ROKOK!…Katakan TAK NAK!
Oleh aeropama pada Mar 26, 2007 motivasi
Dekan: Pelajar…Ke sini pelajar. Apa kamu buat kat tangga ni? Kamu merokok ya!
Pelajar: Ya prof!
Dekan: Kamu tak tahu ke ini kawasan larangan merokok?
Pelajar: Tak ada pun tanda larangan merokok.
Pelajar: Maafkan saya prof.
Pelajar: Tak bolehlah prof. Saya perokok profesional. Dah 10 tahun dah. Susah nak berhenti ni.
Dekan: Ai..Macam tu pulak. Adui. Ada juga orang macam kamu ni.
Semua orang tahu bahaya merokok pada kesihatan. Tetapi masih ada yang meneruskan tabiat ini. Kenapa? Mungkin bagi mereka yang tidak merokok akan mengatakan orang yang merokok ini bodoh, membuang duit sahaja. Tetapi pernahkah anda meletakkan diri anda dalam persepsi seorang perokok. Saya seorang perokok. Saya juga mempunyai keinginan untuk berhenti. Walau bagaimana saya berusaha, walau sekuat mana saya cuba melawan ketagihan saya, paling lama saya mampu berhenti hanya 8 bulan. Tahukah anda apa sebabnya saya kembali ke tabiat ini semula. Sebabnya kerana selain faktor dalaman, faktor luaran seperti keadaan persekitaran dan juga pengaruh rakan-rakan yang masih merokok. Saya akui, mungkin kekuatan dalaman saya amat lemah untuk menentang pengaruh luaran. Tetapi tahukah anda, mengikut sebuah artikel, lebih 90% perokok yang berhenti dari tabiat merokok akan kembali semula ke tabiat ini semula. Hanya 10% sahaja yang mampu meninggalkan tabiat ini selama-lamanya.
Berhenti merokok bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang disangkakan. Untuk seseorang perokok tegar itu berhenti, sokongan moral dari orang lain tersangatlah penting. Bukan sokongan sekadar sokongan tetapi sokongan yang padu. Hanya bergantung kepada diri sendiri masih belum mencukupi. Percayalah. Saya sudah melaluinya beberapa kali. Walau sekuat mana keazaman saya, apabila berhadapan dengan kawan-kawan yang merokok ditambah pula tekanan kerja dan sebagainya, akhirnya saya tewas. Mungkin anda mengatakan saya bodoh. Ada banyak cara lagi untuk melegakan perasaan selain merokok. Fakta menyatakan, nikotin yang terdapat dalam rokok, dapat membantu menenangkan perasaan. Sudah menjadi kebiasaan saya, apabila tertekan, saya akan merokok hingga ianya menjadi satu tabiat. Tabiat, kalau hendak dikikis amatlah sukar. Mungkin anda juga mempunyai tabiat buruk yang sukar dibuang kan?
Jika anda ingin membantu rakan anda untuk merokok, bantulah dia sehingga dia benar-benar berjaya untuk berhenti. Janganlah sekadar melarang tetapi tiada tindakan susulan. Janganlah berharap dengan sekadar berkata “Saya hendak kamu berhenti merokok. Saya tak suka kamu merokok!“, nescaya hasilnya tidak seberapa bahkan tidak akan berjaya. Sepatutnya anda membantu dengan memberi galakan setiap masa untuk berhenti merokok dan membantu mereka membuat aktiviti gantian yang berfaedah pada masa yang biasanya seorang perokok itu gunakan untuk merokok. Jangan sesekali memberi teguran dengan cara memarahi mereka nescaya anda hanya memburukkan keadaan! Berilah teguran dengan berhemah. Jika anda ingin melarang rakan-rakan ataupun ahli keluarga anda, laranglah mereka sebelum mereka cuba berjinak-jinak untuk merokok. Kalau dah terjebak, amatlah sukar untuk menyuruh mereka berhenti.
Nota:
Artikel ini ditulis bukanlah untuk men’iya‘kan tabiat merokok tetapi hanyalah pandangan dari seorang perokok yang cuba untuk berhenti! Sememangnya saya sendiri bersetuju “Merokok membahayakan kesihatan!”






March 27th, 2007 at 12:31 am
lelaki tidak merokok kini merupakan spesis terancam. Mereka semakin sedikit dan sukar dijumpai.
[Balas Komen Ini]
irwan
membalas pada
December 18th, 2008 jam 1:03 am
sher…
berapa ramai lagi yg tinggal da?
[Balas Komen Ini]
March 27th, 2007 at 11:28 am
bukan sukar di jumpai sherina. masih lagi snang di jumpai. masih ramai lagi kwn2 sy yg x merokok
[Balas Komen Ini]
June 6th, 2008 at 3:38 pm
saya ada kwn yg merupakan perokok tegar. dia berenti merokok dah sthn..sebab berenti hanya kerana tersedak asap rokok…masa tu br dia tau peritnya dan tak sedapnya rokok.
[Balas Komen Ini]
June 6th, 2008 at 5:06 pm
ahmoi: sy dh cuba beberapa kali. skrg ni agk sukar. sbb tekanan kerja yg boring dan org2 sekeliling yg merokok. wahahhaha
[Balas Komen Ini]
June 15th, 2008 at 11:16 am
sekarang ni kan dah ada banyak program dan kelas untuk berhenti merokok. i had stopped for 2 yrs. Alhamdulillah dah xterasa nak kembali smoke. cubalah - anda pasti boleh.
[Balas Komen Ini]
June 15th, 2008 at 12:42 pm
better fun: memang terasa mahu berhenti. sedang berusaha ke arah itu.
[Balas Komen Ini]
June 15th, 2008 at 12:48 pm
ya. teruskan usaha anda. i support u. for the sake of your own future. good luck bro.
[Balas Komen Ini]