Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe

Kau tak pernah gunakan Wordpress sebelum ini dan kau mahu gunakan Wordpress sebab tertarik dengan antara muka dan fungsinya yang kool? Aku juga begitu dahulu. Tapi bila aku rujuk manual pemasangannya, boom! … PHP, Text Editor, MySQL, phpMyAdmin, database bla bla bla. Memang menggerunkan terutamanya untuk orang yang kurang bijak dalam IT macam aku ni.

Relaks… Ada cara jauh lebih mudah untuk kau pasang Wordpress. Kau tak perlu nak download perisian Wordpress, wujudkan database di hosting kau, edit sedikit file wp-config.php kemudian upload segala file Wordpress yang kau dah download dan ubah tadi. Leceh! Gunakan perisian Fantastico De Luxe yang biasanya ada pada hosting berasaskan Linux atau Cpanel.

Cpanel Fantastico De Luxe

Ok! Aku jangka kau dah ada domain dan hosting kau sendiri. Kalau takda lagi, pergi cari dan daftar. Ataupun kau boleh cuba peraduan bonanza Extremist Thinker; hosting percuma, sub-domain percuma dan premium theme percuma. Kalau dah ada, kau log masuk ke menu Cpanel kau (menu biasanya standard). Kemudian kau pergi ke bahagian Software/Services. Kau pilih logo ‘Muka Senyum’ dan klik. [Rujuk pada gambar]

Fantastico De Luxe

Bila kau masuk saja ke dalam Fantastico De Luxe ini, kau akan lihat antaramuka sebegini. Jangan cuak! Kau cari perkataan Wordpress di bahagian sebelah kanan. Kemudian kau klik pada perkataan wordpress. [Rujuk pada gambar]

Kemudian antaramuka baru akan keluar. Kau tak perlu nak baca satu persatu. Terus pergi ke bahagian ‘New Installation’ dan klik saja. Keluar lagi antaramuka dengan kotak-kotak yang perlu kau isi. Jangan panik! Kau hanya perlu isi butiran yang diperlukan saja seperti yang aku tunjukkan di bawah ini.

Fantastico De Luxe Menu1. Installation Location

Bahagian ini merujuk di mana kau mahu pasang Wordpress kau. Kalau kau mahu pasang Wordpress dalam direktori baru, kau hanya perlu tulis nama direktori kau dalam kotak ‘Install in directory’. Nanti pelawat boleh akses blog kau melalui URL http://nama-domain-kau.com/nama-direktori-kau. Kalau kau mahu pelawat akses blog kau melalui nama domain kau seperti aku ni, kosongkan saja kotak itu.

Fantastico De Luxe Menu2. Admin Access Area.

Yang ini gunanya bila kau mahu log masuk ke bahagian ‘Admin Panel’ masa kau nak kemas kini blog kau; terbitkan entri baru, approve komen, tukar theme, aktifkan atau nyah-aktifkan plugin, ubah setting blog kau dan macam-macam lagi. Kau hanya perlu tuliskan nama pengguna ikut suka kau dalam kotak ‘Administrator Username’ dan password yang kau suka dalam kotak ‘Password’. Ingat! Jangan lupa pula. Nanti susah pula kau nak log masuk.

Fantastico De Luxe Menu3. Base Configuration

Ada 4 kotak disediakan untuk kau isi. Kotak ‘Admin Nickname’ untuk paparkan nama kau dalam setiap entri  dan komen yang kau tulis. Tulis saja nickname yang kau suka di dalamnya… Kotak ‘Admin e-mail’ untuk memudahkan kau dihubungi. Tulis juga e-mail yang kau nak gunakan. Janji akaun e-mail tu aktif… Kotak ‘Site Name’ untuk kau tulis nama blog kau. Kau boleh tulis apa saja ataupun kalau kau malas, tulis saja nama domain kau. Kemudian kotak ‘Description’ untuk kau tulis perihal blog kau. Kalau kau malas lagi, kau biarkan saja. Aku pun biarkan saja sebab lepas aku dah pasang Wordpress, aku pasang plugin All In One SEO yang akan buat kerja tu semua.

Akhir sekali bila kau dah isi ke tiga-tiga bahagian, kau tekan ‘Install Wordpress.’ Tadaa… Dah siap pun. Kau boleh tengok blog kau melalui URL yang kau dah tetapkan di bahagian ‘Installation Location’ tadi. Kalau kau mahu akses ‘Admin Panel’, kau boleh akses melalui http://nama-domain-kau.com/nama direktori kalau ada/wp-admin. Kemudian tulis entri kau. Selesai…

Update: Untuk mengetahui cara-cara untuk pasang Wordpress secara manual kau boleh rujuk artikel terbitan MK @ SembangKomputer.com.

Tags: Blog, fantastico de luxe, wordpress

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

71 Respons untuk “Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe”

  1. 1 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    akoo bg subdomain je bang. domain kalau nk boleh je. beli sndiri. tp point kat hosting akoo. akoo leh add je. huhu!

    Extremist Thinker punya post terbaru..Cubaan Meniru Pakej Muka Bandi Amok

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kau punya contest on lagi kan? aku takde peluang nak dapat hosting free ke? wahahahah… tamak haloba betul aku ni

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 ShilaNo Gravatar mengomen pada

    Memang sedang terfikir nak tukar kepada wordpress memandangkan kawan2 lain yg guna nampaknya lebih baik dari apa yg saya guna skrg…
    Tapi kesuntukan masa plak nak study lebih dalam ttg nya.Maklumlah saya ni sibuk sangat dengan kerja..huhuh…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    huhuhu… dulukan kerjaya anda dahulu sebab itu hidup anda yang realiti. tp wordpress ni masih boleh dipelajari sedikit demi sedikit kan?

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 aTiQahNo Gravatar mengomen pada

    Hmm..memang ada perancangan nak pindah rumah baru. Tapi tengah study sikit2 dulu. Dan entri ini sangat membantu saya. Trimas. :)

    aTiQah punya post terbaru..SAYA ADA KAT SINI TAU

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    saya buat entri ni khusus untuk blogger yang pertama kali guna wordpress…

    syam punya post terbaru..Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 nasrunNo Gravatar mengomen pada

    Nak tukar wordpress kena banyak belajar..

    Memang memeningkan kepala mula-mula.
    Tapi lama-lama jadi best…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    yup… dulu aku rasa wordpress ni susah. sekarang aku suka dengan wordpress. dah jadi addict pun ada

    syam punya post terbaru..Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe

    [Balas Komen Ini]

    abdfatahNo Gravatar

    kalo dah tak pening2 lalat lagi ngan wp boleh mulakan langkah setup blog dan mula jana wang secara sambilan. hambik upah buat blog untuk sedara mara atau kengkawang yang berminat nak buat blog.

    abdfatah punya post terbaru..Kisah Bola Sotong sambil Belajar SEO

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    x susah pun wordpress. akoo start ngan local host 2-3 hari. pastu trus rembat hosting orang. pastu trus men wordpress. orang2 kat atas. nk tukar wordpress. nk test cuba jaya pegi la kat web ku. hahahah. tulis artikel. cpt 10 orang je akoo kasik hosting. xpyh pikir. haha.

    Extremist Thinker punya post terbaru..Cubaan Meniru Pakej Muka Bandi Amok

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    yang susah bagi aku adalah nak tweak theme dan plugin. sebab perlukan pemahaman tentang php. alahai

    kalau aku menang, kau nak bagi aku hosting berapa banyak? kalau boleh aku nak 1GB nye hosting. tamak gila aku ni…. heheheh

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    haha… ko nye hosting skang brapa besau bro? tp ko sndri pki la geng. orang len xleh. ko up blog utk awek2 ke. huhu! nape xletak shoutbox kat tepi.

    Extremist Thinker punya post terbaru..Cubaan Meniru Pakej Muka Bandi Amok

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    alahai… aku ingat aku nak wat bagi kat pengomen setia blog aku ni kalau aku dapat hosting dari kau. cmne? boleh kan? ataupun nak diskus lebih lanjut tentang usahasama ni. Kasi win-win situation. OK?

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    xsusah pon guna wordpress ni..kalau ada fantastico lg mudah…maybe kalau org guna blogspot dulu akan rasa kekok sket ngan wordpress..lepas tuh ok la..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    yup! sebab dulu aku tegar dgn blogspot, sekadar main coding html n xml. skg main coding php. susah sket. tapi aku belajar slow2

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    aku xreti sangat coding2 ni..selepas lama dok layan network..kena start layan coding balik psl maybe in future..ada project pape nak kena wat website..mampos satu pon xtahu..letih dh nak blaja time tuh…hehe

    |1f34|-|1r3 punya post terbaru..What my birth date means…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    at least ko background IT. senang nak paham bro. aku ni background engineering. bab programming ni mmg hampeh…

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    ahha..itu alasan semua tuh…di mana ada kemahuan..di situ ada jalan..aku dulu first buat coding html guna notepad…time tuh mana ada lg macromedia dreamweaver semua benda nii…manual beb..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    serius wei… programming perlukan logik yang gempak. akunye logik ni tak berapa bagus sgt. wahahahah… wat loop pun aku tatau… :P

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    aku bukan la pakar…tp satu jer konsep aku pegang dr dulu smp skarang…

    memula ko kena ada teori..sbb kalau xde teori..xakan ada pembuktian..
    xada pembuktian…ko xleh nak kata teori ko berasas…

    |1f34|-|1r3 punya post terbaru..What my birth date means…

    callisterNo Gravatar

    hehe..aku xpyh belajar sb ada org tlg watkan..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    untunglah kamu ada orang nak wat kan. aku ni takde sapa nak watkan. terpaksalah wat sendiri. tp yang penting aku banyak dapat ilmu melalui apa yang aku buat. :D

    syam punya post terbaru..Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    haha. pengomen setia mestilah perempuan.

    Extremist Thinker punya post terbaru..Cubaan Meniru Pakej Muka Bandi Amok

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tapi pengomen setia aku sekarang ni bukan perempuan. dia adalah lelaki ma. kire ok lah. bagi je lah aku hosting free tu. aku buat contest pastu bagi kredit sket kat kau. leh increase trafik kau nanti. hehhehe

    syam punya post terbaru..Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    Thinker merujuk pd aku ke? (tetiba lak perasan…boleh?)

    |1f34|-|1r3 punya post terbaru..What my birth date means…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kau bukan lelaki ke? thinker merujuk pada perempuan. aku pula merujuk pada lelaki. tapi buat masa ni bukan kau pengomen terhandal lagi. alone adalah pengomen terhandal. kau kekurangan satu komen saja lagi

    syam punya post terbaru..Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 aloneNo Gravatar mengomen pada

    wah. siap ada guide lagi. bagus2 :razz:

    sebab utama xnak guna wordpress ialah - xtau nak buat cmna.

    once u know how, it’s ok :wink:

    alone punya post terbaru..A New Lifestyle?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku kongsi ilmu aku yang tak seberapa ni. padahal banyak lagi otai2 wordpress kat luar tu

    syam punya post terbaru..Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe

    [Balas Komen Ini]

    aloneNo Gravatar

    yup. tapi ilmu kau ni cukup berguna. sebab ramai yang ingin dan mampu untuk ada domain sendiri, tapi xtau caranya.

    (dah berjaya ajak dan ajar sorang kawan aku guna wordpress dan domain sendiri. yeha)

    alone punya post terbaru..A New Lifestyle?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    bagus… kau memang hebat. tak lokek nak kongsi ilmu kau. teruskan usaha kau brader…

    syam punya post terbaru..Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe

    [Balas Komen Ini]

    aloneNo Gravatar

    haha. xdela hebat sangat. aku jadi seronok bila kawan2 aku join guna wordpress. sebab objektif aku buat blog ialah nak buka pandangan + cari kawan2 baru. so siapa2 yang nak berjinak2 guna wordpress, aku bagi sokongan padu. haha.

    tajuk entri kau kali ni memang best, bro. aku rasa kau kena upgrade bandwidth la lepas ni. hehe.

    anyway, nice tutorial. it really helps. :wink:

    alone punya post terbaru..A New Lifestyle?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku pun bila dah guna wordpress ni rasa best je dan kalau boleh nak kawan2 kat blogspot tu guna gak wordpress. kool!

    aku tak sangka tajuk entri ni dapat banyak sambutan sampai cecah lebih 50 komen. dah macam forum pun ada dah ruangan komen aku ni. tp aku suka. korg leh komen brp byk yg korg suka. aku dh up kn limit nesting kepada 15.

    aku ada bandwith 100GB. cukup kot rasanya.tp kalau tak cukup aku topup lagi la. blogger yg jauh lebih femes pun pakai bandwith 50GB je. cukup je bg diorg.

    aloneNo Gravatar

    haha. betul. betul.

    cukup kot rasanya. kecuali la kalau ko buat laman download kat aeropama. memang letih la kau topup bandwith. ahaha.

    wordpress memang kool :wink:

    alone punya post terbaru..A Learning Process


  10. 10 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    otai selalu nye xnk berpijak dibumi nyata dah. dah tugas ko la tue bro. haha. akoo nie mmg jenis mls. blog hanya time anggur. da dpt kije. tata. babai la… (psl hadiah nnti akoo pk…)

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 FahmishahNo Gravatar mengomen pada

    aku lagi suka install manual,
    sebab fantastico lambat keluar update

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hmm..sesetengah wordpress blogger lebih suka install manual. ada yang kata kalau kau adalah wordpress blogger sejati mesti kena tau install secara manual

    pasal fantastico lambat keluar update, itu aku tatau sebab aku newbie lagi tentang wordpress ni. kau lebih otai dari aku.

    [Balas Komen Ini]

    FahmishahNo Gravatar

    lepas ini buat tutorial manual pulak

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tutorial manual dah dibuat oleh MK @ SembangKomputer.com… jadi tak perlu aku buat tutorial tentang itu.

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 KNizamNo Gravatar mengomen pada

    aku masa mula2 dulu pakai setup manual. mmg susah. pening kepala. sekali bila nak setup another 2 blog aku pakai fantastico. memang fantactic! senang giler. hehe :)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku pula masa awal-awal setup blog ni aku pakai fantastico. mmg fantastic! tapi tak sampai sehari database aku jahanam. aku nak unisntall dan install balik guna fantastico, dia rejek… terpaksalah aku belajar dan install secara manual balik. cess…

    syam punya post terbaru..Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe

    [Balas Komen Ini]

    aloneNo Gravatar

    heheh. aku ada pengalaman tersebut.

    dia reject sebab ko xdelete file fantastico. fantversion.php kot. ntahla, aku dah lupa. lepas prepare for removal, remove, kena delete suma file berkaitan guna ftp secara manual. then, install balik.

    wordpress aku lingkup sebab aku godek2 wp-settings.php. gatal tangan betul. sampai lingkup. haha.

    alone punya post terbaru..A New Lifestyle?

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 !x0r@No Gravatar mengomen pada

    saya tak faham satu ape pn ni.. padan la saya takde keinginan nk ada domain sendiri.haha

    !x0r@ punya post terbaru..HELLBOY II : The Golden Army

    [Balas Komen Ini]

    aloneNo Gravatar

    haha. skrg mesti awk da hada keinginan. thanks to syam :wink:

    alone punya post terbaru..A New Lifestyle?

    [Balas Komen Ini]

    !x0r@No Gravatar

    haha.. lepas baca entri ni nampak macam tak la susah mana. tapi tatau la.. rasanya masih takde jugak keinginan tu. heee..

    !x0r@ punya post terbaru..HELLBOY II : The Golden Army

    [Balas Komen Ini]

    aloneNo Gravatar

    yup. betul. memang xsesusah mana. tambahan pula kalau awak dapat memahami macam mana coding dan file php wordpress befungsi.

    kalau awak rajin explore, awak boleh jadi blogger yg hebat macam aisyahrozi.

    cubalah dan awak akan rasa puas hati. percayalah. saya dan kawan2 lain boleh bantu (setakat pengetahuan kitorang)

    good luck sis! :wink:

    alone punya post terbaru..A New Lifestyle?

    [Balas Komen Ini]

    !x0r@No Gravatar

    agak mustahil saya boleh jadi macam aisyahrozi. aisyahrozi mmg power~ cantik gila design blog dia. kagum saya.

    takpe la.. tengok la dulu macam mana.. saya ni tulis entri pn merapu je.. sebab tu blom ada keinginan nak ada domain sendiri. anyway thanks ye :)

    !x0r@ punya post terbaru..HELLBOY II : The Golden Army

    [Balas Komen Ini]

    aloneNo Gravatar

    hehe. memangla dia power. tapi suma orang start from zero. cubala tengok video aisyahrozi kat youtube - tengah pening sebab coding. :wink:

    apa tajuknya ye? ‘otak karat’ kot.

    oh, anyway. heheh. sama2.

    alone punya post terbaru..A New Lifestyle?


  14. 14 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    kalau korang nak byk tips komputer..korang leh pegi kat blog member aku.. sembangkomputer.com.dia br je lepas bg tutorial nak wat WP secara manual…hehe

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku dapat idea nak tulis entri ni lepas baca entri MK @ SembangKomputer.com tu lah. heheheh…

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    aku baru jer nak tulis pasal fantastico kt SK..haha..xper2..aku ada satu modal lain yg lg best punya !!

    |1f34|-|1r3 punya post terbaru..What my birth date means…

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 r-careNo Gravatar mengomen pada

    Bagus. teruskan.Harap banyakkan lagi tutorial untuk Wordpress. ramai user malaysia yang kekurangan info tentang wordpress. Bantulah mereka yang memerlukan. hahahah

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku masih belajar lagi. tapi dalam proses pembelajaran aku, ada sesuatu yang boleh aku kongsikan nanti, pasti aku buat tutorialnya…

    syam punya post terbaru..Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 abdfatahNo Gravatar mengomen pada

    waaahahahaha… tutorial yang menarik perhatian ramai. bagus bagus dan bagus sekali. keep it up. kipidap…. bantu jangan tak bantu.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wuhuhuhu… aku pun tak sangka tutorial ni boleh dapat komen banyak cenggini. dah macam forum pun ada ruangan komen ni. tapi takpe. aku suka dan benarkan korang komen sebanyak yang korang suka. aku dah naikkan limit nesting kepada 15. banyak tu….

    terima kasih atas sokongan yang saudara berikan…

    [Balas Komen Ini]

    abdfatahNo Gravatar

    lepas nih kena buat poll pulak. dan tambah lagi persoalan2 yang tak terjawab oleh mereka yang masih baru nak merangkak dan belajar berkenaan blog. dah mahir nanti boleh laa buat servis setup blog.

    [Balas Komen Ini]


  17. 17 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    tahniah. org ketiga dapat komen kat blog tun. hehe. nnti hujung bln nie ade Malaysian Franchise Assoc kat PWTC. datang r. tun pun datang. ank buah die bgtaw akoo. terbesar kat asia. daaa. slmt malam.

    Extremist Thinker punya post terbaru..Cubaan Meniru Pakej Muka Bandi Amok

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ye ke bro? tak sangka lak aku… pasni aku nak lihat berapa banyak trafik aku boleh sedut dari blog tun. harap2 trafik yang sedut itu adalah yang berkualiti tinggi… heheheh

    syam punya post terbaru..Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 mazudiNo Gravatar mengomen pada

    Huhu…
    aku pun tak tau Fantastico ada installation untuk Wordpress.
    Nice tutorial.

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    depends gak..kalau fantastico tuh ada script utk wordpress..ada la option nak install wordpress…

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 peningNo Gravatar mengomen pada

    Bagaimana untuk kemaskini versi Wordpress terkini, jika Wordpress telah dipasang menggunakan Fantastico De Luxe?

    pening punya post terbaru..Wordpress: Display posts by categories

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wohoho… aku belum punya pengetahuan dan pengalaman dalam hal ini. takpe… nanti aku carikan tutorialnya.

    [Balas Komen Ini]


  20. 20 mizzamyNo Gravatar mengomen pada

    ~ nak kena install2 ker? tengok term yg digunakan pun tak pernah dgr. harus la lambat lagik la jawabnya nak ada domain sendiri. kena pi bertapa dulu kot untuk lebih faham. ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    fantastico biasanya mmg dah ada. cuma wordpress la kene install. jauh lg mudah dari install game kat pc. serius…

    syam punya post terbaru..Mahu Berubah? Bagaimana Caranya?

    [Balas Komen Ini]


  21. 21 KujieNo Gravatar mengomen pada

    Baru 2 bulan berpindah domain/hosting sendiri kt wp..
    byk yg perlu dipelajari..
    ttp best..
    rasa hidup penuh cabaran

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    cabaran tu kak… dr lama tak usik ftp, kene usik balik http://ftp. tgk ftp zmn skrg punya interface, rasa kagum pun ada. lg senang berbanding 8 tahun dulu

    [Balas Komen Ini]


  22. 22 titanNo Gravatar mengomen pada

    dah buat bende nih dah sebenarnya. Simple dan tak menyusahkan.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sesuai dgn namanya. fantastico de luxe. fantastic dan lazat!

    [Balas Komen Ini]


  23. 23 maenNo Gravatar mengomen pada

    kepada begineer, gunakan wordpress terlebih dahulu sebelum membeli domain. Dah pandai dalam wordpress, baru fikir pasal domain.huhu

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    betul gak… tapi aku terus buat domain dan guna wordpress sekaligus…

    [Balas Komen Ini]


  24. 24 Install Wordpress Terlalu Susah? Gunakan Fantastico | SembangKomputer.com mengomen pada

    [...] Entri ini diinspirasikan oleh Syam dari Aeropama.com, MK buat versi sendiri untuk melengkapkan siri membuat blog di SembangKomputer.com [...]


  25. 25 Silent MoneyNo Gravatar mengomen pada

    memang mudah. Tapi, masalahnya ialah, wordpress yang terdapat kat fantastico biasanya versi yang agak lama biasanya wordpress 2.5.

    Jadi, pada pandangan saya, baik korang install sendirilah. tak rugi pon. dapat pengalaman pulak tu.

    Saiful
    http://silentmoney.co.cc/

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>