Percutian di Pulau Tioman… Best!
Oleh aeropama pada May 20, 2008 Personal
Salam dan Hello kepada semua pembaca blog aku. Aku baru saja balik dari percutian di Pulau Tioman semalam. Apa yang aku boleh kata, Pulau Tioman memang ‘best’!
3 hari 2 malam adalah tempoh masa aku berada di sana. Aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak resort, memang sangat menarik. ‘Credit’ aku berikan kepada JOHAN RESORT atas kecemerlangan mereka memberi servis yang terbaik, segala permintaan kami tidak pernah dikecewakan. SYABAS!
Aku ke sana dengan kawan-kawan sekerja aku di Ramunia Fabricators. Tujuan utama adalah untuk bercuti dan menguatkan persahabatan serta mengukuhkan ‘networking’ antara kami. ‘Networking’ memang penting beb! ‘Networking’ ni lah yang akan membantu kita di masa hadapan. Mana tahu salah seorang dari kami akan jadi CEO kepada syarikat multinasional ataupun salah seorang akan jadi Perdana Menteri Malaysia. Masa tu lah, boleh minta tolong pada rakan-rakan. Hehehe :P
Perjalanan menaiki feri dari jeti Mersing ke Tiomana adalah antara saat-saat yang paling menarik. Boleh dilihat, ketika di jeti, muka semua orang amatlah ‘excited’. Bila feri dah bergerak, di tengah-tengah perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 jam, masing-masing dah mula muka sememeh dek kena penangan ayunan bot yang mengasyikkan (mabuk laut la tu). Ada yang muka macam orang mabuk minum todi 8 tempayan, ada yang terbaring atas kerusi feri macam kutu rayau. Macam-macam perangai! Terutamanya Abu (dia ni akan turun offshore untuk pertama kalinya pada hujung bulan ni). Macam mana lah dia agaknya kalau turun ke offshore nanti. Perjalanan menaiki feri baru 2 jam, dia dah mabuk laut, 50-50 katanya. Turun offshore nanti, dia akan ke Sumandak platform. Perjalanan mungkin akan mengambil masa lebih dari 2 jam. Badan yang besar macam gajah, jadi lembik macam batang sayur :D
Sampai saja di Pulau Tioman, aku terpegun melihat kejernihan air dia. Paling aku ‘jakun’ bila dapat tengok dasar laut dan melihat ikan-ikan bermain-main di permukaan air. Diorang ni langsung tak takut dengan manusia. Selamba saja main dekat dengan jeti yang penuh sesak dengan orang tu. Paling aku kelakar, melihat si Wan, yang tak sabar-sabar, asik bertanya, jeti yang sepatutnya kita orang akan turun. “Kita punya jeti, jeti yang ke 5 la Awe!”
Bila feri dah menghimpit ke jeti Kg. Air Batang, wuusshh… aku dan Awe dengan segera menuju ke arah pintu keluar feri. Tak sabar nak menjejakkan kaki di Pulau Tioaman (ini adalah kali pertama kita orang pergi ke Pulau Tioman) Abis semua barang kawan-kawan yang lain kita orang pikul. Tak menyempat beb. Janji boleh naik jeti cepat. Aku saja, pikul 3 beg; beg aku, beg Am dan beg Apis. Nak tunggu diorang ambil beg, memang lembab. Macam perempuan. Terhegeh-hegeh. Aku dan Awe pula, memang tersangatlah ‘excited’! Mana taknya, aktiviti seperti snorkelling, karaoke dan ber’shopping’ sedang menanti. Yang paling ditunggu-tunggu, awek-awek mat saleh, berjemur di tepi pantai sambil memakai bikini. Kalau nasib baik, boleh nampak yang ‘topless’. Gila ‘pervet’! Huhuhuhu… :D
Aku nak cerita banyak-banyak takut korang ‘boring’ pulak. Apa-apa hal, korang layan gambar-gambar yang sempat aku dan kawan-kawan aku rakamkan semasa di sana [tekan pada gambar untuk besarkan]. Sebenarnya banyak lagi. Tak larat aku nak upload. Enjoy!






May 22nd, 2008 at 11:03 am
~ tak pernah sampai kat Pulau Tioman lagik. jeloussnyer…. cantik la pulau tuh. ~
[Balas Komen Ini]
May 22nd, 2008 at 4:39 pm
mizzamy: pulau tioman mmg cun. sy rekemen awk g ke sn utk bercuti. very relaxing
[Balas Komen Ini]
May 23rd, 2008 at 6:46 pm
hye..singgah!
tingin nak gi tioman..
arinie baru bercuti..
perhentian or tioman?
duhh… cam besh plak tioman nie..
[Balas Komen Ini]
May 26th, 2008 at 1:07 pm
Heartless Devilish : tq sbb singgah di sini. harap singgah selalu. perhentian atau tioman, dua-duanya best. dua-dua tempat lawa. FYI, tioman adalah salah satu dari 10 pulau tercantik di dunia. mungkin boleh membantu awak membuat keputusan.
[Balas Komen Ini]
June 6th, 2008 at 12:13 pm
Haii en syam, saya bercadang bercuti bersama keluarga ke pulau tioman, ada ke cadangan pakej yang paling baik ngan harga berpatutan..pastu kg mana yang en syam stay tu? kalau boleh nak cari pakej yang ada banyak aktiviti untuk kanak2 dan dewasa.
Sori, tanya banyak sangat, cuma nak minta pandangan orang yang pernah ke sana.TQ
JuliaNa
[Balas Komen Ini]
June 6th, 2008 at 2:23 pm
Juliana: hai… masa saya ke Tioman, saya guna pakej yang di tawarkan oleh Johan Resort. harganya hanya RM265 untuk 3 hari 2 malam. Tambang feri pergi balik + 6 kali makan + snorkeling keliling Pulau Tioman dan Pulau Tulai sepanjang hari + aktiviti karaoke. Lokasinya di Kg Air Batang. Kalau mahu pergi ke pekan Tekek diorg sediakan teksi laut. Tambangnya RM20 satu org untuk pergi balik. Nak buat jungle tracking pun boleh. Diorg boleh sediakan renjer. Harganya boleh dirunding
[Balas Komen Ini]
June 6th, 2008 at 4:43 pm
Haiii en syam, thanks for your info, en syam ada tak no contact Johan Resort tu, nak try call la, dah cari kat web tadi, konfius yang mana satu, TQ.
[Balas Komen Ini]
July 31st, 2008 at 11:08 am
em….
mns2 kan la bhsa tu..
bhsa jiwa bangsa…
pepn..
pulau tioman mmg best..
satu tmpt idmn nk mmbuat psndgan di sne..
dtruskan jgk dgn bbln mdu skali..
hehe..
pepn, slmt mju jya..
[Balas Komen Ini]
July 31st, 2008 at 11:11 am
assalamualaikum..
em,bhsa tu jwa bangsa..
hrp dpt d pmniskan lg bhsa kat ruangan ini..
em, pepn, pulau tioman mmg best..
mnjdi tmpt idamn tuk mjlis psndngan n slh stu tmpt bbln mdu d dlm ngara ini..
slamt bjya kpd pnls ruangn ini..
mga mju jya..
salam..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 2nd, 2008 jam 6:07 pm
mmg best tioman ni. lepas ni bercadang nak bawak family ke sana. lawat salah satu dari 10 pulau tercantik di dunia…
[Balas Komen Ini]