Rakyat Malaysia! Di Mana Perikemanusiaan Kau?

Help Me!Salam Isnin semua. Bagaimana mode Isnin kau? Ceria? Atau hampeh? Pagi Isnin aku bermula dengan sangat baik. Aku tidur dengan cukup semalam. 5 jam waktu tidur adalah masa yang memadai oleh orang dewasa seperti aku. Bangun pagi, pandang cermin & senyum pada diri sendiri kemudian mandi untuk bersiap ke pejabat. Bekerja adalah satu kegemaran yang hakiki aku.

Ketika ingin ke pejabat tadi, di jalan arah bertentangan dengan aku, telah berlaku satu kemalangan. Sebuah motosikal telah digesel sebuah kereta & terjatuh di tengah-tengah jalanraya yang sesak dengan kenderaan. Pemandu motosikal & pemboncengnya terselamat dari dilanggar oleh kenderaan di belakang. Teknologi brek kereta Honda Civic model baru yang berada di belakang motosikal tersebut patut dipuji. Fuuh!

Pemandu Honda Civic? Ptuih! Hanya berhenti, mengelak mangsa kemudian berlalu. Kereta yang menggesel pula memecut tanpa rasa bersalah. Kalau aku mat rempit seperti dahulu, pasti pembahagi jalan sudah aku redah & kejar kereta tersebut. Tak kemik badan kereta, muka pemandu yang kemik. Tahi!

Read the rest of this entry »

Tags: hosting percuma, kehidupan, Malaysia, Pengumuman, peraduan, ranking Alexa

Fast Update! Contest Bulan September Di Lancarkan

Salam & Hello kepada pembaca blog aku yang aku sayangi & hargai. 5 hari lagi  Hari Raya Aidilfitri akan menjelma. Sekarang semua sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya. Adik perempuan aku yang bongsu sedang sibuk mengadun bahan-bahan membuat kuih raya di sebelah aku ni. Aku? Sekadar jadi pemerhati dan juri. Beri komen itu dan ini. Kebanyakan berunsur kritikan sebab aku kan abang. Yepi!

Tadi aku akses CPanel aku. Menjenguk pada statistik hosting aku. Lihat pada bahagian bandwith usage, Awstat, setup webmail untuk Aeropama Dot Com kemudian pergi ke bahagian disk usage. Rupanya masih banyak lagi ruang kosong di dalam hosting aku. Aku baru guna 1% dari keseluruhan disk space aku.

Tiba-tiba muncul idea di otak aku. Daripada ruang-ruang kosong itu terbiar begitu saja, lebih baik aku berikan pada kau kan. Tapi kalau bagi macam tu saja, tak thrill la beb! Jadi aku buat satu contest.

Read the rest of this entry »

Tags: Blogspot, contest, hosting percuma, peraduan, wordpress