Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan ke 51

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 51, aku mengambil keputusan untuk buat satu peraduan untuk kau pembaca blog aku ni. Ini adalah peraduan yang pertama diadakan di Aeropama Dot Com. Hadiahnya adalah dalam bentuk wang tunai.

Caranya sangat mudah. Kau lihat gambar di bawah ni dan buat dialog mengenainya. Sebab sekarang aku berada dalam keadaan yang stress, jadi aku mahu kau tulis dialog yang paling kelakar dan kreatif. Boleh aku rileks sikit bila baca dialog kau yang kelakar dan kreatif tu.

Syarat-syarat peraduan:

  1. 1. Tuliskan dialog yang paling KELAKAR dan paling KREATIF mengenai pasangan di dalam gambar di atas. 
  2. 2. Aku mahu kau gunakan nama ENCIK ABU untuk si lelaki dan CIK NADIA untuk si perempuan. Jika kau guna nama lain, secara automatik penyertaan kau diBATALkan.
  3. 3. Tiada tema khusus aku tetapkan untuk dialog kau. Yang penting paling KELAKAR dan paling KREATIF.
  4. 4. Kepanjangan dialog tidak terhad. Yang penting paling KELAKAR dan paling KREATIF.
  5. 5. Letakkan dialog kelakar kau di dalam ruangan komen entri ini. Kau letak dalam komen entri lain, penyertaan kau tak akan diambil kira.
  6. 6. SEORANG hanya mempunyai SATU TIKET sahaja untuk menghantar dialog kelakar dan kreatif di dalam ruangan komen ini. Jadi aku galakkan kau fikirkan dulu dialog yang terbaik kemudian baru kau postkan ke dalam komen di entri ini.
  7. 7. Jika kau menghantar LEBIH DARI SATU dialog di dalam komen di entri ini, hanya DIALOG TERAWAL yang akan diambil kira sebagai penyertaan yang sah.
  8. 8. Kau boleh mendapat TIKET KEDUA untuk peraduan ini dengan menulis dialog kelakar dan kreatif di blog kau. Kau hendaklah LINKkan entri tersebut ke entri PERADUAN ini. Jangan lupa letakkan sekali gambar di atas dalam entri kau itu. Kemudian beritahu kepada aku melalui komen di sini. Jika tidak, entri kau itu TIDAK dikira LAYAK untuk menyertai PERADUAN ini. 
  9. 9. Pemenang yang menulis dialog kelakar dan kreatif di dalam entri mereka yang sah (rujuk perkara LAPAN) akan diberi hadiah BONUS sebanyak RM 5.
  10. 10. Dialog hendaklah TIDAK menyentuh soal agama, perkauman dan yang boleh mengancam keselamatan blog ini atau negara. Aku berhak untuk BATALkan penyertaan dan PADAMkan dialog kau yang melanggar perkara ini.

Hadiah yang disediakan:

  • Tempat Pertama: RM 30 + BONUS RM 5 jika kau tuliskan dialog kau di dalam blog kau seperti yang dinyatakan dalam perkara 8.
  • Tempat Kedua: RM 20 + BONUS RM 5 jika kau tuliskan dialog kau di dalam blog kau seperti yang dinyatakan dalam perkara 8.
  • Tempat Ketiga: RM 10 + BONUS RM 5 jika kau tuliskan dialog kau di dalam blog kau seperti yang dinyatakan dalam perkara 8.

# Wang tunai akan dibayar melalui pemindahan wang dalam talian.

# Peraduan ini akan ditutup pada 27 Ogos 2008 tepat jam 2359. Pemenang akan diumumkan dalam satu entri khusus yang akan diterbitkan pada 31 Ogos 2008. Peraduan ini akan diadili oleh kawan-kawan aku yang tidak punya kepentingan pada blog ini. Keputusan dari pihak Aeropama Dot Com adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan TIDAK akan dilayan.

ps: Mudahkan! Jadi apa lagi? Gerakkan neuron-neuron dalam otak kau agar ia mencetuskan sinaps untuk kau jana dialog yang paling kelakar dan kreatif.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-51. “PERPADUAN TERAS KEJAYAAN” adalah tema untuk sambutan kali ini.

Tags: Blog, dialog kelakar, peraduan

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

91 Respons untuk “Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan ke 51”

  1. 1 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    aiyaks..semua nak buat pertandingan..xmenang tangan aku nk masuk semua nii….huhuhuhuhu~~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    masuk je la pertandingan aku ni. ko xnak duit free ke. aku tau la duit ko banyak…

    at least duit ni kalau kau menang boleh buat duit raya… raya nak dekat dah bro

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    insya allah aku masuk punya…bukan nak duit nyer pasal..tp support kawan2 + promote blog ko yg sememang nyer dh femes tuh…hehe…

    kena buat list ape aku nak kena buat ni..banyak sgt kije + pertandingan nak masuk…haha

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wohoho…kalau kau banyak keje, better ko siapkan keje ko beb. aku paham kebizian kau sebab aku juga bekerja makan kau. biasalah hidup sebagai hamba tebusan ni. wahahahah :D

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    itu la pasal nyer…tp masalah aku…baru aku nak ngadap firewall ni..gmail kata ada comment reply dr aeropama..terpaksa la bukak dulu…hehe

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 titanNo Gravatar mengomen pada

    mak aii..semua dok wat contest aje..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    bulan buat pertandingan kot… aku wat ni sebagai satu eksperimentasi pada sambutan, penerimaan pembaca tentang contest dan menilai cara melawak golongan2 sasaran aku

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 blueseberryNo Gravatar mengomen pada

    huhu… =)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    itu aja ke dialog yang awak boleh beri untuk gambar di atas? kalau itu dialog awak, saya terima je kemasukan awak walaupun ianya dialog yang kurang lengkap dan kurang lawaknya

    [Balas Komen Ini]

    blueseberryNo Gravatar

    bukan dialog la.. tetbe membayangkan diri sendiri dlm gambar tu :p

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 ~ mizzamy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ menariks… nak cuba la. tapi, malam kang baru leh antar contest nie. ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    silakan…jangan tak hantar pulak ye. habiskan duit penaja peraduan saya ini…

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 zueNo Gravatar mengomen pada

    best nie..klu pasal duit lajuk je haha..

    eh syam ade sumthing tok syam..g tgk okeh:P

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    haa… cmnilah semangat yang saya nak. jangan lupa hantar penyertaan awak ye…

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 EbookFreeNo Gravatar mengomen pada

    banyak sungguh peraduan sempena hari kebangsaan ni… baru2 aku masuk pertandingan takraw kat batu gajah… sekarang dalam internet plak aku nak masuk… kena tambah lagi syarat lagi kot tu… yang lucah2 tak leh!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hehehe… aku tak letakkan syarat itu secara khusus. kau mungkin boleh buat dialog berunsur lucah atau tidak lucah asalkan ianya tidak melanggari peraturan di perkara 10

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 KujieNo Gravatar mengomen pada

    walau kakjie dah tarah 3/4 rambut di kepala ni…masih tak ringan2 gak utk dptkan idea…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wow! sampai potong rambut tu. ala kak jie ni. tak kan la tak pandai melawak kot. cuba ingat masa dating dengan suami akak zaman muda2 dulu. tak kan la xde buat lawak kot masa dating dulu?

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 aliffNo Gravatar mengomen pada

    Aku tak pandai melawaklah Syam.
    Aku cuma suka menghayati apa maknanya Merdeka!

    Dan menanyakan diri sendiri,”Adakah aku sudah merdeka dari sikap buruk seorang manusia yang lupa, lalai dan leka…”

    Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Syam.

    Hari lahir aku jatuh bulan ini, pada 19 Ogos nanti!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    oh! sangat bagus… tolong ajar aku yang masih jahil ini tentang erti kemerdekaan yang relevan dengan keadaan semasa ni wahai kawanku. mungkin ada sesuatu yang aku boleh belajar dari kau…

    ps: selamat hari lahir. semoga bertambah takwa kau seiring usia kau. mahu hadiah dari aku? masuk je contest ni :P

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 myadlanNo Gravatar mengomen pada

    CIK NADIA:
    Encik Abu, saya nak bagi komen kat Aeropama.com tapi die buat pertandingan pula.

    ENCIK ABU:
    Ntahla Cik Nadia. Dia nak lawak ape2 pn bleh je. Saya pn tak paham niat suci dia tu.

    CIK NADIA:
    Ish3. Ntahla. Layan jela..

    ENCIK ABU:
    Zass..

    ENCIK ADLAN TIBE2 MUNCUL TP XTAU NK TULIS APE DA.. SEKIAN..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    CUN! Penyertaan pertama dari adlan. kool! Aku suka part paling last tu

    “ENCIK ABU:
    Zass..
    ENCIK ADLAN TIBE2 MUNCUL TP XTAU NK TULIS APE DA.. SEKIAN..”

    buat aku tergelak…

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 KNizamNo Gravatar mengomen pada

    wahhhhh ada contest la. hehe :)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    meh join contest nizam. kau mesti banyak idea sebab kau adalah seorang yang ceria

    tolonglah ceriakan aku dengan menghantar lawak kau di sini :D

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 Heartless Devilish @ ReenNo Gravatar mengomen pada

    wor…nanti cuti aku buat…
    memacam ek ko nie..
    layannnn…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    haaa… nilah blogger gila yang aku tunggu2. aku memang harap ko masuk dalam contest ni sebab kepala ko best. mesti dialog kau bagi tu sgt lawak…

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 Mohd HafifiNo Gravatar mengomen pada

    peraduan yang menarik dan hadiahnya amatlah menarik..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    marilah masuk… xberani ke? hadiah dia dari sumber yg halal tau. ahaks!

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 aloneNo Gravatar mengomen pada

    wah.. tarikh tutup 27 ogos.. bagusla.. sempatla nak sihat skit dan join contest ni.. still pening2 lagi nih..

    ada something antara Encik Abu dengan Cik Nadia yg korang xtau.. tunggu.. :wink:

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wow! aku menunggu dialog dari kau alone.

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 megatNo Gravatar mengomen pada

    adui aku masih belum dapat fikirkan lawak yang terbaik untuk contest ni.

    tenangkan fikiran. hu3.

    megat punya post terbaru..WP Theme, Percubaan Minda Suci Ver 1.0

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kasi tenang sket otak tu bro. aku pun wat contest ni sbb aku nk rilek bc dialog lawak korag semua…

    [Balas Komen Ini]

    megatNo Gravatar

    bagi peluang kat orang lain dulu kot he3. mungkin sempat lagi klu nak join kan!?

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 zoolNo Gravatar mengomen pada

    Gelap sangatlah bro..
    Tak berapa nampak eksperisi orang2 kat gambo tu

    zool punya post terbaru..Daun Saderi

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    nak wat cmne. aku amik pakai hp kokak aku ni.

    ingatkan nk wat gosip masa aku amik gambar ni. last2 aku pikir dr buat gosip baik aku wat contest

    [Balas Komen Ini]

    awangputraNo Gravatar

    Ai cik syam,
    sebelum buat contest ni dah mintak izin ker dari tuan punya badan.
    wakakakaka

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku dah cakap kat nard. dia bg green light. siap aku jemput dia jd juri…

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    ahhha…syam…kau pun wat contest?insyaAllah aku masuk.skang x boleh…stress juga melanda aku..
    sape pengadil2 kau?adakah sama dengan pengadil2 aku?huahuaha

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wuhuhu…banyak lg masa beb. kau punya contest ari ahad ni aku akan hantar borang penyertaan.

    pengadil aku adalah mereka2 yang ada dlm gambar plus rakan2 sekerja aku…

    [Balas Komen Ini]


  17. 17 Mohd HafifiNo Gravatar mengomen pada

    ENCIK ABU: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin Nadia?

    CIK NADIA: Gula dah habis!

    ENCIK ABU: Yang kau pergi campur garam apasal?

    CIK NADIA: Kan aku kata, sebab gula dah habis! hishh..

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 syamNo Gravatar mengomen pada

    CUN… penyertaan kedua dari mohd hafifi. penyertaan anda layak untuk di adili

    syam punya post terbaru..Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan ke 51

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 maenNo Gravatar mengomen pada

    CIK NADIA : Mana pakwe aku ini..Cakap pegi tandas?? Lagi satu, kenapa bawa dekat tempat gelap ini. Dia itu bukan cerah sangat pun…
    ENCIK ABU : ” Dia tak nampak aku kat depan ini ke..nak kena nie..”
    CIK NADIA : Isk..lepas ini aku dah ada temujanji dengan lelaki lain..hensem pulak itu.
    ENCIK ABU : @##*(!&#(%&#()%

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wahahahah…memang lawak. penyertaan kau diterima untuk diadili. caya ar…

    [Balas Komen Ini]


  20. 20 AdilaNo Gravatar mengomen pada

    wahahaah mnarik!

    tp sy nak duit raya tau!
    nnt raya sy gi claim ye :P

    Adila punya post terbaru..OMG! My POSTER!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    masuk la contest ni.

    nak duit raya dari saya? saya nak dapat duit raya dari sape lak? :P

    [Balas Komen Ini]


  21. 21 amNo Gravatar mengomen pada

    owh… baru aku tau itu tema ari kebangsaan tahun ni…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ayark! baru tahu ke? erm.. nmpknya media gagal untuk berkempen ttg kemerdekaan thn ni. sampaikan ada rakyat kita tak tahu tema sambutan

    ps: aku pun br tahu minggu lepas. heheheh

    [Balas Komen Ini]


  22. 22 ahmoi13No Gravatar mengomen pada

    kan ku try perah otak klakor nyer tuk praduan ko ni..tapi bukan fasal duit..just for enjoy n support member2 blog…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    haa…silakan. aku beri sokongan padu ni…

    [Balas Komen Ini]


  23. 23 topoNo Gravatar mengomen pada

    cik nadia: bang da berapa lama kita kat sini.. takkan nak makan sos tomato ni je….

    en abu: hohoho ok la tu cukup zatnya… ada zat besi,fibre,dan macam2 lgi…
    ———————————
    p/s: topo: tunggu la aku menang nanti cik nadia dan en abu… aku belanja korg mkan… xpyah mkan sos tomato tu je… hohohohoho

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wahahah.. dialog ringkas tapi boleh tahan lawaknya. teringat aku pada si ABU yang kuat makan itu…

    [Balas Komen Ini]


  24. 24 abdfatahNo Gravatar mengomen pada

    contest karangan, review, idea kreatif, affiliate nih paling liat sikit nak menang… apohal pun boleh coba dengan sedaya upayanya…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mungkin sedikit susah sebab ianya bersifat subjektif. apa-apahal pun untuk contest ini aku akan cuba pastikan keputusan yang diambil adalah yang terbaik dan paling adil…

    [Balas Komen Ini]


  25. 25 awangputraNo Gravatar mengomen pada

    cik abu: bla bla bla bla
    cik abu (dalam hati): x abis lagi ker cik nadia ni, dah la tadi baru sapu 15 batang sate, aku dah mengantuk ni + nak terkencing ni.

    cik nadia: bla bla bla bla
    cik nadia (dalam hati): ai se men. dah la petang tadi aku lemas masa mandi laut, penat siot. mamat ni bila nak abis sembang ni. somebody please help me!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wahahaha…cun! dialog kau diterima masuk untuk diadili…

    [Balas Komen Ini]


  26. 26 amanNo Gravatar mengomen pada

    hampir setiap blog ada pertandingan..huhu

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    agaknya bulan ni bulan contest dan beri award kot aman…

    [Balas Komen Ini]


  27. 27 azwanNo Gravatar mengomen pada

    Cik Nadia : Abang Abu merajuk lagi ke? Takkan pasal *tak dapat malam tadi pun nak merajuk sampai sekarang ….. Ni kita dah keluar awal, malan ni Abang Abu layanlah puas-puas.
    Encik Abu : eer… bukan … hmm … tapi … Nadia tak pakai Rexona ke?

    *tak dapat tengok EPL.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wahahaha…ko mmg lawak. entri kau diterima masuk…

    [Balas Komen Ini]


  28. 28 abdfatahNo Gravatar mengomen pada

    encik abu: mana kek yang awak pesan tadi. tentu sedapkan?
    cik nadia: entahlah tatau memang best…
    encik abu: nape tak tau pulak?
    cik nadia: yea laa entahlah tatau memang popular…
    encik abu: entahlah tatau…?( kata tak tau… tapi popular camner nih?)
    cik nadia: :)
    encik abu: dengan siapa awak order kek tu?
    cik nadia: entahlah tatau..
    encik abu: entahlah tatau entahlah tatau… nape dengan awak nih? ( sambil merungut2)
    cik nadia: …………. ?????

    {sebenarnya cik nadia order kek tersebut dari kedai entahlah tatau secara online dari http://www.entahlahtatau.com}

    entahlah tatau nak fikir apa dah…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kool! dialog kau diterima masuk! :D

    [Balas Komen Ini]


  29. 29 AhmadNo Gravatar mengomen pada

    jika tiada blog boleh join ke. peluang sama rata ke?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    boleh join. peluang masih sama rata…

    [Balas Komen Ini]


  30. 30 MeLyssa NadieaNo Gravatar mengomen pada

    Encik Abu : ko nak tahu x kakak aku dgn anak dia accident depan umah dorg?

    Cik Nadia : laa..mcmane leh jd cmtu…

    Encik Abu : masa tu akak aku nak parking kete, dia nak masuk parking bontot kerete dulu..dia pesan kat anak dia..klu mak langgar tiang bgtaw..lepas tu anak dia kate undur lg mak undur lg…elok2.. bambbb…!!! kene tiang…kakak aku bising laa knp dah kene tiang baru bgtaw…anak dia slumber ckp, dah mak kate kene tiang bgtahu…ni dah kene tiang, amin bgtaw laa mak…

    Cik Nadia : ya allah..saba jer laa…hahahahahaa

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    cun! dialog anda diterima masuk ke dalam pertandingan ini

    [Balas Komen Ini]


  31. 31 AmNo Gravatar mengomen pada

    Encik Abu : Cuba awak teka saya nk makan apa..

    Cik Nadia : Hek eleh.. mana la saya tahu..

    Encik Abu : Ntah.. kat depan kita ni ada sos je..

    Cik Nadia : Xpe, sos tu awak makan.. saya xmakan pon xpe.. sy kan sayang awak..

    Encik Abu : Xpe la.. sy pon syg awak.. awak makan je la sos ni..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hihihi…dlm realiti cik abu dan cik nadia bukanlah pasangan kekasih :P

    dialog anda diterima masuk

    [Balas Komen Ini]

    AmNo Gravatar

    maaf la.. realiti punya cerita xtau.. :D

    [Balas Komen Ini]


  32. 32 smaelz83No Gravatar mengomen pada

    Cik Nadia: Takkan belanja air kosong jer, En. Abu?
    En Abu: Dah Cik Nadia cakap belanja apa2 pon bole…
    Cik Nadia: Sos ni untuk apa pulak?
    En Abu: Sos ni pon saya order untuk belanja Cik Nadia la..

    -try jer.. dah lama x wat lawak2 membina…

    smaelz83 punya post terbaru..Whenever You Need Me

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    dialog anda diterima masuk :up:

    [Balas Komen Ini]


  33. 33 Adz AriffNo Gravatar mengomen pada

    CIK NADIA: En.Abu kenapa cara duduk tu lain macam je saya tengok?

    EN.ABU: Sakit perutlah…isskkk….memulas rasanya perut ni…isskk

    CIK NADIA: Haa tu laa, makan tak ingat dunia! Saya dah kata makan sikit-sikit cukuplah, ni tak, semua nak dibedalnya. Padan muka. Lain kali…uhh….

    EN.ABU: ….kenapa?

    CIK NADIA: Eeeeeeiishh bau apa ni? BUSUKNYEEEE!

    EN. ABU: (Berfikir: Alamak…kantoi! Cis! Cis! Cis! Camne nak cover ni…ok ok tukar topic)

    CIK NADIA: (Tergelak) Takyahlah nak cover-cover lagi en.abu, saya tengok muka en.abu pun dah tahu. (Tergelak lagi terkekeh-kekeh) En.abu kentut kan????

    EN. ABU: Haishhh! Jangan la cakap kuat2! Nanti org lain dgr!

    CIK NADIA: Tu haa diorang dah tutup hidung tu!!!!

    EN. ABU: HUUUUUUAAAAAA!!!

    CIK NADIA: Hihihi… (terlupa yg dia pun mula-mula jelik dgn bau yg semacam tu…seronok tengok org terkantoi punye pasal..)

    ********
    HIiissh… ntah apa2 la idea aku malam2 buta ni. Heheh. Tak membahayakan negara, tiada isu perkauman & agama… ok kan?

    Adz Ariff punya post terbaru..Adz Manga-ed!!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    penyertaan anda diterima masuk… :up:

    [Balas Komen Ini]


  34. 34 samdaddycoolNo Gravatar mengomen pada

    Ok.. aku sahut cabaran! alamak.. Adz Ariff dah pakai idea kentut.. tapi pasal aku mula2 tgk gambar terus tu je idea aku…

    CIK NADIA : Kenapa Encik Abu ?
    ENCIK ABU : (sambil tersengih..) ..Kentot! (dgn suara ane iklan teh tarik separuh dlm tv…)

    samdaddycool punya post terbaru..Batik making (chanting) video

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    penyertaan anda juga diterima masuk :up:

    [Balas Komen Ini]


  35. 35 Zirwatul Huraizah Bt JaslendaNo Gravatar mengomen pada

    ENCIK ABU menggaru kepalanya. Resah, kekok, tension, marah, keliru, serba salah…..

    ENCIK ABU : Sayang apa lagi perlu ku buktikan cintaku? Perlukah aku menelan sos cili di depanku ini untuk membuktikan cintaku yang tulus dan sesuci ubat gigi SAFI? atau perlukah aku menelan botol sos cili itu sekali… Katakan lah.. Katakan lah.. Katakan lah!!!!!!

    CIK NADIA : Idea yang amat bernas. Syabas Inspektor Sahaab… Jangan lupa telan gelas dan tisu ini sekali yer.

    ENCIK ABU kantoi.. ENCIK ABU makin terperangkap.. hanya satu jalan melarikan diri..

    ENCIK ABU : Sayang, nak pergi tandas sekejap. Sakit perut.

    CIK NADIA : Elok sangat tu. Jangan lupa telan sinki dan mangkok tandas sekali yer.

    ENCIK ABU : Erkkk?????? …………….. sambil buat muka 10sen…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    cun! dialog awak diterima masuk :up:

    [Balas Komen Ini]

    AmNo Gravatar

    Hahah.. aku betol2 tersenyum baca diolog ko ni..

    [Balas Komen Ini]


  36. 36 AhmadNo Gravatar mengomen pada

    Tajuk : Duit ku Bukan Duit mu.
    Lokasi : Restoran Kegemaran Encik Abu.
    Para Pelakon : Encik Abu & Cik Nadia.
    JuruGambar : **Rahsia**

    Cik Nadia ::: Encik Abu saya risau ni. First time makan kat restoran mewah macam ni. Mewah semacam jer…

    Encik Abu ::: Kenapa nak risau? Relaks je beb. Makanan di sini sedap. Saya amat mementingkan kualiti. ( ***Encik Abu berkata begitu dengan bersemangat*** ). Harga tak kisah. Saya mampu bayar nye…

    Cik Nadia ::: Ye ke? Risau jugak saya ni. Kan Encik Abu kerja makan gaji je. Mampu ke nak bayar semua ni?

    Encik Abu ::: Ala kacang je tu. Saya boleh bebila jer belanja awk. Satu kampung pun saya boleh belanja tau ( ***Encik Abu bercakap dengan macho nye*** )… Nak tengok buktinya ke?

    Cik Nadia ::: Hmm boleh je ( ***Cik Nadia control ayu*** )…

    ***cik nadia tersenyum bangga mempunyai kawan yang kaya seperti encik abu. encik abu menyeluk poket untuk untuk mengambil dompetnya. cik nadia ingat encik abu nak mengeluarkan kad kredit atau wang, tetapi…… ***

    Encik Abu ::: Nah ni dia BUKU HUTANG 555…..

    p/s: Semenjak hari tu cik nadia fobia makan bersama encik abu. begitulah kisahnya Duit ku Bukan Duit mu.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    cun! penyertaan anda diterima masuk :up:

    [Balas Komen Ini]


  37. 37 roshaizulNo Gravatar mengomen pada

    Cik Nadia: Bang Bu… (dengan nada yang teramat manja)
    En. Abu: Babu? Sape Babu? Ooooo…ko sekarang sudah pandai main kayu tiga yeee (dengan nada amarah)
    Cik Nadia: Kita nak berumahtangga? Uihhhh….Seronoknya!!!
    En Abu: Bongok? Ko kata aku bongok pulak! Bengang siut aku!!!
    Cik Nadia: Mak bapak Bang Bu setuju ye? Wah!!! Bestnya… Bila mak bapak Bang Bu nak masuk meminang?
    En Abu: Bertenang? Ko suruh aku bertenang? Dah la ko main kayu tiga, pastuh ko suruh aku bertenang!! Aku marah gila ni. Marah tau aku!!! Marah! Marah!

    Kisah ini tak dapat diteruskan kerana kesudahan amatlah tidak pasti kerana En. Abu dan Cik Nadia mengalami sedikit masalah pendengaran. Barangkali kisah ini akan tamat dengan tragedi. Dan ini amatlah tidak bertepatan dengan syarat peraduan ini…

    roshaizul punya post terbaru..Ko Bila Nak Kahwin Jam?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wahaha… penertaan anda juga diterima masuk :up:

    [Balas Komen Ini]


  38. 38 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    sy menggunakan TIKET KE DUA! lulus ke tak?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ko layak untuk dapat bonus RM 5. tu pun kalau ko menang la

    [Balas Komen Ini]


  39. 39 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    [Filem Melayu Purba Ini Di Tayang Di Warung Tepi Jalan Dekat Masjid India]

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Awak… awak, kalau saya menjadi bulan ramadhan, awak nak jadi bulan ape?
    CIK NADIA untuk si perempuan : Tentulah saya hendak menjadi bulan merdeka.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Kenapa sayang?
    CIK NADIA untuk si perempuan : Kan bulan ramadhan kita kena puasa, kalau saya jadi bulan merdeka, tentulah awak dapat menggauli saya secara bebas dan maksima.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Pehh, sayang nie, kesitu plak.  Berbau lapan belas la. (muka da blushing abes)
    CIK NADIA untuk si perempuan : Alalala, cayang nie. Saya sayang awak sgt2 taw.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Ye la, saya tahu lah awak sayang saya. Sebab awak sayang saya lah, saya terpaksa kaver perut nie. Asal kuar mesti makan, asal makan mesti kuar (bom jamban). Kecian perut tomei ai taw kembung 1cm setiap bulan.
    CIK NADIA untuk si perempuan : Hik hik hik. Ngade ngade perut montel, cubit baru taw. Tapikan yew, kalau kita di bulan merdeka, tentu syok kan. Perpaduan kita nanti akan membuah kejayaan taw.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Maksud yew?
    CIK NADIA untuk si perempuan : Sayang nie, selalu buat buat tak paham. Kita kawen la bulan merdeka. Nanti ehem2 kita membuah kejayaan la.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Oooo. Cenggitu plak. Nak je syg. Tp kan, tue kertas putih ape yang u bawak kat sebelah tue?
    CIK NADIA untuk si perempuan : Nie ek, nie SD la sayang. SD nie same same kita sign taw. Sama2 kita ikrar kasih sayang kita di bulan merdeka yang mulia ini. Kendian kita publish la kat belogz kita.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Wahhh. Glamer la kita masuk TV nnti macam politician tue.
    CIK NADIA untuk si perempuan : Mestila sayang. Sweet kapel lah kata kan. Luv u sgt2 taw sayang.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Syg… nk gosip sket leh.
    CIK NADIA untuk si perempuan : Boleh je.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Syg… u kenal tak budak name syam aeropama tue.
    CIK NADIA untuk si perempuan :  kenal je.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Syg…  dia tue cam mane ek?
    CIK NADIA untuk si perempuan : cane… cane???

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Syg… ai dengar die lelaki KL yang kesepian?
    CIK NADIA untuk si perempuan :  a ah. btol tue.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Syg… btol ke dia gi”gay”lo?
    CIK NADIA untuk si perempuan :  ehhh. xtahu sgt. tak dpt korek korek korek lg. tp peratusan tue tinggi la.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Syg… hah. btol ke peratusan tinggi yg u ckp tue?
    CIK NADIA untuk si perempuan :  agak agak je. nape? u ske dia?

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Syg… ske la jugak.
    CIK NADIA untuk si perempuan :  syg nie… syg nie str8 ke bengkok.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Syg… gurau jek la. i str8 la 90 darjah. tp kecian la tgk die.
    CIK NADIA untuk si perempuan :  nape nye?

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Syg… arituekn  Extremist Thinker ade kasik dia pemutih muka taw.
    CIK NADIA untuk si perempuan :   ooo. nak suh berkeyakinan eh.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Syg… yer la. dia kan org minyak. semua perempuan tgk dia mesti lari.
    CIK NADIA untuk si perempuan :  hahahah. tue la pasal.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Syg… dah la gosip pasal die. kalo die byr makan kita xpe gak.
    CIK NADIA untuk si perempuan :  jom la syg kita bermadu kasih di tempat len plak.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Syg… awak byr la makan nie.
    CIK NADIA untuk si perempuan :  awak la byr.

    ENCIK ABU untuk si lelaki : Syg… tade tade awak byr, sape suh awak ajak saya.
    CIK NADIA untuk si perempuan : sengkek punya pakwe. besar perut je tahu. bab bayar malas. dah la naik kete akoo . ciz. bedebah btol. harap sy syg awak je. (ckp dalam hati tp eksperisi muka adalah jelas)

    ENCIK ABU kendian melenggang perut menuju ke kereta, sambil berkepul2 asap keluar dari cerobong kapal.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wow! dialog terpanjang yg pernah aku terima. cun! penertaan kau diterima masuk :up:

    [Balas Komen Ini]


  40. 40 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    kepada juri, sy lepakkan dialog atas kat cni.

    http://blog.thinker.my/merdeka-tang-mane-kalo-dok-lepak-camtue/

    Extremist Thinker punya post terbaru..Merdeka Tang Mane Kalo Dok Lepak Camtue

    [Balas Komen Ini]


  41. 41 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    Aku nyer panjang wei..ko kena usha kat blog aku !! :grin:

    *snippet*
    This is a response for “Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan Ke-51″ from Aeropama.com. The rest of the entry will in Malay in conjunction of the Merdeka spirit.

    peraduan1.thumbnail Funny : Situasi di kedai kopi

    Situasi ni berlaku pada Encik Abu (EA) dan Cik Nadia (CN) yang makan malam kat satu restoran yang romantik gak la. Setelah order makanan, diorang pon borak2 la sambil menunggu makanan sampai.

    EA : Nadia tahu x, restoran ni dah dua kali kena rompak tau?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kool! napa ko tak buat dalam BI. aku terima gak dialog dalam BI.

    ps: ko layak terima bonus RM 5. tu pun kalau ko tersenarai sebagai pemenangnya lah :P

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    aku xkisah pon beb..menang kalah aku xkisah..kawan2 nyer peraduan..aku support la…kalau menang, kira rezeki ler tuh..hehe

    [Balas Komen Ini]


  42. 42 Funny : Situasi di kedai kopi | :: my life 4 hire :: mengomen pada

    [...] This is a response for “Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan Ke-51” from Aeropama.com. The rest of the entry will in Malay in conjunction of the Merdeka [...]


  43. 43 Budak Merah mengomen pada

    [...] saya tertarik dengan satu peraduan kemerdekaan yang di anjurkan oleh orang minyak modern. Orang minyak nie suruh saya buat dialog kelakar tentang gambar dibawah. Orang minyak ini tak beri [...]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>