Ramadhan Al-mubarak
Oleh aeropama pada Sep 15, 2007 motivasi
Hari ni adalah hari yang ketiga berpuasa di Teluk Ramunia Yard bersamaan dengan hari yang kedua berpuasa sambil bekerja di bawah mentari yang terik. Hari pertama puasa, duduk di rumah kerana hari tersebut adalah cuti umum bagi negeri Johor.
Pekerjaan bukanlah satu alasan bagi seorang muslim itu tidak berpuasa. Puasa sememangnya mempunyai terlalu banyak rahsia yang tersembunyi. Di tempat saya bekerja, boleh dibezakan antara orang yang berpuasa dengan orang yang tidak berpuasa. Yang berpuasa kurang merasa letih melakukan kerja manakala yang tidak berpuasa pula yang keletihan mengalahkan orang yang berpuasa. Kadangkala terasa sedih juga melihat manusia-manusia yang tidak taat dalam mengerjakan ibadah puasa. Hinggakan hendak makan pun terpaksa menyorok. Makan di dalam paip lah, dalam kabin tinggal lah bahkan ada yang makan di tepi tandas. Kesian…
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.







Tuliskan Komen Kau