Pengurusan Kewangan Sebelum Kemelesetan Ekonomi

Semalam aku menonton Buletin Utama. Ada satu berita yang menarik perhatian aku. Kisah 2 pasangan yang kehilangan punca pendapatan akibat penutupan kilang tempat mereka bekerja. Mungkin kau juga tahu nama kilang tesebut, Nikko Pulau Pinang. Kasihan aku melihat mereka. Mereka masih punya anak-anak kecil untuk disuap makanan ke mulut. Lebih haru, perlu juga menanggung ibu-bapa yang uzur. Alahai… Inilah ritma hidup makan gaji. Tiba-tiba tiada angin, tiada guruh, ribut datang melanda. Kompeni lingkup, kau juga tergolek bersama.

Untuk kau dan aku yang masih lagi mampu hidup selesa pada waktu ini, harus ambil pengajaran atas apa yang berlaku. Langit tak selalu cerah. Sediakan payung kau! Sekarang dunia sedang mengalami pengucupan ekonomi tapi masih belum meleset lagi. Malaysia juga begitu. Aku pasti kau sedang merasa kesannya. Aku juga begitu. Harga minyak naik melampau, harga barang ikut sama naik dan inflasi pun nampak gaya ikut sama naik. Walaupun kerajaan mengumumkan, akan membantu mengurangkan beban rakyat, tapi kau tak boleh mengharap sangat. Mulakan langkah kau.

1. Simpan, simpan dan simpan

Ini yang perlu. Pakar kewangan kata, kau perlu ada simpanan paling kurang 3 bulan gaji kau. Ini mungkin praktikal untuk kau yang hidup bujang tak ada tanggungan. Aku kata kau perlu ada simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji kau. Kenapa? Katakanlah kau diberhentikan kerja, dalam masa 3 bulan selepas itu, belum tentu kau akan dapat kerja baru dalam situasi ekonomi yang tak bagus. 6 bulan adalah tempoh selamat. Untuk yang berkeluarga, sekurang-kurangnya kau tak akan rasa terbeban sangat. Kau masih ada duit yang cukup untuk bayar ansuran kereta, rumah, sekolah anak-anak atau hal-hal kecemasan yang lain.

2. Insurans

Jangan kedekut untuk beli insurans terutamanya untuk anak-anak kau. Selain sebagai perlindungan, ia juga boleh menjadi satu bentuk simpanan. Cukup tempoh matang dan kau tak pernah claim apa-apa insurans, kau boleh dapat kembali jumlah yang kau telah bayar. Sesetengah syarikat insurans, siap bagi dividen lagi. Berbagai-bagai jenis bentuk insurans ditawarkan dalam pasaran. Buatlah pilihan yang bersesuaian. Jika kau ragu-ragu tentang insuran konvensional (takut haram di sisi Islam), kau boleh melanggan Skim Takaful yang sah di sisi Islam.

3. Melabur

Orang kaya gunakan 10% dari pendapatan mereka untuk berbelanja, 90% lagi melabur. Orang tak kaya tapi bijak guna 90% pendapatan untuk berbelanja, 10% lagi untuk melabur. Orang tak kaya tapi bodoh guna 100% pendapatan untuk berbelanja. Kau pilih nak jadi yang mana satu? Aku bagi kau satu tip, zaman kemuncupan ekonomi dilihat oleh orang-orang kaya sebagai satu peluang yang sangat bagus untuk melabur. Inilah masanya untuk mereka beli share-share pada harga yang jauh lebih rendah. Biasanya target mereka adalah saham-saham mewah. Di Malaysia, saham sayrikat seperti Maybank, TM, TNB dikategorikan sebagai saham mewah. Walaupun saham-saham ini jatuh, tapi potensi untuk naik balik adalah tinggi kerana selain dijamin oleh kerajaan, mereka punya aset yang sangat besar.

Tags: business, duit, insurans, saham

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan


23 Responses to “Pengurusan Kewangan Sebelum Kemelesetan Ekonomi”

  1. 1 mizzamyNo Gravatar said on

    ~ dlm simpanan ada 3 bulan gaji? huhuhu… sangat la hampeh i nie. if anything happen la, memang menangis dulu la kan. ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    baik u buat simpanan dari skeranag. kalau jadi apa2 nanti senang. takdelah nak mengharap simpati orang

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 DatOK ZeQNo Gravatar said on

    Saja jalan jalan cantik blog ko. Aku ni baru belajar blogging, best pulak. Datang la blog aku. macam macam ada!

    DatOK ZeQ
    Kelana Jaya, Selangor

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku dah lawat blog kau. best juga. aku akan lawat selalu. terima kasih kerana tinggalkan komen di sini

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 ahmoi13No Gravatar said on

    sebelum berlaku apa-apa baiklah belajar menabung dan beli insurans. Saya sokong ur n3 ni. Bukan apa, bila berlaku sesuatu pada kita nanti dah ada yg cover. Walaupun 10sen…simpanlah.berguna tu.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    betul. kene mendisiplinkan diri untuk menabung. kalau boleh bila dapat gaji, terus allocate at least 10% dari gaji untuk simpanan. potong awal2

    syams last blog post..Pengurusan Kewangan Sebelum Kemelesetan Ekonomi

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 aliffNo Gravatar said on

    jangan lupa berzakat dari gaji anda, baru berkat!

    aliffs last blog post..Tenang……

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    masyarakat kita sekarang memandang mudah pada zakat terutamanya zakat pendapatan dan perniagaan. hanya ingat zakat yang perlu dibyar, zakat fitrah aja.

    ps: sedang berkira2 bahagian yang perlu dikenakan zakat pendapatan

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 AkakNo Gravatar said on

    Salam Syam…

    Suka rumah baru nie..

    Sebaik manapun perancangan yang kita buat utk hidup kita
    Allah juga yang menentukan segalanya…

    Semuga mereka2 yg berhadapan dgn masalah (ex pekerja Nikko)
    diberi kekutan untuk menghadapi dugaan dihari2 mendatang..

    Akak

    Akak punya post terbaru..Rendang Ayam Ala Mak Leha

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kita kena usaha kemudian baru tawakkal… jgn hanya berharap padaNya tanpa usaha. memang tak akan dapat apa yang di cita kan

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 xmindfreakxNo Gravatar said on

    jangan risau bro..dah dalam draft….tinggal aku sedang membaca post2 terdahulu kau..amik feel….menghayati katakan…

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 zueNo Gravatar said on

    hye syam..umah baru eks…bagus2..hehe…

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 Freedom.of.Blogging » Blog Archive » Review:Aeropama.Com said on

    [...] kau boleh belajar dari Syam. Apa shaja yang ditulis,boleh digunapakai..ini kata aku..tak percaya? Entri beliau ini boleh menolong kau,kau,kau dalam persiapan menghadapi kemelut [...]


  9. 9 KNizamNo Gravatar said on

    sekarang kena simpan duit banyak2. hehe

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 pakdiNo Gravatar said on

    apa yang berlaku kepada pekerja kilang tu mmg mengharukan.

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 FahmishahNo Gravatar said on

    Sedang kumpul harta melimpah ruah jgn lupe infak kan ke jalan yang sepatutnya

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sangat setuju. setiap apa yang kita dapat, ada hak orang lain di dalamnya. sedekah dan zakat adalah cara menyucikan harta kita

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 aloneNo Gravatar said on

    aku setuju dengan langkah yang kau bagi. tapi ketiga-tiga langkah tu perlukan komitmen dan keazaman.

    memang susah, tapi dalam zaman sekarang ni, langkah yang kau maksudkan tu memang relevan.

    pada pendapat aku, waktu yang terbaik untuk mula menyimpan ialah time still belajar (masih student). jangan enjoy sangat. barulah selamat skit.

    tapi dari ketiga-tiga langkah, langkah paling 1 adalah langkah paling selamat dan semua orang boleh lakukan.

    bagi yang belum bermula, mulakan hari ini.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    memang betul. mulakan simpanan kau sejak dari kau belajar lagi. dahulu aku lihat (masa belajar di UiTM dulu) pelajarnya asal dapat pinjaman, benda pertama diorang buat adalah pergi shopping. Bukan beli buku atau buat simpanan. adusss…

    dah abis belajar, mengeluh sbb hutang berlambak. alahai…

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 JuliaNaNo Gravatar said on

    menabung 1 hari = RM 1 ..:D

    JuliaNa punya post terbaru..Calm seas never make skillful sailors

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku cadangkan ko amalkan konsep penjimatan melalui penghapusan tabiat meng’kopi’. katakan sehari g lepak kedai mamak, habis 12 ringgit. simpan 12 ringgit tu setiap hari. sebulan dapat RM 360. Simpan atau labur dlm ASB.

    Dengan dividen 5% setahun, selepas 50 tahun, duit simpanan anda akan ada RM1 juta. Dengan syarat anda perlu simpan RM360 setiap bulan selama 50 tahun. Tak percaya? Kira sendiri

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 bunga-hatiNo Gravatar said on

    ah jangan diharapkan sgt subsidi itu subsidi ini dr kerajaan.
    mmg mereka berjanji akan bantu itu bantu ini.
    baru subsidi sikit da kecoh satu dunia.

    bunga-hati punya post terbaru..kek cawan

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tlg jgn dikongkong oleh mentaliti subsidi lg. ini zmn globalisasi. kamu lambat, akmu ketinggalan. nak tunggu subsidi, berapa sen sgt? usaha sendiri…

    syam punya post terbaru..Blog Review: Blogikus.com

    [Balas Komen Ini]


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>