Recent Articles

Nickname Yang Kool atau Bodoh?

Permulaan pagi aku agak ‘kureng’; bangun tidur dalam keadaan badan terasa letih dan mengantuk. Tak cukup tidur? 6 jam adalah lebih dari mencukupi untuk aku. Mungkinkah aku mengalami Apnea kerana malam tadi aku tidur dalam posisi terlentang. Berlainan dari posisi kebiasaan; mengiring ke kanan. Akibatnya, hari ini otak aku gagal mencetus sinaps dalam kapasiti yang banyak. Otak aku ‘jammed‘. Sila abaikan intro sampah ini. Ia sekadar selingan.

Malam tadi sebelum tidur, aku sempat menjenguk kelibat adik-adik aku melayari laman web tumpuan remaja masa kini, MySpace dan Friendster. Aduh! Bilakah mentaliti rakyat Malaysia akan berubah? Internet bukan sekadar untuk MySpace atau Friendster semata-mata bahkan lebih dari itu.

Yang menarik perhatian aku, adalah trend penggunaan nickname di internet tidak kira di laman sosial, micro-blogging, blog ataupun forum. Secara kasar, nickname berunsur ke’Inggeris’an mendapat tempat. Mungkin kerana;

Read More..

Entri Melankolik

cintaOrang kata aku lelaki yang sunyi. Aku terima kerana kadangkala aku rasa begitu. Tapi bukan setiap masa. Orang kata mustahil seorang manusia normal untuk hidup membujang selama-lamanya. Aku sedar. Tapi aku belum desperate. Masanya pasti akan tiba dan aku tahu bila. Kau tak perlu ingatkan aku.

Kepada kau, perempuan-perempuan yang tidak muak memberitahu hal-hal cinta dan hidup berpasangan kepada ku saban masa, terima kasih aku ucapkan. Aku bukan lelaki yang terlalu mendambakan cinta. Aku sudah rasa apa itu cinta; kemanisan dan kepahitannya. Cukup buat masa ini. Berikan aku sedikit masa untuk aku tumpukan pada benda lain; keluarga dan impian.

Read More..

Memo Selingan, Baling Kasut Pada George W. Bush

komen-selepas-insiden-baling-kasut

Kebelakangan ini, aku telah terima 4 komen mempromosi teknik-teknik menjana wang berganda melalui internet dalam tempoh yang singkat tanpa perlu keluarkan modal; wang dan tenaga yang banyak. Maaf. Komen-komen kalian yang berunsur sedemikian telah aku salurkan tanpa ragu-ragu ke dalam tong sampah.

Bukan aku tidak sokong industri perniagaan di internet yang dikelolakan oleh rakyat Malaysia. Cuma aku ambil langkah berjaga-jaga memandangkan kes penipuan di internet semakin banyak dilaporkan. Aku sayangkan pembaca-pembaca blog ini. Untuk elakkan mereka terpengaruh dan mungkin terjebak menjadi mangsa, aku delete saja komen berunsur demikian. Lagipun kesahihan dan keberkesanan program yang mereka promosikan ini masih tidak dapat dipastikan.

Read More..

Kenapa Harus Takut?

takut

Seorang pembaca blog ini pernah berkata yang aku ni terlalu rasional dan ‘dignified’ dalam tulisan aku. Kadangkala aku kelihatan seperti seorang yang langsung tidak punya emosi. Keras dan dingin.

Kerana aku seorang manusia yang punya emosi, aku tulis entri ini sebagai peringatan dan motivasi untuk bantu aku lenyapkan perasaan takut dan panik yang aku rasakan sekarang. Mungkin berguna untuk kau.

Read More..

Jurutera Sebagai Pasangan Ideal?

mencari-jurutera

Membaca entri tulisan Nono berkenaan dengan “Kenapa perempuan harus berkahwin dengan seorang jurutera?” buatkan aku tersenyum sendirian. Ada riak gembira dan bangga berkocak sementara di dalam hati aku. Entri yang mampu beri semangat kepada rakan-rakan jurutera (lelaki) dan mereka (lelaki) yang bakal menjadi jurutera. Maklumlah elemen perempuan mampu menjadi penggalak dalam kehidupan seorang lelaki bukan?

Sebagai jurutera, aku juga punya versi aku sendiri. Tapi kali ini aku putar sedikit kepada “Apa yang kau (perempuan) perlu ada untuk dapatkan seorang jurutera (lelaki)”. Peringatan untuk kau, ini hanyalah kriteria (peribadi) aku saja. Ianya tidak mewakili jurutera secara amnya. Tapi mungkin ada sesuatu yang boleh kau ambil.

Read More..

Muka 2 dari 46«12345»...Akhir »