Jurutera Sebagai Pasangan Ideal?

mencari-jurutera

Membaca entri tulisan Nono berkenaan dengan “Kenapa perempuan harus berkahwin dengan seorang jurutera?” buatkan aku tersenyum sendirian. Ada riak gembira dan bangga berkocak sementara di dalam hati aku. Entri yang mampu beri semangat kepada rakan-rakan jurutera (lelaki) dan mereka (lelaki) yang bakal menjadi jurutera. Maklumlah elemen perempuan mampu menjadi penggalak dalam kehidupan seorang lelaki bukan?

Sebagai jurutera, aku juga punya versi aku sendiri. Tapi kali ini aku putar sedikit kepada “Apa yang kau (perempuan) perlu ada untuk dapatkan seorang jurutera (lelaki)”. Peringatan untuk kau, ini hanyalah kriteria (peribadi) aku saja. Ianya tidak mewakili jurutera secara amnya. Tapi mungkin ada sesuatu yang boleh kau ambil.

Read the rest of this entry »

Tags: cinta, Jurutera, lelaki, wang

Antara Google Map dan Alat GPS

Syam pernah menceritakan tentang alat GPS di entri ini. Bukan lumrah saya untuk menyangkal orang, tetapi ada baiknya saya tambahkan sedikit maklumat mengenainya.

Seperti kita ketahui, alat GPS boleh menjangkau ke ribuan ringgit, bergantung kepada jenama dan fungsi. Alat GPS memerlukan peta digital sebelum ia boleh digunakan dengan baik. Dengan erti kata lain, kalau saya pergi ke Eropah, saya perlu membeli peta digital sana.

Bagi seorang jurutera yang kedekut, alternatif kepada GPS adalah Google Maps. Anda mungkin ketawakan saya, tak mengapa, mari perlihatkan kehebatannya.

Contoh: Client saya bertanyakan kepada saya, bagaimana caranya untuk dia ke Petaling Street dengan berjalan kaki dari KLCC. Walaupun saya rasa dia gila, masakan terdaya, dia seorang bangsa British.

Read the rest of this entry »

Tags: GPS, Jurutera, teknologi

Aku Adalah Seorang Jurutera

Nampaknya hampir seminggu blog aku ni terbiar. Tiada update terbaru. Komen-komen kau tak aku balas. Maaf! Aku sangat sibuk minggu ini. Betul-betul sibuk.

Minggu ini adalah minggu yang sangat meletihkan. Berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka untuk mesyuarat di Petronas Penapisan Melaka selama 3 hari berturut-turut, orang muda seperti aku pun boleh bengkok badannya. Nampak gaya aku perlu lebihkan aktiviti senaman aku. Stamina mesti ditingkatkan.

Read the rest of this entry »

Tags: Jurutera, kerjaya, Petronas, PPMSB