Happy Birthday Girl

happy-birthday

Nota: Ini adalah scheduled post. Ketika kau membaca entri ini, aku mungkin dalam perjalanan ke Melaka. Ada major shutdown yang aku perlu sertai, 3 enjin turbine 25 megawatt kapasiti sedang menunggu untuk aku servis.

Happy Birthday Girl!

Awal sehari bukan untuk aku lontarkan ucapan selamat hari lahir kepada kau? Aku terlalu sibuk dan suasana persekitaran kerja aku yang membataskan hubungan aku dengan dunia luar mungkin membuatkan aku terlepas peluang untuk hantar SMS berupa ucapan kepada kau. Papan tanda amaran di kawasan kerja aku terang-terang tertulis “Dilarang membawa telefon bimbit ke kawasan kerja”.

Read the rest of this entry »

Tags: Pengumuman, Peribadi, Ucapan

2009 Wishlist

nora-2009
Malam 1 Januari 2009, aku mulakan dengan memenuhi jemputan seorang rakan ke majlis pembukaan perumahan mewah berdekatan Ampang Point. Rekabentuk yang sangat futuristik dan moden, harga mencecah jutaan ringgit, golongan-golongan elit sebagai jiran tetangga dan privasi yang memang dijamin, RM 3.5 juta untuk sebuah rumah bukan kemampuan aku. Hanya mampu memasang impian saja.

Kemudian melepak di sebuah restoran Arab yang terletak di kawasan perumahan berhampiran Plaza Yow Chuan, Ampang Park. Sangat happening suasananya. Sementara menanti jam 12.00 malam, aku pesan sejenis masakan Arab berupa kebab daging bercicah sos yang sangat memualkan, sedapur sisha yang sangat lama untuk dihabiskan (2 jam) dan berbual-bual kosong dengan 3 orang rakan yang lain. Owh! Malam tahun baru aku habiskan seperti seorang pakcik.

Read the rest of this entry »

Tags: berbelanja, budget, duit, kawan, Malaysia, Peribadi

Selamat Tinggal 2008

Salam Selasa wahai pembaca yang aku sayangi. Tinggal 2 hari dari entri ini ditulis, tahun 2008 akan meninggalkan kita. 2009 akan menyusul pula. Bermakna satu lagi lembaran baru akan menyusul, juga sebagai tanda usia kita semakin menginjak tua.

Bagaimana tahun 2008 kau? Adakah ianya tahun yang mengembirakan atau menyedihkan? Diya kata tahun 2008 adalah tahun yang menjengkelkan untuk dikenang. Mungkin tahun 2008 untuknya sesuatu yang sangat tidak mengembirakan.

Read the rest of this entry »

Tags: kehidupan, Peribadi

Entri Melankolik

cintaOrang kata aku lelaki yang sunyi. Aku terima kerana kadangkala aku rasa begitu. Tapi bukan setiap masa. Orang kata mustahil seorang manusia normal untuk hidup membujang selama-lamanya. Aku sedar. Tapi aku belum desperate. Masanya pasti akan tiba dan aku tahu bila. Kau tak perlu ingatkan aku.

Kepada kau, perempuan-perempuan yang tidak muak memberitahu hal-hal cinta dan hidup berpasangan kepada ku saban masa, terima kasih aku ucapkan. Aku bukan lelaki yang terlalu mendambakan cinta. Aku sudah rasa apa itu cinta; kemanisan dan kepahitannya. Cukup buat masa ini. Berikan aku sedikit masa untuk aku tumpukan pada benda lain; keluarga dan impian.

Read the rest of this entry »

Tags: cinta, Peribadi

13 hari, 14 jam sehari di lapangan.

Aku sudah kembali! Kembali ke rumah dan kehidupan asal selepas 13 hari, 14 jam sehari bekerja di lapangan. Satu tempoh yang mungkin pendek bagi kau.

13 hari di lapangan, buatkan aku terasing dari dunia luar. Kemenangan Barrack Obama dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, pembebasan Razak Baginda dari tuduhan membunuh model hot dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu, penurunan harga petrol sebanyak RM 0.15 yang menggembirakan rakyat (ptuih!) dan kemenangan Lewis Hamilton dalam perebutan mahkota kejuaraan F1, baru hari ini dapat aku ketahui.

13 hari tidak berblog, aku rasa sangat kekok. Cuba mendapatkan kembali rentak penulisan aku, ada sedikit sukar di situ. Entah berapa kali aku mengulang taip-padam. Segala-galanya tampak pelik bila aku baca kembali hasil tulisan aku sejak 2 jam yang lepas. Terlalu teknikal! Untuk menulis entri bersifat teknikal, impaknya sangat aku ketahui. Bosan!

Maaf jika entri ini kelihatan seperti entri sampah. Anggap saja ianya satu notis pemberitahuan kepulangan aku ke dunia blog. Berikan aku masa sehari dua untuk aku dapatkan kembali feel menulis. Lagipun ada 680++ entri di Google Reader aku yang belum aku baca. Gila! 2 minggu tidak online, hampir 700 entri kau orang telah terbitkan. Kalau 2 bulan aku tak online, entah berapa ribu entri aku akan ketinggalan.

ps: Jadi Company Site Representative (CSR), hampir buatkan aku terencat. Mungkin aku patut claim kepada Petronas. Hahaha!

pss: 13 hari di lapangan, aku telah buat ramai kawan. Dari luar negara mahupun dari dalam negara. Tawaran kerja pun berlambak aku terima. Oh yeah!

psss: Aku telah jumpa prospek kerjaya yang sangat baik. Banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga. Mungkin 2 tahun lagi aku akan ke sana.

Tags: kerjaya, Peribadi