Entri Melankolik

cintaOrang kata aku lelaki yang sunyi. Aku terima kerana kadangkala aku rasa begitu. Tapi bukan setiap masa. Orang kata mustahil seorang manusia normal untuk hidup membujang selama-lamanya. Aku sedar. Tapi aku belum desperate. Masanya pasti akan tiba dan aku tahu bila. Kau tak perlu ingatkan aku.

Kepada kau, perempuan-perempuan yang tidak muak memberitahu hal-hal cinta dan hidup berpasangan kepada ku saban masa, terima kasih aku ucapkan. Aku bukan lelaki yang terlalu mendambakan cinta. Aku sudah rasa apa itu cinta; kemanisan dan kepahitannya. Cukup buat masa ini. Berikan aku sedikit masa untuk aku tumpukan pada benda lain; keluarga dan impian.

Read the rest of this entry »

Tags: cinta, Peribadi

Jurutera Sebagai Pasangan Ideal?

mencari-jurutera

Membaca entri tulisan Nono berkenaan dengan “Kenapa perempuan harus berkahwin dengan seorang jurutera?” buatkan aku tersenyum sendirian. Ada riak gembira dan bangga berkocak sementara di dalam hati aku. Entri yang mampu beri semangat kepada rakan-rakan jurutera (lelaki) dan mereka (lelaki) yang bakal menjadi jurutera. Maklumlah elemen perempuan mampu menjadi penggalak dalam kehidupan seorang lelaki bukan?

Sebagai jurutera, aku juga punya versi aku sendiri. Tapi kali ini aku putar sedikit kepada “Apa yang kau (perempuan) perlu ada untuk dapatkan seorang jurutera (lelaki)”. Peringatan untuk kau, ini hanyalah kriteria (peribadi) aku saja. Ianya tidak mewakili jurutera secara amnya. Tapi mungkin ada sesuatu yang boleh kau ambil.

Read the rest of this entry »

Tags: cinta, Jurutera, lelaki, wang

Tag Angau Pembunuh…

Aku menjawab tag ini bukan untuk meraih simpati. Sekadar berkongsi cerita dengan kau. Setiap orang ada kisah cinta mereka tersendiri; tragis ataupun gembira. Jadi aku harap kau baca dengan minda yang terbuka.

Tag ini hasil kerja ulung si Lochoe, blogger yang kononnya pendokong Blogspot sejati tetapi sebenarnya pengkhianat Blogspot dalam senyap.

1. Berapa kali aku pernah bercinta?

Aku pernah ada 5 hubungan yang aku panggil lebih-dari-kawan-bukan-sebagai-kekasih. Tapi hanya sekali aku pernah jatuh cinta secara serius.

2. 3 lagu yang mengingatkan aku tentang dia?

Dragostea Din Tei (O-Zone), Sesalanku (Ezlynn), Where’d You Go (Forth Minor)

3. Perkara romantik yang dia pernah buat untuk aku atau apa yang pernah aku buat untuk dia?

Menemani aku menyorong motor yang pancit sambil tersenyum riang untuk 6 kilometer seterusnya.

Read the rest of this entry »

Tags: cinta, kehidupan, Peribadi, Tag

Lelaki Itu Sunyi…

Pasangan BercintaPerbualan antara seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa…

Wanita: Kau ni takde girlfriend lagi ke?

Lelaki: Girlfriend? Aku ada banyak girlfriend

Wanita: Maksud aku special girlfriend.

Lelaki: Takde… Malaslah

Wanita: Pergilah cari sorang… At least berteman. Tak la kau rasa sunyi…

Lelaki: Ntahlah. Sebahagian hati mahu sebahagian lagi tak mahu. Aku blur

Bila lelaki itu pulang ke rumah, perbualan tadi terngiang-ngiang semula di fikirannya. Difikirkan kembali kenapa susah untuk dirinya punya teman istimewa? Akhirnya lelaki itu membuat rumusan…

Read the rest of this entry »

Tags: cinta, jiwang

Obsesi Cinta. Kenapa Kau Perlu Elakkan?

I Love UEntri pantas yang kau sedang baca ini telah aku jadualkan untuk diterbitkan 24 jam selepas selesai aku upload ke server aku. Sambungan broadband di rumah aku, entah bila akan selesai aku tidak tahu. Aku tidak jangkakan pihak TMNet dapat selesaikan dalam jangkamasa yang singkat. Biasalah kalau kakitangannya masih dibelenggu dengan pemikiran kuno kakitangan kerajaan. Kau sendiri boleh agak… Tapi nafsu kau untuk membaca blog aku ni harus aku puaskan.

Kali ini aku mahu menulis tentang cinta. Sudah lama rasanya aku tak menulis tentang ini. Entri cinta mampu menarik minat pembaca wanita untuk meninggalkan komen seperti yang dikatakan oleh Mohd Ismail. Jadi aku mahu kau komen dan berikan pendapat kau di sini.

Read the rest of this entry »

Tags: cinta, kehidupan