Sihat Sebelum Sakit
Mar 19, 2007 motivasi
5 perkara sebelum 5 perkara! Selalu kita lupakan 5 perkara sebelum 5 perkara ini.
senang sebelum susah
kaya sebelum miskin
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
muda sebelum tua
hidup sebelum mati!
Sabtu 17/6/2007, hajat ingin menghadiri kenduri kahwin kawan yang dianggap sebagai abang sendiri bertukar menjadi tragedi. Saya kemalangan. Terjatuh dari motor gara-gara mem’brek‘ secara mengejut di atas jalan yang licin. Akibatnya, rabaklah tangan dan lutut kiri saya. Kecederaan yang agak serius telah saya alami.
Sejurus selepas kemalangan, tertanya-tanya kepada diri sendiri, ‘Apakah dosa yang aku telah lakukan hari ini? Lupakah aku untuk menunaikan hak-Nya sebelum keluar rumah? Mungkin barangkali inilah akibatnya. Mungkin ada hikmah dan pengajaran disebalik semua ini’.
Maha suci Tuhanku! Baru saya sedar apakah pengajaran yang Kau ingin berikan kepada hambaMu yang selalu alpa ini. Saya lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberikanNya. Kufur terhadap nikmatNya. Tidak menggunakan nikmat yang dianugerahkan dengan sebaik-baiknya dan dimanafaatkan untuk kesejahteraan orang lain. Baru ditarik nikmat sihat dan diganti dengan kesakitan, saya telah mengeluh! Sebelum ini, jarang sekali saya hargai nikmat sihat yang diberikan. Berjalan dengan normal, berlari-lari dengan gelak ketawa mengilai-ngilai dan sebagainya. Hanya tahu mengejar keseronokan dunia semata-mata. Sekarang, berjalan seperti orang cacat, tempang! Menaiki tangga menjadi satu kesukaran.
Sakit membawa kita lebih dekat kepada Tuhan Pencita Alam, Yang Maha Agung dan Maha Perkasa. Sakit menghapuskan dosa-dosa kecil dengan syarat kita redha dengan apa jua bencana yang dihadapi.
Nota:
Pastikan beberapa perkara di bawah telah anda lakukan sebelum memandu bagi mengelakkan sebarang kecelakaan:
-
Pastikan kenderaan anda telah diselenggara dan berkeadaan sempurna. Lampu brek, cermin sisi, lampu hadapan, enjin dan transmisi serta tayar haruslah berkeadaan sempurna
-
Pastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil sebelum memandu seprti memakai tali pinggang keledar ataupun topi keledar bagi penunggang motosikal
-
Jangan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah
-
Bacalah doa menaiki kenderaan sebelum memulakan sebarang perjalanan
-
Pastikan anda tahu teknik memandu yang betul. Dalam kes saya, teknik menunggang yang betul! Bagaimana untuk membrek dalam keadaan jalan yang basah!
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Punca Kesesakan Trafik di Kuala Lumpur
- Learn To Say Enough….
- Money or Satisfaction
- New Theme New Service
- Rakyat Malaysia! Di Mana Perikemanusiaan Kau?
- Mentadak Mentadu
- Global Positioning System (GPS). Baru Aku Tahu Nilainya.
- About Me (Updated)
- My Artwork
- Barang atau Sampah







March 21st, 2007 at 12:38 pm
siannya ko din. biasalah tue. MAT REMPIT! tak jatuh tak jantan la!
[Balas Komen Ini]
March 21st, 2007 at 6:36 pm
eeeeeeeee darah
[Balas Komen Ini]
April 7th, 2007 at 12:57 am
selamat sembuh!
[Balas Komen Ini]