Punca Kesesakan Trafik di Kuala Lumpur
Sep 12, 2008 Community
Tersekat dalam kesesakan trafik selama 2 jam setiap kali ingin pergi ke tempat kerja mahupun pulang ke rumah sangat mengerikan. Untuk rekod, sejak semalam aku perlu pergi ke workshop untuk melihat proses membaikpulih komponen enjin turbin. Lokasinya di Shah Alam manakala rumah aku di Ampang. Mahu tak mahu, untuk ke sana aku perlu merentasi Bandaraya Kuala Lumpur yang memang terkenal dengan kesesakan trafiknya.
Kesesakan trafik di Kuala Lumpur sangat pelik. Tanpa sebab munasabah, kesesakan trafik boleh berlaku. Di suatu tempat, kereta kau tak boleh bergerak langsung (kau boleh tidur beb). Tapi bila kau sampai di suatu tempat, tiba-tiba jalanraya jadi sangat lengang dan kau boleh memecut bebas.
Jadi aku buat rumusan, kesesakan trafik di Kuala Lumpur sebenarnya berpunca dari sikap pemandu sendiri seperti aku, kau dan kau juga.
Read the rest of this entry »
Elakkan Bangga Dalam Pembelian.
Aug 10, 2008 motivasi
Jam menunjukkan 4.39 pagi. Aku baru balik dari merayap bersama kawan-kawan menikmati kehidupan malam di kota metropolitan Kuala Lumpur. Mungkin kau rasa pelik tapi ini Kuala Lumpur kawan… Mana pernah kenal erti tidur. Siang dan malam tiada bezanya. Tapi di waktu malam kehidupannya lebih meriah terutamanya di malam minggu. Minah rempit berpakaian seksi sambil membonceng motor tertunggek-tunggek menunjukkan punggung yang montok. Oh! Nikmatnya mata. Belum lagi lalu di Jalan Bukit Bintang. Kau boleh lihat manusia jalan macam ketam ataupun huyung-hayang macam Kuala Lumpur sedang gempa bumi. Ni kes overdose teguk air kencing setan.
Lupakan sebentar semua tu. Aku mahu ceria pasal perasaan bangga. Sebagai manusia normal, kau punya perasaan begini. Aku juga ada perasaan begini dan aku katakan tak salah untuk kau ada perasaan ini. Kau berjaya dalam sesuatu perkara, kau berhak untuk bangga. Cuma bila melibatkan pembelian, aku galakkan kau buangkan perasaan ini.
Beli Kereta; Keperluan atau Prestij?
Jul 7, 2008 Peribadi, motivasi

Salam dan Hello kepada pembaca blog aku. Rasanya sudah agak lama aku tak update blog baru aku dan melawat blog kalian semua. Alasan stereotaip aku berikan, aku sibuk. Bukan sibuk dengan kerja, tetapi sibuk dengan meng’godek-godek’ coding wordpress @ ‘tekan kata’ (bak kata fahmishah) ditambah dengan tuntutan tanggungjawab sebagai pengiring kepada kawan aku yang menjadi pengantin baru hujung minggu yang lepas…
Ok! Kita berbalik ke tajuk entri hari ini. Aku mendapat ilham menulis entri ini ketika memandu di tengah lebuhraya PLUS menuju ke Batu Pahat. Bosan memandu keseorangan dan mata mula terasa berat, aku melilaukan mata melihat kereta-kereta Singapore yang memotong aku (aku pandu pada kelajuan 125 km/jam). Apa diorang ni tak takut kena saman ke? Pedulikkan Syam… Diorang punya tukaran mata wang yang lebih tinggi dari kita. Tapi yang buat aku jeles, kereta diorang memang model yang sporty, gempak-gempak, terbaru dan mahal-mahal belaka.





