Ramadhan: Yang Pelik dan Jelik

Juadah Istimewa Berbuka Puasa

Juadah Istimewa Berbuka Puasa

Di saat aku menulis entri ini, tinggal 5 jam lagi untuk aku berbuka di hari pertama berpuasa. Tak tahu apakah hidangan berbuka yang mak aku akan sediakan. Aku tak berkira tentang makanan. Bagi aku asalkan ianya air tangan mak, macam magik semuanya jadi sedap.

Owh! Apa yang aku melalut ini. Ramadhan bukan bulan untuk kita fikirkan tentang makanan semata-mata. Bahkan Ramadhan punya pengertian lebih dari itu. Tapi itulah antara perkara yang pelik dan jelik yang sering berlaku dalam bulan Ramadhan.

1. Puasa kau penuh tapi sembahyang 5 waktu kau… Alahai
Ni lah kebiasaan orang kita sekarang. Puasanya… Fuuh! Cukup syarat dan bilangannya. Tapi malang… Sembahyang 5 waktunya lompang-lompang. Lagi parah ada yang tak sembahyang langsung. Ingat guys! Sembahyang itu Rukun Islam yang pertama dan paling awal dihisab di akhirat!

2. Puasa kau penuh tapi zakat fitrah kau… Alahai
Lagi satu masalah orang Muslim sekarang. Ambil remeh tentang pembayaran zakat. Bukan mahal pun bang! Dari RM 5 ke RM 8 sekepala bergantung pada negeri masing-masing. Apalah sangat berbanding gaji kau yang beribu-ribu tu? Susah sangat ke nak tunaikan Rukun Islam yang lagi satu ni.

3. Puasa kau penuh tapi nombor ekor mesti tikam juga… Alahai
Ini memang manusia paling tahi. Tak ada perasaan malu masuk kedai 4D ataupun TOTO untuk ‘cai’ nombor. Beringat-ingatlah sikit beb. Kalau kau ketagih judi pun, hormatilah bulan Ramadhan. Apa salahnya kau berhenti sekejap buat dosa tu dan tambah amalan sikit di bulan Ramadhan ni. Lagipun mana ada orang jadi kaya raya sebab judi beb.

4. Orang lain puasa penuh tapi kau tak puasa… Alahai
Jadah apa begini? Kau sudah akil baligh tapi tak mahu puasa. Macam-macam alasan kau beri. Sakit gastriklah padahal 11 bulan yang lepas kau sihat sejahtera je. Tiba je Ramadhan, alih-alih datang pula gastrik kau ye? Lagi hampeh, yang makan di khalayak ramai. Muka selamba je. Bulan ni jugalah kau boleh lihat yang Melayu ala-ala muka Cina mengaku dia orang Cina. Nak mengelak dari puasa la tu.

5. Siang kau tak merokok tapi malam… Alahai
Yang ni memang kena batang hidung aku sendiri. Memang aku sendiri pelik. Waktu siang boleh je aku tahan tapi bila je berbuka, automatik keinginan untuk merokok menyerbu kepala otak aku tanpa kawalan. Abis 14 batang rokok aku boleh habiskan semalaman. Dem… :mrgreen: Aku berazam untuk berhenti merokok terus! :roll:

Banyak lagi perkara pelik dan jelik berlaku di bulan Ramadhan yang tak sempat aku tulis. Kau sambung pula okay?

Tags: kehidupan, Puasa, Ramadhan

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

73 Respons untuk “Ramadhan: Yang Pelik dan Jelik”

  1. 1 aTiQahNo Gravatar mengomen pada

    Bukak2 terus nampak gambar tu. Pehh..tahan perut, tahan! Huhuhu.

    Tambahan. Puasa tapi tang mulut tak puasa. Nak jugak buat ketupat. :P

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hehehe… gambar itu sebagai provokasi. tak ada maknanya ramadhan tanpa dugaan bukan? :evil:

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 negaraku.net mengomen pada

    Ramadhan: Yang Pelik dan Jelik | aeropama.com…

    Semua orang berkata tentang puasa dan Ramadhan. Tapi pernahkah kita sedar perkara yang pelik dan jelik yang sering berlaku di bulan Ramadhan? Mari kita baca di Aeropama Dot Com…


  3. 3 topoNo Gravatar mengomen pada

    pelik tapi benar.. alahai.. alahai… hohohoho

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 ProgrammerNo Gravatar mengomen pada

    Salam…
    heehe.selamat berpuasa….
    Hmmm..selamat berkenalan!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    selamat berpuasa dan selamat berkenalan…

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 zamzNo Gravatar mengomen pada

    adeh dah tgk gambar makanan mmgla teringat makanan hehe

    zamz punya post terbaru..Nasib Baik Aku Posa

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    gambar tu sbg provokasi. nak test kekuatan iman kalian semua

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    kalau sndri terkena batang idung… sendri mau pk la. tambah2 rokok nek harga. abes la ko. bakar duit. haha! haram maaa!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ishk! aku tgh usaha berhenti beb. cayok cayok untuk diri sendiri

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 megatNo Gravatar mengomen pada

    alahai… alahai itulah tarbiah dunia. klu tidak takkan tercipta hukum hakam.

    kisah-kisah buruk berlaku dahulu sebelum diturun wahyu mengenainya.

    erk? rokok yang takleh handle mwakaka.

    megat punya post terbaru..Ramadhan, Selamat Menjalani Ibadah Puasa

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    walau diberi hukum hakam masih mahu melanggarnya. ni lah sifat manusia megat…

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 ~mizzamy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ nasibla masa tengok foods nih lagik sejam lebih nak berbuka.

    certain people akan berpakaian penuh kesopanan kerana menghormati bulan Ramadhan sedangkan kalau bukan bulan puasa, pakai mak aiii… ~

    ~mizzamy ~ punya post terbaru..~ Ke Jay Bee ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    alhamdulillah kalau pemakaian berubah di bln pose. lg sedih, bln xpose ke bln pose ke, seksi tetap maintain… alahai…

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 firdeeNo Gravatar mengomen pada

    aduh syam…tercekik sekejap bila bukak² je site ko ni terpampang gambo tu… :P

    yang nombor 5 tu saya pon pelik…kalo ko sebagai perokok pon tak dapat nak explen kenapa memang tak dapat la nak tau sebabnye…elok la kalo ko nak brenti…boleh gak tambahkan beberapa keping note dlm dompet ko tu tetiap bulan :D

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    susah nak explain beb. memang otomatik keinginan merokok membuak2 naik. alahai… usaha keras utk berhenti

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 taukeyNo Gravatar mengomen pada

    selamat berpuasa syam. hehehe. semoga rezeki bertambah baik tahun ini

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 Uncle GNo Gravatar mengomen pada

    alahai… masuk2 gambar nie plak kuar… cobaan

    [Balas Komen Ini]

    velNo Gravatar

    hahahha…ala releks la uncle G,tak lengkap la puasa klau takda godaan….hehhe….slamat bpuasa

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tak bestlah pose kalau takde ujian dan cobaan uncle. tak leh lah dpt pose thp wali… :P :evil:

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 aloneNo Gravatar mengomen pada

    itulah.. bulan Ramadhan memang bulan untuk menguji iman kita..

    aku harap kau dapat berhenti merokok. Amin.

    syam, selamat berpuasa dan menempuh hari2 mendatang dengan penuh keimanan.

    :wink:

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    selamat berpuasa alone. semoga ramadhan memberi keberkatan dan rahmat kepada kehidupana kau sekeluarga

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 shilaNo Gravatar mengomen pada

    Banyak sungguh alahai nya..he he..

    Betul tu…bulan puasa ni bulan terbaik untuk perokok berhenti merokok..dan bln puasa pun utk kita hargai erti pengorbanan,lapar dahaga dan menghayati kesusahan insan lain serta beramal ibadah secukupnya..

    Selamat menjalani ibadah puasa…:)

    shila punya post terbaru..Cerita 1 Ramadhan….

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    yup! bln puasa la masa yg terbaik utk kita muhasabah diri. semasa puasa la kita dpt lihat sifat sebenar kita…

    selamat berpuasa kak shila

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 smaelz83No Gravatar mengomen pada

    Hoho.. lg satu aku nak tambah.. yg ni mmg kdg2 x sengaja tp kena gak.. Jalan2 kat pasaraya (terutama bandar besar la) nak beli pakaian raya.. tgh2 shopping tu plak ada plak amoi seksi (terpandang konon).. kurang skit pahala.. pastu terserempak plak minah saleh pakai t-shirt singkat (terpandang lagi).. hoho.. kesimpulannya.. kalu nak berbeli tu baik awal2 la sebelum ramadhan.. ramadahn ni bykkan duk umah.. huhu..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    huhuhu… sekali pandang itu rezeki mail. jangan ngada2 pandang 2-3 kali, tu mmg cr dosa namanya…

    lebih baik dok kat umah…. kurang skit buat dosa ek..

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 Heartless Devilish @ ReenNo Gravatar mengomen pada

    selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak bro..

    p/s: aku tak sempat nak masok peraduan tuh..sbb bz maen game..
    hahahaha..ampun

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    terima kasih reen. nanti raya jangan lupa bagi aku duit raya ye :P

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 zanurulNo Gravatar mengomen pada

    selamat memasuki madrasah puasa..sama2 kita tarbiyyah diri kita kearah yg lebih baik, insyaAllah..
    nak kongsi xperince..today is 1st ramadhan n i’m going to buy some stuff at mid valley.on d way balik, nampak dua merpati sejoli sdg hangat dilamun asmara.sakit betul hati n pedih mata tgk.baru je nak dkt dgn diorg tetibe ade sorang pakcik ni dengan lantangnye cakap.”ey, korang berdua ni puasa ke x?pegang sane sini.ish!”

    sedey bile umat islam sendri xreti nak hormat bulan Ramadhan :(

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tu la pasal. apa guna berpuasa tp tak mampu nk mengekang nafsu. penat berlapar dahaga. alahai…

    [Balas Komen Ini]


  17. 17 KNizamNo Gravatar mengomen pada

    tadi aku pergi bazaar ramadhan. ikut pemerhatian aku setiap seorang mesti ada at least 2 plastik makanan kat tangan. hehe :)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    adakah kau termasuk dalam golongan tersebut KNizam? heheheh :P

    nak buat macam mana bro… kalau dah lapar mata. semua benda hendak diborongnya.

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 M-I-NNo Gravatar mengomen pada

    uikss.terkena betul pada batang hidung aku ni.terima kasih cik sham atas entri muhasabah diri ni.

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 emmacommeyNo Gravatar mengomen pada

    lauk ape tu? ayam masak merah ea ?
    aku xgemar sangat masak2 merah nie…so, xterliur sangat…tapiiii…kalo yang cm ladna mak oittt…kebulur aku…

    ki3…sblm ramadhan…aku da pulun ganti pose…so, first day pose ni xterase ape2 sgt…tu kebaikan ganti pose dekat2 nk ramadhan…org kate waming up…kekekeke…

    emmacommey punya post terbaru..cerita tunang…la~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aik… dah nk dkt ramadhan baru teringat nak ganti pose. huhuhuhu…

    [Balas Komen Ini]


  20. 20 Adz AriffNo Gravatar mengomen pada

    Selamat berpuasa bro. Aku ucapkan good luck atas azam ko utk berenti hisap rokok. Muda-muda ni lagi senang nak berenti actually. :)

    Bab no.ekor ni buat aku teringat sendiri time skolah dulu. Ada kawan Cina aku dengan candidnya tanya kenapa ada Muslim beli no.ekor walhal benda tu haram…. and macam2 lagi soalan. Malu. Bukannya aku buat, tapi malu sebab org yang membuat tu sekaum, seagama. Last2 aku jawab je lah, minum, mencuri merompak premarital sex basically semua religion kata tak boleh, tapi ada gak org buat. Hihi. Nasibla dorng faham.

    Adz Ariff punya post terbaru..Night Head Genesis

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tu la pasal. aku pun pelik. kenapa la mereka ni masih main no. ekor. tak pernah aku lihat org kaya sbb no ekor. lg rugi ada lah.

    [Balas Komen Ini]

    Adz AriffNo Gravatar

    dia kaya bila sekali menang tu blah. tapi org yg main no.ekor ni kalau menang jadi tamak, tembak/judi lagi, last2 kalah teruk. ni kata2 someone yg aku kenal sendiri, yg terjebak dlm kancah judi. jadikanlah tauladan. :) (alhamdulillah skrg dia dah insaf)

    [Balas Komen Ini]

    Adz AriffNo Gravatar

    And lupa nak add..rsnya duit hasil menang contest dah muncul kat dlm akaun aku tadi. thanks bro!

    Adz Ariff punya post terbaru..The Most Anticipated Ramadhan

    [Balas Komen Ini]


  21. 21 AdilaNo Gravatar mengomen pada

    komen ku ilang ke ha? aiseh

    slamat berpuasa~
    slalu je time2 posa camni sure cepat jd bengang
    so klo posa penuh tapi dok maki tiap2 hari.. ishh.. takleh la kan

    meh la same2 jaga pertuturan, penglihatan, ngan pendengaran dr mende2 yg tak spatutnya hikhik

    Adila punya post terbaru..Meet NIKO my new baby~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sorry kalau komen kamu ilang… akismet ni ada problem kot…

    time pose ni la masa yg terbaik kalau nk lihat diri kita yg sebenar. tak perlu hasutan syaitan pun kita boleh tunjukkan sifat buruk. kalau ada syaitan ntah mcm mn lak ye…

    jd lebih baik berusaha untuk berubah kpd lebih baik…

    [Balas Komen Ini]


  22. 22 amNo Gravatar mengomen pada

    woit… takdelah pulak aku nak abiskan sampai 14 batang bab malam… maybe dalam 4 batang max la belah malam…. n sahur 1 batang jer merokok… heavy siot..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku perokok tegar beb. aku boleh habiskan sekotak semalam. lg2 kalau dok berborak dgn mmbr2 smbil kene teh kat kedai mamak. adusss

    [Balas Komen Ini]


  23. 23 Mohd HafifiNo Gravatar mengomen pada

    yang no satu tu, aku setuju sesangat..pada aku,haram bagi mereka mengerjakan puasa di bulan ramadhan sekiranya tidak solat. kenapa? sebab puasa di bulan ramadhan hanya untuk orang islam dan yang tinggal solat 5 waktu itu kafir..btulkan jika aku salah dan yang last tu pun terkena batang hidung aku.. :-)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    betul! aku setuju!

    [Balas Komen Ini]


  24. 24 ahmoi13No Gravatar mengomen pada

    salam ramadhan syam..semoga ramadhan ni posa kita diterima oleh allah swt…
    belajar2 lah berenti merokok ni awak..rokok dah makin naik ni..tak yah lah u bazirkan duit pada rokok.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    alahai… saya tgh berusaha la ni. :mrgreen:

    [Balas Komen Ini]


  25. 25 zueNo Gravatar mengomen pada

    selamat berpuasa abg syam..

    lauk atas tue wat zue lapa hehe

    so behenti lah merokok time neh kekeke

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    selamat berpuasa. harap2 pose thn ni cukup :P

    [Balas Komen Ini]


  26. 26 saffaNo Gravatar mengomen pada

    Huhu.. smlam ada mamat2 yg sempat hisap rokok before smayang terawih..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    huhuhu… awak dok usha diorg ke saffa?

    [Balas Komen Ini]


  27. 27 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    alahai…syam….kau letak la gambar makanan sesedap mana,boleh tahan lagi dugaan..cuba kau letak gambar rokok berasap…pergh,terliur beb..bab rokok aku pon fail..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wahahaha… kita sekapal lah beb :arrow:

    [Balas Komen Ini]


  28. 28 abdfatahNo Gravatar mengomen pada

    ooooooooo…. puasa ke? kenapa terus merempit haaa?

    puasa ke? kenapa lari lintang pukang time jais datang serbu?

    moga dapat berhenti merokok aaaa..
    merokok nih kalo takleh berhenti memang takleh. kalo sekatun dua memang tak cukup. biasa laa prokok tegar. rokok naik harga lagi…

    salam ramadhan…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    pasal merempit, baru semalam aku ngk bdak2 merempit g terawih kat kampung aku. tak ingat nak insaf gamaknye dak2 ni

    [Balas Komen Ini]


  29. 29 blueseberryNo Gravatar mengomen pada

    no comment..

    selamat berpuasa =)

    blueseberry punya post terbaru..RUBBISH

    [Balas Komen Ini]


  30. 30 FahmishahNo Gravatar mengomen pada

    Ramai orang tahu apa itu puasa. tapi masih sedikit orang yang tak tahu menghayati.alahai

    Fahmishah punya post terbaru..Selamat Datang Ya Ramadhan

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sbb bg mereka pose adalah berhenti makan dan minum di waktu siang. tak tahu apa erti sebenar pose itu

    [Balas Komen Ini]


  31. 31 Darkz05No Gravatar mengomen pada

    huhu. apapun selamat berpose~ pose jangan tak pose :P

    Darkz05 punya post terbaru..Merdeka Kita Puasa

    [Balas Komen Ini]


  32. 32 titanNo Gravatar mengomen pada

    ko benti merokok ajela..makin mahal rokok sekarang tau.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wuhuhuhu… hari ke empat berpuasa, gelora nafsu untuk merokok makin kencang beb. oh badan… bertahanlah :mrgreen:

    [Balas Komen Ini]


  33. 33 najlaaNo Gravatar mengomen pada

    2 hari lepas kot…bru je tgk ade satu sesi perbincangan agama tentang mereka yg berpuasa tapi liat nak solat. Seboleh2nya janganlah kita letak hukum pada perbuatan mereka itu, malah Ustaz tuh kata berdosa besar kalau misalnya kita cakap, ” Eyh, ko takyah pose la, semayang pun idak, nak pose pulak”. Seolah2nya kita telah menurunkan motivasi mereka untuk sekurang2nya jalankan ibadah. Yang selebihnya, kite berserah pada Allah je lah untuk tetapkan hukuman atau ganjaran…:)

    Selamat berpose n beribadah yer…semoga beroleh keberkatan dalm bulan mulia ni insyaAllah…yang penting sekali…kurangkan merokok!! eheh…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    betul! saya setuju. kita tak boleh terlalu pantas meletakkan hukum. sekurang2nya kita patut bersyukur mereka masih mahu buat suruhan Allah wlpn sebahagian saja. tugas kita kenalah rajin menasihati mereka :evil:

    [Balas Komen Ini]


  34. 34 hUmmYNo Gravatar mengomen pada

    hehehe!

    benti2 jgn x benti isap okok tu!

    [Balas Komen Ini]


  35. 35 mirlmeNo Gravatar mengomen pada

    aku sangat bersetuju tu..
    merokok di bulan posa..
    dah naik harga…60sen lak tu..
    tp untung la kerajaan

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kenaikan harga rokok memang aku dah jangka dari awal. jadi aku sudah buat persediaan menghadapi kenaikan harga rokok :arrow:

    [Balas Komen Ini]


  36. 36 razifmustaphaNo Gravatar mengomen pada

    bab no 5 pasal merokok tu ada kaitan beb dgn aku! haah memang autometik bro!

    [Balas Komen Ini]


  37. 37 KujieNo Gravatar mengomen pada

    Syam…bukan semua orang yang berkisah berkira tentang makanan…cuma…ramaiiiiiii mcm tu, buktinya kat pasar ramadhan.

    Nasib baik family Kak Jie tak mcm tu…menu makan malam tak berubah walau bulan apa pun…
    nasi + lauk ( ayam@ ikan) dan sayur..tak de air tebu tak de ayam percik..hehehehe

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wah! kak jie berjaya menerapkan sifat bersederhana dalam keluarga kak jie. syabas. kagum :cool: :up:

    [Balas Komen Ini]


  38. 38 ecahkoopNo Gravatar mengomen pada

    eish..mengiurkan btol gamba tu…nasib bek dah pas waktu buka..

    selamat berpuasa bro!!

    bulan puasa bulan berhenti merokok!!

    ngehehehe!! :halo:

    [Balas Komen Ini]


  39. 39 EriyzaNo Gravatar mengomen pada

    Bulan puasa sepatutnya bulan besederhana dalam penyediaan makanan tetapi bulan nih tejadi byk pembaziran akibat kuih tunjuk di bazar ramadhan. :arrow:

    [Balas Komen Ini]


  40. 40 bongkerszNo Gravatar mengomen pada

    selamat berpuasa, semoga berjaya lah niat hendak kurangkan hisap rokok tu, kalau boleh berhenti terus, jimat duit :P HAHA!

    bongkersz punya post terbaru..A leech & a cock!

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>