PM, TPM, Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan
Sep 17, 2008 politik
Wow! Orang nombor satu negara buat gempar lagi hari ni. Buat pertukaran portfolio dengan timbalannya. Katanya “Kau ambil tugas aku jadi Menteri Kewangan, aku ambil tugas kau jadi Menteri Pertahanan” (ayat rekaan saja)
Apa signifikan pertukaran ini? Sebagai satu persediaan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau menjadi Perdana Menteri? Mungkin… Sebab menjadi Perdana Menteri berkait rapat dengan kebolehan mengurus negara dan ekonominya dengan baik. Jadi berkait langsung dengan kewangan.
Menjadi persoalan, kenapa pula Datuk Seri Abdullah berminat dengan portfolio pertahanan secara tiba-tiba? Adakah ingin merobek akar-akar rasuah yang mula menjalar di situ, atau demi masa depan negara ataupun mahu gunakan elemen keselamatan (tentera) demi kesinambungan karier politik beliau? Aku tak mahu ulas lebih di sini. Kau mungkin mahu mengulas?
Tags: Community, minyak dan gas, politik
Kerjaya dalam Industri Minyak & Gas Bersama UMW Oil & Gas Sdn Bhd
Aug 28, 2008 kerjaya, minyak dan gas
Kau sedang menganggur dan mencari kerja? Atau kau benci dengan karenah bos kau (sekarang) yang suka EMO tak tentu pasal? Atau kau mahu cari kerja yang mampu berikan kau gaji bulanan yang tinggi? Atau kau punya minat untuk menceburi industri minyak dan gas?
UMW Oil & Gas Sdn Bhd mungkin adalah tempat pilihan kau. 35 jawatan yang pelbagai sedang kosong untuk kau isi. Banyak tu! Dari bahagian kejuruteraan hingga ke bahagian pengurusan. Jadi kau yang punya latar belakang teknikal mahupun bukan teknikal punya peluang yang sama rata. Persoalannya sama ada kau berani atau tidak untuk memohon dan rela dijadikan hamba tebusan di sana? kalau YA, sila mohon.
Malas aku nak cakap banyak. Kau download saja iklan yang bertarikh 27 Ogos 2008 ini untuk keterangan lebih lanjut. Untuk rekod, iklan jawatan kosong ini hanya untuk edaran dalaman je (aku dapat melalui emel). Tapi aku mahu kau punya peluang untuk sama-sama rasa nikmat kerja dalam industri minyak dan gas, jadi aku sebarkan juga untuk tatapan umum.
Tags: kerja kosong, kerjaya, minyak dan gas
Manusia Beralasan…
Aug 24, 2008 Community, minyak dan gas, motivasi, politik
Harga minyak sudah turun! Oh yeah! Kerajaan umumkan penurunan harga sebanyak 5% walaupun harga minyak dunia telah menurun sebanyak 11%. Untuk rekod hari ini harga minyak dunia berada di paras USD 114 setong…
Berita penurunan harga minyak jadi berita yang sangat hangat. Kau baca surat khabar, itu yang jadi berita muka depan. Blogger-blogger juga ambil kesempatan untuk tulis pasal ini. Kau boleh baca di sini. Jadi tak perlu aku tulis pasal itu. Nanti kau bosan…
Hari ini aku mahu tulis tentang perangai manusia yang satu ni. Perangai suka memberi alasan. Semua orang ada. Aku, kau dan …
Tags: kehidupan, minyak dan gas, politik
Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2
Jul 10, 2008 kerjaya, minyak dan gas
Ini adalah sambungan kepada entri sebelum ini. Aku terangkan secara umum tentang hirarki dalam industri minyak dan gas serta bagaimana untuk kau rancang kerjaya kau. Khusus untuk mahasiswa/siswi.
Seperti yang dikata oleh ’sempai’ aku, hirarki industri minyak dan gas di Malaysia boleh digambarkan seperti piramid 4 lapisan. Lapisan pertama dan tertinggi sekali adalah pemilik lapangan minyak di Malaysia. Hanya ada satu saja syarikat dalam lapisan ini iaitu Petronas (kau mesti selalu dengar lah). Lapisan kedua adalah operator lapangan dan pengeluar minyak. Petronas Carigali, ExxonMobil, BHP, Murphy Oil, Shell, Newfield, Nippon Oil (diorang ni pun kau selalu dengar juga) dan banyak lagi syarikat termasuk dalam lapisan ini. Lapisan ketiga adalah support services. Konsultan, design house dan kontraktor pembinaan dan pemasangan biasanya berada di lapisan ini. Lapisan terbawah sekali dan paling banyak adalah vendor dan supplier. Mereka ni kerjanya menyediakan dan menjual peralatan untuk kegunaan industri ini seperti drill bit, valves, pump dan banyak lagi. Sebab terlalu banyak syarikat di kedua-dua lapisan ini, aku tak mampu untuk senaraikan. Kau boleh cari di direktori rigzone.com ataupun direktori offshoreman.com
Tags: minyak dan gas, teknologi
Kerjaya dalam Industri Minyak dan Gas
Jul 5, 2008 kerjaya, minyak dan gas
Baru-baru ini aku menerima emel dari seorang graduan bertanyakan bagaimana caranya untuk memasuki industri minyak dan gas dengan senang? Ok… Jawapan aku, tiada jalan senang sebenarnya. Apa yang penting, usaha, usaha dan usaha. Tapi aku boleh beri kau sedikit gambaran untuk kau rancang kerjaya kau di dalam industri ini.

Industri minyak dan gas boleh di bahagikan kepada 2 bahagian; Upstream dan Downstream. Di dalam kedua-dua bahagian ini (di Malaysia) terdapat banyak syarikat yang kau boleh bekhidmat dengannya.
Read the rest of this entry »
Tags: minyak dan gas, teknologi






