Start Your Day with SMILE!

Pada malam Ahad yang lepas pergi memancing di tepi Yard A kepunyaan RFSB dengan tujuan untuk relaks dan melupakan soal kerja untuk sementara waktu. Seperti biasa, saya pergi dengan Faizi, planner projek saya, seorang pelatih pengurusan yang diangkat menjadi full-time planner. Tapi hari ni agak istimewa sedikit. ‘Projeck Manager’ saya, Amzari juga turut bersama. Mungkin beliau mencari tempat untuk melepaskan tension dan mencari kawan untuk berbual. Kasihan juga dia. Mana kan tidak, seorang pelatih pengurusan diberi tanggungjawab untuk menguruskan projek bernilai hampir RM 90 juta. Saya pula sebagai jurutera projek untuk membantu beliau. Tanpa ada sebarang pengalaman dan tunjuk ajar, kami bertiga terpaksa memikul tanggungjawab sebesar ini.

Agak malang kerana hari itu seekor ikan pun tak sangakut di mata kail kami walaupun 3 jam menunggu. Mungkin bukan rezeki kami pada hari itu. Sekurang-kurangnya dapatlah melepaskan gian memancing sambil merenung bintang-bintang dan bulan yang hampir mengambang di langit. Ditambah pula bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa. Keadaan dan suasana memang mengasyikkan.
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>