Aidilfitri

Dikala manusia lain masih diulit kekenyangan dek penangan ketupat, rendang, lemang dan kuih raya, aku sudah masuk semula ke pejabat.

Jujur aku katakan, aku masih di mode cuti raya. Puas sudah aku cuba paksa sel-sel neuron aku mencetuskan signal dan mula buat kerja pejabat yang bertimbun, tetapi seperti disekat oleh lemak-lemak hasil pencernaan hidangan raya. Deym!

Seperti raya beberapa tahun yang lepas, raya kali ini tiada yang unik. Yang menarik hanyalah aktiviti browsing anak-anak dara pakcik-makcik aku yang datang ke rumah. Hipotesis yang dapat aku buat, kecantikan wanita akan semakin menyerlah sejajar dengan peningkatan usia mereka. Wuut!

Dan seperti biasa, duit aku pasti sapan jadi habuan kanak-kanak yang mahukan duit raya. Berduyun-duyun mengerumuni aku, rakus seperti kawanan burung hering menyantap bangkai lembu :D

Sedikit nasihat untuk kau, Hari Raya bukanlah waktu untuk kau santap segala yang hidangan yang berada di hadapan mata kau. Beringat sedikit ketika makan tu. Makan berlebihan adalah ibu kepada pelbagai penyakit.

Ciao…

ps: Budak paling kecil di dalam gambar adalah anak sedara aku. Jangan terpedaya dengan muka cutenya. Hakikatnya, dia sangat samseng :razz:


This post is tagged ,

9 Responses

  1. aisyahkama says:

    i loiiike orang samseng!
    tq duit raya.
    tak guna pun.
    sayannng. :P

    • Aeropama says:

      Owh.. Anak sedara saya ni samsengnya tak hengat. Ubat dia, ikat kat tiang atau pokok.

      ps: Kelakar tengok dia nangis lepas saya ikat kat tiang rumah. Whoahaha :razz:

  2. Eriyza says:

    Lawo pic ni. Klasik gitoo.
    Heppinya dorang melompat. :up:

  3. aman says:

    salam aidilfitri bro.

  4. alone says:

    org still beraya ko da masuk pejabat. cabaran tu :sad:

    seronok kan dikerumuni untuk duit raya. hehe :razz:

  5. dr.aku.la says:

    terkenang indahnya zaman kanak-kanak… :cry:

  6. dianna says:

    omg. gambar sgt cantik. expression and the edit process sukeenyeee :)

Leave a Reply





Latar Belakang



Tweet Tweet

  • Just arrived in Bintulu. Will be here until tomorrow noon. 5 days ago
  • Morning everybody! 1 week ago
  • My foursquare app sucks. Can't check in. Everytime I wanna check in, error notice pops up 1 week ago
  • Off to Masjid Bkt Kangkar. Tonite we have ceramah Maulidur Rasul. 1 week ago
  • Baru balik ngeteh ngan ayah & pakcik aku. Gila murah the tarik kat sini. 70 sen segelas oi 1 week ago
  • More updates...

Kategori