Melodi Christmas 2008

Merry Christmas aku ucapkan kepada rakyat Malaysia yang beragama Christian. Semoga Christmas tahun 2008 memberi seribu satu makna dan kekayaan kepada kau.

Maafkan aku jika entri kali ini lebih bersifat rungutan. Rungutan dari seorang kuli ‘makan gaji’ yang bengang kerana kerjanya tertangguh. Tertangguh sebab orang-orang yang perlu aku berurusan untuk pastikan kerja aku beres, bercuti panjang. Jadah!

Terus terang aku katakan, aku bencikan bulan Disember 2008. Secara matematik, setelah ditolak cuti hujung minggu dan cuti perayaan, dari 31 hari di bulan Disember, tinggal 19 hari sahaja untuk bekerja. Secara praktikal (mengambil kira tabiat rakyat Malaysia yang gemar menggunakan sepenuhnya hak cuti mereka), rakyat Malaysia bekerja hanya 17 hari sahaja di bulan ini.

17 nisbah 31. Apa yang aku boleh harapkan dari aspek output?

ps: Bulan Disember bulan perkahwinan. Cuti lagi.

pss: Tahun 2008, purata cuti untuk rakyat Malaysia ialah 119 hari. Banyaknya!

psss: Entri terpendek yang pernah aku tulis sejak berpindah ke Wordpress.

Tags: Christmas, cuti, kerjaya, Malaysia

13 hari, 14 jam sehari di lapangan.

Aku sudah kembali! Kembali ke rumah dan kehidupan asal selepas 13 hari, 14 jam sehari bekerja di lapangan. Satu tempoh yang mungkin pendek bagi kau.

13 hari di lapangan, buatkan aku terasing dari dunia luar. Kemenangan Barrack Obama dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, pembebasan Razak Baginda dari tuduhan membunuh model hot dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu, penurunan harga petrol sebanyak RM 0.15 yang menggembirakan rakyat (ptuih!) dan kemenangan Lewis Hamilton dalam perebutan mahkota kejuaraan F1, baru hari ini dapat aku ketahui.

13 hari tidak berblog, aku rasa sangat kekok. Cuba mendapatkan kembali rentak penulisan aku, ada sedikit sukar di situ. Entah berapa kali aku mengulang taip-padam. Segala-galanya tampak pelik bila aku baca kembali hasil tulisan aku sejak 2 jam yang lepas. Terlalu teknikal! Untuk menulis entri bersifat teknikal, impaknya sangat aku ketahui. Bosan!

Maaf jika entri ini kelihatan seperti entri sampah. Anggap saja ianya satu notis pemberitahuan kepulangan aku ke dunia blog. Berikan aku masa sehari dua untuk aku dapatkan kembali feel menulis. Lagipun ada 680++ entri di Google Reader aku yang belum aku baca. Gila! 2 minggu tidak online, hampir 700 entri kau orang telah terbitkan. Kalau 2 bulan aku tak online, entah berapa ribu entri aku akan ketinggalan.

ps: Jadi Company Site Representative (CSR), hampir buatkan aku terencat. Mungkin aku patut claim kepada Petronas. Hahaha!

pss: 13 hari di lapangan, aku telah buat ramai kawan. Dari luar negara mahupun dari dalam negara. Tawaran kerja pun berlambak aku terima. Oh yeah!

psss: Aku telah jumpa prospek kerjaya yang sangat baik. Banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga. Mungkin 2 tahun lagi aku akan ke sana.

Tags: kerjaya, Peribadi

Aku Adalah Seorang Jurutera

Nampaknya hampir seminggu blog aku ni terbiar. Tiada update terbaru. Komen-komen kau tak aku balas. Maaf! Aku sangat sibuk minggu ini. Betul-betul sibuk.

Minggu ini adalah minggu yang sangat meletihkan. Berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka untuk mesyuarat di Petronas Penapisan Melaka selama 3 hari berturut-turut, orang muda seperti aku pun boleh bengkok badannya. Nampak gaya aku perlu lebihkan aktiviti senaman aku. Stamina mesti ditingkatkan.

Read the rest of this entry »

Tags: Jurutera, kerjaya, Petronas, PPMSB

Kerjaya dalam Industri Minyak & Gas Bersama UMW Oil & Gas Sdn Bhd

Kau sedang menganggur dan mencari kerja? Atau kau benci dengan karenah bos kau (sekarang) yang suka EMO tak tentu pasal? Atau kau mahu cari kerja yang mampu berikan kau gaji bulanan yang tinggi? Atau kau punya minat untuk menceburi industri minyak dan gas?

UMW Oil & Gas Sdn Bhd mungkin adalah tempat pilihan kau. 35 jawatan yang pelbagai sedang kosong untuk kau isi. Banyak tu! Dari bahagian kejuruteraan hingga ke bahagian pengurusan. Jadi kau yang punya latar belakang teknikal mahupun bukan teknikal punya peluang yang sama rata. Persoalannya sama ada kau berani atau tidak untuk memohon dan rela dijadikan hamba tebusan di sana? kalau YA, sila mohon.

Malas aku nak cakap banyak. Kau download saja iklan yang bertarikh 27 Ogos 2008 ini untuk keterangan lebih lanjut. Untuk rekod, iklan jawatan kosong ini hanya untuk edaran dalaman je (aku dapat melalui emel). Tapi aku mahu kau punya peluang untuk sama-sama rasa nikmat kerja dalam industri minyak dan gas, jadi aku sebarkan juga untuk tatapan umum.

Download UMW Oil & Gas Internal Adv 270808.ppt

Tags: kerja kosong, kerjaya, minyak dan gas

Artis Sebagai Kerjaya Pilihan Utama.

Artis Malaysia Hot!Sejenak membaca majalah Offshore Engineer yang aku langgan, aku kagum melihat keupayaan jurutera-jurutera luar negara membina pelantar minyak yang besar-besar. Beratnya melangkaui lebih 10 000 tan. Kagum melebih-lebih pada mereka (orang luar) bukanlah niat aku. Aku yakin, tenaga kerja tempatan punya kehebatan yang setaraf bahkan mungkin lebih baik dari mereka. Cerita dari ‘sempai-sempai‘ aku mengukuhkan lagi tanggapan aku.

Malangnya kita kekurangan pelapis muda untuk menggantikan kuda-kuda tua dalam industri ini. Bukan saja industri ini, industri yang lain juga hadapi masalah yang sama. Mana taknya kalau kau lihat situasi sosio-ekonomi masyarakat kita, lebih berorentasikan hiburan. Kursus motivasi peperiksaan, artis juga dijemput memberi persembahan. Pelik. Kau mahu beri motivasi dan tips untuk berjaya dalam peperiksaan atau mahu galakkan anak murid kau jadi artis di kemudian hari?

Read the rest of this entry »

Tags: artis malaysia, kehidupan, kerjaya