Noda Hitam Zaman Persekolahan

Aiyooo… Aku telah di tag oleh Nono. Tag yang memerlukan aku bercerita zaman persekolahan aku. Ceit… Ni semua berpunca dari Bongkersz yang telah menghidupkan kembali tag ini. So guys… Take a break for a while and read my story okay! Just for fun…

5 habit buruk aku di masa sekolah

1. Aku suka dajal orang. Uh huh! Macam-macam cara dajal aku pernah lakukan dan biasanya yang jadi mangsa adalah budak-budak nerd dan junior. Kadang kala senior juga jadi mangsa aku. Conteng muka orang masa diorang tidur dengan kapur atau cat air. Menyamar jadi hantu untuk takutkan orang.  Semua aku buat. Paling heavy, kawan tengah tidur, aku selitkan gulungan kertas celah jari, kemudian bakar kertas tersebut. Akibatnya kau sendiri tahu kan…

2. Suka bersengketa dengan perempuan. Memang aku tak berapa popular di kalangan pelajar perempuan. Maklumlah beb. Gua rock! Mana layan awek-awek. Di tingkatan 2, kerana geram dengan satu kelas perempuan (perempuan dan lelaki diasingkan di masa aku), aku dan kawan-kawan telah timbunkan meja dan kerusi secara bertingkat-tingkat. Clear beb kelas diorang. Macam padang jarak padang tekukur. Semuanya kitorang buat masa waktu prep malam. Esok paginya, jenuh budak-budak perempuan tu angkat balik meja dan kerusi untuk disusun semula sambil memaki hamun. Kami gelak je. Padan muka!

3. Aku suka ponteng sekolah. Di tingkatan 3, aku kena berulang dari rumah. Tak duduk asrama. Jadi kesempatan tu aku gunakan untuk melencong. 9 hari straight aku tak ke sekolah. Ko tahu aku ke mana? Aku pergi main kuda. Bengong betul! Guru kelas aku beritahu ayah aku. Akibatnya, satu sekolah ayah aku kejar aku nak rotan aku sebab ayah aku bengang tengok guru disiplin rotan aku lembik saja. Malu siot! Satu sekolah tengok aku. Ayah aku ganas beb…

4. Aku suka ponteng kelas. Bosan beb dengan pelajaran Pendidikan Agama Islam. Ustazah tu ajar cam tahi. Tak ikhlas je. Lebih baik aku pergi surau tidur dengan kaki-kaki ponteng kelas yang lain. Sekadar kena kejar dengan GPK tu biasa beb. Kitorang lari je. Dia tak boleh kejar sebab dia dah tua. Satu hari tu, tengah kitorang syok tidur kat surau, dia kumpulkan semua kasut sekolah yang ada kat surau tu (kasut kitorang la) dan dia letakkan di bawah pili air yang di biar terbuka. Apa lagi basah lah kasut masing-masing. Siot je. Masuk semula ke kelas sambil jalan bunyi Kecepak! Kecepak! Siap kena perli dengan cikgu lagi. “Ai… Petir takde, guruh takde, tiba-tiba sekolah ni banjir ye?”

5. Aku suka langgar peraturan sekolah. Bagi aku, peraturan dibuat untuk dilanggar. Baru la syok! (Itu dulu la). Fly di waktu malam semata-mata nak beli rokok dan komik, berenang di kolam waktu malam atau blackout (kolam sekolah aku besar dowh!), panjat tangki air semata-mata nak tulis ‘DIN WUZ HERE‘, skodeng budak-budak perempuan mandi kolam (perangai diorang mandi sama tak senonohnya dengan laki) dan panjat loteng semata-mata nak isap rokok (panas wei loteng tu). Ingatkan balik buat aku tersenyum sendirian…

3 subjek kegemaran aku dan kenapa?

1. Biologi tingkatan 4 & 5 - Cikgu aku muda dan HOT! Nama dia Cikgu Munirah. Aku dah jatuh cinta dengan dia beb. Malangnya dia dah kahwin. Tapi sebab aku suka sangat dengan dia, aku score dalam subjek ni. A1 lagi beb…

2. Kimia tingkatan 4 & 5 - Aku suka pun sebab Cikgu Munirah yang ajar aku. Lagi satu, aku suka sesi lab. Setiap eksperimen akan aku siapkan dengan pantas. Kemudian aku buat eksperimen sendiri. Pernah satu ketika aku busukkan satu tingkat gara-gara eksperimen buatan sendiri ke atas minyak mentah. Ntah apa aku campur ke dalamnya, bila aku panaskan dia membuak-buak keluar macam lahar gunung berapi sambil keluar bau yang sangat busuk…

3. Matematik Tambahan tingkatan 5 - Aku suka Cikgu Fauziah ajar aku. Best beb! Sebab dia ajar dengan penuh sifat keibuan dan keikhlasan. Baik-baik aku bengap dalam subjek ni masa tingkatan 4 dulu, terus aku boleh score dalam subjek ni masa SPM.

3 subjek paling aku benci dan kenapa?

1. Sejarah tingkatan 2 - Cikgu dia horror beb. Asal masuk kelas dia akan tanya macam-macam soalan pasal sejarah. Dia pilih secara rambang je mangsa dia sambil tangan memetik dan berkata “You… Bilakah bla bla bal” Tak dapat jawab alamatnya kau kena berdiri. Nak duduk balik kena jawab dengan betul pada soalan akan datang. Kalau salah lagi berdiri atas kerusi, kemudian meja kemudian keluar dari kelas. Azab beb…

2. Matematik Tambahan tingkatan 4 - Ni subjek paling aku benci masa tu. Cikgu ajar cam lahanat. Menyalin nota sebiji dari buku teks. Penerangan langsung tak diberikan. Akibatnya masa peperiksaan pertengahan, tak sampai 20 pelajar (15 kot) yang lulus dari 3 kelas yang dia ajar.

3. Bahasa Arab Tinggi - Ni lagi satu subjek yang paling aku lemah. Sampaikan ustaz aku siap cakap “Kompom kamu fail masa SPM nanti” Masa aku jawab periksa untuk subjek ni, menitis air mata aku beb. Satu hapak aku tak faham. Bantai je la. Siap lukis gambar budak tadah tangan kat belakang kertas jawapan. Ada nota lagi “Kepada pemeriksa… Kasihanilah diri saya ini. Luluskanlah saya” Memang betul aku lulus bila keluar result. C5 lagi. Yehuuuu…

Yang menarik tentang aku

1. Aku sangat pandai memotong rambut hinggakan aku buat bisnes dengannya. Satu kepala aku cas RM 2.

2. Aku adalah pelajar paling tinggi merit kesalahan di masa aku tingkatan 5. Selayaknya aku digantung sekolah dan dirotan di khayalak ramai. Tapi sebab aku sudah libatkan sekali Ketua Umum (ketua segala pelajar sekolah) dan anak GPK sekali dalam kumpulan aku, maka aku tak kena gantung. Sekadar di rotan di punggung selepas ibu-bapa di panggil. Tu pun aku tak panggil ayah aku datang sekolah. Naya beb…

Aku sangat suka…

1. Aku suka baca dan kumpul komik. Sebut saja Alam Perwira, Dewata Raya, Pedang Setiawan, Raja Rimba, Pendekar Helang Sakti, Dendam Kesumat, Pendekar Laut, Wira Tunggal, Jengking Merah bla bla bla. Tak larat nak senaraikan di sini. Aku ada 2 kotak besar koleksi komik yang aku kumpul. Kebanyakannya aku kumpul dari siri pertama…

2. Aku suka masa balik kampung atau keluar bandar. Boleh pergi arked permainan main video games dan main kuda ataupun pergi main snooker dengan kawan-kawan. Lagipun kat tempat tu lah ko boleh merokok tanpa dikantoikan oleh cikgu mahupun kaki-kaki report

Aku tak boleh hidup tanpa…

1. Aku tak boleh hidup tanpa komik dan rokok

Siapa yang aku telefon sebelum tidur

Dulu tak macam sekarang ada telefon bimbit. Aku pakai pondok telefon je. Gayut lama-lama dengan pelajar perempuan yang balik ke rumah di hujung minggu. FREE je! Sebab kawan aku dah hacked telefon itu.

Ok. I’m done here… So I wanna forward this tag to those who are in my ACTIVE VISITORS LIST! I hope you will do it my friends…

Tags: kehidupan, Peribadi, Sekolah

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

88 Respons untuk “Noda Hitam Zaman Persekolahan”

  1. 1 bongkerszNo Gravatar mengomen pada

    HAHA! Sama lah sikit zaman persekolahan kita dulu beb.

    Aku tolong cover line adalah sebab aku tak hisap rokok. Hisap puting jer. (LOL! Itu aku tipu…HAHA!) Skodeng perempuan tu ada jugak, ada member entah mana dapat binocular, wah siap lah bilik tu jadi port tempat membuat tinjauan.

    Aku takder cas duit potong rambut, cas nasi lemak, karipap, air tin. Biasalah budak asrama, lapar memanjang. Bab makanan memang kebulur sikit, jadi kalau dapat makan best sikit, indah dunia.

    Nakal ko ni dulu ye.. HAHAHA!

    Kesimpulan: Duduk asrama memang best giler..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    WOW! ko memang advance! dah isap puting lak…

    aku dulu siap kencing kawan2 psl binocular yg aku beli dkt PS. aku cakap binocular ni boleh x-ray. percaya siot. siap berebut nak pinjam tu… padahal hampeh… hahahah…

    aku xnakal la. aku baik tau… wahahahah… dok asrama memang best bong!

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 zoolNo Gravatar mengomen pada

    Aku takde perkara menarik sangat kalau nak ceritakan zaman persekolahan aku…
    AKu budak biasa2 je sampai sekarang…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mungkin kau boleh ceritakan perkara baik kau zool. mari kongsi cerita kau…

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 nikillasNo Gravatar mengomen pada

    hahaaaa.. kalau ingat zaman muda2 dulu mmg la kelakar rasanya… dulu aku x dok asrama.. pnengalaman dok kat asrama sekolah tu xde..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    apa yang kau buat di zaman skola ko? mari kongsi kan bersama beb. juz for fun je… no big deal!

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 ~ mizzamy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ bila baca cerita en syam, teringat plak dak2 laki masa kat sekolah dulu. lebih kurang jer cara hampa duk wat nakal. ker memang budak2 yg duk hostel akan buat perkara yg sama ekh?? cam mandi dlm kolam or tangki, hisap rokok kat loteng. tapi, dak2 laki kat sekolah saya tak ponteng kelas. diorg ponteng prep jer la. nak mati kalau ponteng kelas… ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ye la kan cik amy. rasanya dah jadi macam tradisi kot. sebab bila masuk hostel ni, akan ada tradisi waris mewarisi…

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 ahmoi13No Gravatar mengomen pada

    hahaha..ko mmg budak dajal lerrr zaman skolah dulu.nsb dah tua nih ko jd manusia.hehe

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    alhamdulillah… aku tersedar bila mula terjun ke dalam dunia hidup sebenar. baru minda aku terbuka…

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 JuliaNaNo Gravatar mengomen pada

    Kebanyakan subjek yang awak suka tu cikgu perempuan yang ajar..besarnya pengaruh jantina guru pada awak ye?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    baru saya perasan. mungkin sbb berlainan jantina memudahkan minat itu datang… wahahaha…

    ps: di sebalik kejayaan lelaki itu ada wanita di belakangnya kan?

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 KujieNo Gravatar mengomen pada

    nasib baik kakjie aktif suam2 kuku saja..hehehehe

    dah lama sangat tinggalkan alam sekolah, banyak dah lupa..erk..bukan..ruang ingatan tu di isi benda lain..hehehe

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    zaman skolah kak jie pasti best kan? marilah berkongsi sama-sama. sekadar untuk menghiburkan hati… :D

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 melayubuntuNo Gravatar mengomen pada

    Alam Perwira, Dewata Raya, Pedang Setiawan, Raja Rimba, Pendekar Helang Sakti, Dendam Kesumat, Pendekar Laut, Wira Tunggal, Jengking Merah

    hahaha..byk2 aku ska bab ko baca komik…wahahhaha

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ko baca komik gak zul? best beb baca komik. lagi2 koleksi tony wong!

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 taukeyNo Gravatar mengomen pada

    hehehe. jahat jugak la ko ni kan masa sekolah menengah. hehehe

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    :P tak dela taukey. cuma amse tu bertindak tanpa berfikir panjang. hanya tahu berseronok je… adesss

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 firdeeNo Gravatar mengomen pada

    bila baca entry ko ni terkenang balik zaman dok asrama dulu…seronoknye time tu…syam…ko kompol komik tu kalo dak lain nak baca ko caj x?…saya dulu nak baca senior tu caj 20 sen…kaya dia… :D

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    duduk asrama memang best kan firdee? di situ lah ko belajar setiakawan…

    aku kumpul komik, aku bagi diorg baca free of charge. janji jgn hilangkan komik tu. aku sayang gila.

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 paanNo Gravatar mengomen pada

    giler gempak….hahaha.teringat zaman sekolah menengah dulu…zaman sekolah rendah tak banyak kenangan sangat…sebab masa tue aku budak bek…zaman sekolah menengah aku agak nakal.hehe.

    enjoy life,letz blogging.

    paan punya post terbaru..Siapa no 1 at Raja Kamil Sang Murobbi IT

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    zaman sekolah rendah pun aku xbyk kenangan sgt sbb aku baik. dah masuk sekolah menengah baru la jadi ntah ape2. tp tu semua kenangan indah untuk aku. sekurang-kurangnya aku ada cerita utk diceritakan bila berkumpul semula dgn rakan2 zaman persekolahan…

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 aziNo Gravatar mengomen pada

    gile nakal time skolah…
    hahaha
    tp tgk skang keje sket nye gempak.
    offshore lg you…
    hihi ;p

    azi punya post terbaru..Nuzul Quran

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    saya akui sedikit sebanyak apa yg berlaku dulu membawa saya ke arah apa yang saya kecapi. tanpa cikgu2 yg gigih mendenda & merotan saya, ayah yang selalu bersikap garang dan kawan-kawan rapat saya di sekolah, saya tak mungkin dapat apa yang saya ada sekarang… terima kasih pada mereka!

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 razifmustaphaNo Gravatar mengomen pada

    aku pun benci sejarah, SPM aku tak kredit pun sejarah. hahaa. 1. Aku tak boleh hidup tanpa komik dan rokok… rokok itu bley wat kita hidup ke syam? hahah

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wuhuhuhu… ni lah akibatnya kalau ketagihan rokok mencapai tahap kronik. tak hisap rokok sehari rasa cam nak tercabut jantung… tabiat yang sgt tidak bagus. adussss…

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 aliffNo Gravatar mengomen pada

    Salam,
    syam, senyum sendiri aku baca entri ko. aku pulak jauh berbeza zaman persekolahan sebab aku dari bangku sekolah rendah sampai enam atas aku dikategorikan budak nerd dan skema! tapi aku juga ketua umum sekolah yang paling garang dan ditakuti.

    aku jadi macam itu pun sebab aku terpaksa jadi contoh kepada pelajar lain (terutama adik aku, kami satu sekolah) kerana aku juga salah seorang best student yang memecahkan rekod kecemerlangan sekolah (sekolah aku pedalaman dan amat kampung).

    bila nak jadi nakal ada aja mata-mata yang menjaga aku. namun kini aku sedar, mereka jaga aku sebab akulah harapan dan tempat bersandar untuk yang lain…

    aliff punya post terbaru..Yang terindah

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sbb aku terlalu nakal, aku pernah makan pelempang dari cikgu amirazmi. haiyaa… dengar ceramah dari dia dah bertimbun-timbun dah. masa tu memang tak lekat kat otak langsung.
    tapi bila aku meningkat dewasa, baru aku faham apa yang cuba disampaikan oleh guru-guru aku. aku sgt bersyukur kerna mereka tak pernah putus asa mendidik aku walaupun aku sgt bencikan mereka dahulu.
    sekarang aku mahu jumpa guru-guru aku dulu dan mahu cakap betapa aku terhutang budi pada mereka…

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 !x0r@No Gravatar mengomen pada

    hmm.. nakalnya dulu2..
    ish3.. tak sangka! *sambil geleng kepala*

    haahahaha

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    saya pelajar yang baik la… saya pernah tolong cuci kolam mandian para pelajar tau. saya pernah basuh surau. saya pernah bentang sejadah dan saya pernah cuci kelas perempuan. kamu pernah buat? :)

    ps: tu semua denda yang saya kena buat. wahahahaha…

    [Balas Komen Ini]

    !x0r@No Gravatar

    penah laa.. saya penah cuci kolam mandi, cuci tandas, longkang dsbnya sbb mmg tetiap mggu wajib buat ikut dorm. tapi takde la sebab kena denda macam awak tu. hahahhahaha

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    aku pon dh berapa kali kena tag dengan tag yg sama ni..nanti aku wat beb!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    jawab beb! gua tak sabar nak tahu kisah lu di MCKK cmne… aku n bong dah tulis. ko & NH belum lagi…

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    haha..NH punya lg lambat ko dari aku punya…nanti aku wat weekend ni…skang masih busy di opis..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ko kebizian ek. wat kerja kau beb. tu lebih penting…

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    tuh la pasal..Houston baru lepas hurricane la katakan…ngan aku2 skali sangkut busy beb

    [Balas Komen Ini]


  17. 17 AdilaNo Gravatar mengomen pada

    wakakakak budak bermasalah!
    best time skolah kamu
    byk cite! hikhik
    byk pengalaman idup kamu kena denda hahaha :P

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wakakakaka… tu semua warna warni kehidupan saya. byk saya belajar dari masa lepas…

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 nonoNo Gravatar mengomen pada

    *high ten*

    Same here.. Minat Biology and Kimia. But kat tag yang ditulis tu tak mention pun about Kimia.. :P :P :P

    Wah, jahat gila dgn perempuan. Apa kes? Jap jap main kuda tu apa? Tunggang real kuda ke?

    nono punya post terbaru..Paparazzi - Lady Gaga

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    main kuda tu adalah sejenis arked game yang menunjukkan kuda sedang berlumba. anda hanya perlu masukkan duit sebanyk mana anda suka, kemudian pilih kuda-kuda yang anda rasa akan menang perlumbaan…

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 aTiQahNo Gravatar mengomen pada

    Alamak. Terlambat pulak komen kali ni. Sangat bz. Huhuhu..

    Anda punya nakal sangat bertahap dewa hokey. Ish ish.

    Kena buat ke tag ni? :P

    aTiQah punya post terbaru..PAGI BERSAMA MHI : Siri Akhir

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    awak ada something yang menarik utk di kongsikan? jadi awak kena buat TAG ni. WAJIB!

    [Balas Komen Ini]


  20. 20 Uncle GNo Gravatar mengomen pada

    1 entry yang menarik.. pakcik pon teringat zaman muda remaja dulu.. hehe.. zaman the true of darkness.. hahaha

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    oleh kerana Uncle G kelihatan seperti punya cerita menarik di zaman persekolahan, maka saya tag uncle! saya nk tahu kisah uncle pulak… he3

    [Balas Komen Ini]


  21. 21 Uncle GNo Gravatar mengomen pada

    ah sudah.. kena tag plak.. huhuhu… takpe… yang nie pakcik memang akan jawab.. (syam.. cek email pasal cs3)

    [Balas Komen Ini]


  22. 22 samdaddycoolNo Gravatar mengomen pada

    jahat mcm setan siooottt!!!! :D

    ..aku pengawas!

    samdaddycool punya post terbaru..I’m still fasting…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hihihih… aku masih manusia lagi…
    aku anti-pengawas dulu. tp ada la pengawas2 yg aku tarik jd klik aku. memudahkan aku utk bergumbira…

    [Balas Komen Ini]


  23. 23 topoNo Gravatar mengomen pada

    “Siap lukis gambar budak tadah tangan kat belakang kertas jawapan. Ada nota lagi “Kepada pemeriksa… Kasihanilah diri saya ini. Luluskanlah saya”….

    selama ni aku ingatkan benda ni mitos aje… hohoh rupanya betol2 ye.. hohohooh

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    betul2 la beb. aku dah buat dah benda tu… huhuhuhu. tu lah cara plg akhir yang aku boleh fikirkan. dah tahap buntu pikir cmne nak lulus subjek tu. wahahahah

    [Balas Komen Ini]


  24. 24 callisterNo Gravatar mengomen pada

    ish2..ko ni memg nakal la zaman sekolah syam…
    tp duk hostel memg best kan?
    mcm2 pengalaman..
    bab yg panjat tangki air 2, sama la kita syam..
    aku panjat dgn geng2 aku sb nak tulis nama geng kat tangki 2..
    leh plak kwn aku kena histeria kat atas 2…
    habis kitaorg enam2 kena gantung sekolah…
    kuang3!!!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    memang hampeh la kawan ko. nape la dia nk histeria atas tu kn? kecoh la cmtu. tak memasal kene gantung sekolah…

    ps: hidup kat asrama memang best. kawan-kawan ramai…

    [Balas Komen Ini]

    callisterNo Gravatar

    tau xpe..
    bikin kecoh jer…
    tertekan2…

    [Balas Komen Ini]


  25. 25 smaelz83No Gravatar mengomen pada

    Huh ganas sungguh ko nih.. aku cuma bdk skema jer.. kalu igt2 balik pon xder la happening cam ko.. huhu..

    p/s: aku blaja aero kat USM sama batch ngan junior2 SAMBEST ko.. ada 4 org amik~~ mesti dia kenal ko sbb ko gangster.. haha

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wahahaha… klu diorg bawak aku setahun, pasti diorg kenal aku. yg lain tak kenal aku kot. sbb ms aku form 5, hanya ada bdk form 4 & form 1 je…

    [Balas Komen Ini]


  26. 26 Afzai AfandiNo Gravatar mengomen pada

    Ada persamaan dan juga sedikit perbezaan.

    kesimpulannya ko memang nakal tapi pandai.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ko pun pasti punya kehidupan yang menarik masa zaman persekolahan. jadi aku nak ko kongsi sekali. kau di TAG… wahahahaha

    [Balas Komen Ini]


  27. 27 myadlanNo Gravatar mengomen pada

    wah.. mahalnye.. dak skolah je pn..

    aku dulu kene caj 50 sen je potong rambut..

    myadlan punya post terbaru..Preparation for Raya

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku berada di kelas berlainan (potong rambut). aku bukan pemotong rambut picisan. mereka yang mahukan potongan rambut aku memang kena bayar mahal sikit…

    [Balas Komen Ini]


  28. 28 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    85% apa yang kau alami sama juga ngan aku..fly,komik,gunting rambut member…ahahha..kanak2 genius memang begitu kan syam…aku punya alasan sndiri bila parent aku marah aku..aku katakan,itulah pengalaman berharga di sekolah…tak semua orang merasai.

    -aku tokan rokok plg glamer dulu-

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    haaa! aku tahu ko dulu juga sangat rawks masa skolah kan? mesti byk benda menarik ko boleh kongsi. jadi aku nak ko buat tag ni! wahahahah

    [Balas Komen Ini]


  29. 29 DDNo Gravatar mengomen pada

    hahhaa….korang mmg nakal la,kanak2 genius mmg cam tu la tu..suka btul buat apa yg dilarang..tmasuk la sya, penah sekali tu sya mlawan cikgu,eh bukan sekali la tp banyak kali ..n penah jg dia cakap yg sya tak kan bjaya n tak lulus spm..,tp skrang klau bleh nak ja jumpa cikgu tu nak buktikan kat dia tak semesti nye pelajar yg nakal2 tu tak kan bjaya,,,tp klau di ingat2 kan balik nyesal jg la sbb mlawan cikgu tu dlu…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    uish… siap melawan cikgu tu. saya tak pernah melawan terang-terangan…

    tp hidup di zmn skola mmg best kn?

    [Balas Komen Ini]


  30. 30 saffaNo Gravatar mengomen pada

    abis kantoi suma.. hehe… mmg klakar.. waduh! tringat masa zaman high school dulu.. waa.. :((
    cam best gak tag ni.. nanti lah saffa wat kalau rajin.. hehe

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    bagus! lepas ni saya nak baca awk punya pulak!

    [Balas Komen Ini]


  31. 31 TieNo Gravatar mengomen pada

    Wah…dashyat betul perangai dolu2 tu..takutnya..mujurlah kita tak sekelas, yek..kalau tak mesti kena buli punya..

    Sekarang ni macam mana? Ada lagi ke perangai gitu..ish..insaf la..Mujurlaa anak akak yang dikira nakal tak macam tu..(rasa2nya la)..kalau dia macam tu tentu panjang sebelah telinganya akak tarik..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sekarang dah insaf. semakin dewasa semakin kita nampak kehidupan sebenar yang penuh ranjau. terdetik di hati, apakah dengan kenakalan begitu kita mampu bertahan di dunia sebegini. jawapannya tidak! jadi saya harus berubah dan hasilnya saya yang sekarang…

    [Balas Komen Ini]


  32. 32 farahaznilNo Gravatar mengomen pada

    kimia best ke??haizzzz..kat skolah aku tu la subjek paling payah nak lulus..cikgu dia tak pndi nak ngajar kot..hi hi hi..satu skolah..ada 2 kelas je amik kimia.yg lulus 5 org ke bwh..hahaha..dasat2..mcm tu gak dgn add math..add math yg lulus kelas 5 sn 1 je..dlm 7 org..nasib baik aku tersenarai skali..xpenah fail tau..haha..

    farahaznil punya post terbaru..Kad raya post atau Kad raya Elektronik lagi best??

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kimia sangat best! aku skor subjek ni. A1!

    add math dulu aku benci. lepas di ajar oleh cikgu fauziah, aku meningkat secara mendadak. dapat juga aku score B3

    [Balas Komen Ini]


  33. 33 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    akoo igt lagi bila akoo skolah dulu2, akoo suka menulis citer lucah. cikgu munirah and cikgu fauziah menjadi subjek utk akoo mencipta rama2 dalam otak. tak lupa juga cikgu zana, cikgu latipah, cikgu besar, cikgu warden, cikgu itu dan cikgu ini. kendian karya itu akoo expoert dikalangan student, xlupa juga kepada cikgu disiplin. akibatnya akoo terkenal dan semakin terkenal. akoo mengorak langkah menulis diluar kontek sekolah. babyrina ku tulis enak2 sahaja. kendian bila menginjak dewasa, ku tulis tentang marilyn monroe, sharon stone dan juga pamela anderson. semuanya ku cipta rama2 sampai lah ku rasa muka ku di simbah air. bkn orgasm perempuan ye tuan puan. rupa2nya akoo bermimpi. alangkah best menjadi penulis tersohor.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ceit… ko memang layak jadi penulis cereka sbb ko pandai mengarut!

    [Balas Komen Ini]


  34. 34 MiraNo Gravatar mengomen pada

    Haha.. Giler ganas dia nie! Ada apa dengan budak2 perempuan tu ha? Dulu saya kat sekolah, innocent jek. Kalau kena buli dengan orang, err.. sure nangis kot. =P Nasib baik dulu sekolah perempuan je semua. So kes buli membuli ke apa macam kurang je. Oh yes! Paling suka kimia time sekolah dulu2. Tapi ntah camne boleh end up ambil medic plak. Asalnya nak chemical engineering. =.=”

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    Ntah la sbb apa saya bersengketa dgn diorg? Sbb dia kutuk kelas kami kot…

    baguslah kalau awak innocent. jadi nakal pun tak brp bagus gak. cuma bila dah tua ni, ada la cite nk di ceritakan. ahaks..

    saya suka subjek sain tulen. tapi plg score dlm Bio. patutnya jadi dictor tp ntah kenapa saya boleh terjebak dlm engineering ni tak tahu lak

    [Balas Komen Ini]


  35. 35 afhamNo Gravatar mengomen pada

    otai2.. :D

    [Balas Komen Ini]


  36. 36 hUmmYNo Gravatar mengomen pada

    hahahahaha!

    bes btol fly kan!

    pastu gadoh ngan dak laki!

    uhh nikmat!

    same sme subjek yg kite x ske!

    tmbh lg 1..

    account!

    muahahahaha!

    disaster!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    best memang best… tp bila dah tua cenggini, bila fikirkan balik, apa bangang la saya buat keje cmtu? kalau lah ditakdirkan saya tereksiden masa fly tu, kompom xcover insurans plus mcm2 benda buruk akan datang…

    [Balas Komen Ini]


  37. 37 najlaaNo Gravatar mengomen pada

    pergh nakal giler nihh…sangat berbeza dengan diriku yg skema lagi bersopan ini..

    najlaa punya post terbaru..Hutang-hutang Tags!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sekarang saya sudah skema. tak percaya tanya mak saya. :P

    [Balas Komen Ini]


  38. 38 Munkee Ber Crush Dengan Munkee, Budak Kacak Menjadi Hero! « Extremist Thinker mengomen pada

    [...] kehidupan rebel sebagai seorang student. Ini gara gara kawan gei inet saya, yang menceritakan kisah noda hitam dia di sekolah. Tapi saya akan ceritakan kisah yang pelbagai. Ape barang cita noda hitam. Noda [...]


  39. 39 tivituneNo Gravatar mengomen pada

    siapa plajar pempuan tu yek..

    tivitune punya post terbaru..Episode 4 - The Finger in the Nest

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    satu kelas perempuan. tingkatan 2.5.

    [Balas Komen Ini]


  40. 40 kehidupan aku zaman dulu kala | :: my life 4 hire :: mengomen pada

    [...] Seperti aeropama, aku sangat suka baca dan kumpul komik. Semua jenis komik termasuk la Slamdunk, Wira Sakti, Pedang [...]


  41. 41 diyaNo Gravatar mengomen pada

    perghh. syam dpt A1 biology? gile terrer. diya sgt lah tak suka biology. huhu

    p/s-tak sangka lak syam ni jenis yg rawks gitu. nampak baik je… hehe

    diya punya post terbaru..D132 : 5 Perkara Utama Sempena Hari Raya

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    saya suka biology sebab cikgunya sangat cun! saya jadi bersemangat.

    ps: sepatutnya saya jadi doktor. tapi macam mana boleh jadi jurutera pulak. takdir2…

    [Balas Komen Ini]


  42. 42 ep_jbNo Gravatar mengomen pada

    bleh tahan gak ko ekk..aku byk gak..fly mmg konfem..isap rokok kejap jer…rokok merbahayakan kesihatan…panjat tangki skali jer sebab time tu baru form 2…senior2 plak mcm ci… kene hentam skali psl fly…patu aku berambus skoola tu..skola biaser maser form3..patu masuk asrama balik maser form 4…tp time tu dh matang sket…xder la aku wat kerje2 sebegitu lg..huhu

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ko mendapat hidayah lebih awal dr aku beb… semoga kau sentiasa kekal begitu.

    [Balas Komen Ini]

    ep_jbNo Gravatar

    hope mcm tu ler…elakkan kembali kezaman sebegitu

    ep_jb punya post terbaru..time for heroes-the libertines

    [Balas Komen Ini]

    ep_jbNo Gravatar

    hope mcm tu ler…elakkan kembali kezaman sebegitu

    [Balas Komen Ini]


  43. 43 abdullah bin aliNo Gravatar mengomen pada

    taubatlah beb. apa lagi ditunggu-tunggu.

    ia semakin jauh untuk kita…..
    yang hampir adalah mati…..beb.

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>