Power Of Commenting…Must Read!

Entri kali ini berkenaan dengan ‘commenting @ memberi komen’. Kenapa saya menulis tentang memberi komen kepada blog yang anda baca? Biasanya kita sebagai pembaca amat jarang meletakkan komen pada sesuatu artikel di laman blog yang kita singgah. Apa yang selalu kita buat? Singgah, Lihat, Baca dan Keluar. Itu yang selalu kita lakukan bukan? Mungkin kerana kita beranggapan, memberi komen sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan pun. Kepada kita mahupun kepada pentadbir laman blog. Lagipun tiada apa-apa ‘reward’ yang akan kita dapat jika memberi komen. Sebenarnya TIDAK! Terdapat banyak sebab mengapa kita perlu memberi komen pada satu-satu blog yang dilawati. Di dalam entri ini saya akan jelaskan beberapa sebab kenapa anda perlu memberi komen.

Kenapa saya perlu memberi komen?

Sebab utama dan yang paling ketara, anda akan mendapat perhatian dari pentadbir laman blog. Lagi banyak anda meletakkan komen, jaminan untuk anda mendapat perhatian dari pentadbir laman-laman blog amat besar. Biasanya pentadbir laman-laman blog yang terkenal, membaca laman-laman blog rakan-rakan mereka sahaja. Dan untuk mendapat perhatian mereka, menjadi rakan mereka seterusnya menjadikan mereka pembaca setia laman blog anda, memberi komen adalah cara yang paling mudah dan berkesan.

Pentadbir laman blog yang baik, pastinya akan membalas semula komen-komen anda. Secara tidak langsung, anda akan merasa setiap komen yang diberi mendapat maklumbalas yang baik dari pentadbir laman blog. Komen yang diberikan juga mungkin akan membuatkan pentadbir laman blog memberikan entri-entri yang lebih berkualiti dan bermaklumat di masa akan datang.

Sebab yang kedua, anda akan mendapat pertambahan traffic ke laman blog anda (jika anda juga seorang pentadbir laman blog). Kenapa saya berkata demikian? Jika komen yang anda berikan tersangatlah berkualiti, anda akan mendapat perhatian dari para ‘commentator’ yang lain. Sebagai contoh; baru-baru ini saya telah memberi komen di mazudi.com, dan disebabkan komen yang saya tinggalkan, saya mendapat 2-digit pelawat di laman saya. Untuk memastikan anda mendapat pelawat melalui komen yang anda tinggalkan, jangan lupa untuk meletakkan URL laman blog anda atau anda tidak mendapat seorang pun pelawat!

Sebab ketiga, anda akan mendapat ‘reward’. Uh huh! anda akan mendapat ‘reward’. Reward yang saya maksudkan adalah ‘backlinks’. Kebanyakan laman blog popular, akan memberikan ‘backlinks’ kepada pemberi komen yang aktif. Untuk pengetahuan anda juga, terdapat beberapa pentadbir laman blog yang menganjurkan pertandingan yang mana cara yang paling mudah adalah memberi komen. Sebagai ‘reward’, mereka akan memberi ‘review’ tentang blog anda. Bila ini berlaku, pastinya blog anda akan mendapat perhatian daripada pengunjung setia laman-laman blog besar tersebut. Kebanyakan mereka mempunyai bilangan pelawat sehingga 50000 pelawat sehari. Banyak kan! Bayangkan jika blog anda di’review’ dalam laman blog mereka.
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

Satu Respons untuk “Power Of Commenting…Must Read!”

  1. 1 wexeedaNo Gravatar mengomen pada

    b4 join blogging, wex tak tau comment bwk impact besar… siap bley wat kawan…

    most of all, we can give our opinion, bukan pendam je…

    p/s rinie, wex bru msuk aeropama.com, sronok tgk article… dn bru abeh berperang (exam) 3ari, so bley relax skit anta komen… nnt minggu dpn de lagi exam… xdpt anta komen slalu…

    wexeeda punya post terbaru..ati terase kecik… [???]

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>