Diari Malam Raya 2008. Looser?
Oct 4, 2008 Peribadi
Sudah lama rasanya aku tidak menulis entri bersifat peribadi. Teringin juga menulis tentang diri sendiri. Cuma takut dilabel sebagai entri syok sendiri. Nah! Satu entri raya berunsur peribadi aku sajikan. Mungkin membosankan kau.
Malam raya.
Tepat jam 9.30 malam, aku berangkat pulang ke kampung. Kuala Lumpur? Masih lagi sesak dengan kenderaan. Tak balik kampung beraya agaknya mereka ni? Atau sudah tak punya kampung lagi? Pedulikan.
Bosan memandu sendirian, aku ambil keputusan berhenti rehat di R&R Ayer Keroh. Pekena teh secawan & rokok 2 batang. Teringatkan si gadis di Borneo sana. Apa khabar agaknya? Telefon terus aku capai. Mendengar suara merdu di dalam, sudah mampu menggetarkan hati lelaki aku. Owh rindunya aku pada dia. Bila agaknya dapat aku tatap lagi wajahnya? Rantai yang aku beli sempena hari lahirnya 2 bulan lalu masih tersimpan di dalam dashboard kereta. Tak kesampaian untuk aku beri padanya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008
Sep 29, 2008 Announcement
Ini adalah entri terakhir sebelum Hari Raya Aidilfitri. Aku mahu ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada:
Abd Fatah | Abdus Fauzi | Adila | Adry | Adzrul Ariff | Affuan | Afzai Afandi | Aishah Koop | Aisyah Rozi | Alone In Home | Amanz Network | Aminusone | Azwan Hadzree | Blog Menjerit | Blog Sempoi | Bob | Bongkersz | Extremist Thinker | Callister | Catzer | Chot | Cik Ahmad | Cikf=) | CypherHackz | Darkz05 | Diya | Dobot | Eddyra | Ezad | Fahmishah | Firdee | Hafifi | Hafreze | Ixora | Juliana | Kedai Gambarku | Khai | KNizam Artwerk | Kongsiblog | Kujie | Life4Hire | Maenkhok | Mazudi | Menteil | Megat | Mira | MohdIsmail | MrKay | Myadlan | Nasrun | Nikillas | Noktah Hitam | Nono | Norhafidz | Nuaeman | Odin | Pakdi | PaanMFR | Popshovans | Saffawati | Sembang Komputer | Shaxx | Syamsulariff.Com | Syuxx | Taukey | Titan | Topotato | WaWa | Xmindfreak | Zakiyamani | Zool | Aisyahkama | Along Arman | Aliff | Amirazmi | Amoikika | Atiqah Nasir | Bash | Blues Berry | Bunga Hati | Emmacommey | Ep_Jb | Eriyza | Hashim Rules | HappyIrfa | Heartless Devilish | Hummy | Is150 | Jentayutiara | Kak pB | Lochoe | Melayubuntu | Mizz Amy | Mongkut | Munirah Abd | Nadia Yuna | Najlaa | Paan | Princess Azi | Princess Liyana | Puterabumi | Puteri | Rina Hashim | Roshaizulnizam | Sherrina | Shila | Smaelz83 | Syafiqn | Tie | Tun | Yan | Yonna | Zamz | Zariel & Azziey | Zue | Ahmoi | Prince Sunshine
Tak lupa juga kepada ahli keluarga aku, kawan-kawan aku dan kau pembaca yang blognya tidak tersenarai di sini. Maafkan aku jika aku tak senaraikan nama kau di sini. Tapi aku tetap sayangkan kau.
ps: Banyak rupanya blog tempatan yang aku baca ek…
pss: Hingga entri ini di tulis, aku masih berada di KL kerana urusan kerja. Ahli keluarga aku sudah balik ke Muar.
psss: Cuti raya aku bermula pada Hari Raya Pertama hingga Hari Raya ke enam.
Tags: Hari Raya, Pengumuman, Ucapan Hari Raya
Kad Raya: Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008
Sep 10, 2008 Announcement
Lebih kurang 20 hari lagi Hari Raya Aidilfitri akan menjelang. Aku sudah mula rasa kehangatannya. Di pejabat, kawan-kawan sudah mula mendendangkan lagu raya di komputer masing-masing (dengan nada yang sangat perlahan…) dan sudah mula booking cuti raya dari bos masing-masing.
Dekat luar sana aku yakin pasti jauh lebih meriah. Ada yang mencari kain berela-ela nak buat baju raya dan ada yang sudah mula mengendeng suami minta ditukar perabot-perabot baru. Macam-macam…
Dah nak dekat raya ni, ramai orang sudah mula menghantar kad raya tak kira kad raya konvensional mahupun e-kad pada ahli keluarga dan rakan-rakan.Kepada yang mencari-cari e-kad untuk dihantar ke sanak saudara & sahabat handai, aku sarankan beberapa website yang menyediakan e-kad raya yang menarik.
Kedaikad | INTM | Mesra.net | Cari.com | The Star | 123Greeting
Aku pun tak mahu ketinggalan. Jadi kali ni aku nak beri kad raya (konvensional) pada kau. Untuk tahun ni, aku hanya mampu bagi 30++ saja. Jadi kalau kau mahu, hubungi aku di bahagian Contact Me dan berikan aku alamat rumah kau. Jika tiada aral, di hari raya nanti kau akan terima kad raya dari aku. Chow!
ps: Cepat hantar beb. Kalau kau lambat, nanti abang posmen malas nak hantar kad lagi. Mahu dicampak kad-kad tu semua dalam sungai….
pss: Hantarkan confirmation kehadiran anda ke Majlis Berbuka Puasa Anjuran Negaraku dot Net melalui borang yang disediakan di sini. Semua (Muslim & Non-Muslim) dijemput hadir!
Tags: Hari Raya, Kad Raya, Pengumuman
Budget Bulan Perayaan
Sep 5, 2008 Community, motivasi
Salam dan Hello kepada pembaca blog aku yang aku hargai dan sayangi. Penghargaan yang tak terhingga aku tujukan atas komen-komen kau di entri lepas. Terharu aku di atas keperihatinan kalian semua. Terima kasih sekali lagi.
Hari ini sudah masuk hari ke lima kita berpuasa. Bagaimana nilai puasa kau dalam lima hari ini? Sangat bagus? atau puasa kau sia-sia?
Mula dari minggu hadapan, akan mula rancak manusia membeli-belah. Macam pesta. Semua berebut mahu beli barang keperluan buat persiapan raya. Baju raya baru, langsir baru, perabut baru, barang kemas baru dan paling best kalau beristeri baru untuk Aidilfitri ni :eek: :evil: Tapi harus kau ingat, dalam kerancakan menyediakan keperluan hari raya jangan kau ter’over‘ budget sudahlah. Mahu ikat perut kau sebulan lepas raya nanti. Jadi beringatlah sebelum berbelanja ye.






