Selamat Tinggal 2008

Salam Selasa wahai pembaca yang aku sayangi. Tinggal 2 hari dari entri ini ditulis, tahun 2008 akan meninggalkan kita. 2009 akan menyusul pula. Bermakna satu lagi lembaran baru akan menyusul, juga sebagai tanda usia kita semakin menginjak tua.

Bagaimana tahun 2008 kau? Adakah ianya tahun yang mengembirakan atau menyedihkan? Diya kata tahun 2008 adalah tahun yang menjengkelkan untuk dikenang. Mungkin tahun 2008 untuknya sesuatu yang sangat tidak mengembirakan.

Read the rest of this entry »

Tags: kehidupan, Peribadi

Kenapa Harus Takut?

takut

Seorang pembaca blog ini pernah berkata yang aku ni terlalu rasional dan ‘dignified’ dalam tulisan aku. Kadangkala aku kelihatan seperti seorang yang langsung tidak punya emosi. Keras dan dingin.

Kerana aku seorang manusia yang punya emosi, aku tulis entri ini sebagai peringatan dan motivasi untuk bantu aku lenyapkan perasaan takut dan panik yang aku rasakan sekarang. Mungkin berguna untuk kau.

Read the rest of this entry »

Tags: kawan, kehidupan, motivasi

Akal & Nafsu. Mana Letaknya?

Kredit untuk Sang Web Developer, Noktah Hitam kerana mencantikkan layout blog & bahagian komen aku.

Berita di akhbar kebelakangan ini banyak melaporkan tentang keruntuhan moral baik peringkat kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Kes jenayah, salah guna dadah, pukul cikgu, seks bebas, pelacuran & terbaru beraksi lucah untuk dirakam secara percuma bagaikan fenomena yang normal. Masyarakat aku makin lama makin rosak. Sedih!

Ke mana hilang anugerah ciptaan tuhan paling ajaib kepada manusia iaitu akal? Sudah dicampak ke dalam tong sampahkah? Disorok di dalam celahan kelangkangkah? Ataupun diletak di dalam poket kau? Tahi!

Read the rest of this entry »

Tags: kehidupan, motivasi

Tag Angau Pembunuh…

Aku menjawab tag ini bukan untuk meraih simpati. Sekadar berkongsi cerita dengan kau. Setiap orang ada kisah cinta mereka tersendiri; tragis ataupun gembira. Jadi aku harap kau baca dengan minda yang terbuka.

Tag ini hasil kerja ulung si Lochoe, blogger yang kononnya pendokong Blogspot sejati tetapi sebenarnya pengkhianat Blogspot dalam senyap.

1. Berapa kali aku pernah bercinta?

Aku pernah ada 5 hubungan yang aku panggil lebih-dari-kawan-bukan-sebagai-kekasih. Tapi hanya sekali aku pernah jatuh cinta secara serius.

2. 3 lagu yang mengingatkan aku tentang dia?

Dragostea Din Tei (O-Zone), Sesalanku (Ezlynn), Where’d You Go (Forth Minor)

3. Perkara romantik yang dia pernah buat untuk aku atau apa yang pernah aku buat untuk dia?

Menemani aku menyorong motor yang pancit sambil tersenyum riang untuk 6 kilometer seterusnya.

Read the rest of this entry »

Tags: cinta, kehidupan, Peribadi, Tag

Mari Meniru

Entri pagi Rabu yang aku terbitkan sebelum aku berikan tumpuan pada kerja mengurus projek, patutnya dari malam tadi sudah aku tulis & terbitkan. Kesibukan menginstall Wordpress untuk pemenang contest & berkongsi dengan rakan, premium themes yang aku dapat secara percuma dari lanun premium themes buat aku tak menang tangan.

Orang kata M.E.N.I.R.U adalah tabiat yang tidak baik. Meniru hanya sesuai untuk orang yang tidak mampu menjana idea & berusaha untuk mencapai sesuatu dengan hasil pemikiran sendiri. Mungkin ada benarnya. Tapi aku lebih suka kata, untuk berjaya kau mesti punya skill meniru yang bagus.

Contoh terbaik lihat saja Anthony Fernandes, co-founder syarikat penerbangan tambang murah terbaik Asia 2008, AirAsia Bhd yang meniru konsep perniagaan penerbangan tambang murah Virgin Air. Dia tweak sikit konsepnya & claim dia adalah pelopor penerbangan tambang murah di Malaysia. Hasilnya sekarang, Anthony Fernandes berada di tangga ke 19 dari 40 manusia terkaya di Malaysia tahun 2008 dengan aset terkumpul USD 290 juta hanya dalam masa 12 tahun Air Asia beroperasi. Kool!

Tapi aku tak suruh kau meniru buta-buta. Kalau ingin meniru, biarlah bijak. Jangan tiru bulat-bulat! Itu mencabuli hak orang lain namanya & bodoh. Cukup sekadar ambil konsep asasnya kemudian ubah mengikut acuan kau sendiri. Itu lebih baik. Kemungkinan kau boleh patentkan idea kau & ambil keuntungan darinya. Betulkan?

ps: Aku meniru di zaman belajar di universiti dahulu. Hasilnya aku berjaya grad. Yay! :D

pss: Meniru ketika belajar hanya buatkan aku jadi makin bodoh. Baru sekarang aku sedar. Tak berkat… :(

psss: Patentkan idea kau untuk elak dari diciplak. Tabiat mendaftar & mempatentkan produk masih rendah lagi di Malaysia.

Tags: Air Asia, kehidupan, motivasi, Orang Terkaya Malaysia, Tony Fernandes