Jurutera Sebagai Pasangan Ideal?

mencari-jurutera

Membaca entri tulisan Nono berkenaan dengan “Kenapa perempuan harus berkahwin dengan seorang jurutera?” buatkan aku tersenyum sendirian. Ada riak gembira dan bangga berkocak sementara di dalam hati aku. Entri yang mampu beri semangat kepada rakan-rakan jurutera (lelaki) dan mereka (lelaki) yang bakal menjadi jurutera. Maklumlah elemen perempuan mampu menjadi penggalak dalam kehidupan seorang lelaki bukan?

Sebagai jurutera, aku juga punya versi aku sendiri. Tapi kali ini aku putar sedikit kepada “Apa yang kau (perempuan) perlu ada untuk dapatkan seorang jurutera (lelaki)”. Peringatan untuk kau, ini hanyalah kriteria (peribadi) aku saja. Ianya tidak mewakili jurutera secara amnya. Tapi mungkin ada sesuatu yang boleh kau ambil.

Read the rest of this entry »

Tags: cinta, Jurutera, lelaki, wang

Jimat, Bazir dan Keperluan. Apa Yang Aku Boleh Ajar Kau?

Banyak Duit Aku Suka!Salam dan Hello kepada pembaca blog aku yang aku sayangi dan hargai. Aku sangat berpuas hati dengan feedback yang aku terima dari kau dalam entri Elakkan Bangga Dalam Pembelian. Kau memang superb! Aku sayangkan kau.

Aku terima beberapa komen yang sangat kontra dari pendapat aku. Itu sangat bagus. Aku sudah dapat merasa ada hubungan dua hala antara aku dan kau. Jadi teruskan dengan memberi komen dan pendapat kau. Aku akan tetap menulis entri yang mungkin bukan stereotaip tetapi ianya adalah realiti dalam kehidupan kau dan aku.

Membalas komen kau di sana berikan aku ilham untuk menulis entri sambungan kepada entri tersebut di sini. Aku mahu menulis bagaimana kau mahu bezakan apakah itu penjimatan atau pembaziran dan yang mana keperluan dalam perbelanjaan kau. Jadi mari baca sampai habis…

Read the rest of this entry »

Tags: berbelanja, duit, pengguna bijak, wang

Berikan Nilai Pada Duit Kau.

Aku Suka DuitKau bekerja sebab nak dapatkan duit. Kau berniaga sebab nak dapatkan duit. Ada pula yang berblogging sebab nak dapatkan duit. Duit dengan kehidupan kita memang tak dapat dipisahkan. Sebut sahaja pasal duit, memang semua orang suka. Aku suka dan kau pun suka. Apatah lagi kalau dapat duit percuma. Melompat kegembiraan tak ingat dunia.

Nak dapat duit tak semudah yang disangka. Usaha kena keras baru duit tu datang melayang masuk ke dalam poket kau. Kalau poket penuh hati pun senang. Semakin senang hati kau, semakin senang untuk kau belanjakan duit kau. Shopping sana sini beli baju, mekap, barang kemas, barang keperluan harian dan lain-lain yang kau rasa perlu.

Hari ni bukan teknik berbelanja mahupun teknik merancang kewangan yang aku mahu tulis. Bagi aku duit tu kau susah payah cari, jadi kau berhak untuk nikmati hasil usaha kau mengikut cara yang kau suka. Aku cuma mahu mengajar kau untuk memberi nilai kepada duit yang kau belanjakan itu. Ini adalah teknik yang selalu digunakan oleh golongan-golongan kaya dalam kehidupan diorang. Aku lihat orang kaya lebih mengerti nilai duit berbanding orang miskin kerana mereka tahu betapa susahnya nak dapatkan duit.

Read the rest of this entry »

Tags: berbelanja, duit, wang