english jugak hehe. best!!
spoken english saya tak la bagus mana pun. tapi pasal terpaksa, lama2 ok la hehehe
org takkan gelakkan kalau guna broken english psl semua org guna broken english!! hehehe
skema la kamu kalo guna perfect english :P
Buangkan Mentaliti Subsidi
saya tak sure macam mana benda macam ni boleh jadi.
yuran kolej murah? owh!
yuran tempat saya sangat mahal! saya rasa sangat bersalah kat parents saya bila saya xdapat score. so, yuran yang murah tu patut nya jadi pendorong untuk be the best, bukan ke? or maybe pasal yuran saya mahal so, sangat sayang + membazir kalau saya terscrew up. ye ke? hrmmm..
jawapan untuk ujian akan datang pun pensyarah kau boleh sediakan
wah! tak tau pulak saya benda macam ni still jadi kat uni
ingatkan kat sekolah je
Peoples learn best when they are uncomfortable.
true.. but the most important thing is.. niat nak belajar tu!
betulkan niat, insyaAllah boleh
sepatutnya la, dengan semua bantuan yang diberi utk bumi, xde hal la kalau nak buka UiTM utk orang lain
hrmm… saya tukar pendapat saya..
sepatutnya, UiTM ok je kalau untuk non bumi
saya boleh je survive being the only malay student for the whole electronic eng department kat uni saya (plus maintain grade la haha)
so apa masalahnya kalau UiTM open to all?
best apa boleh bergaul dengan ramai lagi non bumi
xde hal la nak dibesar2kan except, if memang nak tetapkan yang UiTM utk bumi SAHAJA
if so, ok la
what’s the big fuss all about?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 1:50 am
sedar tak sedar, kita adalah produk gagal sistem pendidikan negara kita sebenarnya kan?
awak belajar di oversea, yuran mahal, belanja mahal dan kena bergaul dengan komuniti asing buatkan awak mampu pulang dgn ijazah dan gred yang baik. tahniah…ini adalah contoh terbaik betapa berkesannya mereka yang belajar dalam keadaan yang tak selesa…
[Balas Komen Ini]
August 16th, 2008 at 11:48 pm
hmm…dulu pon pernah ada kes mcm ni…check link dibawah ni…
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 1:52 am
dulu pun memang ada. tapi sebab pemerintah masa itu (mungkin sedikit bagus dari pemerintah sekarang) berjaya elakkan dari isu ini diperbesarkan hingga boleh mengancam perpaduan masyarakat…
[Balas Komen Ini]
awangputra
membalas pada
August 17th, 2008 jam 9:03 pm
“berjaya elakkan dari isu ini diperbesarkan hingga boleh mengancam perpaduan masyarakat…”
sbb isu ni di bangkitkan oleh parti pemerintah bukan pembangkang.
so senyap aja suma
[Balas Komen Ini]
awangputra
membalas pada
August 17th, 2008 jam 9:40 pm
‘Histeria’ yang melanda ini berpunca daripada cadangan Abdul Khalid agar UiTM membuka 10 peratus pengambilan kepada pelajar bukan bumiputera. Langkah ini, jelas beliau penting untuk meningkatkan daya saing pelajar dan mutu universiti awam bumiputera itu.
Cadangan Abdul Khalid itu bukanlah sesuatu yang baru. Seperti kata Profesor Emiritus Khoo Kay Kim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, cadangan pengambilan pelajar bukan Bumiputera oleh UiTM ini pernah dicadangkan kerajaan BN beberapa tahun lalu. Malah UiTM sendiri, kata Khoo telah pun melaksanakan cadangan itu tetapi tidak mendapat sambutan pelajar bukan bumiputera.
sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016458&Itemid=114
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 11:02 pm
nak buat cmne. nampak sangat isu ini di politikkan. pelajar pula jadi mangsa dan bahan politik. aduhai…
[Balas Komen Ini]
August 17th, 2008 at 2:54 am
aku sokong apa yang ko nyatakan kat post ko tu..bukan menidakkan hak bangsa Melayu tapi dalam hal pembelajaran dan juga pekerjaan perlu ada daya saing. kalau takut bersaing apa guna hidup di dunia. Melayu cukup sensitif dengan isu bangsa sedangkan isu agama dipandang rendah saja.
Pada aku bersatu atas nama Islam adalah lebih bagus daripada bersatu atas nama Melayu
Lagi satu ini semua mainan politik sempena Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 6:42 pm
betul tu. bersatu kerana agama lebih afdal dari bersatu kerana bangsa…
[Balas Komen Ini]
August 17th, 2008 at 5:44 am
~ even I bukan pelajar UiTM, tapi i tak berapa setuju dengan isu UiTm untuk non-bumi’s nie.
UiTM la satu-satunya Uni yang memang bagi banyak kelebihan kepada kaum bumiputera. Dari segi yuran memang terlalu berbeza dengan Uni-uni lain. so, UiTM adalah pilihan utama bagi mereka-mereka yang memerlukan kelebihan2 di situ.
dari segi persaingan pula, I tak rasa pelajar UiTM memikirkan nya sebagai alasan utama. contoh nie adalah dari my observation selama i kat UPM. UPM nie antara uni yang paling ramai students. So, chinese, Indian even pelajar over sea pun sangat ramai. tapi, hanya beberapa course sahaja yang kaum-kaum lain dapat kuasai untuk mendapat anugerah canselor. selebihnya, kaum kita sendiri yang monopoli. even, dalam course I sendiri iaitu design. kalau diikutkan course design nie memang tak popular dikalangan bangsa kita. tapi, selama I belajar, students melayu yang top score. manakala kaum lain semuanya dikategorikan biasa-biasa saja.
mungkin reason i tak kukuh but when i heard bout this, i rasa cam tak patut jer. Uni kan dah banyak kat Malaysia nie. tambahan pula, kaum lain especially chinese lebih mendorong nak masukkan anak2 diorg kat private college. mungkin kerana course yg ditawarkan tak menepati cita rasa. ~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 6:44 pm
terima kasih atas komen awak ni. awak ada pandangan dan pengalaman awak sendiri. saya juga ada pandangan dan pengalaman sendiri. walaupun bercanggah tapi matlamat kita masih sama kan? mahu lihat bangsa kita maju setaraf dgn bangsa lain…
[Balas Komen Ini]
August 17th, 2008 at 10:38 am
setiap org berhak meluahkan pendapat….
ada yg positif..
juga negatif…..
pendapat dari aku…….
uitm sememangnya ditubuhkan untuk membantu bumiputra…
benar dan tidak salah..
kita sudah sedia maklum dgn artikel 153 prlmbagaan mesia (klau xsilap aku)….
segala apa hak bumiputra x bley dipertikai lagi.
tapi mengapa BANYAK sangat bantuan diberi??
tapi melayu masih kebelakang?
kerajaan sediakan sekolah berbantuankan kerajaan tapi masih ada yg belajar setakat pmr..
bukan masalah kewangan tapi bosan dgn sistem pendidikan negara yg lebih kepada untuk menjadikan pelajar malaysia seorg penghafal bukan pemikir.
aku contohkan laen..
perniagaan….
aku tanya korang brape bnyak bantuan diberi kdp peniaga melayu??
kenapa perlu ada bantuan perniagaan kalau hati sndiri xikhlas nak berniaga..
cemburu melihatkan si anu dan si polan berjaya membeli ford shelby cobra gt500 dgn hanya menggunakan wang simpanan hasil dari berniaga kecil-kecilan.
darah melayu cepat membuak2 bila tidak puas hati..
terlalu banyak bantuan sehinggakan melayu sendiri aku tgk banyak yg rosak……
tiap hari aku nampak org macam neyh..
aku sendiri malu tgk bangsa aku berimaginasi dengan tahi dadah.
melayu yg suka berkhayal..
ko tgk kaum bukan bumiputra…
bantuan mereka sgt terhad..
tapi ramai antara mereka sedar malaysia bukan tanah asal mereka….
so mereka berusaha untuk masa depan generasi seterusnya…
melayu pulak??
macam nak rosakkan bangsa sendiri…..
dari pemimpin2 melayu negara sampai pegawai2 melayu kerajaan…
semua sampah belaka..
hanya tahu kepentingan peribadi dari kepentingan rakyat..
korang buleh tau perkara MELAYU vs MELAYU tahun 1998 dulu…
bukan untuk membicara tentang hina dan kejinya melayu..
tapi sekadar membuka mata setiap pihak jgn sesekali memandang sebelah mata perkara remeh.
komen aku disini tidak membantah atau setuju dgan cadangan menambah bilangan bukan bumptra di uitm..
sekadar mengutarakan pendapat….
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 6:46 pm
cun! aku suka komen kau. memang itu yang aku sedihkan. realiti bangsa kita. kenapa mentaliti mereka sukar nak berubah? aku fikir mungkin kita perlu letakkan sedikit elemen tidak selesa dalam hidup mereka. baru mereka akan sedar. sejarah dah buktikannya…
[Balas Komen Ini]
humbleandmodest
membalas pada
August 17th, 2008 jam 7:07 pm
kembali…
bnayk lagi perkara besar yg sangat perlu dinilai…..
aku suka ayat neyh…
“sensitif terhadap isu bangsa
memandang sepi isu agama
itulah melayu….”
fikir-fikirkanlah wahai penghafal negara……
[Balas Komen Ini]
August 17th, 2008 at 1:30 pm
diya slh sorg antara 100ribu lebih student uitm. dan diya lgsg tak kisah klw uitm nak masukkan berapa peratus pun student non bumi. sbb klw sampai bila2 dok bergaul dlm satu kaum yg sama je, otak lgsg tak berkembang. lgsg tak boleh tgk bagaiman pelajar non bumi belajar, bagaimana taktik mereka yg kebanyakannya rajin2 dan mudah score. dah keje nnt, bukannya kita kerja sama org melayu je kan. msti deal dgn non bumi jugak. klw ada kwn non bumi, at least boleh tahu jugak “rentak” mereka.
anyway, perkara ni tetap ada pros and cons dia. mana yg lbh byk baik tu eloknya di-praktikkan. wallhu’alam.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 6:47 pm
rupa diya adalah student ITM gak ke? baru saya tahu…
baguslah kalau diya juga berani untuk bersaing. persaingan semasa belajar tidak sehebat persaingan semasa di bidang pekerjaan. cabarannya sgt hebat.. kalau tak dilatih dr awal, mungkin kita akan tersungkur…
[Balas Komen Ini]
August 17th, 2008 at 2:01 pm
Sapa ada belaja kat IPTA yg berbeza? Aku pernah.. Dip kat UiTM, Degree kat USM. Apa yg aku tgk la.. bkn masalah bangsa tp perbezaan Misi dan Visi universiti tersebut. Setiap U ada misi dan visi tersendiri.. mcm yg tulis post yg terbaru pasal visi. Kalu U xder visi yg mantap, kejap itu kejap ini, x tercapai byk la visi dan misi. Biarkan U memantapkan pentadbiran mereka supaya mereka dpt capai visi mereka. Visi UiTM; Meggalakkan Bumiputra Berpendidikan Tinggi. Visi USM; Melahirkan Pemimipin Yang Berketerampilan. Jadi toksah la kalut2 nak tukar visi Uni2 yg dah lama melahirkan bangsa yg berpendidikan tinggi.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 17th, 2008 jam 6:49 pm
bukan visi UiTM nak jadi world class universiti ke mael?
aku setuju kalau kau kata visi juga memainkan peranan penting dalam melahirkan produk berkualiti. maksud aku graduan berkualiti…
[Balas Komen Ini]
smaelz83
membalas pada
August 17th, 2008 jam 9:56 pm
Sumer Uni nak jadi World Class University.. itu misi umum.. Tp still, kalu diorang nak lahirkan graduan berkualiti, diorang kena la selaraskan misi dan visi diorang dalam pendidikan dan pentadbiran..
[Balas Komen Ini]
August 18th, 2008 at 1:19 am
aku x stuju… mula2 10% nnt dah 10thn lagi nak bagi brapa lagi? 45%? mcm kes MRSM.. bkn takut bersaing, ini masalah pendirian.
pasal isu nk buka UiTM kpd non-bumi, so dpt pertingkat penguasaan BI, x kuat la alasan nie…(mcm non-bumi bagus sgt BI, kalau x ada non-bumi, bumi x bleh ckp BI) x ada fact!. Buangkan Mentaliti Subsidi pn aku x stuju… aku rasa ko kena study dulu matlamat tertubuhnya UiTM.
p/s: write with facts.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:27 pm
bang…aku berterima kasih dgn komen kau. cuma aku rasa mungkin kau tak baca entri ini sepenuhnya. entri aku ni lebih ke arah motivasi untuk memperbaiki diri (pelajar UiTM) untuk jadikan mereka lebih berdaya saing di dalam pasaran kerjaya.
[Balas Komen Ini]
August 18th, 2008 at 9:13 am
* Kak jie sempat baca komen yg didelete tu hari sabtu pagi.
Mula² kagum juga kerana no-bumi dapat menulis BM baik mcm tu tetapi bila ada ayat2 “Membodohkan’ orang terlalu kerap, rasa hilang semua tu..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:28 pm
saya terpaksa delete sebab saya tak mahu blog ni dijadikan tempat untuk kutuk dan hina antara satu bangsa dan satu bangsa yang lain…
[Balas Komen Ini]
August 18th, 2008 at 9:33 am
Isu panas, sebenar ini cuma satu cadangan yang dipolitikkan. Ada baca protes terhadap pelajar-pelajar UITM oleh pelajar-pelajar UM yang menyokong cadangan Tan Sri Khalid? Cuma akhbar The Sun yang menyiarkan protes oleh pelajar-pelajar UM, tetapi protes oleh pelajar-pelajar UITM, dicanangkan ke seluruh dunia. Terima kasih media massa yang cuma menyediakan santapan berita sebelah pihak sahaja.
1. Ini bukan isu non-bumi cuba merampas hak orang Melayu. Ramai mengungkitkan ‘hak orang Melayu’, sila rujuk semula perlembagaan Malaysia mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu. Ada perbezaan antara hak dan keistimewaan, malangnya tidak banyak yang memahami dengan mendalam isi kandungan Artikel 153. Selagi tidak faham isu kandungan sebenar, no point arguing along this line. Oh, satu lagi, yang kerap diungkitkan ialah ‘UITM hak orang Melayu’, ehem UITM hak semua rakyat Malaysia, yuran dan subsidi untuk pelajar UITM itu, saya ada hak juga walaupun sayan bukan Bumiputera kerana saya membayar cukai pendapatan :)
2. Pelajar yang hanya bergaul dengan kelompok kaumnya sendiri dalam era globalisasi sentiasa bermain di mulut pemimpin-pemimpin negara, jadi bagus manakah kualiti pelajar yang bagaimanakah boleh dihasilkan dengan kurangnya interaksi antara kaum? Kita banyak bercakap mengenai keharmonian kaum, betapa mesra dan rapatnya hubungan antara kaum, realitinya bagaimana? Jika tidak bermula dari sekolah/institusi pembelajaran kita galakkan interaksi antara kaum, di mana lagi? Satu sebab mengapa perpaduan antara kaum di Malaysia makin kurang adalah disebabkan faktor yang paling utama ini - pendidikan. Jelas kita nampak pelajar-pelajar UITM yang memprotes (atau digalakkan oleh pihak tertentu untuk berbuat demikian)tidak panjang akal fikiran, tidak menyedari implikasi dan gambaran negatif yang mereka berikan kepada semua.
3. Rakyat Malaysia harus sedar mereka tidak bersaing cuma antara mereka sendiri, orang Melayu vs Cina vs India vs Serani vs Iban vs Kadazan dan lain-lain. Tujuan UITM ditubuhkan adalah untuk meningkatkan daya saing, dan menaiktarafkan BUMIPUTERA (bukan orang Melayu sahaja), ini tujuan asal. Apa misi Dasar Ekonomi Baru yang sebenarnya? Meningkatkan keupayaan kaum Bumiputera, menyediakan platform dan memberikan sedikit ‘handicaps’ atau bantuan supaya kaum Bumiputera boleh bersaing dengan kaum dengan dengan kadar yang lebih pantas. Jika diteliti scenario sekarang, adanya UITM itu memenuhi tujuan penubuhannya?
Memang tidak dinafikan, ramai pelajar Bumiputera mendapat manfaat dengan adanya UITM, ada peluang ke universiti, yuran yang murah, bantuan kerajaan diberikan dan mereka hanya perlu tekun belajar sahaja, tetapi harus dilihat cadangan membuka 10% kuota adalah juga untuk kebaikan UITM, malah lebih banyak baik dari buruknya cadangan ini.
Ketuanan mana-mana kaum sama ada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain sudah tidak relevan dalam era globalisasi ini. Sedap di bibir, tetapi tidak lagi praktikal. Jika Bumiputera hanya selesa bersaing sesama sendiri, dibantu oleh kerajaan selama-lamanya (sekolah bantu, matrikulasi bantu, cari kerja masuk sektor kerajaan, tak dapat kerja kerajaan tubuh institusi untuk membantu lagi.. sampai bila?), suatu hari ia akan memakan diri. Lebih baik kita mula berfikir untuk kebaikan semua - ketuanan Malaysia, dan saat itulah kita boleh berbangga dengan identiti masing-masing, Melayu Malaysia, Cina Malaysia, India Malaysia dan lain-lain.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:32 pm
terpulang kepada pembaca-pembaca di sini untuk terima secara terbuka atau tidak komen ni bong… kalau mereka punya pandangan yg positif, mereka akan ambil sbg cabaran dan perbaiki diri mereka. jika tidak terpulanglah…
[Balas Komen Ini]
August 18th, 2008 at 11:18 am
bg saya,xkisah la nak buka 10% for non-bumis.
saya ada 2 org kawan ni (chinese) yang dapat result yang sgt bagus masa spm. tapi tak dapat sambung belajar kat mana2. IPTA pun tak dapat,apatah lagi matrik. nak pergi interview untuk JPA pun tak dapat.sorg smbung form 6 dan sorg lagi pergi kolej swasta. mereka sepatutnya berhak untuk mendapat bantuan untuk melanjutkan pelajaran, padanlah dengan usaha dorng dulu.
kesian kat dorang coz saya dah tengok mcm mn dorang blajar n struggle dulu. langsung tak main2 mcm mostly budak2 melayu yang lain. dorang belajar bersungguh2 untuk mendapat tempat di U. tapi still xdpt gak. tapi budak2 melayu yang main2 ni pulak yang dapat.
anyway,sy bukan nak lecehkan org melayu just xnak org melayu jadi makin malas(nasihat ni untuk diri sy sendiri jgk huhu)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:37 pm
jadikan ia sebagai pengajaran untuk awak. berusah untuk capau tahap tertinggi dlm hidup awak…
[Balas Komen Ini]
August 18th, 2008 at 12:01 pm
sebenarnya media tempatan yg memputar belitkan kenyataan MB s’gor tu..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:38 pm
aku bosan dengan media arus perdana sekarang. berita mereka semakin hari semakin karut…
[Balas Komen Ini]
August 18th, 2008 at 1:35 pm
aku tak sokong pndangan ko..sebab klu dibuka kuota walaupun 10% pada bangsa lain tiadalah keistimewaan UITM..ko ingt bangsa lain tu klu buat universiti depa buka tak 10% kuota pada anak melayu..aku tak rasa depa buka ruang.cuba tgk universitu UTAR siapa yang ramai di situ..n university yg baru dirasmikan oleh samy vellu tu..yang terang-terang university tuk anak org india..so..kalau UITM pun dibuka..tiadalah keistimewaan anak melayu..hanya kerana mahukan persaingan..saya rasa persaingan boleh berlaku kalau hati itu mahu..kalau bercampur dgn bangsa lain pun tak semestinya depa nak bersaing juga kalau hati dah malas..bagilah satu keistimewaan pada anak melayu pula..
maaf sebab tak stuju ngan pandangan awak.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:39 pm
terima kasih kerana mengomen di sini. yup! kita punya perbezaan pandangan yang ketara. tapi matlamat kita sama. itupun sudah bagus untuk saya…
[Balas Komen Ini]
Wong Chee Zee
membalas pada
August 26th, 2008 jam 10:57 pm
aku rasa aku amat bersetuju dengan pandangan ahmoi nie.. ada masanya kita mesti bersaing, tapi jangan dilupa jati diri dan hak orang2 melayu yang perlu dipertahankan. Janganlah jadi seperti org melayu di negara jiran kita yang dipinggirkan kerana lalai dan lupa mempertahankan hak dan keistimewaan yang ada dahulu. aku pun dulu banyak belajar dari kawan2 melayu tentang jati diri kita sebagai rakyat Malaysia.
[Balas Komen Ini]
August 18th, 2008 at 8:06 pm
ko tau tak, entri ko ni membuatkan aku rasa ingin membeli senaskhah surat khabar pada malam yang dingin ni
*ya, aku tergolong di antara 70% remaja Malaysia yang kurang mengetahui isu-isu semasa, isk*
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 18th, 2008 jam 8:39 pm
wahahaha…sekarang tak payah beli pun takpe. kau kan kaki internet. baca secara online je MK :D
[Balas Komen Ini]
MK
membalas pada
August 19th, 2008 jam 9:30 am
baca online tak feel.. dan pagi ini, aku telah membeli senaskhah New Strait Times. tema kaseh Syam. harap2 aku baca la paper ni
MK punya post terbaru..Install Wordpress Terlalu Susah? Gunakan Fantastico
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 6:55 pm
Cun! Sekarang beli newspaper hari2 lepas ni beli buku sebulan satu buku. Pelaburan yang baik untuk diri kau…
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 11:47 pm
Baru cadangan saja wahai mahasiswa! jangan buat malu mahasiswa.
Fahmishah punya post terbaru..Photo : Welcome To My Life Nokia 5300
[Balas Komen Ini]
August 22nd, 2008 at 11:19 pm
ceh..name je mahasiswa/i…
tak profesional langsung…
[Balas Komen Ini]
August 27th, 2008 at 11:15 am
tq wong…tapi setiap org der pandangan masing2.
[Balas Komen Ini]
October 14th, 2008 at 3:16 am
entah. saya tak bersetuju. bukan dengan memberi apa yang kita ada, akan memajukan kita. apa yang kita patut tukar, adalah keberanian dan kata-kata semangat yang perlu kita terap dalam jiwa orang kita. UiTM perlu diteruskan untuk Bumi, tapi keberanian menempuh arus cabaran hidup dan kematangan yang perlu kita teguhkan lagi. maaf memberi pandangan tak seberapa.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 14th, 2008 jam 11:19 am
tq kerana memberi pendapat anda. saya memberi pendapat sbb saya jg mengambil berat dengan hal ehwal bangsa saya.
ps: saya tahu, matlamat kita sama (mahu lihat anak bangsa kita maju). cuma mungkin cara & pandangan kita berlainan…
[Balas Komen Ini]