Google Analytics: Gunakannya Untuk Bina Readership

Genap sehari setelah aku terbitkan entri pengenalan tentang Google Analytics. Aku andaikan kau sudah install perisian ini di dalam laman blog atau web kau. Sepatutnya selepas kau verify akaun kau, kau sudah mula menerima statistik dari Google Analytics ini. Jadi mari kita analisis bersama statistik yang kau perolehi.

Secara amnya, Google Analytics punya 5 elemen asas untuk kau buat analisa trafik kau;

1. Site Usage: Menunjukkan jumlah pengunjung, jumlah muka surat yang telah di buka oleh pengunjung, purata muka surat yang telah dikunjungi, bounce rate, purata masa melawat & pengunjung baru.

2. Visitors Overview: Menyediakan statistik seperti Site Usage tetapi menyediakan data yang lebih terperinci seperti jenis browser yang digunakan & jenis sambungan pelawat kau (DSL, Dial Up etc)

3. Map Overlay: Memaparkan negara/tempat dari mana pelawat datang.

4. Traffic Sources Overview: Menunjukkan dari mana sumber trafik kau. Sama ada melalui search engine (organik), laman rujukan (yang meletakkan link ke laman kau) ataupun trafik secara langsung.

5. Content Overview: Menunjukkan muka surat atau entri yang paling banyak pelawat kau lawati.

Read the rest of this entry »

Tags: Blog, Bounce Rate, Google Analytics