Majlis Buka Puasa Anjuran Negaraku Dot Net 2008

Negaraku Break FastNampak gaya aku adalah antara yang paling lambat menerbitkan entri penggulungan tentang Majlis Buka Puasa Anjuran Negaraku Dot Net. Sejak kelmarin, ramai bertanyakan pada aku tentang majlis tersebut. Best ke tidak? Siapa yang datang?

Secara keseluruhan aku katakan majlis tersebut sangat best! Rugi kepada kau yang tak datang. Makanan yang disediakan sangat sedap dan banyak! Walaupun aku hanya menjamah sedikit saja. Bukan apa. Aku bukan manusia yang gila makan. Makan sekadar untuk mengisi perut saja. Lagipun perut kena jaga beb. Takut buncit sebelum sampai waktunya.

Blogger-blogger yang datang tak ramai tapi suasananya sangat meriah. Macam ramai pula yang datang.

Read the rest of this entry »

Tags: Blog, Puasa, Ramadhan

Majlis Buka Puasa Anjuran Negaraku dot Net

Mana nak cari duit raya?Setelah didesak acapkali oleh Life4Hire, akhirnya NH @ Negaraku.net telah merancang untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa Sempena Bulan Ramadhan ini. Butir-butir majlis adalah seperti berikut.

Tempat: Sekitar Pantai Dalam (Masih menunggu Life4Hire menyediakan Google Mapnye. Cepat sikit bro! Petanya sudah diupload. Rujuk di sini)

Tarikh: 13 September 2008 (Sabtu)

Masa: Buka Puasa. Kalau boleh datang awal sikit. Senang untuk buat tempahan makanan.

Bayaran: Tanggung sendiri. Kau nak makan sedap dan banyak, kau bawa duit banyak-banyak.

Aktiviti: Buka puasa dan suai kenal antara yang hadir. Masjid juga berdekatan (100m) untuk menunaikan solat berjemaah.

Jadi aku harap kepada bloger-blogger dan pembaca-pembaca blog aku yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur agar dapat menghadirkan diri dan memeriahkan majlis ni. Boleh kenal-kenal dan mengorat awek-awek atau jejaka bujang di sana nanti. Yang Non-Muslim juga di jemput!

Untuk keterangan lebih lanjut, rujuk di sini. Jom Gegar! Berani? :arrow:

ps: Aku mungkin akan menghadirkan diri ke sana jika tiada aral dan ajal.

ps: Minimum 10 orang diperlukan untuk jadikan majlis ini kenyataan.

Tags: Announcement, Blog, Puasa, Ramadhan

Buat Duit Di Bulan Ramadhan

Mana nak cari duit raya?Ramadhan sudah pun masuk hari ke 7. Suasana Hari Raya Aidilfitri sudah mula terasa. Orang-orang sekeliling sudah mula sibuk fikirkan persiapan raya. Baju raya dah tempah ke belum? Kuih raya nak buat ke nak beli saja? Langsir tahun ni nak colour apa? Itu belum masuk yang dah mula dendangkan lagu raya. Satu Hari Di Hari Raya nyanyian M. Nasir dan Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee antara lagu favorite dan evergreen.

Ada sesetengah tu pula dok runsing tentang budget Hari Raya mereka. Duit raya budak-budak, baju raya ahli-ahli keluarga dan lain-lain lagi. Banyak belanja nak pakai sedangkan gaji… Alahai… Seciput je. Owh! Pening.

Jalan terbaik untuk kurangkan kerungsingan kau adalah dengan cari duit tambahan. Kau mahu cari duit lebih kan? Aku berikan beberapa idea untuk kau. Yang jadi persoalan, sama ada kau sanggup berusaha keras dan korbankan masa tidur siang hari kau?

Read the rest of this entry »

Tags: budget, business, duit, Ramadhan

Ramadhan: Yang Pelik dan Jelik

Juadah Istimewa Berbuka Puasa

Juadah Istimewa Berbuka Puasa

Di saat aku menulis entri ini, tinggal 5 jam lagi untuk aku berbuka di hari pertama berpuasa. Tak tahu apakah hidangan berbuka yang mak aku akan sediakan. Aku tak berkira tentang makanan. Bagi aku asalkan ianya air tangan mak, macam magik semuanya jadi sedap.

Owh! Apa yang aku melalut ini. Ramadhan bukan bulan untuk kita fikirkan tentang makanan semata-mata. Bahkan Ramadhan punya pengertian lebih dari itu. Tapi itulah antara perkara yang pelik dan jelik yang sering berlaku dalam bulan Ramadhan.

Read the rest of this entry »

Tags: kehidupan, Puasa, Ramadhan