Berakhirnya Di Sini

Mengimbas kembali ketika aku mula menulis blog di platform Blogspot 2 tahun lalu, apa yang Megat komenkan ada benarnya. Aku mula tersenyum sendirian ketika membaca entri-entri lama aku. Nada aku sedikit lembut waktu itu. Alone pernah beri komen tentangnya.

Ketika itu hanya ada seorang saja pengunjung. Aku tetap menulis, menulis dan terus menulis. Bilangan pengunjung masih satu lagi. Hahaha… Aku jahil tentang perkara utama untuk dapatkan trafik ke blog aku. Sentiasa blog hopping dan tinggalkan komen di setiap blog yang kau jelajahi.

Demi mencari trafik, aku mula merayap-rayap ke blog cikgu aku, Sherrina dan Dobot. Dari Dobot aku kenal Aman. Dari Aman membawa aku ke Megat. Melekat di situ kerana terpana dengan hasil tulisan beliau. Cukup menarik perhatian dengan entri bersifat rohaniah. Trafik mula menderu masuk dalam proses ini. Bilangan komen makin meningkat. Aku mula ketagih berblog.

Read the rest of this entry »

Tags: Blog, Pengumuman

Menulis Blog Bukan Perkara Mudah

Aku mengalami penat mental yang agak kronik. Kadar cetusan sinaps berada di bawah paras normal memberi kesan yang hebat pada kebolehan otak aku mengingat, memahami dan menjana idea.

Aku cuba kemaskini blog ini sejak 3-4 hari yang lepas tapi bila aku ulang baca tulisan aku, ada rasa pelik di situ. Hujah dan fakta yang diberi seperti kurang bernas ditambah dengan lenggok bahasa yang agak statik. Jadi aku matikan saja niat aku untuk terbitkan entri. Aku tak mahu di cop sebagai penulis blog picisan.

Orang kata menulis blog ini senang. Mungkin… Jika kau menulis entri bersifat peribadi atau ‘gosok gigi’. Untuk blog bersifat mengajak pembaca berfikir, ianya (menulis blog) adalah satu bebanan. Tak percaya?

Read the rest of this entry »

Tags: Blog, Plurk, Tips

Blog Untuk Amal? Mari Ikut Sama

Badan Pencegah RasuahSesekali berjumpa dengan seorang sahabat, dia tak pernah penat mengingatkan aku supaya menderma pada yang memerlukan. Dalam rezeki yang aku terima saban hari ada hak orang lain di dalamnya. Menderma pada yang si miskin, anak-anak yatim, si anak kecil & mereka yang kurang bernasib baik mendatangkan kepuasan yang tak tergambar oleh kata-kata. Itu aku pasti.

Mohd Ismail telah ubah persepsi aku tentang dunia blog semalam. Satu tindakan yang amat menarik bagi aku untuk turut serta. Gunakan blog untuk buat amal. Jarang sekali aku lihat blogger buat cara demikian. Berblog acapkali dikaitkan dengan buat duit online, tulis entri kisah hidup sendiri dan sebagainya.

Kau yang mampu baca blog aku di internet ni, aku andaikan sebagai seorang yang masih punya kemampuan untuk hidup secara selesa. Jadi aku ajak kau untuk turut serta dalam usaha aku untuk bantu mereka yang sangat memerlukan bantuan.

Caranya sangat mudah. Kau hanya perlu beri komen kau di sini. Untuk setiap komen, RM 0.20 akan dimasukkan ke dalam dana derma yang akan aku berikan pada badan kebajikan yang akan aku tentukan nanti. Untuk besarkan lagi dana, kau nampak logo Youthsays di sebelah? Kau klik & daftar. Setiap duit yang aku terima hasil dari pendaftaran kau, akan aku berikan secara total pada badan kebajikan tersebut.

Selepas jam 11.59 malam 31 Oktober 2008, aku akan buat summary dana yang telah aku kumpul hasil sumbangan kau (komen kau + Youthsays), kemudian wujudkan satu entri khas tentangnya. Kau risau aku gunakan cara ini untuk kepentingan sendiri? Aku akan pastikan screenshot transaksi (derma ke badan kebajikan) aku kepilkan bersama sebagai bukti.

*Update Tambahan

Untuk menderma secara langsung, kau boleh donate terus ke:

1. Pertubuhan Anak Yatim Darul Izzah

Account no: 12029010016114 (Bank Islam Malaysia Berhad)

2. Rumah Amal Belaian Kasih

Account No: 14410010444051 (CIMB)

3. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

BG 03A & 05 Ground Floor,
Megan Ambassy.
225, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur,Malaysia
Tel:+603-2162 9178 Fax:+603-2162 9203
Derma online: http://www.makna.org.my/donate.asp

ps: Tunjukkan kepada aku rakyat Malaysia masih punya sifat prihatin yang tinggi.

pss: Separuh populasi manusia berada di bawah paras kemiskinan. 250 000 daripadanya berada di Malaysia.

pss: 25,000 orang di seluruh dunia mati kerana kebuluran setiap hari. Di Malaysia, 156 000 rakyatnya mati (setahun) sebab terlebih makan.

Tags: Amal, Blog, Blog untuk Amal, Kebajikan, Kebuluran, Kemiskinan

Google Analytics: Gunakannya Untuk Bina Readership

Genap sehari setelah aku terbitkan entri pengenalan tentang Google Analytics. Aku andaikan kau sudah install perisian ini di dalam laman blog atau web kau. Sepatutnya selepas kau verify akaun kau, kau sudah mula menerima statistik dari Google Analytics ini. Jadi mari kita analisis bersama statistik yang kau perolehi.

Secara amnya, Google Analytics punya 5 elemen asas untuk kau buat analisa trafik kau;

1. Site Usage: Menunjukkan jumlah pengunjung, jumlah muka surat yang telah di buka oleh pengunjung, purata muka surat yang telah dikunjungi, bounce rate, purata masa melawat & pengunjung baru.

2. Visitors Overview: Menyediakan statistik seperti Site Usage tetapi menyediakan data yang lebih terperinci seperti jenis browser yang digunakan & jenis sambungan pelawat kau (DSL, Dial Up etc)

3. Map Overlay: Memaparkan negara/tempat dari mana pelawat datang.

4. Traffic Sources Overview: Menunjukkan dari mana sumber trafik kau. Sama ada melalui search engine (organik), laman rujukan (yang meletakkan link ke laman kau) ataupun trafik secara langsung.

5. Content Overview: Menunjukkan muka surat atau entri yang paling banyak pelawat kau lawati.

Read the rest of this entry »

Tags: Blog, Bounce Rate, Google Analytics

Google Analytics: Satu Pengenalan

Google AnalyticsSebenarnya, artikel ini sudah lama ingin aku terbitkan, tetapi memandangkan ketika itu aku tak mahu dipersoalkan tentang kredibiliti aku menulis artikel sebegini, aku tangguhkan saja. Maklumlah ketika itu, bilangan pelawat di Aeropama Dot Com tak lah banyak manapun. Tetapi kerana permintaan dari birthday boy kita yang kacak, Extremist Thinker, aku buat juga artikel ini.

Kali ini aku mahu kenalkan kau kepada Google Analytics. Kau mungkin pernah dengar dan sudahpun gunakannya. Jadi artikel ini sudah lapuk dan kau boleh abaikan. Tapi aku menulis untuk mereka yang tak pernah tahu dan guna perisian ini supaya mereka dapat memanafaatkan perisian Google Analytics semaksimum mungkin.

Google Analytics sangat bagus untuk kau yang mahu memaksimumkan kewujudan blog kau. Dari proses meningkatkan jumlah pelawat (organik) ke blog kau hinggalah kepada mewujudkan readership di kalangan pengunjung kau.

Read the rest of this entry »

Tags: Blog, Blogspot, Google Analytics, wordpress