2009 Wishlist
Jan 2, 2009 Peribadi

Malam 1 Januari 2009, aku mulakan dengan memenuhi jemputan seorang rakan ke majlis pembukaan perumahan mewah berdekatan Ampang Point. Rekabentuk yang sangat futuristik dan moden, harga mencecah jutaan ringgit, golongan-golongan elit sebagai jiran tetangga dan privasi yang memang dijamin, RM 3.5 juta untuk sebuah rumah bukan kemampuan aku. Hanya mampu memasang impian saja.
Kemudian melepak di sebuah restoran Arab yang terletak di kawasan perumahan berhampiran Plaza Yow Chuan, Ampang Park. Sangat happening suasananya. Sementara menanti jam 12.00 malam, aku pesan sejenis masakan Arab berupa kebab daging bercicah sos yang sangat memualkan, sedapur sisha yang sangat lama untuk dihabiskan (2 jam) dan berbual-bual kosong dengan 3 orang rakan yang lain. Owh! Malam tahun baru aku habiskan seperti seorang pakcik.
Buat Duit Di Bulan Ramadhan
Sep 7, 2008 motivasi
Ramadhan sudah pun masuk hari ke 7. Suasana Hari Raya Aidilfitri sudah mula terasa. Orang-orang sekeliling sudah mula sibuk fikirkan persiapan raya. Baju raya dah tempah ke belum? Kuih raya nak buat ke nak beli saja? Langsir tahun ni nak colour apa? Itu belum masuk yang dah mula dendangkan lagu raya. Satu Hari Di Hari Raya nyanyian M. Nasir dan Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee antara lagu favorite dan evergreen.
Ada sesetengah tu pula dok runsing tentang budget Hari Raya mereka. Duit raya budak-budak, baju raya ahli-ahli keluarga dan lain-lain lagi. Banyak belanja nak pakai sedangkan gaji… Alahai… Seciput je. Owh! Pening.
Jalan terbaik untuk kurangkan kerungsingan kau adalah dengan cari duit tambahan. Kau mahu cari duit lebih kan? Aku berikan beberapa idea untuk kau. Yang jadi persoalan, sama ada kau sanggup berusaha keras dan korbankan masa tidur siang hari kau?
Budget Bulan Perayaan
Sep 5, 2008 Community, motivasi
Salam dan Hello kepada pembaca blog aku yang aku hargai dan sayangi. Penghargaan yang tak terhingga aku tujukan atas komen-komen kau di entri lepas. Terharu aku di atas keperihatinan kalian semua. Terima kasih sekali lagi.
Hari ini sudah masuk hari ke lima kita berpuasa. Bagaimana nilai puasa kau dalam lima hari ini? Sangat bagus? atau puasa kau sia-sia?
Mula dari minggu hadapan, akan mula rancak manusia membeli-belah. Macam pesta. Semua berebut mahu beli barang keperluan buat persiapan raya. Baju raya baru, langsir baru, perabut baru, barang kemas baru dan paling best kalau beristeri baru untuk Aidilfitri ni :eek: :evil: Tapi harus kau ingat, dalam kerancakan menyediakan keperluan hari raya jangan kau ter’over‘ budget sudahlah. Mahu ikat perut kau sebulan lepas raya nanti. Jadi beringatlah sebelum berbelanja ye.





