Powerful Words…Must Read!

Guys…Sorry to say this. This entry only available in Bahasa Melayu. For English version, you have to find somebody to translate it for you. What I wanna say, this entry is very very valuable. That’s why I’d decided to write it in Bahasa Melayu because I wanna share it with those who can’t understand English.

Mesti anda tertanya-tanya. Apa itu Powerful Words? Adakah ianya sama spesis dengan Superman? Spidermankah? Wonder Woman kah? Ultraman kah? atau superpower-superpower yang sengkatan dengan mereka kah? Sebenarnya bukan bang! Powerful Words ni bukanlah macam superpower-superpower yang saya sebutkan tu. Bukanlah macam gambar kat sebelah tu kak! Abang-abang oi… Bila saya kata Powerful Words ni bukan macam gambar awek seksi kat sebelah yang boleh buat mata lelaki tersembul keluar menengoknya, terus abang-abang semua tukar ke laman web yang lain. Laman web yang lebih ‘masyuuk’ lagi. Kepada akak-akak pula, janganlah fikir saya ni lelaki mata keranjang yang suka nengok perempuan-perempuan seksi (tapi kalau orang dah bagi nengok, apa salahnya? Rezeki… hihihihihihi…) Bacalah dulu entry ni sampai habis dulu okay.

Powerful Words ni, kata-kata yang bila kita ucapkan kepada orang atau orang lain yang ucapkan kepada kita, ianya akan memberi impak yang besar kepada emosi, semangat dan mood seseorang. Apa yang saya ingin tekankan, di Malaysia ni, memberi pujian bukan menjadi amalan seharian. Jangan kata memuji, kalau menerima pujian pun kita akan cakap “Kenapa kau puji aku ni? Ada apa-apa ke? Kau nak mintak apa ni?” Kalau bab mengutuk, beri je pada kita. Bukan setakat kutuk sikit-sikit, kalau di beri 10 kertas kosong dan tuliskan kutukan-kutukan yang ingin anda lemparkan terhadap seseorang, ‘confirm’ penuh kertas tu kita tulis kutukan-kutukan terhadap orang tu. Hmmm….

Saya pernah menghadiri satu kursus ‘Management Mastery’ yang amat menekankan penggunaan perkataan-perkataan yang ‘power’. Sebagai contoh, kalau peserta berjaya melakukan sesuatu ‘task’ dengan baik, fasilitator akan kata “FANTASTIC!”. Apa perasaan anda kalau orang cakap “FANTASTIC” kepada anda jika dibandingkan dengan orang cakap “GOOD” kepada anda? Sudah tentu, perkataan “FANTASTIC” tu lebih memberi kesan kepada anda bukan? Kenapa begitu? Kalau kita dengar pada intonasinya, perkataan ‘FANTASTIC‘ akan disebut secara ‘high tone’ tidak seperti perkataan ‘GOOD‘ yang pastinya akan disebut secara ‘low tone’. Oleh itu, apa yang boleh di simpulkan, ‘Powerful Words’ adalah perkataan yang bermaksud pujian (positif) dan dituturkan dalam nada yang tinggi. Dan yang pastinya, ‘Powerful Words’ bukanlah perkataan yang bermaksud kutukan (negatif) dan dituturkan dalam nada yang tinggi. Itu orang panggil MEMAKI!

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan


2 Responses to “Powerful Words…Must Read!”

  1. 1 JuliaNa said on

    Kita juga boleh gunakan “Poweful Words” untuk diri sendiri, contohnya sampai ofis member tegur, How are you today? selain jawab fine, kite leh jawab “Great & I’m very Happy!!” InsyaALLAH sampai ke petang kite happy je walaupun banyak kerja yang perlu dilakukan…:)

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 Syam said on

    Juliana: saya setuju dgn awak. harap selalu di amalkan dlm kehidupan seharian

    [Balas Komen Ini]


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>