
Pejam celik pejam celik, Ramadhan sudah masuk fasa 10 malam terakhir. Kau boleh lihat, senario yang tipikal di Malaysia. Manusia makin sibuk bikin persiapan raya. Mula berkira-kira nak cat rumah warna baru, tukar perabot baru dan paling hebat, ada yang fikir mahu tambah bini baru. Wuut!
Surau pula makin kurang jemaahnya. Jika di awal Ramadhan dahulu, masjid penuh sampai safnya membawa nun jauh kebelakang. Sekarang, bilangan saf yang penuh, boleh bilang pakai jari. Betul bukan?
Dan aku harap, untuk 10 malam terakhir ini, kau bawa-bawalah beramal. Top-up sikit pahala puasa yang kau telah lubangkan sebelum ini dengan perkara lagha; usha awek atas bawah, mengumpat, keji mengeji dan sebagainya.
Sedih juga aku lihat, di tahap ini ada lagi manusia yang kununnya mengatakan mereka orang Muslim tapi terang-terangan tak puasa di siang hari. Besar panjang dah pun. Anu pun dah macam belalai gajah. Malu bang dengan budak-budak kecik. Diorang pun tahu nak puasa.
Ada sedikit hiba menerjah dalam hati aku. Entah mana salahnya, aku rasa Ramadhan kali ini tidak cukup puas bagi aku. Sekejap sudah mahu sampai ke penamat. Haish…
ps: Gambar Masjid Putra ini aku bagi sedikit sentuhan retro. Feel sikit.
semat seh ko wat.. aku mmg jeles kaw2 nya.. selamat hari2 terakhir ramadhan.. carilah malam lailatul qadar!
Mari kita usaha sama-sama cari malam Lailatul Qadar
cun foto ko! adeh bila aku nak sampai tahap keterrean spt ko
Banyak lagi yang aku kena baiki.
Cikgu aku kata “Shoot shoot shoot. Don’t ever u dare to stop shooting”
Umat Islam Malaysia, khusus Melayu, hanya menyambut Ramadhan berdasarkan semangat dan adat. Kalau betul umat Islam Malaysia, khusus Melayu mahu betul beramal, aku rasa, jalan Tunku Abdul Rahman takkan sesak di malam hari. Lebih-lebih 10 malam terakhir ini.
Adat bila diletakkan lebih utama dari agama, camnilah jadinya. Haish
Wow! Cantik sgt gambar tuh.
Selamat beramal Syam. Semoga
Allah mengampunkan dosa² kita.
Thanks eriyza. Semoga anda juga dapat keberkatan dariNya
Sayang orang islam kat kita hanya hangat hangat tahi ayam je…
Mengejar beribu keberkatan diawal ramadan sahaja
Meninggalkan Jutaan keberatan diakhir Ramadan
Sayang …..
Bab Gambar
Memang sentuhan retro tu … cam zaman Hair Air dan uji rashid
Sayang seribu kali sayang. Walhal Ramadhan itu lebih baik dari 1000 bulan tapi sangat kurang yang mengejarnya
Thanks kerana memuji gambar aku
yer… ramadhan sudah mau berlalu… ramai yang makin sibuk nak beraya sakan…
Yup. Bagaimana persiapan raya kau? Meriah?