Panorama KL Selepas Banjir
Jun 11, 2007 Community
Kereta yang dihanyutkan oleh arus deras Sg Gombak. Tersadai di tepi jalan menunggu untuk di’towing’Malam semalam kotaraya Kuala Lumpur sekali lagi dilanda banjir kilat. Satu fenomana yang biasa berlaku di kotaraya sesak ini. Tengah hari tadi saya pergi membuat tinjauan untuk melihat kesan banjir malam tadi. Macam Pak Lah lah pulak yang membuat lawatan mengejut ke DBKL untuk mendengar sebab berlakunya banjir kilat malam tadi. Kawasan yang ditinjau termasuklah Kampung Baru, Jalan Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek.

Kancil ini sudah mati lemas kerana tenggelam dek air bah malam tadi
Melihat beberapa penduduk sekitar ibukota bergotong-royong membersihkan kotoran yang dibawa bersama banjir, saya berasa senang hati. Rakyat kita masih lagi mengamalkan nilai murni tersebut. Semangat muhibbah jelas tergambar bila melihat warga kota bekerjasama tanpa mengira bangsa.

Bila lah agaknya masalah banjir kilat ini akan selesai. Nak disalahkan SMART Tunnel, projek tu masih belum sepenuhnya berfungsi. Baru SMART Road je yang sudah siap, SMART Stormwater belum lagi siap. Mudah-mudahan bila projek ini selesai maslah banjir kilat ini akan selesai…..
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Lulus atau Cemerlang
- Aku Sedang Rugi RM 1152. Kau pula?
- Meniti hari-hari terakhir di IPT
- Vasai Rollout Series 3…
- Weekend Children
- Selamat Menghadapi Peperiksaan!
- Pengurusan Projek (Jacket)
- Cuti-cuti Kuala Lumpur
- Nothing to Say….
- Sayonara KL, Sayonara Selangor







Leave a Reply