Fast Update! Contest Bulan September Di Lancarkan

Salam & Hello kepada pembaca blog aku yang aku sayangi & hargai. 5 hari lagi  Hari Raya Aidilfitri akan menjelma. Sekarang semua sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya. Adik perempuan aku yang bongsu sedang sibuk mengadun bahan-bahan membuat kuih raya di sebelah aku ni. Aku? Sekadar jadi pemerhati dan juri. Beri komen itu dan ini. Kebanyakan berunsur kritikan sebab aku kan abang. Yepi!

Tadi aku akses CPanel aku. Menjenguk pada statistik hosting aku. Lihat pada bahagian bandwith usage, Awstat, setup webmail untuk Aeropama Dot Com kemudian pergi ke bahagian disk usage. Rupanya masih banyak lagi ruang kosong di dalam hosting aku. Aku baru guna 1% dari keseluruhan disk space aku.

Tiba-tiba muncul idea di otak aku. Daripada ruang-ruang kosong itu terbiar begitu saja, lebih baik aku berikan pada kau kan. Tapi kalau bagi macam tu saja, tak thrill la beb! Jadi aku buat satu contest.

Read the rest of this entry »

Tags: Blogspot, contest, hosting percuma, peraduan, wordpress

Google Analytics: Satu Pengenalan

Google AnalyticsSebenarnya, artikel ini sudah lama ingin aku terbitkan, tetapi memandangkan ketika itu aku tak mahu dipersoalkan tentang kredibiliti aku menulis artikel sebegini, aku tangguhkan saja. Maklumlah ketika itu, bilangan pelawat di Aeropama Dot Com tak lah banyak manapun. Tetapi kerana permintaan dari birthday boy kita yang kacak, Extremist Thinker, aku buat juga artikel ini.

Kali ini aku mahu kenalkan kau kepada Google Analytics. Kau mungkin pernah dengar dan sudahpun gunakannya. Jadi artikel ini sudah lapuk dan kau boleh abaikan. Tapi aku menulis untuk mereka yang tak pernah tahu dan guna perisian ini supaya mereka dapat memanafaatkan perisian Google Analytics semaksimum mungkin.

Google Analytics sangat bagus untuk kau yang mahu memaksimumkan kewujudan blog kau. Dari proses meningkatkan jumlah pelawat (organik) ke blog kau hinggalah kepada mewujudkan readership di kalangan pengunjung kau.

Read the rest of this entry »

Tags: Blog, Blogspot, Google Analytics, wordpress