Theme Baru Servis Baru
Oleh aeropama pada Aug 9, 2008 Blog, Pengumuman
Bosan dengan theme lama, sekali lagi aku telah tukar theme blog aku kepada theme yang lebih segar. Kali ini aku memilih untuk menggunakan theme Daily Press buatan Jai, Blog Oh! Blog. Nak tweak lebih-lebih aku tak berapa pandai. Cuma aku tukar logo di bahagian header dan letakkan widget MyBlogLog pada bahagian sidebar. Ini penting untuk aku trackback siapa yang datang melawat blog aku kemudian buat kunjungan balas. Jadi kepada kau yang tak ada lagi akaun MyBlogLog, aku sarankan kau buka. Senang untuk aku dan pentadbir blog lain untuk kenalpasti kau seterusnya buat kunjungan balas ke blog kau. Secara tak langsung, jumlah trafik di blog kau akan meningkat.
Kalau kau rasa tak selesa dengan theme baru aku ni dan dapati kadar loadingnya lebih lambat dari theme terdahulu, sila beritahu aku. Aku akan ambil tindakan secepat mungkin untuk pastikan kau mengalami pengalaman maksima ketika melayari blog aku ni. Aku sudah buat pandu uji dan aku dapati theme ini adalah bersesuaian dengan semua jenis pelayar. Pandangan yang paling cantik ditunjukkan oleh pelayar Safari. Kalau kau berminat untuk gunakan pelayar ini, silalah download di sini.
Kepada kau pembaca setia blog aku ni, aku mahu bagi kau hadiah. Hadiahnya adalah peluang untuk kau letakkan iklan secara percuma di blog aku ni. Apa-apa saja iklan; website kau, blog kau ataupun produk kau. Nak iklankan nombor telefon kau pun boleh. Pornografi, iklan berunusr perkauman dan iklan yang boleh memudaratkan keselamatan negara aku tak akan layan. Tempat sangat terhad. Hanya ada 3 saja. Aku sudah tambahkan kepada 6 ruang iklan. Konsep aku siapa cepat dia dapat. Tempoh untuk kau mengiklankan bergantung pada permintaan. Kalau tak banyak orang nak letak iklan diorang, kau beruntung sebab boleh letak iklan kau seberapa lama kau suka di blog ini.
Untuk pengetahuan kau, blog ini menerima kunjungan 400++ pengunjung sehari dengan purata 30 komen setiap entri. Tak lah banyak manapun trafik di blog ni. Tapi sekurang-kurangnya kau bolehlah dapatkan manafaatnya. Dan yang paling penting servis ini adalah PERCUMA! Tak payah bayar. Kalau kau berminat, kau boleh hubungi aku di bahagian Contact Me. Jangan lupa untuk sediakan iklan kau dalam format *.gif atau *.jpg dengan saiz 125 pixel x 125 pixel. Sesiapa yang berjaya, akan aku hubungi melalui emel. Chow…
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- New Theme New Service
- How to Change Your Blogger’s Theme…
- Blog Review: Blogikus.com
- Fast Update
- Kerjaya dalam Industri Minyak & Gas Bersama UMW Oil & Gas Sdn Bhd
- Blog Review Sempena Peraduan Bonanza di Thinker.My
- Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe
- Google Analytics: Gunakannya Untuk Bina Readership
- Punca Kesesakan Trafik di Kuala Lumpur
- Blogger Don’ts






August 9th, 2008 at 2:21 am
Hoo..semakin menarik nampak nya. Selamat2. He he.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 9th, 2008 jam 3:12 am
awak tak mahu letak iklan di sini ke? free je
[Balas Komen Ini]
aTiQah
membalas pada
August 9th, 2008 jam 8:10 pm
err..tak tau nak iklankan apa. eheh.
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 2:31 am
hoho satu peningkat yang amat memberangsangkan!
aku pun baru lagi capai 400++ eheh. satu kapal la kita.
insya allah aku akan bikin theme sendiri… tungguu!!! sape nak upah aku bikin theme ehehe,
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 9th, 2008 jam 3:14 am
wow! kau sudah jadi macam bob. ambil upah buat theme. ok… nanti kau sediakan folio kau. aku mmg cadang nak ada theme yang khas utk blog aku macam si doshdosh tu. mana tahu kalau kau mampu buat theme yang professional utk aku. harganya camne ye?
[Balas Komen Ini]
megat
membalas pada
August 9th, 2008 jam 5:42 am
aku memang boleh buat theme. cuma aku blom faham pro tu macam mana.
aku skang masih melihat prospek ttg job ni. insya allah.
nnt ko tgk aku bikin theme kedua aku. yg pertama dulu “akubuntu” agak stabil tp aku blom releasekan.
skang ni aku nak bikin yg lebih pro. dalam pembikinan eheh
ps : apa YM ID ko!?
[Balas Komen Ini]
Mohd Hafifi
membalas pada
August 9th, 2008 jam 7:37 am
mearik..aku pun nak upah megat la..hehe
[Balas Komen Ini]
taukey
membalas pada
August 9th, 2008 jam 11:53 am
wah bro pandai buat theme. cantik. hehehehe.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 9th, 2008 jam 12:47 pm
aku tunggu kau releasekan theme yang kelihatan professional. kalau puas hati, aku nak hire kau buat theme khas utk aeropama.com.
[Balas Komen Ini]
megat
membalas pada
August 9th, 2008 jam 6:27 pm
mohd hafifi & taukey
insyaallah aku sedang bikin flow. aku tgh byk masa dan mengkaji tentangnya. tunggu!
syam
ok aku cuba sebaik mungkin dan aku juga mahukan penilaian dari kau juga.
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 2:39 am
mcm best jek…leh wat iklan free..
sape cepat dia dpt ek..
xreti la nk wat iklan..tp nak jugak ada iklan kat sini..
xpe, kena tanya pd yg pakar dulu..
tp theme ni load cepat bro..
better..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 9th, 2008 jam 3:15 am
kalau awak nak letak iklan di sini, silakan. masih ada kekosongan. ada 2 tempat lg utk di isi. mintak tolong pada sesiapa buatkan untuk awak kemudian bagi kat saya. tahulah saya nak iklankan…
[Balas Komen Ini]
callister
membalas pada
August 9th, 2008 jam 3:34 am
hehe.thx u for encouraging me..
i’ll try find sumone who can help me..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 9th, 2008 jam 12:48 pm
hurry up callister. only one adspot remains. kalau tak kene tunggu bulan depan la…
[Balas Komen Ini]
callister
membalas pada
August 9th, 2008 jam 3:31 pm
hm…kalo sy lmbt xpe la..kasik chance org lain dulu…
huhu
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 3:59 am
aku rasa ok je. Laju masa loading.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 9th, 2008 jam 12:49 pm
terima kasih pada feedback kau. aku takut gak sebab masa first time aku install, loading die sikit lambat pada bahagian mybloglog. pakai widget lama pun lmbat gak. hampeh…
[Balas Komen Ini]
TH
membalas pada
August 11th, 2008 jam 12:37 am
laju je. kalau mybloglog memang kekadang lambat..
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 6:44 am
~ iklan free? tak dek benda nak diiklankan la. wah!! congrats coz hit blog nie cecah 400++. blog i nak sampai 200 pun sekali sekala jer. ~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 9th, 2008 jam 12:50 pm
wah! dasat tu dah cecah 200 visitor. tapi sekarang ni nak cuba convert semua visitor tu jadi pembaca setia pula…
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 7:29 am
Hebat nih.. visitor cecah 400++.. ke 4000++ mesti ada typo nih… haha.. siap bole bg org wat iklan dgn FREE lak tuh… xper.. si Syam ni tgh nak tolong org.. aku support ko!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 9th, 2008 jam 12:51 pm
ko ingat aku ni blogger otai ke sampai 4000 visitor. ko taknak letak iklan di sini mail?
[Balas Komen Ini]
smaelz83
membalas pada
August 9th, 2008 jam 1:22 pm
Nak gak.. skang ni tgh dok pk camna nak bg cun akunyer banner.. hehe.. nnt dah siap aku anto kat ko…
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 9:09 am
waaa.. bestnya…
ur new theme is nice.. siap ada adspot lagi..
oh ya.. aku dah hantarkan iklan aku kat email kau..
harap2 dapatla tempat kat adspot tu ye.. huu
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 9th, 2008 jam 12:51 pm
aku dah letakkan iklan kau di sini. semoga kau berpuas hati
[Balas Komen Ini]
alone
membalas pada
August 11th, 2008 jam 5:28 am
terima kasih syam :razz:
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 9:25 am
cantik la~
simple je :D
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 10:31 am
yeah…syam..kau memang cool…hrm..aku pun rasa aku nak tukar theme…ahhah..itu hari siap plan nak tukar cms..xmau pakai wpress, nak pakai pixelpost..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 9th, 2008 jam 12:53 pm
wow…ko mmg sangat advance. aku tak sampai nak tukar cms sebab aku masih lagi jahil.
err… pixelpost tu ape?
[Balas Komen Ini]
xmindfreakx
membalas pada
August 10th, 2008 jam 12:27 pm
pixelpost itu platform yang sesuai untk yang nak post berkaitan dengan photo sahaja..macam theme photopress dari wordpress..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 10th, 2008 jam 12:49 pm
owh! aku tak tahu mende ni sebelum ni bro. maklumlah aku ni masih jahil…
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 11:56 am
aku ada pernah guna theme ni. tapi dah pakai sehari dua tak menepati jiwa. hehehehe.
theme ni aku suka sebab ada ads spot dan mmg cantik susunan side bar. aku minta theme camni.
jiwa aku tak ditepati dari segi warna dan header. hehehe. citarasa berlainan. haha
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 12:54 pm
warna dia kelabu memang sedikit kurang selesa. mula-mula aku nak putihkan, tapi ada sedikit cela. hehehe.
xpe…nanti aku dah berjaya tweak sepenuhnya theme ni, aku kasi release….
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 2:39 pm
wah….400++ visitors…
glemer dah ni..
iklan?? tahle…aku tak tau nak suh bro iklankan ape sal aku kat cni…
p/s: bole ke iklankan nenas kt cni??? kekekeke!!!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 9th, 2008 jam 10:24 pm
mana glamer aisyah. kecik lagi tu.
jgn cakap nenas, gajah pun boleh aisyah…
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 4:53 pm
cantik jer theme macam ni…kalo nak tukar2 theme pon buat lebih kurang macam ni pon ok dah… :P
#thanx sbb singgah blog saya…tgh gagahkan la nak blajar physic…tapi saya x jadi engineer la nanti mcm kamu… :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 9th, 2008 jam 10:25 pm
tak cadang nak tukar theme lain lg. cuma nak tweak theme ni dalam masa terdekat. kasi nampak lebih cun macam kamu… :P
nape lak tak jadi engineer? tak suka ke?
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 8:35 pm
Setakat ni aku selesa lagi dengan theme ligakampung walaupun ada beberapa pelayar yang tak ngam..
Buat masa ni aku nak tukar theme untuk blog rear-wheel.com/blog dulu..
Apahal pun selamat bermain dengan wordpress..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 9th, 2008 jam 10:26 pm
huhuhu… aku memang perasan theme ko sekarang ada clash dengan beberapa pelayar terutamanya IE yang hampeh tu. tapi takpe. janji content blog kau sangat kool! aku tak kisah…
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 9:56 pm
So. amacam? x okay ke ad yg aku bg? Nak kena design lain ke?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 10th, 2008 jam 4:28 am
alahai mael. kau terlambat sikit je. callister lebih cepat antar request dari kau. tunggu lepas 3 bulan lagi ok. aku wat rotation setiap 3 bulan…
[Balas Komen Ini]
August 9th, 2008 at 11:23 pm
sekarang ni musim semua tukar theme. hehe :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 10th, 2008 jam 4:29 am
aku terikut hang la nizam. hang dah tukar theme baru tapi aku dok lagi. skg aku dah tukar, puas hati aku….
[Balas Komen Ini]
August 10th, 2008 at 7:08 pm
wa.. nice theme.. laju je rasa load.. mgkin lmbab kalo pki dial up kot.
wa ada ruangan iklan free lg. mesti pasni kene berbayar plak eh..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 11th, 2008 jam 6:55 pm
aku bagi free untuk pembaca blog aku. insyaallah takde bayaran yang dikenakan utk masa akan datang. kalau untuk pengguna komersil, mungkin aku akan kenakan sedikit bayaran…
[Balas Komen Ini]
August 10th, 2008 at 11:21 pm
tempah satu ruang tue. ekekeke. sori la. x sempat melompat2. ade kije. smpt lompat kat blog sndr je. tue pun dgn tujuan kempis perut yg mkn mantap nie. hahaha!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 11th, 2008 jam 6:55 pm
huhuhu… kalau kau nak cepat antar iklan kau kat emel aku. cepat!
[Balas Komen Ini]
August 11th, 2008 at 7:45 pm
uwaaaaa. dah penuh. tambah satu lagi row la bro. hehe. br contact designer suh wat. tp die bz. xdpt den nk nolong. huhu!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 11th, 2008 jam 7:51 pm
antar je iklan kau. tahulah aku apa aku nak buat nanti…
[Balas Komen Ini]
August 11th, 2008 at 8:04 pm
haha. nnti2 bro. thx.
[Balas Komen Ini]
August 12th, 2008 at 10:09 am
alamak syam… lamanya akak tak singgah..udah tkar theme, emmm nice, kemas! akak bz dok test drive ferrari baru… hehehe..
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 6:30 pm
aku suka lah theme macam ni simple dan kemas…mana nak carik ek hehe
zamz punya post terbaru..Kau Ilham Ku
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 7:02 pm
untuk wordpress ko boleh cari kay mybloglog. untuk blogspot ko cube cari kat btemplates tak pun ko google saja :D
[Balas Komen Ini]