Buat Duit Di Bulan Ramadhan

Mana nak cari duit raya?Ramadhan sudah pun masuk hari ke 7. Suasana Hari Raya Aidilfitri sudah mula terasa. Orang-orang sekeliling sudah mula sibuk fikirkan persiapan raya. Baju raya dah tempah ke belum? Kuih raya nak buat ke nak beli saja? Langsir tahun ni nak colour apa? Itu belum masuk yang dah mula dendangkan lagu raya. Satu Hari Di Hari Raya nyanyian M. Nasir dan Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee antara lagu favorite dan evergreen.

Ada sesetengah tu pula dok runsing tentang budget Hari Raya mereka. Duit raya budak-budak, baju raya ahli-ahli keluarga dan lain-lain lagi. Banyak belanja nak pakai sedangkan gaji… Alahai… Seciput je. Owh! Pening.

Jalan terbaik untuk kurangkan kerungsingan kau adalah dengan cari duit tambahan. Kau mahu cari duit lebih kan? Aku berikan beberapa idea untuk kau. Yang jadi persoalan, sama ada kau sanggup berusaha keras dan korbankan masa tidur siang hari kau?

Read the rest of this entry »

Tags: budget, business, duit, Ramadhan

Budget Bulan Perayaan

Pening Sebab Hari RayaSalam dan Hello kepada pembaca blog aku yang aku hargai dan sayangi. Penghargaan yang tak terhingga aku tujukan atas komen-komen kau di entri lepas. Terharu aku di atas keperihatinan kalian semua. Terima kasih sekali lagi.

Hari ini sudah masuk hari ke lima kita berpuasa. Bagaimana nilai puasa kau dalam lima hari ini? Sangat bagus? atau puasa kau sia-sia?

Mula dari minggu hadapan, akan mula rancak manusia membeli-belah. Macam pesta. Semua berebut mahu beli barang keperluan buat persiapan raya. Baju raya baru, langsir baru, perabut baru, barang kemas baru dan paling best kalau beristeri baru untuk Aidilfitri ni :eek: :evil: Tapi harus kau ingat, dalam kerancakan menyediakan keperluan hari raya jangan kau ter’overbudget sudahlah. Mahu ikat perut kau sebulan lepas raya nanti. Jadi beringatlah sebelum berbelanja ye.

Read the rest of this entry »

Tags: budget, duit, Hari Raya, kehidupan

Jimat, Bazir dan Keperluan. Apa Yang Aku Boleh Ajar Kau?

Banyak Duit Aku Suka!Salam dan Hello kepada pembaca blog aku yang aku sayangi dan hargai. Aku sangat berpuas hati dengan feedback yang aku terima dari kau dalam entri Elakkan Bangga Dalam Pembelian. Kau memang superb! Aku sayangkan kau.

Aku terima beberapa komen yang sangat kontra dari pendapat aku. Itu sangat bagus. Aku sudah dapat merasa ada hubungan dua hala antara aku dan kau. Jadi teruskan dengan memberi komen dan pendapat kau. Aku akan tetap menulis entri yang mungkin bukan stereotaip tetapi ianya adalah realiti dalam kehidupan kau dan aku.

Membalas komen kau di sana berikan aku ilham untuk menulis entri sambungan kepada entri tersebut di sini. Aku mahu menulis bagaimana kau mahu bezakan apakah itu penjimatan atau pembaziran dan yang mana keperluan dalam perbelanjaan kau. Jadi mari baca sampai habis…

Read the rest of this entry »

Tags: berbelanja, duit, pengguna bijak, wang

Elakkan Bangga Dalam Pembelian.

Theme BaruJam menunjukkan 4.39 pagi. Aku baru balik dari merayap bersama kawan-kawan menikmati kehidupan malam di kota metropolitan Kuala Lumpur. Mungkin kau rasa pelik tapi ini Kuala Lumpur kawan… Mana pernah kenal erti tidur. Siang dan malam tiada bezanya. Tapi di waktu malam kehidupannya lebih meriah terutamanya di malam minggu. Minah rempit berpakaian seksi sambil membonceng motor tertunggek-tunggek menunjukkan punggung yang montok. Oh! Nikmatnya mata. Belum lagi lalu di Jalan Bukit Bintang. Kau boleh lihat manusia jalan macam ketam ataupun huyung-hayang macam Kuala Lumpur sedang gempa bumi. Ni kes overdose teguk air kencing setan.

Lupakan sebentar semua tu. Aku mahu ceria pasal perasaan bangga. Sebagai manusia normal, kau punya perasaan begini. Aku juga ada perasaan begini dan aku katakan tak salah untuk kau ada perasaan ini. Kau berjaya dalam sesuatu perkara, kau berhak untuk bangga. Cuma bila melibatkan pembelian, aku galakkan kau buangkan perasaan ini.

Read the rest of this entry »

Tags: duit, kehidupan, kereta

Berikan Nilai Pada Duit Kau.

Aku Suka DuitKau bekerja sebab nak dapatkan duit. Kau berniaga sebab nak dapatkan duit. Ada pula yang berblogging sebab nak dapatkan duit. Duit dengan kehidupan kita memang tak dapat dipisahkan. Sebut sahaja pasal duit, memang semua orang suka. Aku suka dan kau pun suka. Apatah lagi kalau dapat duit percuma. Melompat kegembiraan tak ingat dunia.

Nak dapat duit tak semudah yang disangka. Usaha kena keras baru duit tu datang melayang masuk ke dalam poket kau. Kalau poket penuh hati pun senang. Semakin senang hati kau, semakin senang untuk kau belanjakan duit kau. Shopping sana sini beli baju, mekap, barang kemas, barang keperluan harian dan lain-lain yang kau rasa perlu.

Hari ni bukan teknik berbelanja mahupun teknik merancang kewangan yang aku mahu tulis. Bagi aku duit tu kau susah payah cari, jadi kau berhak untuk nikmati hasil usaha kau mengikut cara yang kau suka. Aku cuma mahu mengajar kau untuk memberi nilai kepada duit yang kau belanjakan itu. Ini adalah teknik yang selalu digunakan oleh golongan-golongan kaya dalam kehidupan diorang. Aku lihat orang kaya lebih mengerti nilai duit berbanding orang miskin kerana mereka tahu betapa susahnya nak dapatkan duit.

Read the rest of this entry »

Tags: berbelanja, duit, wang