So Called Boring Engineer…

People learn best when they are uncomfortable
-Perthpal

Anda rasa selesa dengan keadaan anda sekarang? Anda rasa anda boleh memajukan diri anda dengan suasana selesa yang anda rasai? Sekarang ni aku rasa teramat selesa dan juga tak selesa dalam satu masa. Mari sini, aku nak ceritakan kisah aku kepada korang semua dan jangan lupa untuk bagi komen okay!

2 hari kebelakangan ini, Isnin dan hari ini, aku rasa agak ‘down’ sedikit kerana aku diberitahu akan mendapat surat ‘cinta’ dari IT Manager tempat aku bekerja. Surat cinta ni bukan surat yang ada ayat jiwang-jiwang; I miss u honey, I need u my love dan I love u so much! Surat cinta ni tunjuk sebab la. Huhuhu… Aku sudah pecah rekod department aku sebagai orang pertama yang dapat surat cinta dari IT department. Mantap! Korang tau apa sebabnya? Sebab komputer yang aku guna di pejabat, telah ditangkap menggunakan IP address haram dan ianya berpunca dari rakan aku, bukan berpunca dari aku.

Akibatnya, komputer aku dinafikan akses kepada network syarikat sehingga aku memberi sebab yang munasabah atas kesalahan yang aku lakukan barulah pihak IT department akan menyambungkan semula akses komputer aku. Demm… Susahlah aku macam ni. Tak boleh hantar emel, tak boleh chat menggunakan GTalk dan YM, tak boleh baca paper online, tak boleh tengok pasaran saham dan yang paling aku ‘frust’, aku tak boleh blogging dan blog hopping (I’m addicted to it doe! Tak boleh survive tanpa internet. Hahahaha…)

Nasib baik hari ni boss aku bagi aku pakai laptop VAIO dia. Perghh… Laptop harga RM13k tu. Gaji aku 5 bulan pun belum tentu boleh beli laptop ni. Dia suruh aku godam software die, convert dari trial version ke full version dan install beberapa software berkaitan kejuruteraan. Terasa macam aku ni bukan jurutera mekanikal, rasa macam IT executive lak :D Aku pun amik la peluang sementara download software tu, aku update blog aku. Peace boss… Hehehehe :D Best pakai laptop VAIO ni. Menaip rasa best je. Walahuuuu…

Sebab sekarang ni aku tak ada banyak kerja, aku ada banyak masa untuk main internet dan godam laptop boss aku. Boss aku pulak, memang best orangnya. Sempoi… Dia memang beri kebebasan kepada orang bawahan dia nak buat apa saja; main game, chatting, tengok movie asalkan kerja siap. Aku pulak, bila dah berada di jawatan sekarang, rasa selesa pula. Tak macam dulu masa zaman trainee, setiap hari ada saja kerja nak buat, semua kerja; dari kerja fitter sampai ke enginner aku nak sapu, sebab kalau boleh nak belajar semua benda dalam masa yang singkat. Sekarang ni rasa “Ah… Nanti-nanti la. Banyak lagi masa boleh belajar” Mangkuk betul la aku ni. Bila aku nak jadi jurutera yang hebat kalau macam ni pemikiran aku.

Semalam aku buat permintaan ‘khas’ pada superintendent aku untuk jadikan aku technician dia. Aku tak mahu jadi field engineer dia untuk projek ni sebab aku rasa bosan yang teramat sangat dan aku rasa aku tak boleh maju banyak kalau aku buat kerja field enginner ni. Kerja tak banyak lagi beb, masa awal-awal projek je, dah masuk proses pembinaan, kerja aku sebagai engineer dah tak banyak. Boring beb jadi engineer ni. Tak percaya korang boleh baca entri engineer yang bosan ini. Kawan-kawan aku kata aku gila, suprintendent aku pun kata aku gila. Kerja dah rilek, nak cari kerja yang susah. Bukan apa, aku tak puas dengan kerja aku sekarang. Tiap-tiap hari, aku masuk kerja dengan target untuk menunggu pukul 5 menjelma. Wahahahahah…:)) Lepastu dok main internet, blogging (korang tengok la berapa kerap aku update blog aku heheheheh…) dan layan video sampai tak tahu nak layan cerita apa lagi. Rasa tak berkat gaji yang aku terima tiap-tiap bulan tau. Kalau aku buat kerja technician, sekurang-kurangnya aku ada kerja nak buat, aku rasa puas dan aku dapat belajar banyak perkara dengan lebih mendalam. Ermm… Ye ke? ;P

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

4 Respons untuk “So Called Boring Engineer…”

  1. 1 fusarium solani mengomen pada

    Hm, kesian ko!

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 Syam mengomen pada

    fusarium solani: hahahah…thamx bro! tp aku okay je. happy as bfore. hihihih

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 hashim habeed mengomen pada

    hu hu hu…..
    aku terperasaan table calender kat tepi
    meja ko tu memang sexy giler

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 Syam mengomen pada

    hashim habeed: tu adalah sumber ilham aku lol. hahahhahahah

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>