Memo Selingan, Baling Kasut Pada George W. Bush
Dec 18, 2008 Pengumuman, politik

Kebelakangan ini, aku telah terima 4 komen mempromosi teknik-teknik menjana wang berganda melalui internet dalam tempoh yang singkat tanpa perlu keluarkan modal; wang dan tenaga yang banyak. Maaf. Komen-komen kalian yang berunsur sedemikian telah aku salurkan tanpa ragu-ragu ke dalam tong sampah.
Bukan aku tidak sokong industri perniagaan di internet yang dikelolakan oleh rakyat Malaysia. Cuma aku ambil langkah berjaga-jaga memandangkan kes penipuan di internet semakin banyak dilaporkan. Aku sayangkan pembaca-pembaca blog ini. Untuk elakkan mereka terpengaruh dan mungkin terjebak menjadi mangsa, aku delete saja komen berunsur demikian. Lagipun kesahihan dan keberkesanan program yang mereka promosikan ini masih tidak dapat dipastikan.
Tags: Baling Kasut, business, duit, George W. Bush, iklan percuma, Iraq, politik
Buat Duit Di Bulan Ramadhan
Sep 7, 2008 motivasi
Ramadhan sudah pun masuk hari ke 7. Suasana Hari Raya Aidilfitri sudah mula terasa. Orang-orang sekeliling sudah mula sibuk fikirkan persiapan raya. Baju raya dah tempah ke belum? Kuih raya nak buat ke nak beli saja? Langsir tahun ni nak colour apa? Itu belum masuk yang dah mula dendangkan lagu raya. Satu Hari Di Hari Raya nyanyian M. Nasir dan Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee antara lagu favorite dan evergreen.
Ada sesetengah tu pula dok runsing tentang budget Hari Raya mereka. Duit raya budak-budak, baju raya ahli-ahli keluarga dan lain-lain lagi. Banyak belanja nak pakai sedangkan gaji… Alahai… Seciput je. Owh! Pening.
Jalan terbaik untuk kurangkan kerungsingan kau adalah dengan cari duit tambahan. Kau mahu cari duit lebih kan? Aku berikan beberapa idea untuk kau. Yang jadi persoalan, sama ada kau sanggup berusaha keras dan korbankan masa tidur siang hari kau?
Jangan Jadi Penjenayah Servis!
Aug 28, 2008 Community
Aku sedang menonton cerita Smallville Season 6 ketika aku mendapat idea untuk menulis entri ini. Walaupun dalam perancangan asal, aku tak mahu menulis blog malam ini tapi idea datang tak disangka-sangka dan di luar kawalan. Jadi lebih baik aku menulis sebelum aku lupa tentangnya…
Aku layari internet bila aku pulang dari pejabat tadi. Log masuk ke dalam blog, balas komen-komen dari kau semua kemudian merancang ingin blog hopping. Tapi malangnya kelajuan Streamyx yang sangat kaput memadamkan mood aku. Tahi!
Pengurusan Kewangan Sebelum Kemelesetan Ekonomi
Jul 8, 2008 motivasi

Semalam aku menonton Buletin Utama. Ada satu berita yang menarik perhatian aku. Kisah 2 pasangan yang kehilangan punca pendapatan akibat penutupan kilang tempat mereka bekerja. Mungkin kau juga tahu nama kilang tesebut, Nikko Pulau Pinang. Kasihan aku melihat mereka. Mereka masih punya anak-anak kecil untuk disuap makanan ke mulut. Lebih haru, perlu juga menanggung ibu-bapa yang uzur. Alahai… Inilah ritma hidup makan gaji. Tiba-tiba tiada angin, tiada guruh, ribut datang melanda. Kompeni lingkup, kau juga tergolek bersama.
Untuk kau dan aku yang masih lagi mampu hidup selesa pada waktu ini, harus ambil pengajaran atas apa yang berlaku. Langit tak selalu cerah. Sediakan payung kau! Sekarang dunia sedang mengalami pengucupan ekonomi tapi masih belum meleset lagi. Malaysia juga begitu. Aku pasti kau sedang merasa kesannya. Aku juga begitu. Harga minyak naik melampau, harga barang ikut sama naik dan inflasi pun nampak gaya ikut sama naik. Walaupun kerajaan mengumumkan, akan membantu mengurangkan beban rakyat, tapi kau tak boleh mengharap sangat. Mulakan langkah kau.
Read the rest of this entry »






