2009 Wishlist

nora-2009
Malam 1 Januari 2009, aku mulakan dengan memenuhi jemputan seorang rakan ke majlis pembukaan perumahan mewah berdekatan Ampang Point. Rekabentuk yang sangat futuristik dan moden, harga mencecah jutaan ringgit, golongan-golongan elit sebagai jiran tetangga dan privasi yang memang dijamin, RM 3.5 juta untuk sebuah rumah bukan kemampuan aku. Hanya mampu memasang impian saja.

Kemudian melepak di sebuah restoran Arab yang terletak di kawasan perumahan berhampiran Plaza Yow Chuan, Ampang Park. Sangat happening suasananya. Sementara menanti jam 12.00 malam, aku pesan sejenis masakan Arab berupa kebab daging bercicah sos yang sangat memualkan, sedapur sisha yang sangat lama untuk dihabiskan (2 jam) dan berbual-bual kosong dengan 3 orang rakan yang lain. Owh! Malam tahun baru aku habiskan seperti seorang pakcik.

Read the rest of this entry »

Tags: berbelanja, budget, duit, kawan, Malaysia, Peribadi

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

nenek-maimunPilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu makin hangat. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah buat pengumuman, tarikh penamaan calon pada 6 Januari 2009. 11 hari kemudian, 17 Januari 2009 adalah masanya untuk rakyat Kuala Terengganu tunjukkan kuasa mereka. Menentukan siapa yang benar-benar layak untuk jadi wakil mereka di parlimen melalui undi mereka pada pilihanraya kecil tersebut.

Yang pasti Barisan Nasional (BN) sudah mengumumkan calon mereka, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Calon bebas yang pernah kalah dalam PRU12 untuk Parlimen Rantau Panjang, Isma Airfath Hassanuddin umumkan untuk bertanding sekali lagi. Lawan tetap lawan beb!

2 parti yang mengumumkan hasrat untuk bertanding, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) masih belum mengumumkan calon mereka. Nenek Maimun ‘World’ pula masih menunggu jika ada sesiapa yang sudi berikan sumbangan bagi membolehkan beliau bertanding. Caya lah! Biar papa asal bertanding kan?

Read the rest of this entry »

Tags: demokrasi, Malaysia, pilihanraya, pilihanraya kecil, politik

Melodi Christmas 2008

Merry Christmas aku ucapkan kepada rakyat Malaysia yang beragama Christian. Semoga Christmas tahun 2008 memberi seribu satu makna dan kekayaan kepada kau.

Maafkan aku jika entri kali ini lebih bersifat rungutan. Rungutan dari seorang kuli ‘makan gaji’ yang bengang kerana kerjanya tertangguh. Tertangguh sebab orang-orang yang perlu aku berurusan untuk pastikan kerja aku beres, bercuti panjang. Jadah!

Terus terang aku katakan, aku bencikan bulan Disember 2008. Secara matematik, setelah ditolak cuti hujung minggu dan cuti perayaan, dari 31 hari di bulan Disember, tinggal 19 hari sahaja untuk bekerja. Secara praktikal (mengambil kira tabiat rakyat Malaysia yang gemar menggunakan sepenuhnya hak cuti mereka), rakyat Malaysia bekerja hanya 17 hari sahaja di bulan ini.

17 nisbah 31. Apa yang aku boleh harapkan dari aspek output?

ps: Bulan Disember bulan perkahwinan. Cuti lagi.

pss: Tahun 2008, purata cuti untuk rakyat Malaysia ialah 119 hari. Banyaknya!

psss: Entri terpendek yang pernah aku tulis sejak berpindah ke Wordpress.

Tags: Christmas, cuti, kerjaya, Malaysia

Rakyat Malaysia! Di Mana Perikemanusiaan Kau?

Help Me!Salam Isnin semua. Bagaimana mode Isnin kau? Ceria? Atau hampeh? Pagi Isnin aku bermula dengan sangat baik. Aku tidur dengan cukup semalam. 5 jam waktu tidur adalah masa yang memadai oleh orang dewasa seperti aku. Bangun pagi, pandang cermin & senyum pada diri sendiri kemudian mandi untuk bersiap ke pejabat. Bekerja adalah satu kegemaran yang hakiki aku.

Ketika ingin ke pejabat tadi, di jalan arah bertentangan dengan aku, telah berlaku satu kemalangan. Sebuah motosikal telah digesel sebuah kereta & terjatuh di tengah-tengah jalanraya yang sesak dengan kenderaan. Pemandu motosikal & pemboncengnya terselamat dari dilanggar oleh kenderaan di belakang. Teknologi brek kereta Honda Civic model baru yang berada di belakang motosikal tersebut patut dipuji. Fuuh!

Pemandu Honda Civic? Ptuih! Hanya berhenti, mengelak mangsa kemudian berlalu. Kereta yang menggesel pula memecut tanpa rasa bersalah. Kalau aku mat rempit seperti dahulu, pasti pembahagi jalan sudah aku redah & kejar kereta tersebut. Tak kemik badan kereta, muka pemandu yang kemik. Tahi!

Read the rest of this entry »

Tags: hosting percuma, kehidupan, Malaysia, Pengumuman, peraduan, ranking Alexa

Jika Aku Pemimpin Malaysia…

Entri ini aku buat untuk sahut cabaran dari blogikus.com. Sebab tajuknya sangat menarik dan agak bersesuaian dengan Aeropama Dot Com, aku join sambil berkongsi pandangan aku dengan kau.

Jika aku pemimpin Malaysia, aku akan tetapkan visi atau wawasan aku. Itu adalah perkara utama. Jadah apa kau jadi pemimpin kalau kau tak ada visi? Tak ada visi, tak ada hala tuju. Tak ada hala tuju kau sesat… Pemimpin sesat ada orang nak ikut ke?

Read the rest of this entry »

Tags: Malaysia, Pendidikan, peraduan