Punca Kesesakan Trafik di Kuala Lumpur
Oleh aeropama pada Sep 12, 2008 Community
Tersekat dalam kesesakan trafik selama 2 jam setiap kali ingin pergi ke tempat kerja mahupun pulang ke rumah sangat mengerikan. Untuk rekod, sejak semalam aku perlu pergi ke workshop untuk melihat proses membaikpulih komponen enjin turbin. Lokasinya di Shah Alam manakala rumah aku di Ampang. Mahu tak mahu, untuk ke sana aku perlu merentasi Bandaraya Kuala Lumpur yang memang terkenal dengan kesesakan trafiknya.
Kesesakan trafik di Kuala Lumpur sangat pelik. Tanpa sebab munasabah, kesesakan trafik boleh berlaku. Di suatu tempat, kereta kau tak boleh bergerak langsung (kau boleh tidur beb). Tapi bila kau sampai di suatu tempat, tiba-tiba jalanraya jadi sangat lengang dan kau boleh memecut bebas.
Jadi aku buat rumusan, kesesakan trafik di Kuala Lumpur sebenarnya berpunca dari sikap pemandu sendiri seperti aku, kau dan kau juga.
1. Memandu perlahan di lorong laju.
Jadah apa kau memandu pada kelajuan 60 km/jam di lorong paling kanan. Kau mahu memandu secara santai, memandulah di lorong kiri. Aku dan pemandu lain (yang memandu laju) tak rasa sakit hati sebab perlu perlahankan kenderaan.
2. Tidak mengikut lorong yang betul untuk ke susur keluar.
Kau mahu ke susur keluar di bahagian kiri tapi kau memandu di bahagian kanan. Kemudian kau tukar lorong secara mengejut. Orang di belakang terpaksa brek mengejut kerana sikap kau. Reaksi berantai berlaku menyebabkan kenderaan di kedua-dua lorong terpaksa memperlahankan kelajuan lalu kesesakan trafik berlaku. Jadah!
3. Potong barisan
Aku tahu kau mahu cepat. Aku juga begitu. Tapi timbang rasa sedikit. Orang lain sanggup beratur menunggu giliran, kau pula ikut sedap hati memotong barisan. Sebab sikap gelojoh kau, kau telah sebabkan kesesakan trafik bertambah parah dan hampir-hampir sebabkan kemalangan. Tadi aku telah acukan jari tengahku kepada seorang pemandu yang sangat kurang ajar sebab sikap begini.
4. Barisan berlapis-lapis
Ini biasa berlaku di plaza tol. Satu kaunter tol untuk satu barisan. Tapi sebab kau kurang sabar, kau cipta satu lagi barisan. Bila sudah dekat di kaunter, kau mula berasak-asak untuk rebut tempat. Syabas beb! Kau telah berjaya wujudkan kesesakan trafil di plaza tol. Bodoh! Lebih baik kau beli Touch n Go. Smart Tag lebih mudah dan menjimatkan.
Lebih tahi, sebab kelakuan pemandu di atas, aku telah rugi banyak. Secara purata (kadar optimum) pergi-balik dari Ampang ke Shah Alam aku hanya perlukan 6 liter petrol sehari. Tapi kali ini aku gunakan 10 liter petrol bersamaan 67% tambahan penggunaan petrol untuk sehari. Kau buat kira-kira sendiri pertambahan kos yang aku perlu bayar. Belum aku campurkan lagi dengan masa yang aku bazirkan di atas jalan. Rugi beb…
ps: Tiada pengangkutan awam yang boleh aku gunakan untuk ke workshop… Terpaksa memandu kenderaan sendiri :cry:
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Global Positioning System (GPS). Baru Aku Tahu Nilainya.
- Rakyat Malaysia! Di Mana Perikemanusiaan Kau?
- Kenaikan Harga Petrol dan Diesel Di Malaysia
- Aku Sedang Rugi RM 1152. Kau pula?
- Kerana Si Kecil, Sahabat Aku Gadaikan
- 2009 Wishlist
- Cuti-cuti Kuala Lumpur
- A New Car Technology
- 1st Class Facilities 3rd Class Mentalities
- Google Analytics: Gunakannya Untuk Bina Readership






September 12th, 2008 at 11:36 pm
Naik la motor bro. Boleh cilok2. Hehehe.
aTiQah punya post terbaru..KINAH DAN BAHASA MANDARIN
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 12th, 2008 jam 11:38 pm
wah! sangat pantas kamu mengomen :up:
saya tiada motor sbb sudah dijual untuk belikan motor baru untuk adik. memang merancang untuk beli motor selepas ini :mrgreen:
[Balas Komen Ini]
nono
membalas pada
September 13th, 2008 jam 2:11 am
betul betul sokong jugak.. jimat pun jimat kan.. cepat pulak tu. time traffic tak teruk baru pakai kereta.. :)
nono punya post terbaru..Hard to get? Nah… He is just not my type.
[Balas Komen Ini]
aTiQah
membalas pada
September 13th, 2008 jam 6:40 pm
hehe..twitterfox kan ada. :P
beli skuter je senang. comel lagi kiut.
aTiQah punya post terbaru..KINAH DAN BAHASA MANDARIN
[Balas Komen Ini]
nono
membalas pada
September 14th, 2008 jam 9:30 pm
scoot.. especially yang cute only works for ladies kot atiqah.. :P
laki pakai je moto biasa.. :P :P :P
[Balas Komen Ini]
kita
membalas pada
September 13th, 2008 jam 2:33 pm
yup guna motor….aku dulu pun dok kl gak..memang tension kalau bab jem ni….boleh dikatakan orang kl habis umur atas jalan raya
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 14th, 2008 jam 2:43 pm
gila beb! kesesakan trafik di KL dah sampai tahap mengerikan.
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 12:14 am
point ko no 1 tuh sgt btol dan aku sokong ko 1juta percent! beb, melalui pemerhatian aku yang baru sangkut 4 kali dlm kesesakkan di lebuhraya PLUS (maksud aku waktu musim org balik kampung - tak termasuk yg dalam KL) aku dapati point no 1 ko penyumbang 120% terhadap kesesakkan di PLUS.. pernah terjadi dpn mata aku, 4 buah kereta bergerak seperti seiring pada kelajuan bawah 80KM/j di 4-4 lorong lebuhraya berhampiran seremban.. dpn kereta2 tuh kosong sejauh 5 KM beb! boleh nampak.. tak ke bodoh tuh? lagi satu ade pemandu yang konon2nya bawak laju (110KM/j) dan memandu di lorong paling kanan.. bile ada kereta lebih laju datang tiba2 dari arah belakang, pemandu2 ni buat bodo dgn alasan “had laju cuma 110KM/j, aku tak salah, buat apa aku nak ke tepi”.. tapi tak blaja btol2 kah dierang yang lorong kanan adalah lorong memotong.. selaju mana pon ko, selagi ko tak berniat memotong mana2 kereta, sila masuk lorong tengah! mungkin mereka yang memandu laju itu dalam kecemasan.. tidakkah mereka pk begitu? kalo aku jumpe pemandu mcm ni waktu malam, aku akan bukak lampu besar dan memandu terlalu rapat dgn kereta itu.. kalo tak paham gak, aku akan memotong sebelah kiri dan pancung kereta itu secara merbahaya sambil memberi hon yg panjang dan jari tengah yang tegak berdiri.. ye, aku sgt kurang hajar bukan?
mrkay punya post terbaru..Malang Nasib ku…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 13th, 2008 jam 1:37 am
aku juga sangat tensen bila ada manusai yang syok sendiri dan tak tahu fungsi sebenar lorong kanan itu di wujudkan. owh! susah betul…
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 12:22 am
ini adalah antara sebab kenapa aku loyal di kompeni aku sekarang, walaupun gaji .. kalau kerja di KL, boleh cecah 5 figures per month.
Kat Shah Alam, jam tu ada tapi tak seteruk KL. kat office dah ada parking space, tak perlu keluar duit. nak makan t/hari pun boleh keluar naik kereta lagi, tak macam di KL.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 13th, 2008 jam 1:40 am
cukup beb. lepas ni aku akn tumpang org kalau di arah ke sana lagi
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 12:28 am
sokong sama cam atiqah..
naik moto je..
senang..
line sini jem
pegi line sana.. haha..
pas tu eksiden cam aku..
:halo:
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 13th, 2008 jam 1:41 am
aku tgh cr motor yg murah. sekadar untuk lenjan ke pejabat. 2nd hand kalau boleh. kau ada lobang?
[Balas Komen Ini]
menteil
membalas pada
September 13th, 2008 jam 1:44 am
moto lama aku ingat nak tolak..
tapi abg aku nak pakai plak..
stakat nie xde la member2 aku nak jual..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 13th, 2008 jam 1:45 am
kalau ada kasi tau sama aku beb…
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 12:39 am
tidak tinggal di KL..jadi hanya mampu melihat dr jauh.. :lol:
blueseberry punya post terbaru..Blog Award from Mr Am..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 13th, 2008 jam 1:42 am
mari ke KL dan rasai suasananya. pasti satu pengalaman menarik utk kamu!
[Balas Komen Ini]
blueseberry
membalas pada
September 13th, 2008 jam 8:12 pm
tidak mahu..tidak mahu… cukupla satu lapisan compact powder jgn ditambahi dgn asap2 lain.. ohoho..
blueseberry punya post terbaru..INSTINCT
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 14th, 2008 jam 12:52 pm
alahai… lapisan compact powder tu kalau ditambah dengan debu-debu kotor KL, pasti mampu jadikan kulit kamu lebih licin :up: :razz:
[Balas Komen Ini]
blueseberry
membalas pada
September 14th, 2008 jam 5:42 pm
ok2.. janji dpat pizza !
wohohoho..
blueseberry punya post terbaru..INSTINCT
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 1:33 am
sy penganggor. jd jgn tunding jari kepada yg punya kenderaan unta seperti sy.
yg kacak,
ET
Extremist Thinker punya post terbaru..So Unsangkarable!!!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 13th, 2008 jam 1:46 am
aku tak sangka kau naik unta. mahal dari kereta aku tu. ko memang kaya. jadi berikan aku 10% dari pendapatan kau sebagai duit raya untuk aku :arrow:
[Balas Komen Ini]
Extremist Thinker
membalas pada
September 13th, 2008 jam 6:45 am
akoo mintak 10% dari ko dlu la bai. oil n gas yg ko kasik tue dalaman maa. cane nk anto. da la tutup arinie. huhu
Extremist Thinker punya post terbaru..So Unsangkarable!!!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 13th, 2008 jam 12:50 pm
anto ikut emel la dowh! kat ada emel kat bahagian bawah tu. kawan aku kata outsider boleh je hantar. ada rezeki dapat la…
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 5:56 am
aku pun tak suka tersekat dlm kesesakan. pada aku ianya membazirkan masa aku. sll aku naik bus kt pudu, mst delay. bila tny kaunter diorg ckp jalan jammed. pasrah jela…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 13th, 2008 jam 12:51 pm
sekurang-kurangnya kau naik bas, kau tak letih nak tekan padle minyak dan clutch waktu jem. tido saja. :razz:
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 6:50 am
jadi la penunggang motorsikal berhemah cam aku…minyak naik nyer pasal…aku jd penunggang…hehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 13th, 2008 jam 12:52 pm
moto aku dah kene jual :cry: adik aku nak moto baru terpaksa aku jual moto aku.
lepas ni aku mmg nk beli moto. 2nd hand harga bawah RM1k. siapa nak jual? :arrow:
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
September 14th, 2008 jam 12:13 pm
haha..aku pon pakai moto callister jer…callister pakai keta aku..kuakuakuakua…parking mahal sangat kt KL..sape suruh ! ceist !
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 14th, 2008 jam 12:54 pm
walahuuu… seksa beb. semalam nak cr parking pun aku sudah sengsara. dem KL :vangard:
ps: ko sgt best sbb ko ada awek yg memahami dowh :up:
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
September 14th, 2008 jam 12:56 pm
yerp2..aku bersyukur ada awek yg amat memahami aku !
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 12:06 pm
naik la beskal :P
jimat minyak (tak yah trus!), jimat masa (kayuh laju la sket~), leh hilangkan lemak2 cepat ngeee~
sy sgt tak sker traffic jam kat KL tu
tension siot!!
sangat tak tahan!
more likely.. takkan la kot sy nak pindah dok sana haha
dok kat alor star pun agak tension gak bler drive (pak cik yg nak jugak masuk lane org bler org tgh speeding pastu dia bawak gila slow!! perghhh… org rapat gila2 pun still dia tak dpt hint.. honk je la.. lantak kau la nak terkejut ke hape pak cik~), ni kan pulak kat KL hehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 13th, 2008 jam 12:54 pm
awak sanggup berkayuh 20 km sehari ke adila? :twisted:
tak berapa praktikal utk kerja yang selalu bergerak… public transport atau motosikal lebih baik.
kl sgt ngeri. kalau saya tak dpt kawal stress sbb jem, saya boleh dpt penyakit jantung masa muda.
[Balas Komen Ini]
Adila
membalas pada
September 13th, 2008 jam 11:09 pm
eheheh sy tak sure kalo sy still ingat camne nak kasuh beskal haha
anyway.. cari umah dkt dgn tmpt keje?
klo tak pun.. jgn cari keje kat KL hikhikh :P
sure kurang sket kesesakan lalu lintas kan? :P
btw.. public transport?
hrmm.. still stress gak
peak hours.. sure cam tin sardin
tanak menyelit alamatnya lewat la jugak, kan?
so pilih.. jem dok dlm kete abes minyak tp at least dok selesa or public transport yg mebe lagi cepat.. n jimat tapi cam sardin dlm tin kejap.. n.. klo nasib malang kena plak raba :P (ade kes kan? :P :P)
Adila punya post terbaru..Tagged!!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 14th, 2008 jam 12:55 pm
saya rela di raba! :evil: keji gila aku ni :mrgreen:
[Balas Komen Ini]
Adila
membalas pada
September 14th, 2008 jam 2:57 pm
tau xpe :P
jgn kamu plak yg gi raba org ye :P :P
Adila punya post terbaru..Tagged!!
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 1:13 pm
saya bangga saya pengguna lrt
*peace*. hehe
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 2:02 pm
heheh.. walaupun aku xbawak keta.. tapi aku faham perasaan kau..
so.. sentiasa sabar dan berhati2 di jalan raya.. sabar dapat pahala :P
p/s : nak senang, naik beskal je syam.. contohi aku.. naik beskal je.. jimat minyak.. haha
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 13th, 2008 jam 2:25 pm
kebanyakan masa aku sgt sabar alone. tp ada ketika aku tak boleh bersabar dgn sikap mementingkan diri manusia di bandaraya ni.
ps: sanggupkah kau berkayuh 50km sehari alone? wuhuhuhu
syam punya post terbaru..Punca Kesesakan Trafik di Kuala Lumpur
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 2:17 pm
gna la moto.aku rasa masa ni ko bleh tunjuk gaya2 mat rempit.
aku bnci giler kesesakan di kl.nasib baik duk perlis.hahah
aku bnci juga jln di perlis.berlubang2,berlekak-lekuk.
tun punya post terbaru..manic friday
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 13th, 2008 jam 2:29 pm
oh yeah! aku nk beli moto pasni. boleh merempit balik :up:
syam punya post terbaru..Punca Kesesakan Trafik di Kuala Lumpur
[Balas Komen Ini]
blueseberry
membalas pada
September 13th, 2008 jam 8:15 pm
bro..jgn rempit2. nk raya ih, leklok sket.. =)
blueseberry punya post terbaru..INSTINCT
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 3:51 pm
senangnye gune motorkan ?
naik motor antara hobi aku tw…
sukew sgt…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 14th, 2008 jam 12:56 pm
sgt rindu zaman merempit dulu. cepat sj sampai ke destinasi.
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 4:29 pm
Merempit sajalah Syam, jimat!
By the way, pejabat aku di Shah Alam juga…
aliff punya post terbaru..Menari dan Payung Si Lebah Kuningku
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 14th, 2008 jam 12:56 pm
owh! pejabat kau di shah alam. mungkin kita bolehberjumpa di satu masa nanti :up:
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 4:42 pm
ehehe…stress je kan tgk kereta tak bgerak2…mmm
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 4:58 pm
nampak je jem yg berjela panjang nya itu, otometik akan menetresskan kapla lutut dan kapla utak.
[Balas Komen Ini]
September 13th, 2008 at 6:08 pm
ko keje aje dari rumah. Tak yah naik keta maa..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 14th, 2008 jam 12:58 pm
huhuhu… aku adalah hamba tebusan org. bukan lelaki yg merdeka sepenuhnya. jadi aku perlu ke tempat kerja yg ditetapkan dan patuh segala perintah yang diberikan :cry:
[Balas Komen Ini]
September 14th, 2008 at 12:08 am
yang no 4 tu selalu jugak kene kat tol besraya dkat2 ngan mines tu..pelik sebab sesetengah orang ni tak perhati betul2 nak masuk barisan..laju je..tahu2 sampai dah salah barisan…lagi tak puas hati bila keta yang besar2 tu selamba je menghimpit kereta yang kecil.
Saya pun pernah tersalah barisan kerana tak tahu mana satu barisan yang betul kerana dah terlampau panjang masa tu…dan ada 3 lapisan nak masuk ke pintu tol yang sama…maka, saya juga telah tergolong dalam orang yang menyebabkan kesesakan di KL..ahaa
JuliaNa punya post terbaru..~~ Bestnye!! ~~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 14th, 2008 jam 1:00 pm
owh! rupa2nya setiap hari kesesakan di plaza tol besraya, awak adalah penyumbangnya? :mad: arghh… saya selalu tersangkut di sana sebab opis saya di the mines juga
[Balas Komen Ini]
September 14th, 2008 at 12:09 am
Nasib baik Melaka belum mengalami situasi seperti di KL…
Kalau tak mau naik darah…
[Balas Komen Ini]
September 14th, 2008 at 12:33 am
[...] Aeropama - Laid back and funny guy :razz: [...]
September 14th, 2008 at 12:58 am
Oh la, ko ckp turbin, aku igt turbo. aku dok heran natang turbo ape ko nak service. seb baik aku tak suruh ko service gen2 turbo aku! hahaha.
Jalan kat KL mmg jam cam haram. Tp aku kene admit, kalau aku gi kampung, tade jam, tension gak.
Kadang2 aku pon gelojoh gak. Nak buat camne, nak cepat.
Satu lagi ko terlupe, orang slow down sbb nak tgk accident. Jalan je laa.. bukan nak stop tolong pon.. isk isk..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 14th, 2008 jam 1:01 pm
turbin beb! bukan enjin turbo kat kereta. hahahahah :lol:
org slow down tgk accident sebenarnya diorg nak amik nombor kereta yg eksiden tu. pastu g ‘cai’ kat kedai nombor. hampeh… :vangry:
[Balas Komen Ini]
September 14th, 2008 at 1:04 am
Aku adalah driver newbie so kau takkan nampak aku kat lane paling kanan. :) Dan aku mmg cukup tak suka KL kalau time jammed… kalau aku turun kL pun aku akan cabut balik rumah sebelum kul 4.30PM…senanglah sebab aku pun belum kerja. Harap tak kerja dlm kL le…
Anyway bro, aku tukar link blog ke domain http://adzariff.com.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 14th, 2008 jam 1:02 pm
aku sarankan kau bekerja luar KL saja. wlpn kau doktor, tp kesesakan trafik di KL boleh buat kau dapat sakit jantung beb :sad:
[Balas Komen Ini]
September 14th, 2008 at 1:31 am
Memang Jahanam La Kat KL Kalau Hujan. Jam Sampai Motor Pun Tak Dapat Nak Gerak. Terutamanya Di Bulatan Pahang…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 14th, 2008 jam 1:05 pm
betul! bulatan pahang sgt menyakitkan hati traffic jamnya. arghhh :vangry:
[Balas Komen Ini]
September 14th, 2008 at 5:33 am
walopun lebih terancam dgn kemalangan, tapi motorlah yg paling senang dipandu di bandaraya inih..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 14th, 2008 jam 1:06 pm
di KL, moto memang lebih praktikal dari kereta. pengangkutan awam wlpn sgt tahi tapi masih praktikal lagi
[Balas Komen Ini]
September 14th, 2008 at 8:36 am
huhuhuh. nasib baik aku duduk dungun. tenang dan nyaman sekali
roshaizul punya post terbaru..Stesen Bas Dungun
[Balas Komen Ini]
September 14th, 2008 at 9:13 am
anytime anywhere dalam KL nie sentiasa jammed! Seb baek aku nie takder kete, so selama nie aku hanya menaiki pengangkutan awam seperti LRT. Aku rasa dosa aku lg byk kalo aku bawak kete sbb aku bukan jenis penyabar, ngan molot aku yg cam bau longkang lg. Kang kuar plak perkataan² yg tak sepatutnye.
Mari kiter memertarbatkan pengangkutan awam di KL nie. Tp ampes, pengangkutan awam kiter pun cam taek! Hahahaha…
Ko cipta lar sebuah kete yg ada sayap sham weh. Aku bosan ngan trafik kat KL nie dah.
Heartless Devilish @ Reen punya post terbaru..Kecurian Kereta
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 14th, 2008 jam 1:10 pm
wuhuhu… aku dpt bygkn mulut ko mengomel masa tersekat kat traffic jam.
aku lebih prefer pengangkutan awam sbnrnya wlpn ianya berada thp tahi. masih menunggu reaksi kabinet lepas pak lah wat lawatan mengejut dahulu…
ko nak aku cipta kereta bersayap? kau sanggup bayar harga yg mahal utk beli kereta tu? kalau sanggup nanti aku cipta… :razz:
[Balas Komen Ini]
September 14th, 2008 at 2:23 pm
Huhu.. aku faham sangat perasaan bab jem jem ni… dulu aku dah rasa duk KL … huhu.. sangat tak suka!
[Balas Komen Ini]
September 14th, 2008 at 11:07 pm
ada orang kata kan kalau boleh survive drive kat kl, bolehlah survive drive kat mana2. haha. aku pun tension tetiap hari pergi/balik keje. sungguh tahi! haha
KNizam punya post terbaru..NuffNang New Survey for Bloggers ! Mari Kita Isikan Survey Itu Beramai2 ! Hehe :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 15th, 2008 jam 10:56 pm
bila aku sangkut dalam kesesakan trafik di federal highway, aku terkenangkan kau nizam. macam mana la ko boleh survive dlm kesesakan yang amat ngeri ini :mrgreen:
[Balas Komen Ini]
KNizam
membalas pada
September 15th, 2008 jam 11:00 pm
tu la kan. sungguh power ah sapa2 yang drive dalam kl. haha tu ko belum ke jam sampai berbuka puasa dalam kereta. haha
KNizam punya post terbaru..Steamboat Tomyam, Nasi Goreng Cina, Ubi Kayu Sira Kuning, Air Mata Kucing @ Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, KL !
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 15th, 2008 jam 11:19 pm
ko memang power la nizam. aku surrender beb! lama-lama aku leh sakit jantung tersekat kat trafik jem hari2 :cry:
[Balas Komen Ini]
September 14th, 2008 at 11:16 pm
aku harap kau jgn la nak acu-mengacu…kau marah macam mane pon, xde guna nye…damage was done…
setakat nak hon-hon tu okay la…kita nie tgh puase
[Balas Komen Ini]
September 14th, 2008 at 11:46 pm
huhu…teringat time aku berkonvoi jumaat aritu…sedikit sebanyak menyumbang ke arah kesesakan jalan raya…
mane taknye polis trafik escort..tak bagi yang lain jalan…keh3
kete lain yang tak konvoi pon dok ‘join’ pasang lampu hazard mencelah2..wat bengang je kan..kui3
ecahkoop punya post terbaru..serangan semut merah
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 15th, 2008 jam 10:55 pm
ya. awak adalah penyumbang kesesakan trafik yang unggul! :up: :arrow:
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 1:24 am
aku biasa rempit jerk kesana..lebih cepat dan mudah especially kalau mmg dah arif jln2 di kl.
catzer punya post terbaru..Selamat Hari Lahir ke 57, Bonda
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 8:39 am
point no satu aku tujukan kepada makcik2 serta auntie2 yang dah tua,sebok nak berdansa dimalam hari…yang hati mahu enjoy tapi bwak kereta lorong kanan dengan perlahan..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 15th, 2008 jam 10:54 pm
diorg enjoy lebih sampai air penuh kat kepala. kepala meong dan high, lorong kanan disangkanya lorong kiri… :twisted:
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 10:31 am
Sistem pengangkutan awam yang tidak sistematik adalah penyebab utama masalah Traffic Jem kat Kuala Lumpur. dari LRT, MONORAIL, KOMUTER semuanya dibuat sebagai menyakitkan hati sebagai contoh sekiranya sesorang hendak pergi Ampang ke bangsar dan Damansara dia harus memandu kerana tiada perkhidmatan LRT kesana. Begitu juga stesen LRT yang ditempatkan tidak stratigik. Mengambil contoh SOGO, LEGEND.. mengapa tidak diattach terus kepada shopping mall?? sekurang kurangnya orang lebih suka ke shopping complex akan mengunnakan LRT dan bukan kenderaan sendiri
Semasa Kerajaan menaikan minyak kepada Rm1.90 pelbagai janji manis dikhabarkan ke rakyat seperti peningkatan sistem pengangkutan awam dari wang subsidi, tetapi tiada apa yang bole dibanggakan
selepas kenaikan kepada Rm 2.70 lagi gula gula dikhabarkan kepada rakyat tetapi sistem pengangkutan awam semakin teruk dan terus teruk.
Hashim Habeed punya post terbaru..Bila ISLAM semakin Maju
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 15th, 2008 jam 10:53 pm
tang ini memang aku sgt marah pada kerajaan hashim :mad:
di manakah wang royalti yg kununnya dipotong untuk meningkatkan taraf pengangkutan awam. yang aku lihat, tahapnya masih amat tahi… :down:
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 10:42 am
Mamandu..pengalaman sebagai pemandu KL yang tegar telah mematangkan kak jie utk menilai tempat, cara kesesakan..kehkehkeh..
Tak mau tua sebelum waktunya..so tak mau merungut..:p
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 15th, 2008 jam 10:52 pm
wuhuhuhu… saya sudah cuba rancang jalan yang ingin saya ikuti. tapi sume opsyen membawa kepada kesesakan trafik juga :mad:
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 11:42 am
huhu kes cm ni memang wat zue sakit hati ceh pyo jek hehe.lagik2 jalan kt pudu tue..teruk giler jam nye..
naiklah moto kekeke
zue punya post terbaru..hati ku ^_^
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 12:02 pm
kurangnya pemandu berhemah dinegara kita ni sebenarnya. tu yang buat jalan sesak. huhu :arrow:
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 15th, 2008 jam 10:52 pm
betul! rakyat malaysia bila berada di atas jalanraya, sifat sopan santun bertukar menjadi manusia paling samseng di muka bumi :vangry:
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 1:17 pm
~ tak suka jugak bersesak dlm kesesakan lalu lintas nih. macam2 ragam org bawak keta time2 jammed. so, accident pun senang gak berlaku kalau tak berhati-hati ketika jam. ~
~ mizzamy ~ punya post terbaru..~ Cheese Nan Please…. ~
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 2:16 pm
hoho.. jem, jem, baik naik moto jer… senang dan jimat. mcm yg lain2 syorkan.. Aku pon pegi keje naik moto, dr Jeram ke Puchong.. 1 jam.. rilek jer.. Berat Dalam Muatan dr 108 kg menjadi 95 kg.. hoho
smaelz83 punya post terbaru..Armin Van Buuren - In and Out of Love
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 15th, 2008 jam 10:51 pm
walahuuuu… ko ingin menunjukkan penurunan berat badan boleh berlaku kalau naik moto ke mael? wah! satu kaedah baru ni… :up: :razz:
[Balas Komen Ini]
smaelz83
membalas pada
September 15th, 2008 jam 11:05 pm
Hahaha.. lemak turun disebabkan oleh gegaran dari merempit.. hahaha
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 2:34 pm
Paling benci kesesakan trafik..pernah merasainya masa duduk di KL dulu.
Glad that i’m moved to Batu pahat..jarangggg ada kesesakan trafik.Kecualilah kalau hari istimewa atau tengahari Jumaat di saat org bergegas ke masjid…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 15th, 2008 jam 10:50 pm
kadang-kadang saya rindu dgn kehidupan di ramunia dulu. bebas dari masalah kesesakan trafik :cry:
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 4:39 pm
weh memg sakit hati woo tiap2 pagi aku g class asik jem je..
aku pun rasa nak nek motor tp aku takut la bw motor..
memg ramai manusia yg xbertanggungjwp hari2 dia ats jalan raya…
menyusahkn org lain..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 15th, 2008 jam 10:49 pm
walahuuu… sudah diberi keta oleh life4hire, kamu masih ingin naik moto. :eek:
sakit kaki drive kete time jem
[Balas Komen Ini]
callister
membalas pada
September 15th, 2008 jam 10:56 pm
bukan ape..sakit ati hari2 jalan jem..pas2 ramai je yg perangai buruk.. :vangry:
rasa nk tahn jer keter derang pas2 g sekeh sekali!! :arrow:
ugh..geram..
syam,kalo aku sekeh derang, ko agak2 derang wat ape kt aku ek?
ala pas sekeh, aku lari je la kan.. :up:
callister punya post terbaru..I’m back for good
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 15th, 2008 jam 11:20 pm
sebab kau adalah perempuan… kalau kau sekeh diorang, peratusan untuk kau disekeh balik sgt rendah. jadi aku galakkan kau sekeh je diorang. wahahahah :razz:
[Balas Komen Ini]
callister
membalas pada
September 15th, 2008 jam 11:28 pm
serius ke?nanti aku try..
kalo ake sekeh derang, pas2 benda lain yg jadik, aku lari je la kan…
bukan susah pun..
leh sasau la bw keter kat k.l ni..
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 5:44 pm
apa2 pun, berhati-hatilah di jalan raya.
haha
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 5:46 pm
ni la jenis trafik yang aku tak gemar..adeh.. tension je….
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 8:41 pm
tue dugaan Ramadhan namanya…
is150 punya post terbaru..Wanted
[Balas Komen Ini]
September 16th, 2008 at 12:10 am
nasib baik aku business sendiri. pagi kluar keje time orang dah abis jem, petang lak balik lepas orang dah habis jem - sediri jadik bos, sendiri jadik kuli - mungkin ni salah satu cara nak elak kesesakan lalu lintas.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 16th, 2008 jam 9:20 am
org yang bekerja sendiri punya kawalan penuh terhadap masa. tidak seperti aku uang menjadi hamba tebusan. menggadai masa utk wang. apa yg disuruh, harus di patuhi… :cry:
[Balas Komen Ini]
rizq
membalas pada
September 16th, 2008 jam 4:27 pm
key point di sini - PENGURUSAN MASA - ade juga orang yang kerja sendiri tak tentu masa dia, lagi haru, tak dak masa nak bermesra dengan family langsung.
beza dengan yang bekerja makan gaji, masa kerja fixed dan malam dah boleh luang masa dengan keluarga.
maka, bersyukurlah kita dengan apa yang ade sekarang dan berdoa agar kehidupan kita makin stabil dan sejahtera hendaknya (ayat karangan bahasa melayu la pulak yerrr..)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 17th, 2008 jam 3:05 pm
yup… pengurusan masa mmg sgt penting. bergantung juga pada situasi.
[Balas Komen Ini]
September 16th, 2008 at 4:18 pm
wah.. aku ke-100..
actly byk juga sebab2 yg lebih berkaitan dengan sistem jalan raya di malaysia ni.
mcm mana pn, kebanyakan kemalangan berpunca dr sikap pemandu sendiri jugak..
jauh nye ang dok.. ampang shalam stiap ari? ish3..
baik pindah shalam je..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 17th, 2008 jam 3:07 pm
sistem jln ry kita masih baik adlan. tapi sikap pemandu kita yang sgt teruk…
aku ke shah alam utk beberapa hari saja. office aku bukan di shah alam tp di pinggir kuala lumpur je
[Balas Komen Ini]
September 18th, 2008 at 9:05 am
bulan puasa.
luar biasa trefik jemnya.
pagi buta takkan jem mcm biasa.
tapi menjelang jam 8 lebih pagi ke 9 pagi memang gila babas jem mungkin semua orang tidur lepas sahur lalu pergi keja lambat.
LRT.
hah. hampehhhh..
lagi teruk daripada bas mini.
apakan daya.. itu saja solusinya.
*nangis..~~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 18th, 2008 jam 10:19 am
jem di bulan puasa mmg sgt ngeri. menunggu apa tindakan pak lah dlm meningkatkan mutu pengangkutan awam setelah melawat dan memberi komen kureng ttg khidmat lrt PUTRA dulu
[Balas Komen Ini]
September 19th, 2008 at 9:22 am
satu lagi teori mengapa kesesakan lalu lintas berlaku. tiada sela masa antara kenderaan disebabkan pemandu tidak mengikut had laju yang ditetapkan dan suka mengekori dengan dekat kenderaan di hadapan, kalau boleh potong lagi. mengapa? ambil scenario ini. katakan masa perjalanan dari PJ ke KL patut 20 minit jika ikut had laju dan sebagainya. kereta A mula perjalanan pukul 8.00am, kereta B mula pukul 8.05am, kereta C mula pukul 8.10am. kereta A sampai KL pukul 8.20am kerana pandu ikut halaju biasa, kereta B pandu laju sikit, juga sampai pukul 8.20am, kereta C pecut gila babi, sampai 8.20am juga. mana tidak berlaku kesesakan lalu lintas? semua berebut-rebut hendak sampai, ini kerap menyebabkan kesesa kan lalu lintas. :D
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 19th, 2008 jam 2:37 pm
wow! terlalu teknikal penjelasan kau ni bong. perlukah aku tunjukkan perkiraan fizik bagi menyokong pernyataan kau? hahahahah :D
[Balas Komen Ini]