Google Analytics: Gunakannya Untuk Bina Readership
Sep 20, 2008 Blog
Genap sehari setelah aku terbitkan entri pengenalan tentang Google Analytics. Aku andaikan kau sudah install perisian ini di dalam laman blog atau web kau. Sepatutnya selepas kau verify akaun kau, kau sudah mula menerima statistik dari Google Analytics ini. Jadi mari kita analisis bersama statistik yang kau perolehi.
Secara amnya, Google Analytics punya 5 elemen asas untuk kau buat analisa trafik kau;
1. Site Usage: Menunjukkan jumlah pengunjung, jumlah muka surat yang telah di buka oleh pengunjung, purata muka surat yang telah dikunjungi, bounce rate, purata masa melawat & pengunjung baru.
2. Visitors Overview: Menyediakan statistik seperti Site Usage tetapi menyediakan data yang lebih terperinci seperti jenis browser yang digunakan & jenis sambungan pelawat kau (DSL, Dial Up etc)
3. Map Overlay: Memaparkan negara/tempat dari mana pelawat datang.
4. Traffic Sources Overview: Menunjukkan dari mana sumber trafik kau. Sama ada melalui search engine (organik), laman rujukan (yang meletakkan link ke laman kau) ataupun trafik secara langsung.
5. Content Overview: Menunjukkan muka surat atau entri yang paling banyak pelawat kau lawati.
Tags: Blog, Bounce Rate, Google Analytics
Google Analytics: Satu Pengenalan
Sebenarnya, artikel ini sudah lama ingin aku terbitkan, tetapi memandangkan ketika itu aku tak mahu dipersoalkan tentang kredibiliti aku menulis artikel sebegini, aku tangguhkan saja. Maklumlah ketika itu, bilangan pelawat di Aeropama Dot Com tak lah banyak manapun. Tetapi kerana permintaan dari birthday boy kita yang kacak, Extremist Thinker, aku buat juga artikel ini.
Kali ini aku mahu kenalkan kau kepada Google Analytics. Kau mungkin pernah dengar dan sudahpun gunakannya. Jadi artikel ini sudah lapuk dan kau boleh abaikan. Tapi aku menulis untuk mereka yang tak pernah tahu dan guna perisian ini supaya mereka dapat memanafaatkan perisian Google Analytics semaksimum mungkin.
Google Analytics sangat bagus untuk kau yang mahu memaksimumkan kewujudan blog kau. Dari proses meningkatkan jumlah pelawat (organik) ke blog kau hinggalah kepada mewujudkan readership di kalangan pengunjung kau.
Tags: Blog, Blogspot, Google Analytics, wordpress





