Fast Update! Contest Bulan September Di Lancarkan

Salam & Hello kepada pembaca blog aku yang aku sayangi & hargai. 5 hari lagi  Hari Raya Aidilfitri akan menjelma. Sekarang semua sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya. Adik perempuan aku yang bongsu sedang sibuk mengadun bahan-bahan membuat kuih raya di sebelah aku ni. Aku? Sekadar jadi pemerhati dan juri. Beri komen itu dan ini. Kebanyakan berunsur kritikan sebab aku kan abang. Yepi!

Tadi aku akses CPanel aku. Menjenguk pada statistik hosting aku. Lihat pada bahagian bandwith usage, Awstat, setup webmail untuk Aeropama Dot Com kemudian pergi ke bahagian disk usage. Rupanya masih banyak lagi ruang kosong di dalam hosting aku. Aku baru guna 1% dari keseluruhan disk space aku.

Tiba-tiba muncul idea di otak aku. Daripada ruang-ruang kosong itu terbiar begitu saja, lebih baik aku berikan pada kau kan. Tapi kalau bagi macam tu saja, tak thrill la beb! Jadi aku buat satu contest.

Read the rest of this entry »

Tags: Blogspot, contest, hosting percuma, peraduan, wordpress

Google Analytics: Satu Pengenalan

Google AnalyticsSebenarnya, artikel ini sudah lama ingin aku terbitkan, tetapi memandangkan ketika itu aku tak mahu dipersoalkan tentang kredibiliti aku menulis artikel sebegini, aku tangguhkan saja. Maklumlah ketika itu, bilangan pelawat di Aeropama Dot Com tak lah banyak manapun. Tetapi kerana permintaan dari birthday boy kita yang kacak, Extremist Thinker, aku buat juga artikel ini.

Kali ini aku mahu kenalkan kau kepada Google Analytics. Kau mungkin pernah dengar dan sudahpun gunakannya. Jadi artikel ini sudah lapuk dan kau boleh abaikan. Tapi aku menulis untuk mereka yang tak pernah tahu dan guna perisian ini supaya mereka dapat memanafaatkan perisian Google Analytics semaksimum mungkin.

Google Analytics sangat bagus untuk kau yang mahu memaksimumkan kewujudan blog kau. Dari proses meningkatkan jumlah pelawat (organik) ke blog kau hinggalah kepada mewujudkan readership di kalangan pengunjung kau.

Read the rest of this entry »

Tags: Blog, Blogspot, Google Analytics, wordpress

Gunakan Hak Kau Untuk Memberi Komen (Di Sini)

Komen Di AeropamaSalam dan Hello kepada pembaca blog aku yang aku hargai dan sayangi. Entri kali ini adalah entri yang ke 168. Tapi jumlah komen yang aku terima amatlah tidak memuaskan hati aku. Mana taknya, jumlah pelawat yang melawat blog ini mencecah ratusan pelawat sehari tapi jumlah komen yang diterima untuk setiap entri masih agak rendah. Aku tahu, ada antara kau orang menjadi pembaca senyap blog aku ni terutamanya kawan-kawan rapat aku yang hanya datang, baca dan keluar tanpa tinggalkan apa-apa komen.

Terfikir juga sebab kenapa kau tak tinggalkan komen? Kau takut untuk letakkan komen di sini? Jangan takut. Aku bukan makan orang pun. Aku hanya mahukan hubungan dua hala antara kau dan aku. Ingat… Tujuan aku berblog adalah untuk berkongsi ilmu dan mengembangkan ilmu. Bagaimana tujuan aku tu dapat dicapai jika aku tak dapat respons dari kau?

Read the rest of this entry »

Tags: Blog, komen, wordpress

Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe

Kau tak pernah gunakan Wordpress sebelum ini dan kau mahu gunakan Wordpress sebab tertarik dengan antara muka dan fungsinya yang kool? Aku juga begitu dahulu. Tapi bila aku rujuk manual pemasangannya, boom! … PHP, Text Editor, MySQL, phpMyAdmin, database bla bla bla. Memang menggerunkan terutamanya untuk orang yang kurang bijak dalam IT macam aku ni.

Relaks… Ada cara jauh lebih mudah untuk kau pasang Wordpress. Kau tak perlu nak download perisian Wordpress, wujudkan database di hosting kau, edit sedikit file wp-config.php kemudian upload segala file Wordpress yang kau dah download dan ubah tadi. Leceh! Gunakan perisian Fantastico De Luxe yang biasanya ada pada hosting berasaskan Linux atau Cpanel.

Read the rest of this entry »

Tags: Blog, fantastico de luxe, wordpress