Artis Sebagai Kerjaya Pilihan Utama.
Jul 23, 2008 kerjaya, motivasi
Sejenak membaca majalah Offshore Engineer yang aku langgan, aku kagum melihat keupayaan jurutera-jurutera luar negara membina pelantar minyak yang besar-besar. Beratnya melangkaui lebih 10 000 tan. Kagum melebih-lebih pada mereka (orang luar) bukanlah niat aku. Aku yakin, tenaga kerja tempatan punya kehebatan yang setaraf bahkan mungkin lebih baik dari mereka. Cerita dari ‘sempai-sempai‘ aku mengukuhkan lagi tanggapan aku.
Malangnya kita kekurangan pelapis muda untuk menggantikan kuda-kuda tua dalam industri ini. Bukan saja industri ini, industri yang lain juga hadapi masalah yang sama. Mana taknya kalau kau lihat situasi sosio-ekonomi masyarakat kita, lebih berorentasikan hiburan. Kursus motivasi peperiksaan, artis juga dijemput memberi persembahan. Pelik. Kau mahu beri motivasi dan tips untuk berjaya dalam peperiksaan atau mahu galakkan anak murid kau jadi artis di kemudian hari?
Tags: artis malaysia, kehidupan, kerjaya





