Siapa Yang Layak Di Gelar ENGINEER?

Engineer @ Jurutera. Salah satu daripada golongan-golongan profesional. Sesetengah orang memandang tinggi pekerjaan ini. “Abang… Belajar rajin-rajin tau. Lulus periksa dengan cemerlang. Mak nak abang besar nanti jadi doktor, tak pun ENGINEER, atau jadi lawyer. Senang hidup awak nanti” Aku terdengar kata-kata seorang ibu kepada anaknya masa aku sedang menunggu bas di Hentian Puduraya. Mungkin makcik tersebut sedang menghantar anaknya pulang ke asrama (aku agak la sebab aku nampak budak tu pakai baju batik, baju formal untuk budak asrama). Kalau di teliti semula kata-kata tersebut, 3 pekerjaan ini menjadi harapan setiap ibu-bapa pada anaknya. Tapi itu dahulu. Sekarang ni, kata-kata yang biasa aku dengar, “Awak kena belajar nyanyi, pakai make-up cantik-cantik dan baju cantik-cantik. Besar nanti masuk Akademi Fantasia, Malaysian Idol takpun One In A Million. Jadi artis barulah hidup senang”.

Sebenarnya bukan benda itu yang aku mahu bincangkan. Kelayakan memegang jawatan sebagai ‘Engineer @ Jurutera’ menjadi isu hangat antara kawan-kawan aku. Kenapa isu ini timbul? Ianya bermula bila terdapat seorang pekerja di organisasi mereka diberi jawatan sebagai ‘Engineer’ dan mereka dapat tahu yang si mamat tu tak ada ijazah dalam bidang kejuruteraan dari institusi yang diperakui oleh Lembaga Jurutera Malaysia. Jangan kata ijazah bang! Diploma pun entah ada entah tidak. Kemudian timbul pula seorang minah (memang ada ijazah, tapi ijazah dalam pengurusan pembinaan) dan seorang lagi minah (hanya punya diploma dalam IT) menggunakan title ‘Engineer’ dalam kertas kerja dan prosedur yang dibuat oleh mereka.

“Aku bengang betul la dengan organisasi aku. Senang-senang je bagi jawatan engineer kat mamat tu. Aku ni yang belajar engineering 6 tahun, 6 tahun beb! Nak pecah kepala, tak dapat pun title engineer”, “Wei…Minah kat tempat aku tu, suka-suka je boh designation dia ENGINEER, padahal Dip. in IT. Dia tau ka Engineering Fundamental. Subjek Rigid Body Dinamik dia tau ka? Dia boleh jawab ka nak boh title Engineer tu?” Ini antara sedutan dialog kawan-kawan aku. Huhuhuhuh :D

Restriction on employment of unregistered person to provide professional engineering services

24A. (1) No person shall employ a person, sole partnership, partnership or body corporate, other than a registered Engineer or an Engineering consultancy practice, to perform professional engineering services.

(2) Nothing in subsection (1) shall prohibit the employment of any person holding one of the certificates referred to in section 7(3) to do all things which the certificate enables or authorizes him to do

-Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Pindaan 2002) Akta 1158

Professional engineering services seperti diterangkan di bawah akta tersebut:
Professional engineering services means engineering services and advice in connection with any feasibility study, planning, survey, design, construction, commissioning, operation, maintenance and management of engineering works or projects and includes any other engineering services approved by Board

Any person who wants to take up employment as an engineer must be registered as a Graduate Engineer with BEM. BEM recognises the experience gained by an engineering graduate only after he has registered as a Graduate Engineer. As such, it is prudent for an engineering graduate to register as a Graduate Engineer at the very beginning of his engineering career.

The recognised academic qualification for registration as a Graduate Engineer with BEM includes the following:

1. An engineering degree accredited/recognised by BEM available in an approved list maintained by BEM or;
2. Pass in Part I & Part II of the Engineering Council Examination of United Kingdom or;
3. Pass in Part I & Part II of the IEM/BEM Graduate Examination in any particular branch.

-Board of Engineers Malaysia

Syarat-syarat di atas yang aku quote dari undang-undang yang diluluskan dan dari Lembaga Jurutera Malaysia, rasanya sudah boleh memberi jawapan kepada persoalan di atas.

Nota kaki:
Kawan-kawan yang rasa mereka layak jadi Engineer @ Jurutera tu, korang semua dah register dengan BEM ke? Salah di sisi undang-undang kalau praktis sebagai Engineer tapi tak register.
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

2 Respons untuk “Siapa Yang Layak Di Gelar ENGINEER?”

  1. 1 CypherHackz mengomen pada

    Hak3. Betul2 marah kan… Aku amik kursus electrical engineering major in computer. Tetapi nanti aku akan kerja sebagai Digital Forensics Analyst. Even keje itu tiada kaitan dengan engineer, tetapi aku akan tetap engineer sebab cara untuk selesaikan sesuatu masalah akan digunakan dengan cara engineering aku. Hu3.

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 Syam mengomen pada

    cyberhackz: bro…wlpn ko akn bekerja sbg analyst, tp mempunyai semangat seorg engineer. pastikan semangat itu tidak pernah pudar.

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>