Sayonara KL, Sayonara Selangor

Malam ni adalah malam terakhir saya berada di kotaraya sesak Kuala Lumpur. Hampir 24 tahun saya membesar di sini. Semenjak keluar dari rahim ibu saya sehinggalah sudah besar panjang barulah berpeluang untuk merasai hidup di luar KL. Sebelum ini cemburu dengan adik-adik saya yang berpeluang hidup di luar Selangor dan KL. Berpeluang merasai bagaimana kehidupan di negeri orang, jauh dari ibu-bapa dan keluarga.

Esok pagi saya akan bertolak ke Johor Darul Takzim. Maka dengan rasminya saya akan menjadi warga Johor Darul Takzim. Negeri kelahiran kedua ibu-bapa saya. Panggilan kerja mengharuskan saya meninggalkan tanah tumpah darah ini. Terfikir juga bolehkah saya hidup di tempat baru nanti. Terbiasa hidup dengan keadaan yang sesak, serabut, ‘traffic jam’, kehidupan malam, boleh dikatakan 24 jam hidup. Tempat baruku ini berada nun jauh di selatan, Teluk Ramunia, Johor. Orang kata hidup di sana berlegar-legar dengan laut, laut dan laut. Janganlah rasa cepat bosan hidup di sana!

Selamat tinggal Kuala Lumpur. Selamat tinggal sahabat. Selamat tinggal teman yang selalu tak jemu menemani diriku. Maafkan aku! Selamat tinggal segala memori di sini. Azam ingin menjadi orang yang baru bila menjejakkan kaki di Kota Selatan, Johor Darul Takzim. Semoga berjumpa lagi di masa hadapan……..
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

4 Respons untuk “Sayonara KL, Sayonara Selangor”

  1. 1 sherrina mengomen pada

    Selamat jalan. Teluk Ramunia tu di daerah mana? JB ke? Kalau JB, sesaknya mcm KL lah jugak :)

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 is150 mengomen pada

    selamat bertugas di tempat baru…

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 Rina mengomen pada

    Sedihnye baca..

    anyway kerja apa di johor?

    good luck!

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 SyaM mengomen pada

    sherrina: teluk ramunia ni dekat dgn daerah rengit. jauh nun di ujung johor. bawah desaru. kalau dr ramunia ke desaru amik masa 20 minit je. nice place. susana kampung. boleh tengok laut hari2. tempat dia pon cantik untuk bercuti

    is150: time kasih.

    rina: thanks. jd trainee project engineer di Ramunia Fabricators Sdn. Bhd. handle projek yg berkaitan dengan oil & gas

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>