Tag Angau Pembunuh…

Aku menjawab tag ini bukan untuk meraih simpati. Sekadar berkongsi cerita dengan kau. Setiap orang ada kisah cinta mereka tersendiri; tragis ataupun gembira. Jadi aku harap kau baca dengan minda yang terbuka.

Tag ini hasil kerja ulung si Lochoe, blogger yang kononnya pendokong Blogspot sejati tetapi sebenarnya pengkhianat Blogspot dalam senyap.

1. Berapa kali aku pernah bercinta?

Aku pernah ada 5 hubungan yang aku panggil lebih-dari-kawan-bukan-sebagai-kekasih. Tapi hanya sekali aku pernah jatuh cinta secara serius.

2. 3 lagu yang mengingatkan aku tentang dia?

Dragostea Din Tei (O-Zone), Sesalanku (Ezlynn), Where’d You Go (Forth Minor)

3. Perkara romantik yang dia pernah buat untuk aku atau apa yang pernah aku buat untuk dia?

Menemani aku menyorong motor yang pancit sambil tersenyum riang untuk 6 kilometer seterusnya.

4. Gelaran yang dia gunakan untuk memanggil aku?

Sudin & Nyanyaw? Erk…

5. 3 tempat yang selalu aku pergi bersama dia?

OU, McD & Kandang Kuda

6. Apakah memori terindah antara aku & dia?

Bila aku kata “Marry me…? & dia kata “Yes” tapi dah aku sia-siakannya untuk cita-cita aku.

7. Apakah birthday dia jika aku ingat?

Tak boleh lupa… January?

8. List dari dia yang masih aku simpan atau aku suka?

Seluar pendek NY yang dia belikan di date yang kedua (untuk bolehkan aku mandi air panas hari itu). Selain itu, semua aku dah pulangkan.

9. Bagaimana aku melafazkan cinta atau bagaimana aku terima cinta dia?

Aku cuma kata “I Love You…” secara tiba-tiba (tanpa sedar). Aku tak tahu bagaimana perkataan yang itu terpacul.

10. Berapa lamakah masa aku nak lupakan dia?

Sehingga saat ini aku masih belum dapat lupakan dia…

11. Bahagian fizikalnya yang aku suka?

Matanya (sangat galak bagi aku) & bibirnya (aku suka bila dia senyum)

12. Apakah yang dia sedang lakukan sekarang?

5.29 pagi… Sedang tidur mungkin.

13. Sanggupkah aku menerimanya kembali? Dan kenapa berpisah dahulu?

Semestinya… owh! Aku sedang blur sekarang ni. Berpisah kerana cita-cita aku.

14. Pernahkah aku berhubung dengan dia (ex) semasa bersama pasangan aku?

Aku single sekarang. Jadi tiada masalah untuk aku berhubung dengannya.

15. Pernahkah aku buat benda yang tak sepatutnya dengan dia (ex) dulu?

Pernah.

16. Pernahkah aku keluar dengan dia (ex) tanpa pengetahuan pasangan aku?

Aku single sekarang. Jadi tiada masalah untuk aku keluar dengannya.

17. 2 benda aku simpan dari dia (ex) tanpa pengetahuan pasangan aku?

Semua hadiah sudah aku pulangkan kecuali seluar pendek & kenangan.

18. Adakah aku rasa hubungan aku dengan dia (ex) lebih hangat dari pasangan aku?

Aku single sekarang tapi aku mengaku kehangatan hubungan buatkan aku hampir menutup hati aku pada orang lain.

19. Adakah aku merahsiakan sesuatu di dalam handphone aku daripada pasangan aku?

Hormati privacy aku. Handphone adalah salah satu daripadanya.

20. Pernahkah aku cuba curang atau rasa-rasa aku buat curang?
Tidak.

21. Siapakah yang patut di tag?

Kerana tag ni terlalu mencabar, jadi aku nak kau rasa kesengsaraannya. 4 jam aku buat tag ini. Jadi aku mahu tag AisyahRozi, Bongkersz, Nono, Mr Am, Bluesberry, Heartless Devilish, Nikillas, SamDaddyCool, Taukey, Saffawati, Yonna, Mizzamy, Atiqah, Najlaa & Zue. Tag ini berkaitan dengan kisah percintaan kau dengan ex kau. Kisah percintaan sekarang aku & Lochoe tak mahu ambil tahu. Sila jawab sejujur mungkin ya!

Nah! Mari layan lagu yang mengingatkan aku padanya. Forth Minor, Where’d You Go.

ps: Aku sayang kesemua wanita yang pernah menemani aku. Untuk jatuh cinta pada mereka, itu sesuatu yang sukar.

pss: Cinta & sayang adalah sesuatu yang sangat berbeza.

Tags: cinta, kehidupan, Peribadi, Tag

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

123 Respons untuk “Tag Angau Pembunuh…”

  1. 1 Mr AmNo Gravatar mengomen pada

    Kau romantik la.. :D

    Mr Am punya post terbaru..Kenapa perlu ada hosting + domain sendiri?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku sudah register satu bintang atas namanya & lukis potret wajahnya khas untuk hari lahirnya yang ke 22. tapi aku tak beri padanya. masih aku simpan :(

    [Balas Komen Ini]

    Mr AmNo Gravatar

    Ko mesti ade reason sendiri kenapa ko xbg pada dia.. Tapi,aku katakan, ko harus sampaikan potret tu untuk dia. Sebab itu kepunyaan dia..

    ps: aku dah siapkan tag ni..

    Mr Am punya post terbaru..Killer Love Tag

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 TieNo Gravatar mengomen pada

    Kenapa pulangkan pemberiannya?.Tentu dia tersinggung. Tak boleh macam tu kecuali dia minta sendiri.

    Tie punya post terbaru..Any idea??

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    saya takut kak jie. sdgkn ingatan padanya mampu buat saya jadi lemah, apatah lagi menatap hadiah pemberiannya. tak sanggup…

    [Balas Komen Ini]

    hafrezeNo Gravatar

    ya ya..ur right. aku pn pulangkan semua. tinggal surat terakhir yang pernah dia kasi pada aku.

    even dah 3 tahun, aku still simpan surat tu. baru tngok surat pn dh sedey, inikan tgk brg pemberian.

    hanya orang yg pernah lalui je akan paham..

    hafreze punya post terbaru..Suara Jantan Scha Al-Yahya Berhantu

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 MistaFiqNo Gravatar mengomen pada

    boleh dikatakan romantik… hehe…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    romantikkah? aku tidak seromantik yg kau sangka…

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 Fariz BakarNo Gravatar mengomen pada

    izinkan aku ketawa…[sensored]

    Fariz Bakar punya post terbaru..Mod Cinta

    [Balas Komen Ini]

    aeropama dot comNo Gravatar

    wahahahaha [aku pun ketawa]

    ps: pasti ko ada kisah chinta yg tersendiri. jadi kau di TAG! wajib jwb. lalalalala

    aeropama dot com punya post terbaru..Tag Angau Pembunuh…

    [Balas Komen Ini]

    Fariz BakarNo Gravatar

    wajib? aiyo. demi etika, aku cuba.

    pasne apa2 berkaitan dgn tag aku x nak komen dh. haha. aku kesal syam. dush!

    Fariz Bakar punya post terbaru..Mod Cinta

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 Heartless Devilish @ ReenNo Gravatar mengomen pada

    aduh…soklan mencabar..
    rasa cam taknak jawab lar tag nie..
    hahahaha…
    kalo bole..aku taknak orang tahu sgt ttg perchentaan aku pun..
    blwekkkkkkk :þ

    Heartless Devilish @ Reen punya post terbaru..Happy Birthday Greg

    [Balas Komen Ini]

    aeropama dot comNo Gravatar

    mana boleh? kau mesti jawab. tak aci la aku je yang kena sengsara nk jwb tag ni. ko pun musti! >:)

    aeropama dot com punya post terbaru..Tag Angau Pembunuh…

    [Balas Komen Ini]

    Heartless Devilish @ ReenNo Gravatar

    hahahaha…kejam ko skrg eh syam..
    atoi…
    aku jawab sok lusa bole tak?
    aku tgh study utk final exam sok nie….aku exam dari monday - wednesday
    wish me luck ke dear? ihiks~

    Heartless Devilish @ Reen punya post terbaru..Happy Birthday Greg

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 AisyahNo Gravatar mengomen pada

    ok, takde nama saya. fuh! haha

    [Balas Komen Ini]

    aeropama dot comNo Gravatar

    ah! lupa! awak di TAG! wajib jawab. no mercy! lalalalala

    aeropama dot com punya post terbaru..Tag Angau Pembunuh…

    [Balas Komen Ini]

    AisyahNo Gravatar

    er… apa? huh? siapa? mana?

    [Balas Komen Ini]

    NoktahHitamNo Gravatar

    you takut kene tag? Hahaha

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    hohoho…aku xwat lg tag ni..nanti aku letak nama ko dalam tuh…muahahahaha !

    |1f34|-|1r3 punya post terbaru..WP : How to change file permission tutorial

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    aku xjawab lg tag ni..nanti aku jawab..tp aku tensen pasal ko nyer RSS feed lembab sangat kuar kt google reader aku..knizam pn sama gak..

    |1f34|-|1r3 punya post terbaru..WP : How to change file permission tutorial

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku tahu sebab apa? sebab proses ping kepada berpuluh-puluh web direktori melembabkan rss feeds aku yang dihandle oleh feedburner ni sampai ke google reader ko.

    ps: sbb aku dah abandon SEO secara total, maka aku akan buang senarai web direktori tersebut.

    pss: sorry byk2 & terima kasih atas keperihatinan anda! :)

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    bagus2..itu yg aku mahu…aku nak cepat dpt update dr ko…abandon SEO yer ? ko mmg hebat….traffic ko mantap…hehe

    |1f34|-|1r3 punya post terbaru..WP : How to change file permission tutorial

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 Killer Love Tag | Mr Am's SySteM mengomen pada

    [...] have been tagged by aeropama.com, I’m not sure, whether I can answer this tag properly or [...]


  9. 9 EriyzaNo Gravatar mengomen pada

    Cinta bisa berakhir tetapi memori tetap kekal di ingatan, tiada sesiapa mampu mengubah kebenaran itu. :)

    Eriyza punya post terbaru..Seniman Sepanjang Zaman

    [Balas Komen Ini]

    Mr AmNo Gravatar

    kenangan tetap kenangan..

    Mr Am punya post terbaru..Killer Love Tag

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    i wish if there is a machine which can get rid my pain-in-the-ass-memory :(

    sometimes i do feel this memory of her drives me crazy and even made me feel i am no man anymore…

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 aTiQahNo Gravatar mengomen pada

    Alamak..
    ermm..bukan tak mau jawab. Tapi kisah saya agak komplikated. Nnt saya fikir cam ne nak selesaikan tag ni. Huhuhuhu..

    aTiQah punya post terbaru..MAIN TEPUK-TEPUK

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wajib jawab. no excuse. wuhuhu.. just for fun my dear. maybe u can take this chance to settle unsettle things with your ex(s)

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 taukeyNo Gravatar mengomen pada

    soalan 15 tu ko dengan dia g merompak ke? haha. tak pun merempit. :D

    joking….

    taukey punya post terbaru..Jom Heboh Dengan Menderma

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    yup! aku merempit. sbb dahulu aku adalah mat rempit :)

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 !x0r@No Gravatar mengomen pada

    6km sorong motor?? siap boleh tersenyum riang tu.. wah,kagum2!!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    awak berani buat begitu? kalau ya! mungkin saya akan jatuh cinta dgn awak.

    just kidding :P

    [Balas Komen Ini]

    !x0r@No Gravatar

    6km sama jarak dari rumah saya ke pekan P. tak sanggup saya nak jalan kaki sejauh tu.. melainkan betul2 darurat dan takde alternatif lain, itu lain cerita.

    !x0r@ punya post terbaru..Metro Station - Shake It

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 aisyahkamaNo Gravatar mengomen pada

    wah! bro! mencabar sungguh tag ini. adekah jawapan ini jujur sejujur-jujurnya? ehe :p~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    jawapan ini adalah yg plg jujur dari saya

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 aziNo Gravatar mengomen pada

    Hai Nyanyaw…

    hahahahahahaha :))

    azi punya post terbaru..Emo

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    waduh… kene gue… :(

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 nikillasNo Gravatar mengomen pada

    kalau aku tidak pernah ada relationship dgn sesiapa.. soo.. macam mana aku nak jawab tag ni ye..??

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tipu lah? kau ni lelaki normal ke tak? :P

    [Balas Komen Ini]

    nikillasNo Gravatar

    of co la lelaki normal.. tapi seumur hidup aku.. x pernah berkapel.. hehe.. minat ngan org tu tipu lah xde.. tapi berkapel tu xde la.. hehe..

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 melodyNo Gravatar mengomen pada

    kelakarla…..
    tp romantik….
    nape mesti pulangkan brg2x yg diberi kat ko…..
    kalo aku,aku kasi je….
    xpyh pulangkn…..
    mcm xiklas jek…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku rasa kau salah pemahaman ni. aku yang pulangkan bukan dia

    sbb:
    aku tak mahu kenangan melemahkan aku & buatkan aku terpesing dari matlamat aku.

    ps: sebenarnya aku memang lemah pun :(

    [Balas Komen Ini]


  17. 17 blueseberryNo Gravatar mengomen pada

    bro…guwe sudah siapkan itu tag… lu memang tactical eh bro..serang pasangan kekaseh.. huhuhu…

    blueseberry punya post terbaru..Tag Angau Pembunuh..

    [Balas Komen Ini]

    Mr AmNo Gravatar

    :P

    Mr Am punya post terbaru..Killer Love Tag

    [Balas Komen Ini]

    blueseberryNo Gravatar

    oke bro..ni lah mr am kekaseh guwe… hak3..
    *kalo mr am x ngaku, dia mmg mangkuk jugak laa..*

    wuhuhuhu..

    blueseberry punya post terbaru..Tag Angau Pembunuh..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    bangganya dia ade kekasih ek? selamat berkasih-kasihan. semoga kekal ke anak cucu..

    ps: cinta kalau tidak dikawal boleh menjadi racun tanpa penawar. jadi berhati-hati…

    [Balas Komen Ini]

    blueseberryNo Gravatar

    bukan bangga la bro.. ish3… slh paham sudah…

    nway thx bro..huhu..

    [Balas Komen Ini]

    Mr AmNo Gravatar

    Aduh.. kena aku kali ni..

    Mr Am punya post terbaru..Killer Love Tag

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 najlaaNo Gravatar mengomen pada

    Betoll…setuju ngan nikillas..kalau takde pengalmn cinta mcmane nk jawab kan?? huu…

    Emm baik korg jangan komen entry ni..nnt x pasal2 kena tag jugak…wuhuhu…

    najlaa punya post terbaru..Movie Review : SEPI & TAKEN

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    please komen di setiap entry saya. saya perlukan feedback dari anda semua…

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 NoktahHitamNo Gravatar mengomen pada

    Dude, susah gile nak differenciate mane url mane ko bold kan, aku cadangkan ko kemaskini kan CSS ko. kalau tak leh, bak mai account ko, aku cantikkan lagi.

    Jiwang karat siot, sure awek2 terpikat dgn tulesan ko.

    NoktahHitam punya post terbaru..Killer Love Tag

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    dude! Thanks sebab kasi cantik aku punya blog sedemikian rupa. Mmg hebat ko ni. Kool!

    ps: Aku dah berjaya tunjukkan nombor tapi still tak boleh jolok code untuk highlight author. takpe2… aku try godam lagi

    pss: Awek tak akan terpikat dgn tulisan aku lah. Kalau ada yang terpikat… owh indahnya dunia… Syukur!

    [Balas Komen Ini]


  20. 20 samdaddycoolNo Gravatar mengomen pada

    Kenapa la ko tag aku… maluuuuuu siooooottttt nak jawab.. erk!

    samdaddycool punya post terbaru..Secondhand Serenade , Fall For You

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    jawab dude! aku teringin nak tahu kisah cinlama kau. mungkin ada sesuatu yang menarik untuk dibaca. ahaks :P

    [Balas Komen Ini]

    samdaddycoolNo Gravatar

    nanti aku cuba buat karangan ‘real’ punya.. fuhhh… :l

    samdaddycool punya post terbaru..Kenali diri anda melalui tarikh lahir

    [Balas Komen Ini]


  21. 21 lochoeNo Gravatar mengomen pada

    3. Menemani aku menyorong motor yang pancit sambil tersenyum riang untuk 6 kilometer seterusnya.

    beb bab ni, aku rasa betul2 kenanangan yang indah, 6 kilometer bukanlah suatu jarak yang dekat (aku mungkin boleh kurus kalau setiap hari kena mcm ni… bagus betul ex ko ni, kalau ex aku mybe dh ambik taxi, aku pun naik taxi jugak, maas nak tolak motor..

    4. Nyanyaw?

    menatang apa ni?? kuih kah..?? ubat kah?? atau sejenis nama artis macam BORAT??

    6. Bila aku kata “Marry me…? & dia kata “Yes” tapi dah aku sia-siakannya untuk cita-cita aku.

    cita2??? apa ni beb, hubungan x semestinya menghalang cita2.. tapi seperti orang kata… dunia ini pilih dua, hubungan atau karier.. aku x tahu betul tak.. tapi x semestinya.. entah..

    7. Tak boleh lupa… January?

    sebut nama bulan je?? cam haram.. mesti dh lupa.. tapi takpela, at least ingat bulan apa kan… kesian betul nora..

    8. Seluar pendek NY yang dia belikan di date yang kedua (untuk bolehkan aku mandi air panas hari itu). Selain itu, semua aku dah pulangkan.

    apa dia bagi, kalau brg x mahal, xpela.. kalau dia bg hp, ipod, iphone.. peh… aku akan menyesal.. huhuh.. EX aku, aku bagi mcm2 masa aku kaya dulu, bila berpisah xde satu habuk pun dai bagi balik, cuma cara dia buat aku bengang sikit, x angkat call, x bls sms, private profile friendster… perempuan ni mmg celaka.. tapi takpela… masih ramai lagi awek2 yang menyanjungi aku…

    15. Pernah.

    hahahahahhahahahahahaha
    huahahhahahahuhauhahahhaa

    cam celaka!!!!!

    lochoe punya post terbaru..ringgittune akan menukar layout!

    [Balas Komen Ini]

    smaelzNo Gravatar

    ha… tgk la konyer tag nih.. mmg membunuh member betul..!!

    smaelz punya post terbaru..Pro Evolution Soccer 2009 PC Download!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    3. dude! sebab tindakannya tu lah yang buat aku ubah persepsi pada dia. baru aku tahu masih ada lagi perempuan yang punya kesabaran begitu. lain perempuan yang pernah temankan aku sblm tu, jgn harap nak wat cmtu

    4. nyanyaw adalah binatang bernama kucing. erk…

    6. biar aku simpan saja cerita selebihnya…

    7. aku tak boleh reveal harinya. for my own safety. nora… she is my best friend cum my companion. we never declared anything until now…

    [Balas Komen Ini]


  22. 22 ~ mizzamy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ uwwaaa!!!! kenapa saya kena tag??? tak nak buat boleh tak?? seriously, i can’t do this since ‘he’ keep reading my blog every single day. so, no more story about him.

    btw, semoga awak dan si ‘dia’ ditemukan semula untuk ikatan yg lebih bermakna. good luck!! :) ~

    ~ mizzamy ~ punya post terbaru..~ So Far, SO-SO ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    alaa… tak acila amy. saya je yang kena sengsara nk wat tag ni. awak pun mesti kena gak. wajib jawab. no excuse! wahahahah…

    anggap sj for fun and maybe awk boleh gunakan peluang ni untuk maafkan dia atau mintak maaf sama dia. betul?

    [Balas Komen Ini]

    ~ mizzamy ~No Gravatar

    ~ adeh… bukan tak nak buat. soalan2 tuh leh membuatkan hati org lain sakit bila membacanya. so, i tak nak cari problem.

    lagipun, all the questions i tak tahu apa jawapannya. dah lupa dah semuanya. tralalalala… :P ~

    ~ mizzamy ~ punya post terbaru..~ So Far, SO-SO ~

    [Balas Komen Ini]

    smaelzNo Gravatar

    nak lari la nih.. ish ish… akak pon kan single lg… atau adakah dah terima tawaran si dia?.. ngehehe

    smaelz punya post terbaru..Pro Evolution Soccer 2009 PC Download!

    [Balas Komen Ini]

    ~ mizzamy ~No Gravatar

    ~ akak? smaelz nih bukan ker tua dari ku?

    nak lari la jugak kalau boleh. hikhikhik… ~

    ~ mizzamy ~ punya post terbaru..~ Sepi + Sedih = Tak Perlu ~

    [Balas Komen Ini]

    smaelzNo Gravatar

    x ah.. pompuan kan tua 5 tahun dr laki, jd saya masih muda la.. lgpon saya panggil sumer pompuan dengan panggilan cik akak….

    x yah lari2 cik kak.. luah jer.. hoho..


  23. 23 oDiNNo Gravatar mengomen pada

    ape kata ko tag aku .. konferm aku x balas .. huhu

    oDiN punya post terbaru..oDiN on Hiatus ..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sebab ko tak brani? lepas ni kalau ada tag gila, mmg kau adalah mangsa aku yang pertama :)

    [Balas Komen Ini]


  24. 24 reddebtNo Gravatar mengomen pada

    mak aii. tapi aku baca dengan mata berkaca..

    reddebt punya post terbaru..What do you know about Sleep Debt?

    [Balas Komen Ini]

    samdaddycoolNo Gravatar

    ye ker.. bluess!!!???

    samdaddycool punya post terbaru..POLINI MALAYSIAN MOTORCYCLE GRAND PRIX

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kau baca dgn mata berkaca. owh! aku sungguh terharu.

    ps: aku menulis dengan hati yang hiba…

    [Balas Komen Ini]


  25. 25 Adry SabryNo Gravatar mengomen pada

    Wa… setia jugak awak ni ek… i think you are a very romantic guy… or at least a very sentimental one..

    InsyaAllah.. kau akan jumpa pengganti si dia…

    Adry Sabry punya post terbaru..Gatherings at Sis Riani’s house..

    [Balas Komen Ini]

    smaelzNo Gravatar

    X jumpa pon.. dia nak pi kejar balik.. haha.. all the best lah!

    smaelz punya post terbaru..Pro Evolution Soccer 2009 PC Download!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    thanks… most of the girls who used to accompany me said like that too. wuhuhuhu.. riak gile :P

    [Balas Komen Ini]


  26. 26 zoolNo Gravatar mengomen pada

    Nasib baik ko tak tag aku..
    Kalau tak terpaksa aku mereka-reka cerita..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wuhuhu… aku mahu tag kau sebenarnya. tapi kerana aku dapat pencerahan agung mengatakan jangan di tag kau buat masa sekarang sebab ada tag yang lebih kejam & sesuai untuk kau akan datang di masa hadapan. hahahaha

    [Balas Komen Ini]


  27. 27 topoNo Gravatar mengomen pada

    makin tak boleh blah si lochoe ni.. jom buat serangan balas balik..

    hahahah macam mana la aku nak jawab tag si lochoe ni.. aku masih agi suci.. hahahah

    topo punya post terbaru..bagaimana nak tau bila topo dah update blog…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    jom… aku mahu serang si lochoe ni. tapi aku nak biar blog baru dia siap sepenuhnya, baru sedap aku tembak…

    [Balas Komen Ini]


  28. 28 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    aku suka item tag no 15 kau..ahahha..
    terima kasih kerana tidak tag sama aku syam..sebab kalau kena tag pun aku keberatan untuk buat..sebab pasangan aku sekarang tahu blog aku.jadi ada unsur sensiviti yang perlu aku jaga

    xmindfreakx punya post terbaru..Malaysia semakin Intelektual!!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mesti kau berfikir tentang tuuuttt… ciss!

    sebab kau pernah jadi mangsa tag aku. jadi aku pass pada yang belum. lagipun aku masih punya pertimbangan memandangkan kau sedang berkasihan dengan permaisuri hati kesayangan.

    [Balas Komen Ini]


  29. 29 bongkerszNo Gravatar mengomen pada

    Bukan main stress part ’single’ tu ye?

    Sesalanku? HAHAHAHA!

    Mengapa ko mesti tag aku?? Mengapa? Tag gila babi ni.. Mencabar sungguh. Er, jawapan ko ni jujur ke rekaan semata-mata haha! 4 jam tu.. mesti edit, reedit and edit again.. hehe :P

    bongkersz punya post terbaru..Ego massage, anyone?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mestilah. mana tahu kalau ada yang berminat dengan diriku ini. ahaks! :P

    sebab malam tu aku lepak dgn kau, aku rasa macam tak caya kau masih single. muka sejambu macam kau masih single adalah sesuatu yang ajaib. jadi aku nak tahu sket kisah cinta kau. wuhuhu…

    [Balas Komen Ini]


  30. 30 nonoNo Gravatar mengomen pada

    ohh.. saya sungguh musykil ni! kamu single? nora? hmm… kamu ni macam2 la syam..

    oh, tag dgn ex.. aiyo.. tag ni hanya sesuai untuk orang yang masih ingat kat ex la syam. saya dah get rid of everything.. but insha allah, i’ll work on this tag..

    be in the present syam! :)

    nono punya post terbaru..His name is Adam :)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    i am single nono. nora… she is my best fren a.k.a my companion. we never declared anything until now so the word ’single’ is still applicable on me rite?

    aiyaa…jgn la terlalu kemut nono. juz for fun. mungkin boleh amik kesempatan ni untuk bersihkan sesuatu yang kabur & tak sempat dibersihkan dahulu.

    minta maaf mungkin?

    [Balas Komen Ini]

    nonoNo Gravatar

    saya tak faham.. dalam YM cerita lain, kat post lain.. tu la pasal..

    oh anyhoot, as long as you’re happy then it’ll be fine..

    ps: hmmmm lurus bendul gak saya ni eh.. :P

    nono punya post terbaru..His name is Adam :)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    saya ada beritahu saya & dia sudah declare ke? mmg saya mahu buat sesuatu yang drastik dgnnya. tapi kami masih seperti dahulu. lebih dari kawan bukan sebagai kekasih… jadi dengan itu saya masih di kira single kan?

    [Balas Komen Ini]

    nonoNo Gravatar

    yes encik syam.. jum dating :P :P :P
    muahahahahahahhahaha…

    nono punya post terbaru..His name is Adam :)

    [Balas Komen Ini]

    Mr AmNo Gravatar

    Ceh.. terus ajak dating.. :P

    Mr Am punya post terbaru..Killer Love Tag


  31. 31 smaelzNo Gravatar mengomen pada

    wah.. tau jugak kisah sensitif member dip aku nih.. ngehehe..

    smaelz punya post terbaru..Pro Evolution Soccer 2009 PC Download!

    [Balas Komen Ini]


  32. 32 zueNo Gravatar mengomen pada

    wah memang membunuh ni syam..adehhh
    hehe..nanti ek zue buat..jgnlah hack lagi hehe:P

    zue punya post terbaru..breakfast ngn sape hehe

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    buat tau! kalau tak, saya hack blog kamu :P hehehe

    [Balas Komen Ini]


  33. 33 aurorasaputraNo Gravatar mengomen pada

    hmm..tag psl cinta, mmg membunuh..

    cinta pertama mmg sukar dilupa kn?
    tp, ko sama spesis la dgn aku, kalau aku nak break off ngan someone, aku takkan simpan ape2 brg yg dia bg…

    but, mengorbankan cinta kerana cita2?
    hmm…ko dah dpt cita2 kan..so, bolehlah dptkan kemabli cinta..aku doakan…ameen…..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kenangan bersama sudah mampu meruntun hati bila dikenang apatah lagi melihat hadiah pemberian darinya :(

    [Balas Komen Ini]


  34. 34 Afzai AfandiNo Gravatar mengomen pada

    Paling ganazz…beli seluar pendek utk mandi air panas,meowwww

    Afzai Afandi punya post terbaru..Manual Kerja SUPER Suami-Isteri

    [Balas Komen Ini]

    samdaddycoolNo Gravatar

    aku setuju.. ganazzzzz :P

    samdaddycool punya post terbaru..Kenali diri anda melalui tarikh lahir

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ganas kah? owh! tapi itulah pemberian paling berharga bagi aku walaupun berharga RM10. meowwwww!

    [Balas Komen Ini]


  35. 35 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    DASAR LELAKI PENGGANAS. HAHAHA. AKOO TAHU APE RAHSIA KO. SEBAB TUE TULISAN INI BESAR. UNTUK MENDAPAT PERHATIAN. SESIAPA YANG HENDAK TAHU RAHSIA TUAN TANAH, SILA MSG GUA. BAYARAN MINIMUM 1K.

    [Balas Komen Ini]

    NoktahHitamNo Gravatar

    ahaaa. aku takkan tertipu.

    ET ko tak kene tag ni ke?

    NoktahHitam punya post terbaru..Pukul Cikgu, Belasah Cikgu, Salahkah?

    [Balas Komen Ini]

    Extremist ThinkerNo Gravatar

    akoo beloger yang keseorangan. mane la akoo nk dpt tag2 nie. lg pun akoo xske jwb tag. nnti jadi esei. pastu belog akoo bandwith telah rentung. zombie kg pisang mane ntah bakar. grrr!

    [Balas Komen Ini]

    NoktahHitamNo Gravatar

    Camne bandwidth ko leh rentung? Ko sedekah 3gp file ke ape?

    [Balas Komen Ini]

    Extremist ThinkerNo Gravatar

    mane la akoo penah wat xtvt mendload guna hosting. barang2 semua upload rs ngan fileden je. kan da ckp, kna serang zombie. zombie2 melayu minimalist.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    dude! ET punya blog, bandwith dah rentung. blog 18SX paling popular kat Malaysia. Trafik masuk ikut keyword Redtube tu. Tak guna aku nak tag dia. Bukan boleh baca pun… Wuhuhuhu

    [Balas Komen Ini]

    Extremist ThinkerNo Gravatar

    hahaha. redtube saje je pelaris. sbb nye traffix 0 bila baru bkk. jd kena ada strategi bermain kotor. nie dah xleh bermain kotor bila jd budak baik.

    [Balas Komen Ini]


  36. 36 Toughest Tag I Did So Far - ‘Killer Love’ Tag | The Flaccid Mind mengomen pada

    [...] Syam of Aeropama.com tagged me because he spent 4 torturing hours to complete his ’story’ and he wants me to [...]


  37. 37 amNo Gravatar mengomen pada

    kalau sebab cita2 am memang boleh terima sesangat… wawawawa.. biasanya sebab belum stabil..

    am punya post terbaru..Facebook Is The Next Adwords..

    [Balas Komen Ini]