Pengurusan Projek (Jacket)

Sebagai nota untuk diri sendiri. Moga-moga boleh dijadikan pengajaran di masa hadapan Bagaimana menguruskan projek ‘Fabrication of 8 legged Jacket and 16 Piles”? Harus diingati terdapat 5 elemen penting dalam pengurusan projek.

1. Schedule

Tanpa ’schedule’ susahlah untuk menjalankan projek. ‘Schedule’ atau ‘plan’ ibarat satu petunjuk untuk menjalankan kerja. Kerja mana mesti di dahulukan, bahagian mana boleh di kemudiankan. “Fabrication sequence’ mestilah di fahami. Bermakna pemahaman yang mendalam terhadap ‘drawing’ amatlah penting. Kemudian barulah bilangan ‘manpower’ yang inging di gunakan boleh ditentukan.

2. Material

Pastikan Material Take-Off (MTO) yang disediakan oleh Engineering Dept benar-benar mencukupi. Pemahaman terhadap drawing amatlah penting. Lebih bagus jika anda buat kembali MTO dan bandingkan dengan MTO yang sedia ada. Kalau boleh buatlah MTO tersebut mengikut nombor siri ‘drawing’ satu persatu. Lebih senang untuk membuat rujukan di masa hadapan. Kemudian ‘deal’ dengan Procurement Dept. Pastikan barang-barang masuk mengikut ’schedule’. Lagi awal lagi bagus. Jika boleh cuba elakkan pembelian barang dikendalikan oleh Tender Sekretariat. ‘Follow-up’ amatlah penting.

3. Progress

Kawalan terhadap proses dan status progress. ‘Manpower’ mestilah mencukupi untuk melaksanakan projek. Di sini kewibawaan sebagai pemimpin haruslah ditunjukkan. Setiap tindakan yang diambil mestilah diyakini. Sekali lagi diingatkan, kefahaman terhadap ‘drwaing’ amatlah penting. Selalu-selalulah turun ke ’site’ untuk monitor progress. Pastikan anda merancang apa yang anda ingin lakukan untuk sebulan. Kemudahan fasiliti seperti kren, genset, forklift, miller mesin mestilah diuruskan dengan baik. Selalulah berhubung dengan Facilities Dept.

4. NDT

Ini adalah penyumbang utama kelewatan projek. Setiap ‘joint’ yang sudah selesai ‘welding’ haruslah di buat pemeriksaan NDT dengan kadar segera. ‘Monitor’ setiap ‘joint’ sama ada sudah selesai NDT atau belum. “Follow-up’ dengan QA/QC Dept untuk mengetahui tentang status ‘joint’

5. Contract

Skop kerja mestilah jelas. Haruslah tahu apakah skop kerja pihak ‘client’, skop kerka ‘main contractor’ dan juga skop kerja ’sub-contractor’. Sentiasa berhubung dengan Contract Dept untuk mengetahui tentang perkara ini. Sebarang ‘Change Order’ mestilah diteliti dan diketahui pihak mana yang terlibat.

Nota:

Tips ini akan sentiasa berubah seiring dengan peredaran masa.

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>