Rakyat Malaysia! Di Mana Perikemanusiaan Kau?
Oct 13, 2008 Announcement, Blog, Community, Peribadi
Salam Isnin semua. Bagaimana mode Isnin kau? Ceria? Atau hampeh? Pagi Isnin aku bermula dengan sangat baik. Aku tidur dengan cukup semalam. 5 jam waktu tidur adalah masa yang memadai oleh orang dewasa seperti aku. Bangun pagi, pandang cermin & senyum pada diri sendiri kemudian mandi untuk bersiap ke pejabat. Bekerja adalah satu kegemaran yang hakiki aku.
Ketika ingin ke pejabat tadi, di jalan arah bertentangan dengan aku, telah berlaku satu kemalangan. Sebuah motosikal telah digesel sebuah kereta & terjatuh di tengah-tengah jalanraya yang sesak dengan kenderaan. Pemandu motosikal & pemboncengnya terselamat dari dilanggar oleh kenderaan di belakang. Teknologi brek kereta Honda Civic model baru yang berada di belakang motosikal tersebut patut dipuji. Fuuh!
Pemandu Honda Civic? Ptuih! Hanya berhenti, mengelak mangsa kemudian berlalu. Kereta yang menggesel pula memecut tanpa rasa bersalah. Kalau aku mat rempit seperti dahulu, pasti pembahagi jalan sudah aku redah & kejar kereta tersebut. Tak kemik badan kereta, muka pemandu yang kemik. Tahi!
Tags: hosting percuma, kehidupan, Malaysia, Pengumuman, peraduan, ranking Alexa





