Obsesi Cinta. Kenapa Kau Perlu Elakkan?

I Love UEntri pantas yang kau sedang baca ini telah aku jadualkan untuk diterbitkan 24 jam selepas selesai aku upload ke server aku. Sambungan broadband di rumah aku, entah bila akan selesai aku tidak tahu. Aku tidak jangkakan pihak TMNet dapat selesaikan dalam jangkamasa yang singkat. Biasalah kalau kakitangannya masih dibelenggu dengan pemikiran kuno kakitangan kerajaan. Kau sendiri boleh agak… Tapi nafsu kau untuk membaca blog aku ni harus aku puaskan.

Kali ini aku mahu menulis tentang cinta. Sudah lama rasanya aku tak menulis tentang ini. Entri cinta mampu menarik minat pembaca wanita untuk meninggalkan komen seperti yang dikatakan oleh Mohd Ismail. Jadi aku mahu kau komen dan berikan pendapat kau di sini.

Cinta memang fitrah manusia. Bohong aku katakan ada orang tak mahu diri  dicintai dan menyintai. Aku yang diketahui di kalangan rakan-rakan sebagai orang yang tak mahu punya komitmen terhadap cinta juga tak terkecuali dari perasaan ini. Aku sokong kalau kau mahu bercinta tapi biarlah berpada. Aku cuma tak setuju jika kau terlalu obses terhadap cinta apatah lagi kalau kau masih muda remaja.

Aku punya ramai kawan perempuan yang punya obsesi melampau terhadap cinta. Umur masih muda lingkungan 18 ke 22 tahun. I Love U, U Love Me, U Jump I Jump. Segala-galanya sanggup diberi kepada teman lelaki keparat. Si jantan mahu peluk-peluk kau bagi, si jantan mahu ringan-ringan kau relakan hinggakan si jantan mahu main kau sanggup layankan. Demi cinta yang suci katanya. Tahi! Kau amat bodoh kalau kau buat begitu. Si jantan picisan itu dah dapat apa yang mereka mahukan; S.E.K.S aku jamin kau akan ditinggalkan. Bila dah kena tinggal, baru kau meraung dan meroyan. Kira beruntung kalau kau ditinggalkan tanpa isi dalam perut kau. Kalau berisi bagaimana? Dah terlambat untuk kau menyesal.

Paling aku pelik, bila aku tanya “Kenapa kau mahu bercinta? Usia kau muda lagi. Sabarlah…” Jawapan yang aku terima “Aku tak boleh hidup tanpa lelaki kat sisi. Aku nak rasa ada komitmen”. Hello sis! Kau masih muda. Sepatutnya masa muda kau ni adalah masa untuk kau tumpukan pada pelajaran kau. Jangan disemakkan kepala kau dengan masalah percintaan. Cemburu tak bertempat, bergaduh berebutkan pakwe lahanat kau yang selalu main belakang dan paling aku tak boleh terima, kau perlu minta izin dari pakwe kau sebelum buat apa-apa aktiviti. Jadah ape?

Kalau kau sedang bekerja, tumpukan perhatian kau pada pekerjaan. Aku tahu kau tak punya kelulusan yang tinggi jika kau bekerja pada usia sebegini. Jadi kau perlu usaha lebih sedikit berbanding mereka yang ada kelulusan. Tentukan matlamat kau dalam kerjaya. Dapatkan posisi setinggi mungkin di masa usia kau masih muda. Kumpul duit dan harta banyak-banyak. Zaman sekarang segala-galanya perlukan duit. Nak bergaya, kena keluar duit. Nak cantik pun kena keluar duit. Kau ada pangkat dan duit ditambah dengan kecantikan fizikal kau, bersusun lelaki cuba memikat diri kau. Sebut saja… Ahli professional, anak orang kaya ataupun anak Datuk. Segalanya mungkin. Tak perlu kau terhegeh-hegeh mengharap pada teman lelaki kau yang tiada apa-apa tu.

Aku pernah dengar orang kata “… Cinta tak selalu boleh beli duit tetapi duit selalu boleh beli cinta”. Ada betul dan ada salahnya. Kau fikirkanlah sendiri!

Tags: cinta, kehidupan

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

52 Respons untuk “Obsesi Cinta. Kenapa Kau Perlu Elakkan?”

  1. 1 ahmoi13No Gravatar mengomen pada

    hahahah..dr.cinta lek dah..hehehe..tapi aku cakap lah..cinta yang dok korban mcm2 tu tak sampai manapun..lelaki ni kalau kita terlebih sayang pun balasan yang akan dapat bukanlah kegembiraan..tapi wat sakit hati jer..just releks jer jgn terlalu over.
    Jodoh ditangan tuhan. So tak perlulah susah payah cari cinta dalam usia hingusan dan buat pengorbanan tahapa-hapa.Enjoy ur life tu lagi best.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wah… pengomennya seperti punya pengalaman pahit dlm cinta. mungkin ke?

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 EbookFreeNo Gravatar mengomen pada

    btui hang cakap tu… kalau terlalu obses tu, pelik2 jadinya… itu tak masuk pompuan suka pompuan, laki suka laki… lagi laknat… aku pun tak pikir nak kawen sampai umur aku 26. sibuk dengan keje… tetiba, ayah aku balik dari mekah, suruh aku kawen, baru aku kawen. masa tu dah ada teman la… itu pun baru declare… so, orang2 muda kat luar sana tu, belajar dulu… dapat keje bagus2… baru pikir nak buat pa pun… baru stabil

    EbookFree punya post terbaru..My Space Promotion - Cash Explosion!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tau takpe… tu pasal aku tak mahu ade gf seterusnya kahwen. sbb aku tak suka org kaco aku dlm langkah aku utk capai matlamat aku. beban wei kalau dh ada komitmen pd seseorg

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 mizzamyNo Gravatar mengomen pada

    ~ entry nie patut i suh my fren baca. she’s soooo obsess ngan bf dia. sanggup bagik pinjam duit rm5k demi si dia. gila haper?? kalau la confirm diorg 2 kawin, tak per la jugak. nie, tak tahu jodoh bersama atau tak. kang mamat tuh blah, rm5k ok? bukan rm5. i tak rasa that guy dah settlekan duit tuh… ~

    mizzamy punya post terbaru..~ Cik Amy owhhh Cik Amy - Part 2 ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wow! sangat obses. mmg sgt tidak bijak tindakan kawan awak tu. gila apa? ntah kahwin ntah tidak tp sanggup korbankan RM 5k. banyaknya… sapan sebulan lebih gaji saya tu…

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 aloneNo Gravatar mengomen pada

    aha. aku setuju.

    memang teruk kalau sesorang terlalu obses dengan cinta sampai sanggup buat apa saja.

    anyway, semoga masalah broadband kau settle secepat mungkin.

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 megatNo Gravatar mengomen pada

    sanggup lakukan apa saja!? cinta apakah itu? bunyinya spt cinta nafsu yang dicipta hasil dari gejala sosial yang semakin melampau. percayalah cinta jenis ini memang tak kekal lama.

    amat sukar untuk mendapatkan cinta sejati sekarang ni uhuhu.

    http://lukajiwa.blogmas.com

    megat punya post terbaru..Bersama JiwangFM

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    betul tu bro megat. inilah akibatnya kalau kita selalu disogok dgn kisah2 cinta di tv dan panggung wayang. org jadi buta dan bodoh pada cinta… aduss aku rasa sedih…

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 kokmiNo Gravatar mengomen pada

    salam,
    1st time jengah kat sini.
    huh! bagus tul entry ni klu nak disekehkan
    kat adik br lepas SPM..thanks bro!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    harap jengah selalu… bagi nasihat kat adik yg lps SPM tu. jgn bercinta bagai nak rak tapi pelajaran terabai. susah nnti di masa hadapan

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 maenNo Gravatar mengomen pada

    “Aku tak boleh hidup tanpa lelaki kat sisi. Aku nak rasa ada komitmen”.

    Ini bagi aku untuk golongan yang tidak boleh lepas berkepit dengan lelaki. Ini Realiti, terutamanya kepada minah-minah yang selalu lepak di shoppin complex. Sory kepada minah shoppin complex. Aku bukan hendak buat kutukan kepada anda, tapi banyak aku perhatikan mereka ini tidak lengang dengan jantan wlaupun masih bersekolah. Port biasa karaoke, snoker, bowling.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mungkin juga… aku paling menyampah dengan perempuan yang kejenya nak berkepit dgn laki. semak dowh! tak pandai nak bersosial satu hal. maksud aku kalau pergi mana2 majlis nak dok ngan kita je. bkn nak besarkan pergaulan. cess… lagi tak tahan bile ada perempuan ni suka telepon 2-3 kali sehari. pening dan penat nak layan…

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 titanNo Gravatar mengomen pada

    bagi aku cinta itu wajib. Tapi definisi cinta bergantung pada individu masing2. Ada yang indah, ada yang derita.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mmg sbb cinta itu fitrah. kejayaan kau tak akan sempurna jika kau abaikan fitrah kau…

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 KujieNo Gravatar mengomen pada

    Keburukan obses bukan dlm soal cinta saja…semuanya!

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 aliffNo Gravatar mengomen pada

    syam,
    bercinta itu perlu, namun obses dengan orang yang dicintai tidak! sebabnya yang kekal hanyalah cinta kepada Allah swt. setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

    paling utama ialah meletakkan cinta dilandasan yang betul. jodoh dan ajal Allah swt sudah buat dengan adil, yang tak adil hanyalah diri kita bila khianat kepadaNya dengan landasan cinta yang gila.

    cuba remaja kita cari buku karangan Pahrol Mohd Juoi mengenai cinta.

    aliff punya post terbaru..Anak Melayu

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    remaja kita sangat malas untuk membaca. bukan saja remaja tapi rakyat malaysia keseluruhannya… aku akan tulis tentang ini nanti

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 zoolNo Gravatar mengomen pada

    Budak opis aku pun obses ngan cinta ni…
    Siap ym dia tulis jiwang karat..
    Pada aku cinta masa kawin lah paling sesuai..
    Betul kan???

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tapi masih ada lagi ke manusia zaman ni yang nak kahwin dulu baru bercinta? sgt jrg utk dijumpai…

    [Balas Komen Ini]

    zoolNo Gravatar

    Betul bro.. Tengoklah camne nanti..

    zool punya post terbaru..Mas Cotek

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 !x0r@No Gravatar mengomen pada

    tak pernah bercinta tapi nyaris nak bercinta. so, taktau nak komen.

    !x0r@ punya post terbaru..should it be private or public reading?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    saya faham kalau umur macam awak ni punya keinginan nak bercinta sbb kuantiti hormon dlm bdn sdg memuncak. cuma berpada sebab byk kes gejala sosial berlaku pada umur lingkungan awak ni. puncanya kerana terlalu mengikut hati sampai otak letak ke tepi

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 M-I-NNo Gravatar mengomen pada

    bagi aku,cinta itu harus ada dalam hidup tapi biarlah betul caranya.pandai-pandailah bajai cinta itu agar ia indah & abadi.ohhhh….tahniah dengan aeropy kau! :)

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    I was here..xtahu aku nak komen aper dah…haha

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ces… kau ni letak komen sekadar nak btau aku yg kau lawat blog aku ke. heheheh…

    bro… blog kau adalah antara blog yang pasti aku lawat. pembaca setia aku ni. don’t worry. aku langgan rss feeds kau.

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    cess balik..ko ingat ko sorang je langgan RSS aku? aku pon langgan RSS ko jugak ape..aku seboleh nyer ingin menjadi pelanggan aktif ..bukan nyer pelanggan pasif..lgpon aku baca entry ko pukul 3,4 pg dah..mau nyer otak aku xleh jalan dh time tuh…ngan kije bertimbun nyer lg…

    anyway..ko xrasa pelik ke perkataan langgan RSS ? gamak nyer kita kena biasakan diri ngan frasa langgan RSS…selalu nyer sblm ni kita dengan langgan buku/majalah or langgan pelacur..dan itu membawa kepada persoalan kenapa langgan pelacur? xsewa pelacur ke ? aiyaaaaaaa..pening2…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wahahah… ko langgan pelacur ke? jangan woo… bawak penyakit tu namanya

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 catzerNo Gravatar mengomen pada

    Honestly, aku bergaduh ngan kawan baik pasal Jantan..Argh, tak boleh hidup ngan lelaki..Mustahil..:p

    Actually, love is about ready to take all the responsibility. Aku tgk kawan aku even dah tua tp adei.dia gagal memberikan komitment yg terbaik dlm hidup dia..argh lantak ko.

    catzer punya post terbaru..Bersedia untuk “Great Depression”

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    alahai… bergaduh pasal jantan. kesian. apa kat dunia ni tinggal jantan tu je ke? berfikirlah secara waras ok…

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 abukazutoNo Gravatar mengomen pada

    dasyat member aku sorang ni..lepas ni ngko boleh ganti raja petra..hahahahh

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    abu talhah… aku tak mahu ganti raja petra la dowh! hahahah

    [Balas Komen Ini]


  17. 17 nikillasNo Gravatar mengomen pada

    cam aku la kan.. aku nak fokes dulu pada study la.. Kalau ada awek time study ni, macam akan mengganggu konsentrasi plak.. Tapi ada gak member aku cakap yang ada awek ni dapat membantu dalam pelajaran diorang.. Dapat bagi motivasi kat diorang.. Hmmm…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mmg betul kalau kau pandai kawal hubungan kau. tp kalau kau hanyut dan dpt pasangan yg hampeh mmg kau rugi la. jadi berhati-hati dan fikir secara mendalam

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 razifmustaphaNo Gravatar mengomen pada

    chenta……….. pada aku berchenta je la kalau tak tahan sgt, just ingat, cinta tanpa duit memang tak kemana jugak pada zaman skang ni. Ni bukan zaman romeo and juliet, lain la ko anak raja. renung-renungkan.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tahu takpe… zmn rome n juliet boleh la bercinta tak pakai duit. sekarang ni kau bercinta, nak g dating pun kene kuar duit nak byr tambang dan makan2. paling bangsat sekali kuar habis dkt seratus tau… alahai kopak duit aku bila hari2 dating…

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 ahmoi13No Gravatar mengomen pada

    wah..wah..en.syam..tak kan nak jadi tukang telek lak..hehehe…pahit manis bercinta adat lah tuuu..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    bukan begitu… sekadar menduga saja. salah ke? kalau terkecil hati mohon maaf ok…

    [Balas Komen Ini]


  20. 20 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    syam..cinta antara sebab mendorong aku untuk membuat dan meneruskan pelajaran separuh masa…cinta yang memberi aku kekuatan untuk aku bekerja sambilan..sebab cintalah aku badan aku tidak rehat seminggu…siang dengan kerja harian,malam dengan pelajaran.Hujung minggu diselang seli antara kelas dan kerja sambilan…see..cinta itu indah la syam..cinta itu memberi kekuatan..tapi mungkin sebab hati aku dah memang tegar dengan ketewasan..jika cinta itu hilang,kekuatan aku tetap ada…

    harap cinta itu tidak hilang,tapi masih lagi mekar dan terus berkembang tanpa kelayuan…

    tahi la ayat aku..er,itu dari hati yer

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wow! ekspresi cinta dari orang yang setia pada cintanya. sangat bagus. semoga kau akan ke jinjang pelamin dan bahagia selama-lamanya

    [Balas Komen Ini]


  21. 21 JuliaNaNo Gravatar mengomen pada

    kadang2..adanya cinta..lahirnya motivasi..tapi jangan obsesi..:)

    JuliaNa punya post terbaru..Nilai Mendengar

    [Balas Komen Ini]


  22. 22 ecahkoopNo Gravatar mengomen pada

    nyehehehe!! zaman mude2 dulu mau la aku nk bercintan2 ni…(erk!! aku tua ke??)

    skrg, aku bg komitmen kat blaja kot, busy la…karang aku nak layan esaimen aku, buku aku…tido aku yang tak bape cukup lagi…nak layan blog lagi…kekekeke!!!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kau masih muda lagi. banyak lagi yg perlu kau kejar selain cinta…

    [Balas Komen Ini]


  23. 23 aTiQahNo Gravatar mengomen pada

    Hmm..dah beberapa hari tak masuk blog ni (ada masalah untuk jumpa dengan internet).

    Erkk..anda rangekan umur tu sampai 22 tahun? Maknanya, tak boleh lagi la saya nak bercintan-cintun ni. Ha ha ha.

    Btw, saya pernah berbincang isu remaja yang tak boleh hidup kalau tak ada pak we ni. Lebih-lebih lagi budak sekolah. Diorang ni belum faham maksud cinta tu. Diorang lebih terpengaruh dengan kawan-kawan dan kesoronokan. Diorang pun keliru adakah cinta itu satu kehendak, atau keperluan.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sama lah seperti saya. ada masalh nak dapat sambungan internet. nama je duduk di kotaraya besar. tapi terasa seperti zaman batu. nak berhubung kena guna burung merpati. tahi betul orang kat TMNet tu buat kerja.

    pasal budak2 yg terlalu obses, biasanya yang saya lihat adalah mereka yang remaja. dibwah umur 22 tahun. mungkin sbb mereka belum matang dan masih naif. belum terdedah pada kehidupan dunia yg sebenar…

    [Balas Komen Ini]


  24. 24 blues berryNo Gravatar mengomen pada

    really like dis..
    touching sih time bace.. huhu..

    tp sume org mmg berbeza.. do u ever think wut u write above 10 years ago..?
    i dnt think so..

    spt garam campur dgn milo, sure hancus rasa milo tuh
    tp ble bubuh garam sket dlm ns goreng..okey pulak..
    love is just love..

    hadapi hidup hari demi hari..even the bitter one..

    peace bro ;)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    thanks sis…

    saya menulis selepas fikirkan apa yg telah saya lalui 25 tahun yang lepas. dan ada sebahagiannya saya rasa itu adalh kesilapan terbesar saya telah buat. kalau boleh saya tak mahu anda juga ikut jejak langkah yang pernah saya ikuti…

    peace and may god bless you…

    [Balas Komen Ini]


  25. 25 aziNo Gravatar mengomen pada

    pakwe takde.
    kalau nak suke2 orang boleh tak??
    hehe…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    alahai… terasa cam sedih pun ada gak dalam frasa ayat awak ni…

    mungkin satu masa nanti akan bertemu jodoh… insyaallah. tak lari gunung di kejar.

    walahu… dah macam kaunselor cinta lak aku ni :P

    [Balas Komen Ini]


  26. 26 titanNo Gravatar mengomen pada

    benar. Duit memang boleh beli cinta. :)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ya! nampaknya kita punya pemikiran yang sama. caya lah….

    [Balas Komen Ini]


  27. 27 Blog Zool Ligakampung » Blog Archive » Obses tentang cinta mengomen pada

    [...] semua sering terbaca tajuk yang hampir sama. Malahan syam(aeropama) pun penah buat tajuk mengenai obsesi cinta.. Tetapi walaupun hampir sama tajuknya sudah semestinya berbeza dari pengolahannyakan syam?? [...]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>